Pages

Showing posts with label kita kita. Show all posts
Showing posts with label kita kita. Show all posts

July 11, 2020

Mengaji di rumah



Merata-rata meletak status mencari rezeki, samalah mama sendiri memikirkan tentang rezeki dan tindakkan didahului dengan berdoa setakat ini, bersedia menerima rezeki, ingin juga memberi manfaat.

Selain berdoa, bertekap membaca Surah Yasin, Waqiah kadang terbabas. Berbanyak berdoalah. Apapun mama mula bersyukur dengan ada Ustaz dikirim oleh hambaNya untuk mengajar online. Ada institusi menawarkan pengajaran online percuma. Iaitu Taalim. Atas keikhlasan sendiri utk bayaran infaq. .

Ringan rasa minda bila berusaha mengajak anak2  mendekatiNya dengan berzikir, baca Al Quran inshaAllah ada rahmatNya. Sejak usaha ajar anak hafazan sendiri, Allah hantar ustaz lepasan Madinah, mashaAllah, Alhamdulillah.

Dan perintahkanlah keluargamu serta umatmu mengerjakan sembahyang, dan hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu, (bahkan) Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. Dan (ingatlah) kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertaqwa. (Taha 20:132) .

Mama letak video itik berenang di rumah di youtube babYpose
Itik berenang di rumah

Salam barakah,

July 10, 2020

kongsi Tv


Memupuk tolenrasi atau berbudibahasa terhadap anak-anak, memegang teguh sivik serta tertib. Mama ingin beri "pat on my back" atau lebih biasa disebut tabik spring dekat diri sendiri  kerana mama minta diri dulu, cakap maaf nak tukar siaran tv kepada anakanak, siap cakap ok ye mama tukar kejap. Jika mama sendirian bebasnya terlentang, juga tukar siaran. Tak sama bersama anak-anak lebih meriah. .Mama jugak cuba  pratikkan mulakan dengan maaf atau excuse me semasa anak-anak sedang bermain atau buat sesuatu agar kita hormat menghormati.
.

Ada yang menyatakan kehadiran anak-anak seolah hantaran syurga dunia. Tugasan ibubapa mendidik mereka taat kepada Pencipta. .

Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Jika seseorang manusia (Islam) meninggal dunia maka terputuslah segala amalannya melainkan tiga perkara, iaitu sedekah yang berterusan, ilmu pengetahuan yang dapat memberi faedah (kepada dirinya atau kepada orang lain) dan anak yang soleh/solehah yang beramal baik dan sentiasa mendoakan kepadanya”. .


Salam

July 4, 2020

Berkelah di rumah / Picnic at home



Permulaannya berriadah di rumah walau tak jauh dari sini ada beberapa tasik.  InshaAllah nak merancang ke salah satu tasik masa terdekat ni.  Dekat2 dulu agar dapat balik bersolat atau dapat mengelakkan penggunaan tandas awam.

Tak sangka Si abang dengan sendirinya menyanyi lagu menikmati berada diluar. favorite adik, sambil rasa2 rumput.

"Hidu bau rumput, tanah macam saya impikan
Rasa bayu musim panas macam memanggìl kami
Pertama kali, bebas sepenuhnya
Boleh berlari,
Berlumba, menari, main kejar2".

Yang si adik tak sabar nak makan hott dogg.

Sorry mama ada hal jap... be right back nanti, salam jumaat yang barakah semua πŸ’š Alhamdulillah.



Salam mesra alam🌱⚘🌷🌼🌻🌲

July 2, 2020

Minat melukis

Memaparkan lukisan dari percubaannya dalam menghasilkan kartun komik. Diperhalusi, rajin tanpa berkira-kira. Kalau tiada minat, hanya kerana disuruh tak mungkin sanggup melukis bermacam-macam, kecil besar, banyak sikit, berkarakter berbagai rupa. Bakat dah terselah, sokongan dah ada, hanya teruskan dengan berperingkat, inshaAllah.

Special feature of abang's comic attemption. Detailed, meticulously hard working . If we were not interested in doodling we wouldn't. drawn too many, big small, few shapes, characters etc. The talents encountered for sure, encouragement is here, proceed properly, inshaAllah.



Salam kasih semua πŸ’›

June 27, 2020

Beri ikan makan, no one gets left behind



Setiap jiwa berharga, luangkan masa untuk memastikan ikan-ikan masih ada disetiap bekas pokok air dan di beri makan. Sekali sekala boleh ditambah seekor dua. .

Bunga pokok lembayung berwarna ungu cantik menyeri taman, dah berkali buang sebahagian, cambah mendadak juga. Dengan ada air dilaman, tupai, kucing singgah menghilangkan dahaga. Makhluk2 inilah menghidupkan suasana laman. Tiada siapa tercicir, semua diberi perhatian. InshaAllah.

Lagipun dapat menyelamatkan ikan longkang ini yang menjadi mangsa ikan besar di pet shop dan umpan pemancing-pemancing.



Sentiasa berhubung ya semua. Stay safe and connected πŸ‘­πŸ™‰πŸ™‰πŸ‹πŸŸ

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin