Pages

November 16, 2021

Pumpkin Oats in Jar | Oats Labu dalam balang

Bahasa dan video seminit di bawah :) 

English version and one minute video below :) 

Wanted something chilled. | Nakkan yang sejuk-sejuk. 

3 ingredients of the layer for overnight oats. | 3 bahan untuk tiga lapis oats semalaman. 


The steamed pumpkin looked creamy and it's been long time I haven't had oats. After I've made the energy bar. I ran some errands and came back to the kitchen and cooked the oats.  


Scraped the steamed pumpkins and mashed it into a creamy pulp. I just did it roughly though. 


Sinple way to layer the Pumpkin Overnight Oats

First put the mashed pumpkins at bottom of the jar. 

Then the cooked oats, sprinkle the cut dates, apricots and raisins. 

Last but not least pour uht milk til the top. 


I ate it the next day. Actually, I was drooling while making it. Anyway, it was a delicious treat, a distinguished taste of dates and milk combination then come to subtle mix with pumpkins, so special I can't describe it in words. Yummy! 


That's it, the dessert cum good breakfast of the year :) 


Happy Wednesday❤️


Labu kukus nampak berkrim  dan rasanya dah lama tak makan oat. Selepas buat energy bar. Saya habis kerja rutin, balik ke dapur terus masak rolled oat.


Kikis labu yag telah dikukus hingga ke kulitnya, dan lenyek bagi berkrim, saya buat ala kadar. 


Cara buat Overnight Oats Berlabu:

Pertama letak labu dulu biar dibawah sekali. 

Lepas tu bubuh oats yang telah dimasak., tabur potongan buah kurma, apricot dan kismis. Akhir sekali, tuang susu segar hingga atas. 


Saya makan terus keesokkan hari, masa membuat pun dah kecur air liur. Apapun, perghh.. memang enak sangat rasanya, ketaranya rasa susu buah kurma pada awal tu, lepas tu samar-samar bercampur manis labu, istimewalah nak habaq..


Itu jer, pencuci mulut merangkap sarapan yang terbaik di dalam tahun ni :) 


Salam Rabu❤️



November 15, 2021

Chicken Pie with puff crust | Pie Ayam dengan kulit karipap

Bahasa dan video seminit di bawah :)

English version and one minute video below :)

Longing for fried curry puff. | | Teringinnya nak makan karipap. 


The chicken fillings were ready. |Inti ayam sudah siap. 


Once upon a morning, I had pie for breakfast. The crust dough was meant for frying. Second thought I decided to make pies instead, because I wanted to do something else while the oven was cooking. If I do the frying, I got to wait there to cook the whole time.  


After they were done, I didn't get to eat them yet. I kept them in the fridge, off for duty to visit my parents. 


The next day I reheated them a bit, good to eat and love the pies. 


However, I didn't have time to set up. Rushing and in hurry, that's what happened. Will try to take it slow next time.. 


Love you all ❤️


Pada suatu pagi, saya bersarapan pie ayam. Kulit pie tu asalnya dibuat untuk karipap (iaitu untuk digoreng). Jadi, berubah rancangan jadikan ia pie dan bakar sebab tiba-tiba tiada masa hendak menggoreng. Mengharapkan ketuhar yang memasak sesambil saya selesaikan hal lain dulu. Jika mengoreng, terpaksalah menunggu di depan dapur kann.. 


Selepas siap dimasak, saya tak sempat nak makan. Disimpan semua ke dalam peti sejuk, saya terus keluar melaksanakan tugas kepada ibubapa pula. 


Keesokkan hari pula, saya pun panaskan, sedap untuk dimakan, suka sangat. 


Begitulah tiada masa lagi untuk set up seperti selalu. Tergesa-gesa dan kelam kelibut, kadang kadang masa begini berlaku. Cuba untuk bertenang dilain hari. 


Sayang kalian semua❤️



November 14, 2021

Energy bar with steamed pumpkin | Energy bar dengan Labu kukus

Bahasa dan video seminit di bawah :)

English version and one minute video below :)



Blend the cereal with dates and raisins. | Bijirin dimesin dengan kismis dan buah kurma


Mold it to shape and put mashed  pumpkin on top. | Bentukkan atau guna acuan dan letak labu yang telah dilecekkan. 


Suddenly I craved for cookies. I saw it in pinterest there was something like this like energy bar cookies. Blend the cereal with dried fruits and kept. But I wanted creamy on top like tart but a healthy alternative. So I did two layers of cookies.


The crust was made of the ingredients below :


5 pitted dates

2 table spoons of raisins

And muesli cereal, actually I wanted to use rolled oats but it will take time because need to roast the oat first. 

I blended the above til everything is mixed. And scoop the mixed cereal that were sticky to make it a ball shape, then flattened it in a mould. Then put mashed pumpkin on top. It was the most delicious cookies on earth hehe.. 


Eventhough I have steamed the pumpkin half of it but there is another half in the fridge and the quarter already used for stirred fried.  


Now i understand there were many recipe for pumpkins to try because once you cut it, it's more than enough. Hope you could try too at home. 


Happy Sunday❤️


Tiba-tiba terasa nak makan cookies. Pernah lihat di Printerest ada yang buat energy bar yang macam ni. Bijirin dikisar dengan buah kering seperti kurma dan kismis. Tapi teringin pula yang ada krim ala ala kastard atau tart keju ke, tetapi alternatif yang sihat. Jadi saya buat dua lapis biskut. 


'Crust' ke atau lapis bawah tu dibuat dengan bahan-bahan di bawah :


5 biji Buah kurma dibuang biji. 

2 sudu besar kismis

Dan bijirin muesli, sebenarnya saya ingin menggunakan oats tapi ambil masa pula untuk menyangainya. 

Saya kisar bahan di atas hingga sebati. Menyudu bijirin yang melekit tu sesudu dan jadikan bebola atau tekan leper dalam acuan. Lepas tu hias dengan labu lenyek di atasnya. Alhamdulillah..Terjadilah biskut yang tersedap di dunia...hehe


Walaupun dah kukus separuh labu yang ada, ada lagi separuh yang belum disentuh di dalam peti sejuk. Suku dah dimakan buat goreng pada hari tu.


Sekarang fahamlah ada berbagai cara masak labu untuk cuba kerana sekali potong makan tak habis. Harap kalian dapat cuba resepi labu juga di rumah. 


Salam Ahad ❤️








November 13, 2021

Omelette on cucumber with chikoo as dessert | Telur hancur atas timun dan buah ciku

Bahasa dan video seminit di bawah :)

English version and one minute video below :)

Its not easy to put a smile on up there like always | Tak mudah nak letak senyuman di atas seperti sediakala

Whenever reality life strike | Apabila kehidupan sebenar berlaku


Everything that happened is real life. Hard to explain. Of course I have to go thru, while writing this, got a good news, a contrast from the bad news which was received earlier. But now, I received a good news again. Just a little bit of good news only. Nonetheless, every little good news we gratefully cherished.


Telling, walking, typing are  part of me, so  I realised I didn't film any video for a couple of days and didn't type any sentence long like today.  


I had omelette on one of those days. I missed spreading the eggs on a bread; So, I thought of cutting the cucumber to slices and laying the scrambled eggs on. 


I tried testing the cucumber with toppings by tilting cucumber with toppings, they were stable. Didnt spill or fall, good finger food for party. Life goes on right, think good like gathering is already a pleasure, that's healthy, Godwill. And yes, I had a slice of Swiss Roll cake also. 


Life goes on... ❤️


Setiap yang berlaku adalah benar. Sukar untuk menerangkan. Mestilah saya lalui jua, semasa menaip blog ini, saya telah menerima berita baik. Sebelum ini sedih. Sekarang berita gembira. Sikit sahaja cerita gembira, rasa dunia kita yang punya..SubhanaAllah. 


Bercerita, berjalan, menaip memang sebahagian dari saya. Tersedar yang saya lama tidak buat video dan tak menaip ayat-ayar panjang seperti hari ini.


Saya masak dan makan omellete atau telur dadar pada hari-hari yang lepas. Rindu pula nak letak atas roti. Saya potong timun nipis sedang-sedang, saya bubuh telur atasnya. 


Cuba juga  periksa telur yang terletak tu elok ataupun mudah jatuh, dengan menggoyangkannya, pusing kiri kanan. Stabil dan sesuai untuk majlis makan jemput-jemput macam ni. Kehidupan diteruskan kan, fikir yang gembira, majlis berkumpul ramai, itu pun sudah menceriakan, itupun amalan sihat InshaAllah. Dan ya, saya makan kek gulung juga. Sepotong :). 


Hidup diteruskan.. ❤️




November 10, 2021

Cabbage Roll with curry puff fillings | Kobis gulung dengan inti karipap

Bahasa dan video seminit di bawah :) 

English version and one minute vidro below :) 


Missing of pastry food. | Rindu makanan pastri. 


Eat the fillings without crust. | Makan inti tanpa kulit pastri.


I've been thinking of curry puff or chicken pie. Since I take vege more so, I rolled minced chicken with carrots and black pepper in cabbage leaf.


Fitst off, prepared the fillings which consists minced chicken, onion and carrots. Cooked it and put aside.


Then steamed the cabbage, let it soft for easy rolling. Once cooked, bring it out and lay flat. Put the cooked minced chicken  on it at the edge. Roll the cabbage like spring roll. That's it, done to eat. Hang on, since all the salad is finished, I cut orange, dates and figs to eat with. 


The taste of the rolls were not like pastry roll but the mind set it as healthy taste so it was nutritious and delicious:) 


Happy Wednesday❤️


Saya memikirkan samada untuk makan karipap atau pai ayam. Oleh sebab saya memakan sayur sayuran, saya mengulung inti karipap daripada ayam, lada dan lobak merah dengan daun kobis.


Mula mula, saya sediakan inti karipap yang terdiri daripada daging ayam cincang, bawang dadu dan lobak merah. Saya masak dan simpan. 


Kemudian saya kukus daun kobis untuk melembutkannya supaya mudah untuk digulung. Apabila sudah masak, saya keluarkannya dan letak rata. Kemudian letakkan inti karipap disatu hujung daun kobis itu dan gulungkan macam buat popia. Macam itulah caranya....Bila  Stok salad telah habis. Jadi saya pun memotong buah oren, kurma dan buh tin kering untuk dimakan bersama. 


Rasanya taklah seperti pastri gulung tapi tetapkan minda yang ia rasa untuk kesihatan, maka rasanya sedap dan berkhasiat :) 


Salam Rabu❤️


November 9, 2021

Pepper chicken salad | Ayam lada hitam bersalad

Bahasa dan video seminit di bawah :)

English version and one minute video below :)

Normally tumeric coating. | Biasa dilumur kunyit. 


At the evening I sliced chicken breast. |  Aktiviti memotong dada ayam di waktu petang. 


Full of effort I must say, as I wanted to avoid having chicken nuggets and go for the real food instead, or chicken at its original form. 


I might not have much time in the morning to defrost solid thick meat, so I cut it thinly and kept in the freezer.  


The next day, I took it out, defrosted it at no time. Slightly coated the cut chickens with pepper and soy sauce, sauteed them quickly til they're fully cooked.  


Laid them on the plate by the little green salad leaves, dried cranberries and cut oranges. Coffee off course. Fulfilled the human simple needs:) 


Happy Tuesday❤️


Berusaha jugalah saya nak masak ayam dari asal dan bukan nugget. 


Saya tak berapa ada masa pagi-pagi kalau nak tunggu daging ayam yang tebal dinyahbekukan. Jadi, saya pun potong nipis dan simpan dalam peti ais.


Keesokan hari saya keluarkan, sekejap ja dia dah dinyahbeku. Lumur serbuk lada & kicap ala kadar, tumis goreng sampai ia masak.


Hidang atas pinggan tepi daun salad hijau, buah kranberi kering dan potongan oren. Semestinya kopi pun ada. Bolehla memenuhi keperluan penting manusia:) 


Salam Selasa❤️


LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin