Pages

January 29, 2016

cheesy donut chocolate chips

Assalamualaikum wbt,

Lepas mandi baru OK

Pagi ni memang kalut sikit. Semalam saya baring atas carpet depan TV tu rasa hidung jadi tak selesa. Carpet tu memang nipis ja, senang basuh. Tapi ntah kenapa dengan hidung ni, takkan sebab hujan tiba-tibs. Saya cakap dengan Fadya, hidung mama tak selesa. Mama nak tido dulu. Kalau nak susu, minta papa buatkan, saya cakap dengan Faiq pun sama. Masuk tido pun tak ok ni. Pejam ja nak tido cepat. Susah sangat nak tido. Saya bangun mandi, sabun betul-betul tapi tak shampoo rambut pun sebab baru ja shampoo. Keluar tu baru rasa segar. Hidung rasa selesa seperti sedia kala, Alhamdulillah.

Donut bercheese menjadi penyelamat

Bangun pagi roti ada skit ja, cukup untuk Faiq, dia seorang ja yang menunggu di meja. Saya buat donut untuk kami semua. Donut dengan gula macam selalu pula. Saya letak cheese dengan chocolate chips. Masuk dalam oven 2 minit untuk cair dan lekat skit atas donut. Bekalkan untuk Fadya sebiji dengan biskut pocky nya.

January 28, 2016

sesi study

Setiap hari selepas sekolah, saya beri buku pendidikkan islam untuk Faiq buat latihan. Semasa berada di kedai buku, saya masih teragak-agak nak beli buku apa untuk Faiq belajar menulis dan membaca. Pilih punya pilih saya beli buku agama dan awal matematik berdasar standard prasekolah. 

Tempat study mereka ni saya cuma letak di kawasan TV ja. Saya letak dua buah meja, dua tiga kerusi. Suasana berlajar ni kurang, kerana TV pun tak tutup pun. Baru ni saya tak buka TV lagi, kira dalam minggu ni tv tak di pasang. Mereka pun main ja dalam bilik Faiq yang penuh dengan mainan.

Di atas meja tu saya letak buku, pensil dan pemadam. Sama ja atas meja Fadya. Perlahan saya suruh la duduk dan buat latihan. Berdekatan dengan meja tu ada papan hitam kecik yang Fadya lebih suka main di situ. Gambar/video semua tu minggu minggu lepas. Alhamdulillah, mereka mula menaruh minat.

January 27, 2016

sehari di aquaria klcc

Biasa bila jumpa mak tok dan tok wan, mak tok akan suggest tengok panda, aquaria, sunway lagoon. Dengan gap umur berbeza dalam group weekend kami. Mengambil masa mempertimbangkan setiap seorang punya keperluan. Seperti emak dan bapa tak boleh jalan jauh, manakala Fadya waktu tengahari dah nak tido sekejap sunnah tu, kalau ada stroller lebih selesa perjalanan. Jadi emak cadangkan zoo tu sebab boleh duduk atas train, bila dengar train saya pun rasa nak duduk juga. Perbincangan diawal pagi hingga ke masa mengisi perut. Sampai ke Aquaria, sebelum pintu masuk ada food court, emak bapa singgah makan dulu. Kami anak beranak teruskan rancangan. Suka dengan hiasan pintu masuk ada jerung hammer head shark.
Faiq dah biasa dengan hammer shark ni sebab dia pernah tengok jerung berbentuk pemukul ni di pasar. Bila dah masuk nak ambil gambar ja tapi tak bole la berflash, kalau nak buh flash, kena la pakai cermin mata hitam kat ikan-ikan tu dulu. Suka tengok ikan ikan berbagai spesies.  Permulaannya kebanyakkan ikan-ikan berada di aquarium, makin dalam ada cylinder tank.  Di sana ada disediakan standalator atau carosel yang bergerak tu dapatlah berdiri rehat kejap sambil menikmati ikan dari atas bila lalunya carosel dalam gua transparent. Dari awal selepas masuk tu ada sesi ~pet the fish~, boleh pegang starfish dan ikan-ikan lain. Masa berada di sana terkena waktu diver sedang memberi makan jerung-jerung yang active bergerak ke sana ke sini. Memang bagus bawak budak-budak ke sini, teruja ja dari mula hingga akhir. Di penghujungnya seperti biasa ada promosi dan pasaran produk baru seperti berinterak dengan dinosaur (virtual) dalam computer. Jika berminat ke sana, pastikan bawa mykad ke Aquaria ini, harga lebih rendah untuk penduduk Malaysia. Sangat menarik untuk  lawatan educative and fun.

langit menjadi kegemaran | nature lover

Faiq dengan awan
Sekarang ni saya memang bersyukur dengan cuaca yang cantik, langit yang biru, awan berkepol-kepol. Its a blessing from Him. Lapang ja pandang ke atas. Tak payah nak pergi jauh, ka rumah sendiri pun ada. Dulu saya baca buku cerita, seorang wanita yang mengadu kepada bapa nya yang beliau tidak suka tingga di  pendalaman dengan orang dayak red indian, kerana suami beliau terpaksa tinggal di sana. Bapa beliau beritahu beliau, pilihan ditangannya sendiri, bila buka tingkap nak lihat lecah(selut di bumi itu ke iaitu pandangan cetek) atau lihat langit yang biru luas pandangannya. Wanita itu berfikir balik untuk bergaul dengan ibu ibu red indian dan mempelajari kraftangan di mana dia belajar benda yang baru selepas itu. Post sebelumnya Faiq Fadya menerai baju luar jangkaan

January 26, 2016

Faiq Fadya main Fitting Room

Ni gambar lama menerai seluar besar  dibawah cerita menerai seluar kecik
Bila ada model kat supermarket pakai baju kecik ni, faiq fadya akan kata eee they dont feel shy. Saya cakap tengok lantai dan arah di tuju ja.  Begitu juga kalau di pantai atau di swimming pool, dua beradik ni akan cakap eee not nice the clothes. Pakaian mereka tak tutup maksudnya..

Tapi hari ni saya memang nak tido kan mereka awal sebab cuti panjang tu ada keluar dan jumpa mak tok dan tok wan mereka, sampai rumah pukul 10 malam.

Syukur bangun pergi sekolah mudah, moga esok pun sama. Petang ni saya keluarkan mereka supaya mereka tido awal. Rupanya masa saya nak solat, mereka dua beradik menerai seluar kecik saya, yang seluar kecik papa. Saya cakap relax ja, lipat balik dan letak balik bakul nanti. Faiq cakap now ke, terpulang la saya jawab...sebab memang letih hari ni nak marah pun. Bila sembang dengan hubby, kami nak tergelak la pula, saya pun catit dalam blog, sambil tonton tv.
ada pic fadya menerai baju mama tapi dalam laptop. Ni pun faiq ambil masa nak pakai baju lepas mandi, diubahsuainya baju tu jadi octopus
Post sebelumnya "faiq bersabar tengok air"

Faiq suka air | test the water

Minat anak-anak dengan air memang tak dapat dinafikan. Faiq Fadya suka sangat dengan air. Bila pesan cuma tengok ja air, mengaku dengan penuh memahami. Tetapi sebaliknya tak bole tahan pun.

Fadya masukkan kaki dalam air sikit demi sedikit. Basahkan jari jari lepas hingga ke lengan. Kalau ada makan-makan saya akan tapau ja, sebab dah tahu nak kena kejar nanti. Kami pula jenis malas la nak basah kalau plan nak pergi sekejap. Tak da la nak berenang.

Saya dah trust Faiq ni sebenarnya tetapi bila tengok dia dari atas dah seram sejuk. Duk buat gaya nak terjun ja. Bukan basahkan hujung kaki, atau jari jemari lagi, dah mula basah dari hujung rambut. Gelabah juga, nak jerit kuat ganggu ketenteraman orang, terpaksa la lari turun, walaupun nampak dia tertoleh macam dengan suara larangan. Post sebelumnya belaian ibubapa itu penting


LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin