Pages

October 23, 2021

Mini Quiche | Mini Tat Berlauk / Bersayur

Bahasa dan video seminit di bawah :)

English version and one minute video below :)

The day of eating eggs's turn | Hari untuk menikmati telur telah tiba

Intrigued to eat something like omelet | Tercetus hendak menikmati ala telur dadar


Just realised that there were frozen pie crust in the freezer. Took them out and let them defrost.  


The rotation of egg menu; I combined two eggs in the mini quiche. There were only five frozen crusts. I planned to make oats, butter and honey crust as I figured 5 crusts were not enough for tummy and the mixture would left a lot as the size crust was small. 


Quiche mix and ingredients

    1. Two eggs

    2. Quarter of Capsicum diced

    3. One of tomatoes diced

    4. Quarter can of Ideal milk as              we don't have whip cream,                Less  is better as I made,                      turned  out watery. 

    5.  2 inch of Cheese

    6.  Mushroom sliced

    7. Shrimps as I had from kids                leftover they don't eat shrimps


All vege or cheese were cut into small cube size.  Milk and eggs were mixed together and poured into individual crust cup. 


Baked in the oven 20 minutes at 180°C. Amazing and quite filling food. 


That's the food trial and error journal of the day :) 


Happy weekend❤️


Terperasan yang kelonsong pastri sejuk beku ada di dalam peti ais. Keluarkan dan biar ia nyahbeku.


Pusingan untuk makan telur telah tiba, ingin guna dua biji telur untuk sajian kali ini, iaitu quiche mini.


Ada pastri cuma 5 biji, saya rancang, buat kelongsong tambahan iatu dengan oats, mentega dan madu.


Campuran Quiche dan bahannya:

 1. 2 biji telur

 2. Suku capsicum didadu

 3. Sebiji tomato didadu

 4. Suku tin susu ideal

 5. 2 inci keju 

 6. Cendawan.

 7.Lebih udang dari abang adik     yang   disejukbekukan


Dapat rasa yang 5 pastri tak mencukupi untuk mengenyangkan perut dan campuran telur dan susu juga berlebihan, tiada pastri untuk ditakung pula. Kasihan hehe. 😋


Semua sayuran dipotong dadu. Susu dan telur dicampur dan dituang di dalam setiap pastri. 


Bakar dalam ketuhar bersuhu 180°C selama 20 minit. MashaAllah. Makanan yang sedap dan mengenyangkan. 


Itulah jurnal makan dengan penyediaan cara cuba dan ada silapnya untuk hari ini. :) 


Salam berhujung minggu❤️








October 22, 2021

Muesli Kellog's | Campuran bijirin Kellog's

Bahasa dan video seminit di bawah :)

English version and one minute video below :)

Bought Muesli Kellogs for rainy days | Beli Kellog's Muesli untuk hari yang tak berkesempatan

Tried to introduce the cereal to abang adik too | Cuba perkenalkan bijirin untuk abanga dik juga


There are mornings, I just like to have coffee and something easy and quick. I tried muesli, muesli are mixed cereal with raisins nut or fruits. I was not sure what type of muesli that I bought online because I took out the box for recycle. 


I could see it consisted roasted oats and cornflakes plus the extra condiments, dried coconut flakes or raisin with nuts. 


Anything that is in original form is good. The kids however, preferred the processed cereal like honey star which I tried to avoid purchase it often. Recently they learned eating coating flakes with raisins. Time to buy the original, plain soon. 


I put half a bowl of muesli and pour milk. It is good to eat immediately rather than let it soften. 


It is handy in a bowl, so I took it out at the front corridor or veranda not sure what its called. I sat and stared at the electric line, saw a white dove, i zoomed in and out. And at the gate wall had a furry predator was siiting on waiting for the bird or eating the bird food, not sure. Lovely morning. 


That's it, the breakfast ideas and food journal of today :) 


Happy Friday❤️


Ada hari-hari nak minum kopi dan makanan cepat dan mudah dalam penyediaan. Saya cuba muesli, muesli yang sudah di campur kekacang dan kismis. Saya pun tak perasan muesli jenis buah atau kekacang yang saya beli online ni, sebab kotaknya telah dikeluarkan untuk kitar semula. 


Bolehla nampak ia terdiri dari oats panggang dan empingan jagung termasuk bahan penyedap, kelapa kering atau kismis dengan kekacang.


Bijirin yang terdiri dari keadaan asalnya adalah bagus. Macamanapun budak-budak gemar bijirin yang diproses seperti honey star yang mana saya cuba elakkan beli selalu.  Baru belajar makan yang empingan jagung bersalut, dengannkismis, lama-lama beli yang kosong. 


Saya masukkan muesli separuh mangkuk dan tuang susu. Sedap makan segera sebelum ianya menjadi lembut. 


Terasa mobil pula bila bijirin dalam mangkuk senang nak ubah tempat, saya terus ke depan luar rumah, di veranda ke koridor, kecil je tempatnya tak pasti nak panggil apa. Duduk dan perhati atas wayar elektrik tu ternampak seekor burung merpati putih. Saya pun zoom dekat. Dan di atas tembok pagar tu ada pemangsa berbulu segak sedang duduk menunggu burung atau nak makan makanan burung, tak pasti. Alhamdulillah pagi yang indah.


Itulah pilihan sarapan ringkas dan jurnal sarapan hari ini :) 


Salam Jumaat❤️





October 21, 2021

New Picnic Table by Taman Jaya Lake | Meja Berkelah Baru di tepi Tasik Taman Jaya

Bahasa dan video seminit di bawah :)

English version and one minute video below :)


Packed picnic bag and new folded table :)  Siap beg berkelah dan meja lipat baharu :)

More comfy with folded table| Lebih selesa dengan meja lipat


Earlier on I wanted to go for a walk to the shop and buy steak, wanted to teach kids how to grill meat. And teach them how to eat steak with real steak knives.


Holiday mood conquered laziness or vice versa. Stayed home til the last day we made our way to have lunch by the lake again.


We headed up towards the central Klang Valley. Stop and took exit before the arch of welcoming us to the Federal Territory that is our capital city, Kuala Lumpur.


Arrived there, saw few folks were fishing, families relaxing and finishing eating not sure eating or just sitting but saw kids played at the playground.


We opened the table, set infront of the lake by the city. Nature in the city we were. Love the sounds of manmade and the nature. Harmonily embrace the smell, sounds and the views, lively and alive.


Happy Thursday❤️


Pada mulanya saya berangan angan untuk berjalan kaki ke pasaraya untuk membeli daging stik. Mahu ajar abang dan adik macamana nak memasak stik, cara makan stik dan juga cara menggunakan pisau stik.


Hati perasaan percutian telah menakluki kemalasan ke terbalik kot. Hanya duduk dirumah sahaja hingga hari akhir barulah buat keputusan untuk ke tasik berdekatan untuk makan tengahari.


Kami menuju kearah pusat tengah Lembah Kelang. Berhenti lalu masuk laluan keluar sebelum jumpa dengan pintu gerbang yang menyambut datang ke Wilayah Persekutuan itu, iaitu laluan ke ibunegara, bandaraya Kuala Lumpur.


Sampai disana, ternampak ada beberapa orang yang sedang memancing, ada juga keluarga yang sedang berehat selepas habis makan tengahari, rasanya. Dari jauh juga nampak kanak kanak yang gembira bermain ditaman permainan.


Kami buka meja yang baru dibeli,  betul betul berhadapan tasik didalam kota itu. Keindahan alam semulajadi ditengah kota yang kami diami ini. Suka dengan bunyi bunyian dari ragam manusia serta dari alam semulajadi itu sendiri. Suasana harmoni yang mendakapi rasa, bunyi dan permandangan itu amat meriah dan hidup.


Salam Khamis ❤️

October 20, 2021

Soft beancurd Salad | Salad tauhu lembut

Bahasa dan video seminit di bawah :)

English version and one minute video below :)

Mixed cut dates and dried figs in the salad. 

Campur potongan buah kurma dan buah tin di dalam salad

Moved to have it outside | Gerak menjamah di luar


When there is no other protein to eat with, searched and seek but found and received the soy curd as salad condiments.


Ending up vegetarian meal and only suited with me. So I had that alone and had it outside but didnt want to talk about it. With less thought of food, the less appetizer lingering in mind being feed hehe.. 


I looked around to find a main focus to capture with camera, nothing much interesting as yet. I suddenly thought of our rain water harvesting pail being an attractive subject for video shot. I collect water from the air condition  and from the pouring rain. Everyday, we harvested it to water the plants and fill up the the fish pond. As to avoid the water become still water and become breeding ground for pest. 


Back to the beancurd salad, it was fillings enough till noon only :) 


Happy Wednesday 💖


Bila dah tak ada protin nak menjamah di pagi hari, cari dan selongkar tapi jumpa dan temui tauhu lembut untuk buat bahan utama salad. 


Akhirnya terjadi hidangan pemakan sayur dan ternyata saya saja yang lalu makan. Jadi nikmati sendiri di luar dan rasa tak mahu cakap tentang makanan selalu. Kurang fikir tentangnya lagi bagus, kurang lah juga fikir nak makan makanan pembuka selera hehe.. 


Cuba juga mencari perkara lain untuk menjadi tumpuan utama pagi itu, tak ada la pula yang menarik sangat. Rasa tempat menahan air iaitu tuaian air kami tiba tiba menangkap perhatian saya. Kumpul air penghawa dingin dan dari limpahan air hujan. InshaAllah, setiap hari tuaian mesti dibuat mengelak ia menjadi takungan air tak bergerak. Air tadahan dibuat siraman pokok dan menambah air kolam ikan.


Berbalik ke salad tauhu lembut, ia mengenyangkan cukup untuk hingga ke tengahari sahaja :) 


Salam Rabu ❤️

 



October 19, 2021

Stuffed Beancurd | Tauhu Sumbat Ala bergedil Ayam

Bahasa dan video seminit di bawah :)

English version and one minute video below :)

Dried beancurd is main ingredient

Tauhu Kering adalah bahan utama

Filled with ground Chicken and Spinach 

Isi dengan inti Ayam dan Bayam yang di kisar 


The moon has appeared,  the dinner had yet to settle, I ground the roasted chicken and spinach.


Mixed with spices and filled them in the dried beancurd. Though the beancurd was dried,  I still cored out a bit of soft beancurd center inside. So there will be empty space to fill more fillings. 


The taste of mixed spices and  coated with ala KFC spiced flour dip in sauce was tasty. Love the crispy fried food that need to eat moderately.


Good to try new recipe, gathered with loved ones. Cherish simplicity.


Happy Tuesday ❤️


Bulan menjelma, makanan malam belum terhidang, saya kisar ayam semalam dan bayam.


Gaul dengan rempah ratus dan isi dalam tauhu kering yang dikeluarkan isinya.


Walau tak banyak isi tauhu kering, tetap keluarkan ditengah, lebih ruang untuk letak lebih banyak inti. 


Rasa campuran rempah dan disalut pula dengan rempah ayam KFC adabi, lagi di cicah dengan sos memang sedap rasanya. 


Suka makanan rangup bergoreng yang patut diambil berpada-pada. 


Bagus juga mencuba resepi baru macamanapun, duduk makan bersama keluarga. Hargai sangat perkara asas dan ringkas. 


Salam Selasa, Salam Maulidur Rasul 2021❤️


October 18, 2021

Prawn Porridge | Bubur Udang

Bahasa dan video seminit di bawah :) 

English version and one minute video below :) 


Rice already become  porridge | Nasi sudah menjadi bubur



Prawn, ginger and garlic as main ingredients | Udang, halia, bawang putih adalah bahan utama


Since we have salted eggs, anchovies and nuts ready. I prepared simple and quick porridge for breakfast. 


Although it said fast still had to monitor the water level to make rice soft and porridge form. 


1 cup of rice

4 cups of water (yet not watery perhaps more add soup) 

1 cut carrot

3 garlic

1 thumb size ginger. 

6 prawns


Condiments

Fried Nuts

Fried anchovies

1 salted egg

Sliced ginger

Cube carrots


I put all the main ingredients and cooked with water inside the pressure cooker for 7 minutes. Scooped out because I was hungry. Turned out flavourful especially with the well known of tasteful toppings eg salted egg, nuts, anchovies and soy sauce, olive oil since we don't have sesame oil. 


Good digestion breakfast. Love the oriental style eating, no pickle or sesame but already full that's the aim :) 


Happy Monday ❤️



Oleh kerana dah tersedia ada telur masin, ikan bilis dan kacang, saya terus menyediakan sarapan bubur nasi yang ringkas dan senang dimasak. 


Walaupun cepat, tetap kena periksa aras air supaya nasi jadi lembut (bubur). 


1 cawan beras

4 cawan air (itupun tidak berair, tambah sup jika ada) 

1 lobak merah dipotong

3 ulas bawang putih

Halia sebesar ibu jari

6 ekor Udang


Taburan Perasa

Kacang goreng

Ikan bilis goreng

Telur masin

Halia di hiris

Lobak merah dipotong kiub


Saya masukkan semua bahan utama dan masak hingga menjadi bubur nasi didalam periuk tekanan tinggi selama 7 minit. Terus ceduk masuk ke mangkuk sebab lapar. Rssanya amat berperisa bila dimakan dengan bahan taburan perasa seperti telur masin, ikan bilis, kicap dan minyak zaitun (sebab tak ada minyak bijan atau lenga). 


Sarapan enak dan bagus untuk penghadaman. Suka dengan cara makanan timur, tak da acar atau bijan, tetap kenyang itulah matlamatnya. :) 


Salam Isnin ❤️






LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin