Pages

September 3, 2021

Water Cress Plants |Tanam Kangkung

Bahasa dan video seminit di bawah :)

English version and one minute video :) 



Tanam kangkung dalam air



Dari grocer ke tanaman




It would be nice to have vege plants in the garden. I have tried planting water cress or kangkung in the pot. It didn't grow big then I put it near the water tap to make soil damp and wet.  Even then it didn't last long. 

Last year, I tried to make squid water cress salad, or sotong kangkung as known locally, the kangkung that I bought online came with the roots. Immediately I cut the stem  3 inches away from the roots and soak in tthe water. Then, I placed it in the fish water container with  water lettuce that floats on the surface. 

Water lettuce roots are bushy, so I lifted the kangkung root near the water lettuce root. Another cut, I hanged at the nearest plant and not letting the root float above the water surface. 

I took note that the  trunk of kangkung cannot be totally soaked inside the water. 

Everyday I would come out and check whether the new shoots were coming out. Once I saw it, I know it works. It even  creeps as you can see in the picture. 

Thats all for the agroculture wrap-up :) 


Have a great evening ❤️



Dalam taman, jika ada pokok sayuran, rasa ia lebih bermakna dan bermanfaat. Itupun kalau rajin kan.. 

Pernah cuba tanam kangkung dalam pasu tidak menjadi, kurus tidak bercambah, letak di tepi pancur air agar basah dan lembab tanah juga ia tidak boleh bertahan.


Tahun lepas, kangkung yang dihantar dari pembelian online ada akar. Terus saya potong 3 inci dan letak dalam kolam ikan.  Dalam bekas ikan itu ada pokok kiambang.  Akar pokok kiambang lebat jadi saya tumpangkan akar kangkung di salah satu pokok kiambang tu. Batang kangkung tak boleh terendam dalam air, jadi biar terapung saja atas air. Ada beberapa kaedah saya letak di dalam bekas itu, salah satu kangkung saya ikat dekat pokok yang berdekatan situ.

Setiap hari datang menjenguk syukur bila nampak pucuk kangkung sudah berputik dan menjalar seperti di dalam gambar. Alhamdulillah. 


Itu saja liputan alam agro :) 


Salam  sejahtera ❤️


Lemon Gravy Fish | Ikan Kuah Lemon

Bahasa dan video seminit di bawah :) 

English version and one minute video below :) 


Sempat jenguk tiny backyard


Tiada mentega tetapi buttery


Hisbiscus bloomed before the sun was approaching noon and that was the time I was busy preparing lunch. 


I made an effort hehe this time around to go out and filmed the scene of red bougainvilleas.  I took the inside slippers for bathroom and wore them outside for awhile. 


Came inside, wash the slippers, wash hands and continue cooking for lunch. I cooked only three dishes which are stinky beans sambal or sambal petai, lemon gravy fish and tumeric fried chickens for adik. 


I would like to jot down recipe of lemon gravy as the sour lemon was sweet til I wanted to eat the skin of lemon. So might as well I keep it here. 


Season 3 pieces of fish with mix Italian herbs and salt, cooking oil for frying. Fry the fish well done. You can use Grouper, Red Snapper or Golden Snapper fish slices. I use Salmon since it's already there in the freezer :) 


Gravy ingredients 

1 lemon - slice thinly

3  capsicum red, yellow, green - cut bite size cube

1 tbs of blended anchovies

1 tbs of corn flour (mix with 100ml water and  3 tbs sugar

1 tsp black pepper

1 tbs mix italian herbs

1 tbs sweet basil

1 onion cut finely

8 garlic or 1 whole garlic, cut finely

2 in ginger, slice finely

1 tomato cut cube size

100ml full cream milk


Sautee onion, garlic and ginger til the smell fragrant of aroma 

Add the rest of ingredients

Make sure the lemon is soft and tender. Add corn flour juice and mix well to thicken and lastly add milk for a creamier taste. Let it simmer and finally pour on to the fish. 


Thats it, ready to eat :) 


Enjoy the rest of the week ❤️



Bunga raya mula berkembang semasa matahari nak terik menjelang tengahari. Masa tulah saya sedang sibuk menyediakan sajian tengahari. 


Gigih juga saya, sempat keluar untuk merakam video bunga raya yang berwarna merah untuk tatapan kita bersama, selipar dalam rumah saya keluarkan untuk pakai di luar. Sebenarnya ada selipar luar tu, tapi ia dah mengecil hehe.. (kalau teringat saya akan ambil gambar).


Masuk rumah, cuci selipar, basuh tangan sanbung masak. Saya masak makanan tengahari cuma tiga jenis lauk sahaja, sambal petai, ikan berkuah lemon dan ayam goreng untuk adik. 


Kuah ikan lemon yang saya masak itu sangat sedap, hirisan lemon tu rasanya jadi masam manis, macam nak makan kulitnya. Jadi saya catitkan resepinya disini. 


3 potong ikan perap dengan seasoning herba campu itali dan garam, dan sedikit minyak - digoreng hingga garing. Boleh guna ikan kerapu, merah atau jenahak. Disini saya guna ikan salmon sebab memang dah ada dalam peti ais :)


Kuahnya

I biji lemon dihiris nipis

3 biji Capsicum - hijau merah kuning - dipotong dadu

1 sudu besar ikan bilis yang dikisar

1 sudu besar Tepung jagung dibancuh dalam 100ml air dan

3 sudu besar gula ( rasa dan tambah untuk kurangkan rasa masam lemon tu) 

1 sudu kecil Lada hitam 

1 sudu besar herba campur

1 sudu besar Sweet Basil

1 labu Bawang besar - dipotong halus

2 inci Halia  di hiris halus

1 biji Tomato di potong dadu

100 ml susu penuh krim


Tumis bawang besar, putih dan halia, sampai naik bau wangi. Masuk ikan bilis yang dikisar. Masukkan bahan-bahan lain. 

Masukkan lemon, biar masak hingga lembut. Air jagung  yang dibancuh masukkan dan kacau hingga kuah menjadi likat. Tambahkan susu supaya kuah berkrim. Rasa dulu, jika masih terlampau masam, kena tambah gula lagi. 

Tuang kuah tu keatas ikan, dan hidangkan buat santapan tengahari. Bismillah. 


Nikmati hari-hari yang bermakna menuju minggu baharu:) kejap kan. ❤️




September 2, 2021

Bulbul Birds with Rice | Burung Merbah dengan nasi

Bahasa dan video seminit di bawah :) 

English version and one minute video below :) 


Beras atau makanan burung


Burung atau tupai yang berkunjung



The sun had risen, I went down late after cleaning or tidying up. I usually love to see whats going on outside the house. 


From the sliding door, I saw a bubul bird, it didn't surprise me coz I expected it to come. I had purposely put a little rice on the hanging pot as birds or squirrels love to stop by for a quick meal. I saw two Bulbul birds. 


I'm writing this because I wanted to remind myself and all kids of today to look far, as care for eyes. I am aware not all window has views but it's all in our perspective to have desire to look then good view appeared. 


I remembered when I was in a high rise building, I stared out until I saw a cloud floating and passed by in front of my eyes.  Slowly but amazingly. 


Then I realised now that my phone camera did not have any time lapse function and I doubt that it has that feature, perhaps I have no knowledge about it. 


The Yellow-vented Bulbul or Merbah Kapur can be found abundantly in the Klang Valley area actually. They have bright lining in around the eyes. The size of Bulbul is big but not as big as a pigeon. 


I wrote about feeding food for other creatures that we live around us together, the least that I can do to sustain the fauna and flora around us. 


Have an awesome day❤️


Matahari dah terbit tinggi rasanya, saya turun lambat selepas mengemas dan mencuci. 


Saya suka menjamu mata memandang luar dulu sebelum ke dapur. Dari pintu kaca sliding, saya ternampak burung merbah di atas pasu gantung. Taklah terkejut tetapi sukacita kerana memang mengharap burung ini datang. Saja saya letak nasi di dalam pasu kerana tupai atau burung menyukainya. 

Saya dapat lihat dua ekor burung merbah bertandang.


Saya menulis ini pun untuk mengingatkan diri dan anak-anak untuk pandang luar tak kira permandangan rumah, bangunan atau kereta kerana tabiat tenung luar akan terjumpa yang menarik menjelma hehe.. seramlah pulak ye. 


Teringat saya semasa berada di dalam bangunan yang tinggi, sengaja pandang luar, lihat awan terapung melintas bergerak perlahan di depan mata, sambil ambil video.


Masa tu tak da ciri "time lapse" kalau adapun tak da ilmu pun tentang tu hingga ke hari ini hehe.. 


Bagaimanapun, burung Merbah Kapur yang mempunyai mata yang cantik 'bercelak' ni mudah dijumpai di Lembah Klang. Bersaiz besar tapi tidak sebesar burung merpati. 


Sekurangnya saya tak lah menulis tentang makanan kita ja, malah makanan burung & tupai pun; Inilah yang terlarat saya boleh buat untuk kesinambungan flora dan fauna sekitar hehe.. 


Moga kalian melalui hari dengan keindahan ❤️





















Beef Karipap | Karipap daging

Bahasa dan video seminit di bawah:)

English version and one minute video below :)


Bahan inti kurang sesuai


Halia dan sos steak masuk ke? 


Once in awhile I crave for pastry. Actually, every other week I would  think of eating curry puff.


I prefer chicken karipap (I doubt the name karipap come from curry puff) but this time I tried making beef karipap as I have to finish the existing stocks of beef in the fridge.


The procedures or steps are the same only the main ingredient used is beef instead. This time around, I used margerine and the brand is planta for the pastry dough. I love the crust and with planta its combined well, not too fragile. 

It's crisp and pastry taste, ya know crispy carbo hehe.. 


The fillings did not taste as good as the chicken filling though, we suspected the beef mixed with ginger didn't go well together with steak sauce. Not really sure, but will do differently next time. Perhaps using burger patties recipe with holland onion but stir fry.

Nevertheless, The fried beef karipap were still good for my taste as its my favorite crust hehe.. 


Have a nice day ❤️


Kadang saya teringin hendak makan karipap tapi yang buat sendiri.


Harap ini tidak berlarutan. Saya lebih suka jika saya tidak begitu memikirkan tentang makanan.


Selang dua minggu pasti terfikir tentang karipap. Saya memasak inti karipap seperti cara dan resepi yang sama dengan inti ayam  cuma tukar dengan daging lembu.

Untuk kulit pastri tu saya menggunakan marjerin dari jenama planta.  Cuma intinya tak begitu mengikut selera, mungkin kurang sesuai rasa halia dengan sos steak tu. Masih perlu di tambah baik lagi nanti. 

Saya lebih gemar karipap ayam tetapi terpaksa buat karipap daging kerana ingin menghabiskan stok daging yang tersimpan lama.

Sedap kulit pastri dengan planta, ikut citarasa. Inti daging ada kekurangan, tidak pastilah rasa asia (halia) dengan western food iaitu steak. Mungkin akan cuba resepi seakan daging burger pattie berbawang besar kuning (bawang holland) tetapi goreng gaulkan.

Walau bagaimana pun, Karipap yang digoreng berinti daging ini tetap menambat hati. Alhamdulillah. Lerai lagi...nak diet keto gamaknya hehe..

Previous post tak letak link pemenang kita. Jemput ke blognya yang memaparkan Personal view, Current Issue, Informative Educative Articles.  Terima kasih sekali lagi Blogger Azhafizah  harap masih datang sini dan meninggal komen yang best-best selalu. Moga sis Azhafizah diberi rezeki limpah ruah. Aameen.  Linknya https://www.azhafizah.com/?m=1


Salam sejahtera ❤️

September 1, 2021

Top Commentator of August 2021

Bahasa dan video  seminit di bawah:)

English version and one minute video below:) 

Pengomen Tegar


Terima kasih kepada Top Commentator dan Calon-calon


The day has arrived that I happily announce the winner is Blogger Azhafizah MN. I chose top 3 out of 10 bloggers in the list. I will also uses name of wheels page for this month. 


Thank you Blogger Azhafizah MN.. for coming here and leave comments.  I love visiting all of you. Having good reads at your pages are my pleasure. I also appreciate your acceptance of me to your blogs. I've sometimes derailed in other medium like only seeing photos or videos that fast to flip. Reading is still the best of all; Writing is a joy but it has taken energy much more than I thought. 

 

Congratulation to Blogger ..Azhafizah MN as well to commentators. We will keep visiting each other. To the winner, please leave your details in the comment box which will not be published or let me whichever convinient.  Or email to babypose@ymail.com


Happy Wednesday ❤️


Hari yang penuh bermakna telah tiba untuk mengumumkan pemenangnya ialah Azhafizah MN.. Saya menggunakan apps 'names of wheel' untuk bulan ini. Hanya tiga nama yang tertinggi yang diundi.


Saya sangat bersyukur dan berterima kasih kepada semua bloggers yang telah singgah di sini. 


Terima kasih Blogger semua yang telah sudi singgah kesini dan meninggalkan komen yang menyeri blog saya ini. Alhamdulillah. 


Saya juga menyantuni blog rakan-rakan semua dan sangat menghargai kalian menerima kunjungan saya.


Membaca blog kalian rasa terhibur. Kekadang terbabas di media lain, melihat dan menonton dengan jemari swipe-swipe je. Membaca lebih menghayati juga menulis tetapi memerlukan tenaga tanpa dijangka. 

Tahniah blogger Azhafizah MN.. Kita berhubung untuk pemberian tanda ukhwah moga berkekalan. Jika tidak keberatan tinggal detail di kotak komen yang mana tidak akan di publish. /terbitkan atau ada pilihan lain boleh beritahu. Atau email detail di alamat email babypose@ymail.com. Terima kasih daun keladi. 


Salam Rabu❤️

August 31, 2021

Spinach | Selamat Hari Merdeka

Bahasa dan video seminit di bawah :)

English version and one minute video below :) 


Jalur Gemilang dari tingkap rumah


Menanbah vitamin A, C, E



Multi-vitamin


Just to avoid sweet in the morning, I made sandwich spinach but to have a bit sweetness, I add on the cherry tomatoes. Obviously I love juicy and  fruity taste.  At least not strawberrj jam today :) 


Quick fix like this suits me well as I have so much chores in the morning. 

I like to finish it everything at one morning, break in the afternoon. Continue again in the evening. 


At night is free night if possible, its cooling period to start a new day tomorrow. 


By the way, I take this opportunity to wish all of our beloved country folks Happy Merdeka Day. Sure you are well informed and loved souls devoted mind to one and one spot in the map to live happily ever after. 


Peace & Love ❤️


Untuk mengelakkan makan makanan manis di pagi hari, saya sediakan roti bayam. Naluri mengerakkan anak lidah untuk menikmati rasa manis - manis sayur, jadi ditambahnya saya dengan tomato ceri. 

Ternyata saya gemar betul rasa jus sedikit manis lagi segar. Sekurangnya saya tak terambil terus sapuan jem yang manis kan :)


Pembikinan sarapan yang cepat dan mengenyangkan ini amat sesuai untuk saya. Di pagi hari adalah masa untuk menyelengarakan hal ehwal siapan rumah. 


Saya lebih suka habiskan tugas sebelah pagi. Rehat di waktu tengahari, jika dapat lelapkan mata selepas makan tengahari dapatlah melakukan sunnah tidur sekejap (sunnah nap) Sambung lagi kerja-kerja di sebelah petang. 


Tibanya malam, semuanya reda, kerana malam adalah hari baharu selepas magrib.. Malam ni bukan malam selasa tapi malam rabu . Suka ini tersentuh ja di hati. Hari baharu dalam Islam bila matahari terbenam. Solat maghrib adalah solat pertama. (note untuk diri).


Apapun, saya mengucapkan kepada pencinta negara selamat hari merdeka. Penduduk berjiwa setia dan kasih kepada negara tercinta yang berada di setumpuk di muka bumi ini harapan sebesar dunia moga keamanan berkekalan dan mendoakan kesejahteraan kembali semula kerana di tanah tumpah darahlah mulanya beribadah hingga bertebaran. InshaAllah. 


Salam Sejahtera❤️

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin