Saya rasa Faiq ni memang fikir luar kotak, sebab bila saya cakap makan di meja makan dan jangan jatuhkan makanan di lantai nanti semut datang..
Faiq cakap dengan saya, dia biarkan makanan yang terjatuh di lantai supaya semut datang sebab mereka perlu makanan juga (They need food jugak)".
Masa saya balik dari kelas make up atau memasak ke..saya bawak balik pizza, bila hidang ja..Faiq cakap..take photo for the blog...saya tak pernah beritahu tentang blog, cuma saya tunjuk kat dia yang saya bukan main dengan tab tapi membaca.
Bila Faiq pergi sekolah dengan papa, dia akan tanya mana Fadya, ambil Fadya dulu, walaupun saya cakap Fadya tinggal bersama saya...kadang pada masa lain Faiq akan cakap ambil Fadya, dia anak mama (Take Fadya, shes your baby) ni masa shopping saya tinggal Fadya tido dalam stroller kat tepi dan en hubby kat situ juga pun, Faiq dah kalut..
Fadya pun comel juga teringatkan dia ambil bag pakai bersilang macam saya, dengan scarf kecik...:walaupun diberi beg pegang dengan tangan tapi dia nak juga bag sling..(saya pakai bag silang ni sebab senang nak dukung derang ni la)
Faiq akan larang saya spray ubat nyamuk atau semut, dia nakkan mereka hidup (let them live n go home to sleep)
Yang ni pula akhir saya teringat, sepatutnya yang pertama,Alhamdulillah, bila solat kat surau, suara Faiq yang paling kuat "Allahuakbar" dengan..perkataaan Arab yang lain..semuanya kuat-kuat..kami pesan baca perlahan..harap dia faham nanti..
Semalam syukur dah hantar Faiq kelas Iqra, ustazah tanya nama apa, duk diam pula.. Saya belakang tirai cakap your name la, baru dia cakap my name is Faiq, selepas Ustazah tanya "What's your name?" syukur. Saya brief dulu sebelum Faiq pegi. Bagi bag, buku, tanda buku, songkok, suruh dia masukkan semua. Masa nak pakai kasut dia nyanyi lagu Alif baa taa..yang dari Youtube tu..
kids remind me of Your greatness / Anak-anak mengingatkan kebesaranMu
with Lots of Love that I am afraid to lose / paling ditakuti kehilangan kasih sayangMu..
I love them, I love You more instead / Sayangi mereka tetapi lebih menyayangiMu