Pages

January 13, 2016

kids thinking about toys / fikiran fadya dgn mainan /tips

Saya kenalkan gadget kepada Fadya masa umurnya nak masuk 3 tahun. Terpaksa bagi masa tu kerana dalam flight. Biasa saya tengok ibu yang bersama anak bagi susu untuk mengurangkan pressure di telinga. Ada yang bagi lolipop. Bila Fadya 3 tahun, nak bagi susu pun dia dah minum, terpaksa bagi tablet. Boleh la bertahan juga la,  dia tak berjalan sana sini.

Sekarang ni dia suka la tengok you tube, kalau game tu macam educative yang ada dog atau cat. Saya cakap dengan Fadya kalau tengok tab, kena tutup tv.
Tapi fadya cakap kuda-kudanya dan harimau singa yang teratur dalam gambar ni duk tengok tv. Budak-budak pun caring kat toys kesayangan mereka..

January 12, 2016

Heran gemuk /wonder why fat

Saya dengan suami ni duk sembangla tentang nak kurus. Saya cakap tak percaya la bole kurus kalau asyik makan ja. Bila diet mungkin boleh. Yang sebenarnya dalam hati rasa heran knapa saya gemuk. Makan skit ja, mungkin kerap kut. Gemuk tu memang kat perut, lengan semua.
Dalam pic ni nampak saya berisi. Tudung tu saya tiru audrey hepburn, hehe..

Saya cuba exercise headstand pun susah ja. Dengan pertolongan pun susah ja. Satu hari tu saya ternampak website tentang program diet ni. Rupanya salah satunya tak boleh minuman dalam kotak ni sebab banyak perservatives. Perservativ atau ubat tahan tu tak boleh dihadamkan, jadi akan pegi ke perut peha atau lengan. Saya minum jus oren ni sejak fadya suka minum air warna. Sebab tu yang duk abiskan kami dua la. Faiq minum air kosong. Sejak baca website tu saya terus tak beli jus oren dalam botol atau kotak. Bila stop seminggu. Boleh rasa isi tu lain la, gemuk isi la bukan flabby. Lama skit saya cuba buat headstand baru boleh. Sejak itu saya bagi fadya minum air kosong atau minum mlm tu yang ada vitamin tapi tak selalu la, atau blend oren segar.

fetching faiq from school / jemput faiq dari sekolah

Sekarang ni duk jaga kucing, saya terasa lebih prihatin, tak patut saya tunggu dalam keta pasang enjin. Saya sedang tunggu tiba ternampak seorang tok wan dengan cucunya turun dari motor jalan ke belakang kereta saya. Parking sekolah tu memang kena reverse supaya senang keluar kut. Bila nampak budak dengan tok wan menunggu. Saya matikan enjin dan keluar dan menunggu di luar. Saya tak sanggup melepas asap ekzos tu kepada budak tu. Tetapi ada kereta sebelah saya tu, pasang enjin. Sekurangnya kurang polution kan.. kalau dengan asap kereta saya dah 2 kali ganda pencemaran. Duk menaip bunyi loceng sekolah, budak-budak keluar. Saya senyum kat  assistant teacher tu, baru nampak Faiq, Faiq lari dan peluk saya mama!

Faiq cakap sekolah ni belum sekolah besar tapi sedikit ja besar dari sekolah lamanya. Saya tanya kenapa besar skit. Faiq cakap belajar sama ja. Ye la ingat dah nak belajar buat robot ka haha..
Tak sempat pula nak ambil gambar Faiq tadi...
Pic ni Faiq teman Fadya beri makan kucing ke 2. Journey Fadya beri makan kucing yang ke 2.

Faiq's school / sekolah Faiq

Pagi-pagi lagi Fadya dah nak pegi beri makan kepada kucing. Kami terangkan pagi pegi sekolah dulu. Ok fine fine..ni ikut abang dia ni. Kami hantar Faiq, hari ni saya ikut sebab en suami cakap tiap hari Fadya tido dalam keta. Saya ikut supaya saya bole tunggu fadya dlm keta dan en suami boleh hantar faiq ke pintu kelas. Rupa-rupa fikiran lelaki lain, imamku cuma hantar di pagar sekolah ja, tak pagar pun, turun buka pintu Faiq, ok you can go, go you know the class kan..ok Faiq, Assalamualaikum sambil lambai tangan.

Saya kat tingkap keta ni duk laaa... meh mama hantar, yg en suami masuk dalam kereta. Terus nak drive ja. Saya ni duk cakap risau semalam sejam ja Faiq suakenai dengan teacher. Dah la tak pakai uniform lagi. Takut guru-guru tak kenal faiq budak mana, sesi mana. Tak boleh jadi, risau ja..lepas hantar semua. Saya pegi ke sekolah balik, minta masuk dengan guard tu, guard cakap jangan risau lepas pagar sekolah kami jaga. Saya masuk tengok Faiq ada, lega Alhamdulillah. Syukurnya perancangan Allah itu lebih baik. Saya sempat terharu bila lalu jalan ke sekolah Faiq ni cantik sangat.
The best permandangan macam dalam calender. Kalau saya ada duit pun tak kan ada sekolah cantik macam ni ini baru jalan masuk. Allah bagi the best untuk Faiq. Alhamdulillah

January 11, 2016

fadya voluntarily cat feeding journey / fadya menjamu kucing terbiar

While we were shopping for groceries, Fadya wanted to buy cat food. We told her to give the food to cat that come across. She nodded eagerly. We took one which costs MYR6. She held it along the way until we finished shopping. She even waited at the cashier to scan the price and outstretch her again to take the cat food packet.

Later on, we stopped at the restaurant near by. She searched for cats. Didnt see any. Just about we were getting in the we saw one under the palm tree at the walk way. Fadya was so excited and asked me to open the packet.
She took the packet and pour the food on the ground, the lazed cat, rose and ate the food hungrily. So tonight is the first feeding and there will be next. Follow Fadya voluntarily cat feeding journey.

sand castle / istana pasir /perkembangan budak2.

Beriadah untuk mengasah motorskil Fadya, kerana caranya memegang pensil tu salah. Faiq Fadya pun suka main pasir. Lebih lebih lagi Fadya pandai cakap dengan papa yang dia suka istana pasir, Adya like san casel..sebutnya macam berloghat skit. Saya risau juga Fadya cakap sof sangat ada yang terbalik, contoh "mouse" dia sebut "sious"  ni tahun lepas. baru ni baru cakap mouse. Saya suruh sebut Bismilah. Kalau panjang saya risau dia malu tak tahu sebut. Jadi saya suruh cakap Allah, Bismillah, Auzubillah. Harap ada improvement, InshaAllah. Saya buat teori sendiri sebab Faiq kan aktif tapi bila sekolah hafazan dia lebih tenang.

Saya tak pasti nak hantar Fadya ke sekolah hafazan sebab jauh skit. Hari pertama sekolah saya tanya Faiq, teacher tanya apa. Faiq cakap tanya my name. Saya tanya lagi "tinggal di mana, tinggal di rumah". Baru teringat belum ajar lagi tinggal di mana ni. Kalau english dia cakap tinggal di malaysia. Aaii..terus negara pulak.
Baru seketul istana

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin