Pages

Showing posts with label pulau perhentian. Show all posts
Showing posts with label pulau perhentian. Show all posts

February 6, 2016

Berhenti dan memerhati | Pulau Perhentian Island

di tepi pantai berbatu karang dapat melihat ikan tanpa snorkeling
Berbual dengan en suami tentang berblog sambil scrol entri yang lama di mana saya pernah ke pulau perhentian pada tahun 2011.  Entri yang di buat di dalam bahasa inggeris mengimbas kembali pengalaman yang mudah ke sana ke sini walau bersama Faiq. Berbaby carrier di badan, berbag di dua belah tangan, keluar dari kereta masuk ke airport, walaupun ke pulau, masih manjakan badan ini untuk berstroller. Semua di bawaknya, stroller yang dipilih paling ringan boleh dilipat seperti posisi payung, mudah di galas.

Lapangan Terbang Kota Bahru
Sebagai ibu yang membekalkan makanan dan susu secukupnya dah rasa perjalanan akan berjalan dengan lancar ke airport KB. Rupanya tergendala dengan hujan lebat, kapal tidak dapat mendarat seperti dijadualkan. Diberi pencuci mulut kepada penunggu seperti kami pada waktu makan tengahari. Seingat saya Faiq tenang, semasa tu saya terfikir jika bawa tikar lebih selesa dia golek golek di atas lantai.

Belum mulanya penerbangan anak kapal memberi pilihan bahawa saya mahu tali pinggang baby atau saya sekalikan tali keledar saya dengan baby, macam tak ingat, mungkin saya sekalikan ja.

Rehat atas pasir yang halus 
Sampai di kuala besut, berehat menunggu boat, tak ramai orang malaysia tetapi pelancung berambut perang, merah, kuning yang menaiki boat yang kelajuan hingga permandangan pulau perhentian itu yang mulanya kecil menjadi besar kerana kami sudah sampai di lautan Cina Selatan.

Faiq adventurer
Sedang menikmati bayu laut menyeliputi wajah, menghirup angin deras yang kui perlahan kerana boat di naiki berhenti dan pemandu bot bertanya, siapa yang menginap di hotel apa tah sebelum hotel kami tu ya. pembawa bot bertanya lagi angkat tangan,  sepasang pelancung luar negara mengangkat badan dan berdiri di tepi hujung bot. Pembawa bot berkata hari ini anda bernasib baik ketanan tidak perlu berenang ke hotel kerana limo iaitu bot kecil datang betul-betul di tepi bot untuk menyenangkan  mereka melangkah masuk. Boat kecil sahaja boleh merentas pantai dapat mengelakkan coral batu karang laut di tepi pantai pecah, sekalipun terpijak tidak digalakkan.

Bot transit ke hotel
Berganjak ke limo hotel kami, teruja dengan kecantikkan air laut yang biru dan jernih dipenuhi dengan ikan berwarna-warni. Keluar dari bilik berpakaian seperti di musim sejuk kerana itu lebih senang melindungi kulit dari terik matahari.

Bunyi-bunyi ombak dan angin sangat memberi ketenangan di minda. Makanan yang dijamah ialah makanan barat oleh kerana penghujung kebanyakannya di sana kata salah seorang pelayan.

Esoknya selepas subuh kami menerokai pantai dari kiri ke kanan hingga ke hujung, penuh kesyukuran dan puas hati dengan keputusan yang di ambil untuk datang ke sini.

Semasa di dalam air, en hubby mengajar lagi cara menerapungkan diri  terbaring sambil melihat langit yang biru. Juga memikirkan seorang kawan dan suaminya yang membina perniagaan diving di subang jaya dan membuat rombongan di sini. Mengeringkan badan sambil memerhati  sesiapa untuk menanya bagaima hendak ke pulau sebelah dimana sahabat saya berada.

Dari perbincangan harga, kami di bawa naik boat ke teluk sebelah, waktu petang, laut bergelora berjumpa sahabat yang baru turun dari bot penyelam, suaminya menuju ke arah kami dengan mengatakan eh ada baby. Jarang baby datang sini, saya cuna cakap baby pengembara muda. Ini juga sesuatu yang positif saya juga pengikut fb mereka, saya dapati ramai yang menberi alasan tidak dapat menyertai rombongan penyelam kerana ada baby dan suami sahabat memberi solusi untuk bawa baby bersama sejak berjumpa dengan Faiq di pulau tersenarai pulau tercantik di dunia. Nanti google :)

Pembawa bot yang sama kami membuat temujanji untuk buat lawatan snorkeling esoknya.

Memori memakai carrier
Semasa menunggu bot itu, terserempak dengan mak cik membersihi kawasan pantai, beliau mengadu sejak ada hotel, perhentian menjadi tumpuan pelancung, keluarga nelayan tiada pendapatan dari sumber perikanan tetapi mula bekerjaya sebagai pemandu teksi bot. Beliau juga memberitahu ada tanah untuk dijual harga MYR150. Tanah itu ditanam pokok durian dan orang kampung boleh menjaganya untuk pembeli.

Jugak begitu di atas bot hala ke teluk untuk melihat ikan. Bukan setakat ikan tetapi yang di jumpa penyu berenang-renang dan  baby shark/jerung en hubby ternampak rasa teruja hingga ingin memyentuh.

Kami berbual dengan pemandu bot mengharapkan rezeki dari pelancung juga. Kebetulan bot yang di sewa itu kosong hanya kami tiga beranak saja, beliau meminta kebenaran untuk membawa anak-anaknya bersama. Kami lebih suka dan bersembang menyoalkan cita-cita mereka, ada yang menjawab ingin menjadi  driver teksi bot dan ada yang jawab ingin jadi nelayan tetapi tak dapat di kawasan berdekatan kerana lautnya adalah laut simpanan. Ada yang ingin menjadi penyelam professional kerana kelihatan orang asing membawa kursus itu. Di situ sudah nampak peningkatan di pulau, pada satu ketika dulu para nelayan berhenti untuk berehat sambil memerhati yang di namakan "perhentian". Selamat malam :)

*moga dapat bertahajud malam ni. InshaAllah.



LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin