Pages

June 28, 2020

Tanam dan keringkan bunga ros



Tanam pokok bunga ros dari potongan batang berukur 76.2 mm dari bunga yang kering. Cucuk inshaAllah bercambah. Yang dalam video ni pokok ros ditanam dalam botol dan diikat dipagar.

Alhamdulillah mudah berbunga pokok ditanam cara cucuk. Jika dibiar, bunga mengering jadi hitam, mama cuba potong dan gantung dikeringkan di tepi tingkap. Hasilnya cantik tapi tak secantik bunga ros dari jambangan bunga pemberian papa.

Berbagai khasiat dari bunga ros,  contoh toner kulit wajah. Bolehlah cubakan, inshaAllah. Moga berinspirasi dan kekal suci serta sihat.

June 27, 2020

Beri ikan makan, no one gets left behind



Setiap jiwa berharga, luangkan masa untuk memastikan ikan-ikan masih ada disetiap bekas pokok air dan di beri makan. Sekali sekala boleh ditambah seekor dua. .

Bunga pokok lembayung berwarna ungu cantik menyeri taman, dah berkali buang sebahagian, cambah mendadak juga. Dengan ada air dilaman, tupai, kucing singgah menghilangkan dahaga. Makhluk2 inilah menghidupkan suasana laman. Tiada siapa tercicir, semua diberi perhatian. InshaAllah.

Lagipun dapat menyelamatkan ikan longkang ini yang menjadi mangsa ikan besar di pet shop dan umpan pemancing-pemancing.



Sentiasa berhubung ya semua. Stay safe and connected 👭🙉🙉🐋🐟

Tanam pudina di tepi tingkap, window gardening



Hanya membeli daun peppermint pudina dari kedai yang berharga RM1.70 sebungkus besar (sorry takperasan brp gram). Simpan dalam  peti ais, bila nak makan, ambil daunnya, batang dicucuk ditanah yang disediakan dlm polibag tepi tingkap. Sangat berhasil hingga sudah beberapa kali dipetik.

Bila diperhati, pucuk juga bercambah. Lagi tuai lagi subur. Melepaskan kepunyaan kita diganti lagi dengan baru inshaAllah. Oleh kerana puas hati cuaca di tingkap ni, mama berani ambil sepokok dua tanam di bawah belakang rumah, setiap hari nampak setiap helai daun dimakan serangga, kecewalah juga tapi syukur batang pokok kukuh, tengokpucuk daun kecik2, berputik hati kembali pulih :) Alhamdulillah bila teringat nanti, boleh tunjuk pic pokok mint atas tanah kat sini InshaAllah.
*
...dan apa sahaja yang kamu dermakan maka Allah akan menggantikannya; dan Dia lah jua sebaik-baik Pemberi rezeki". (Saba' 34:39) .



Salam ceria semua.

July 1, 2016

sentiasa


Berlinang airmata bila membaca ini dengan hati.  Hanya dengan ingatan saja.

"Oleh itu ingalah kepadaKu, supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan" - Surah Al-Baqarah : 152



June 30, 2016

cendawan berisi | stuffed portabello


Terima kasih kepada Kak Noor dan Nohas memberi inspirasi untuk masak sendiri mushrooms besar ni, cendawan sumbat. Biasa makan kulat ni di rumah kakak, al maklum la anak-anak sedara berdarah campur kulat pun lain dari lain. Emak cakap kakak masak sedap sebab letak bahan-bahan mahal dan sedia sedap bila masak skit  ja..pun rasa enak.

Ok semalam saya pun cuba.. risau bunyi bising di dapur budak-budak turun akan makan masa melayan dari makan kulat pula nanti.

Bahan cuma ayam cincang dan bawang kuning. Bawang holland ye namanya ni bila pan fry lama boleh jadi caramel manis.. kena tanya chef atau jap lagi saya google. 
Fadya pakai gogle di mata nak berenang sekali kasut raya tu

Orang yang nak makan sama pun tolong.  Letak dalam oven, duduk potong buah plums dah tit tit tit bunyi oven. Letak elok elok, angkat garpu cucuk, potong skit ngap mmmm sedapnya mmm terasa di bibir lagi ni.. nikmati tidak lama coih anugerah Allah Fadya turun dengan goggle siap berkasut raya.. aii dah tak sabar ye nak raya.. sampai tak bole tido ye nak :) takkan la nak sambung dating, ngap laju-laju.. bawa bertenang dengan puteri la

June 29, 2016

Baju Raya

Bila capai baju Fadya, mulalah kami mencari baju berwarna seakan dengan bajunya. Pakai ambik ala ala nak sama ja. Sebab dah lambat beli baju puteri ni, saiz pun yang ngam ngam ja dapat. Ini cerita cerita baju raya tahun lepas. Mama tak ambik pengajaran masa dulu ni. Sampai hujung ramadan keluar beli barang basah untuk hidangan sebelum solat raya masa tu la nak beli baju raya. Itu lah jadinya.

Bila pergi open house malam malam anak-anak sabar ja menunggu nak balik muka mengantuk ja...mama biasa panik la keadaan Faiq Fadya yang mula moody. Baju raya tahun ini juga ikut warna baju Fadya sebab terbeli bajunya dulu. Sebenar tahun 2014 pun warna coklat juga cuma terang, 2015 coklat cair. Alhamdulillah ada jugak baju raya.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin