Botol air dari Medan, Indonesia untuk Fadya yang saya pinjam ini (di dalam gambar) mengingatkan saya ke lawatan pendek di Medan dalam bulan Nov, 2015. Kebetulan berada di medan atas urusan kerja. Semasa di sana, tak sangka terbeli botol air untuk anak-anak. Tak berniat untuk membeli-belah.
Menginap di servis apartment berdekatan dengan pasaraya. Kami turun untuk membeli air mineral untuk minum dan bekalan budak-budak. Air mineral disediakan oleh pihak hotel, percuma hanyalah dua botol, selebihnya jika di ambil di kira dibeli dengan harga hotel.
Dalam perjalanan ke pasaraya kami berhenti juga bergambar sebab tiada hasrat nak bersiar-siar di kota medan kerana kesuntukkan masa.. Inovasi motor beca nampak menarik bagi kami kerana dari cognitif perspektif untuk memudahkan kehidupan dan membuat sesuatu yang ada lebih berguna.
Airport Medan dibina baru tetapi didalamnya saya dapati ada nyamuk berterbangan. Sangat merisaukan bila hendak masuk ke tandas, di belakang mangkuk tandas dipenuhi dengan nyamuk. Risau jika di ganggu nyamuk-nyamuk akan berterbangan akibat terkejut dan menghingap ke kulit pula.
Hanya kami saja ke sana membuat saya susah hati sepanjang masa berada di sana. Di dalam hati tak mahu lagi ke mana pun kalau bukan packej tour. Saya memang bukan pengembara yang mengambil risiko. Saya biasa travel dari airport, taxi atau limo hotel yang ambil kalau tak ramai, kalau bergroup kami ambil kereta sewa berpemandu. Kali dengan anak-anak kecil, saya memikirkan saya dan en suami yang betanggungjawab melindungi keselamatan mereka, kerana tempat orang lebih banyak fikirnya.
Sempat juga kami membuat lawatan ke galery haiwan. Singgah di kilang crepe atau makanan berasaskan buah durian, semua ada di situ. Tempahan borong pun ada. Bersyukur bila selamat sampai di tanahair, sayang malaysia :)) moga bersama bertahajud. Berdhuha esoknya. Sweetdreams ♡