Pages

January 17, 2016

Faiq tanya soalan penting / kids' important question

Faiq 3 tahun

Ok ni Faiq 3 tahun, sekarang dah nak masuk 6 tahun. Tahun depan darjah 1, inshaAllah, Alhamdulillah. Tahun lepas Faiq tanya saya kenapa dengan giginya yang jarang kat tengah tu. Saya particular juga jaga gigi Faiq ni sebab gigi saya tak elok masa masuk darjah 1. Kakak saya dapat gigi yang tercantik dalam pertandingan.

ok Saya tak jawap sebab hairan kenapa dia tanya soalan begitu. Adakah dia rasa segan gigi begitu. Saya cakap keturunan kut, terus tanya Faiq balik. Faiq cakap gigi dia tak sama dalam gambar gigi-gigi yang dia tengok. Saya cakap yang dia akan dapat satu set gigi lagi yang cantik, dan ini set yang terakhir. InshaAllah Tuhan akan beri yang rapat dan sihat. Kita sama-sama doakan. Kami pun berdoa bersama semasa tu. Gigi faiq ni tak da yang buruk, cuma satu buruk iaitu gigi geraham. Saya susah hati juga takut dia sakit. Faiq cakap tak rasa apa pun. Ahamdulillah. Faiq ni bila masuk ja berus gigi dah rasa bluerk tula sebab tak bergosok gigi belakang. Tapi sekarang dah ok. Vitamin tak makan, buah oren makan, harap boleh gusi sihat dari vit c dari buah oren yang tak teringat nak bagi mama ni.

duduk-duduk sarapan / breakfast lover

Waktu bteakfast waktu yang saya tak duduk kalau hari biasa. Bergegas sedia itu ini, bekalan untuk di bawa kesekolah. Buat minuman, buat roti jem atau roti coklat untuk semua. Tak susahkan tapi ambil masa juga sapu 6 keping hehe..Breakfast dengan telur (dalam gambar) tu kesukaan Fadya. Kami suka juga telur tapi jarangla makan. Faiq tak makan telur, ikan ayam dia makan, telur belum cuba lagi. Lagipun Faiq cakap mak ayam akan rasa sedih tengok kita makan babynya.


Bila weekend tu saya baru bole duduk, minum lambat-lambat.  Hari biasa tu tak minum atau minum sekali denguk kut haha..Bila hari cuti begini saya cuba la buat sesuatu bagi budak-budak ada semua supaya tak diganggu. Bagi tablet kulit berbulu la apa lagi tapi pic ni tahun lepas. Sekarang susah dah nak pilih apa  untuk ditengok, sorang nak superhero, sorang lagi nak princess.  Suka lihat anak-anak masih boleh berkongsi. Oklah got to go fadya asyik tanya kenapa pokok kacang tak tumbuh lagi macam dalam jack and the bean stalk pun. Cute pulak pagi-pagi ni duk tanya tu. Nasib cuti boleh la layan..

January 16, 2016

hijau merehatkan mata / green relaxes

Anak-anak yang terpaksa berindoor, bermain di dalam rumah juga merisauka. Walaupun dipantau, kekadang mama pun terjebak dengan gadget tak terperasan berapa lama anak tonton tv ni. Tumbesaran kanak-kanak dan kesihatan mereka adalah tanggungjawab ibubapa. Nak menjaga kesihatan dari hujung rambut hingga ibu jari tu tak mampu selain berdoa.

Saya akan beritahu Faiq duduk elok bila  tengok youtube. Tonton tv tu seperti biasa lah.. terpaksalah jauh dari TV. Dinasihatkan kepada Faiq buka tingkap, lihat permandangan jauh. Biasa saya suruh keluar tengok rumput, pokok hijau yang ada untuk merehatkan matanya. Dia akan lakukan, berlengah-lengah la jugak, liat mengeliatla juga. Menjenguk sekejap ja. Terus toleh nak masuk semula. Tapi tahun ini aktivitinya agak sibuk, banyak latihan. Lepas dah abis baru berani minta youtube. Kadang minta rehat ja..Alhamulillah. Post sebelumnya Suka santai bersarapan / Tips

Fadya's milk / kuku, rambut, gigi

English version below


Fadya minum susu anmum, bukan favorite atau pilihannya. Kami memilih anmum sejak Faiq lahir lagi diberi sample susu. Lepas bf, kami pilih anmum kerana murah dan senang didapati kedai biasa.

Alhamdulillah Fadya sesuai minum susu ini. Kadang saya berfikir dua kali nak beli apa-apa untuk saya kerana anak-anak masih minum susu ni. Jadi saya juga beli susu untuk anak-anak yatim. Saya beli yang jenis tepung supaya tak senang rosak. Tempat sedakah tu ambil beras dan tempat letak barang sedekah tu diluar, panas, risau susu fresh milk dalam kotak rosak.

Kadang tu ada yang tanya saya, susu apa yang bagus. Saya berpendapat dengan pemerhatian ibu terhadap anak seperti rambut, kuku, gigi tubuh sihat, inshaAllah susu dan permakanannya baik. Jika anak dah toddler tetapi tidur berpanjangan tu kerana tak cukup tenaga kerana kurang makanan.

Untuk gigi, jika tak sempat berus tu, saya srntal dengan kain lampin sebab kain kasar ni dapat cuci gigi dengan jari.

Untuk rambut ada toddler rambut kurang tu jangan risau kerana dengan sikat seperti biasa dapat keruk kulit mati yang memberi ruang untuk rambut baru naik subur. InshaAllah. Post yang lepas meringankan fikir dan menjimatkan tenaga



fadya's favorite is anmum #milk  til i think twice to buy anything for myself other than milk but i buy milk to the orphans
some asked me what milk that is good for kids. my answer check on the babies nails and hairs and skin, fast growing, healthier is a good sign

as for teeth depends on individuality, but to maintain is a need to brush n food intake too. for my kids i used napkin with harsh thread to clean their teeth.

some  said their babies not much hair, i think its good to still comb the scalp to remove the old cell and give space for hair to grow.

January 15, 2016

fadya sabar ja / fadya tolerates

Anak perempuan saya ni suka princess. Gown atau baju Elsa tu dia yang pilih sendiri. Bila pakai dia menyanyi lagu happy birthday, rasa kesian pulak tengok. Suka princess, tapi mama beli t-shirt dengan seluar ja hingga tchr fadya cakap bagila Fadya pakai baju kembang-kembang. Saya cakap ada skirt kadang pakai, biasa dengan skirt saya pakai seluar sekali. Syukur Fadya pun ok macam tu.

Dalam pic ni Fadya sedang mendengar cerita superhero walaupun dia minta cerita princess. Papa just cerita ja sebab dah ada mainan Faiq kat situ, sambil cerita sambil mengusik anaknya yang duk cakap i want princess story. Fadya cakap ironman dengan winx, kartun dalam nickelodeon tu boleh terbang. Fadya likes princess bole naik kuda. Ada animals lain. Iron man sorang-sorang. Sebab itu la Fadya suka kuda, pony, duk berangan  dia princess berteman selalu :)

jadual menyiram / wed is watering day

Tanaman dalam rumah tu, saya siram hari rabu. Senang sebab kalau hujung minggu tak da rumah pun tak risau. Hari rabu pasti ada rumah kerana hari sekolah dan bekerja. Hari isnin tu biasa sibuk, kalau ke mana tu hari isnin uruskan hal budak2 dan kain baju dulu. Hari selasa ada kelas mengaji hehe..amboi, buat satu keja satu hari ja, melampaukan..hehe.. moga dipermudahkan olehNya kan..

Dalam gambar ni adalah pokok lidah mertua dan pokok duit. Pasunya saya letak lace dengan bunga plastik. Lace tu saya lekat dengan uhu, bunga tu dilekat dengan hot gun. Hasil nya tu rasa lembut ja, sweetkan. Suka la tengok bila letak lace, rasa english decor ja hehe. Masa gerebu, suasana di dalam rumah lebih segar kerana pokok ni mengeluarkan oxigen pada waktu malam, manakala waktu siang ia mengeluarkan carbon oksida paling minimum. Google pun cakap ia susah mati hehe..dan sesuai letak bilik tidur, namaya pun "bedroom plants" :) (pokok bilik tidur).

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin