Pages

November 1, 2014

Olive oil / minyak zaitun


botol kosong minyak zaitun dijadikan vase bunga yang dipetik oleh anak-anak / empty olive oil bottle recycle as vase for flowers picked by kids

Sejak Faiq batuk malam adalah mulanya minyak zaitun ni menjadi bahan keperluan di rumah. Dari umur 2 tahun lebih lagi, ada rakan en hubby jual olive oil ni cakap boleh menghilangkan batuk, syukur.Jadi saya cuba la letak dalam masakkan terutama untuk Faiq, lama kelamaan untuk sekeluarga. Kalau nak lebih elok letak selepas masak. Sebetul ambil satu sudu teh lagi bagus tapi Faiq ni tak suka makan macam ubat.. Lagipun masa Faiq baby, dia tak suka minum air masak, bila diberi air kosong lagi batuknya dibuat-buat. Jadi cara diatas la sesuai buat masa ni. Tapi Faiq dah besar ni baru minum air kosong air manis tak minum langsung, walaupun begitu, minyak zaitun tetap diamalkan. Alhamdulillah♡♥

english version
not sure how it started olive oil became our main household. i could guess when Faiq cough at night. luckily, mr hubby's friend who recommended it as he said proven coughs cured.since Faiq 2 years old we family take olive oil in our food preparation. It is better to put it after cooked meal or best take it solely per yea spoon but Faiq do not take this as medicine. Faiq exagerated coughs when given plain water when he was a baby, as he grows he takes only plain water, not at all sweet colored drink. Thus, olive oil remain as daily intake.

October 31, 2014

excuse to exercise / sebab nak senam

Assalamualaikum

                                                                            
Faiq refused to go to school and giving excuses 
wanted to exercise like mama at home

Pagi semalam Faiq tak nak turun kereta ke school. Bila tanya whats wrong (apa yang tak kena) saya tukar whats the matter (apa halnya) sebab Faiq ni pandai tangkap perkataan ni, nanti boleh dia cakap school teaches me wrong things la. Bila tanya whats the matter, dia fikir panjang, cakap i want to go to work = nak pegi keja macam papa pula. jadi saya cakap pegi school baru bole keja. Dia diam ja, sambung cakap I want to do exercise. Haa.. dah ingat saya ni duk buat exercise ja pula. Saya cakap ok belajar anatomy skeleton dulu baru tahu nak gerak anggota badan, dan petang kita sama-sama exercise, baru Faiq turun.Kebetulan semalam pegi mall, dapatla try mesin gym yang nak dijual tu, suka dia, ada masa dia cakap nak sekolah. Dalam fikiran saya hal macam ni pun boleh jadi, dulu saya bangga emak bekerja. Mungkin Faiq pun baru nak beranalisa tentang mamanya.



October 29, 2014

keep poise / sikap tenang / check her out




Mata yang cantik, lihat kebaikkan orang lain, untuk bibir yang cantik, hanya menyuarakan kebaikkan dan untuk sikap tenang, membawa diri dengan tiidak merasa keseorangan. 

For beautiful eyes, look for the good in others; for beautiful lips, speak only words of kindness; and for poise, walk with the knowledge that you are never alone."

Audrey Hepburn



Biasa dengar keep calm tapi keep poise (bersikap tenang) pun pernah dengar dan sangat sesuai dengan Fadya ni, pagi-pagi siapkan Faiq, Fadya sangat tenang walaupun kami huru hara siapkan diri masing sekali dengan Faiq, saya buat breakfast, Fadya dah diturunkan letak kat sofa terus Fadya tido balik. Fadya ni tenang walaupun dunia di sekelingnya sibuk.
kawan sebaya check beg, check tangan  Fadya, baru berkenalan.

kat airport Fadya check in begnya.

keep balance in life 



October 26, 2014

senam / work out / detox

Dah lama tak bersenam selama sejam,  saya cuma ambil masa setengah jam macam tu sebab tak sempat. Mesti buat juga walaupun tak sempurna, suka mengeliat, renggangan atau stretch terasa ni di kulit, joints semua sebab tu buat. Pernafasan pun smooth bila bahagian chest kedepan dan bahu kebelakang, perut ke dalam. mengenali kemampuan diri, cara paling mudah dengan bersenam.

To detox pastikan minum air yang banyak. detox bersenam lebih segar kerana peluh keluar melalui liang roma. slow workout tidak memaksa jatuh bekerja tetapi pernafasan yang perlahan dengan seiring dengan pergerakan dapat memanaskan badan.  paling best ada lil instructor to align me :)
breathe, move and feel at your best.
detox, purify, cleanse 


October 24, 2014

Nama baby / Name

Faiq suka sangat ada kawan bernama sama dengan namanya iaitu Aish tapi ejaan untuk nama Faiq, Aaish. Bila ingat balik masa mencari nama Faiq ni, dalam fikiran nakkan mula dengan alphabet A dan F sebab en hubby A dan nama saya F, Faiq tu saya suka dah lama sebab ada Q tu hehe..maksud semua tak tahu, bila nak letak tu baru cari, tapi bila bagitau Dato Sheikh Abdul Majid, Tokoh Maal Hijrah, dia cepat je cakap yang terungul, orang atasan..sama dengan uncle saya yang belajar di Mesir, excellent maksudnya. InshaAllah Faiq seorang yang terbaik dunia akhirat seperti namanya.

Yang Aaish tu memang tak terlintas pun nama tu, dengar pun tak pernah sebut pun tak tau, tapi nama tu memang Tuhan yang suruh letak kut, atau Faiq pilih nama dia sendiri. Dah Aaish kan, very rare, lepas beranak kat Faiq baru tau anak Imam Muda Asyraf pun nama Aisy, ejaan tu kalau dalam jawi sama ja sebutannya.. tu la nama ni di takdirkan hanya dalam inpirasi atau terbuka buku atau terfikir kerana Tuhan yang tentukan.. jadi la nama Faiq - "Aaish Faiq". bermaksud kesenangan hidup, yang hidup, yang kaya. Masa cakap dengan anak saudara lepasan Tahfiz pun memberi tahu makna yang sama. Itu la nak cakap plan nak letak nama lain jadinya lain, buka buku buka internet terkeluar itu ja juga, cakap dengan saudara pun nak sebut pun tak reti, tetap nama ini milik shayang mama juga. Tiba di sekolah ada kawan nama sama. Shukur, rasa nama Aaish Faiq yang terbaik, ada yang cakap middle east name sounded international, ada yang cakap fortunate sebab ada kedai emas di Bangsar Village, Faiq Jewellery :).

Tapi plan kami untuk Faiq ni, nak juga dia jadi Tahfiz Professional,masih mendoakan jalannya. Sepupu-sepupunya yang Doctor, Engineer bertahfiz, saya dan en hubby memandang tinggi pada abang saya dan kakak ipar saya yang mendidik anak-anak hingga ke tahap dunia akhirat, en hubby kata dah Tuhan hantar abang kakak ipar yang beranak ramai bila tanya 9A sebab bahasa Arab, 11A sebab ada Arab atau subject arab2 ni, bila tanya nape tak masuk U lagi sebab buat tahfiz dulu, bila maduk U, umur lari skit dari peers, biasiswa tunggu juga, ni semua untuk kita lihat, takkan nak buat tak tahu lagi. Kalau dalam Amway ikut upline, hal hidup ni ikut abang saya kut maksudnya :) InshaAllah Faiq ke sekolah English Islamic Pre School tahun depan. Amin, jauh sikit, abang saya pun hantar anak ke sekolah jauh juga.

October 23, 2014

Mariah Carey Ticket

Saya dah pergi konsert Mariah Carey bertempat kelas pertama tetapi konsert Mariah yang pertama di Malaysia bukan yang baru :) Tiket dibelanja untuk saya dan adik, terima kasih kerana memahami kami dua beradik meminati Mariah. "I can make it through the rain" :)

Cerita sebalik tiket Mariah yang saya dapat itu, saya letak ja merata tapi harga tiket tu harga RM500 kut sebab kerusi kat depan sekali. Bila hilang tiket saya gelabah bagai nak rak, saya buat laporan polis. Polis datang, punya la ramai, rasa gerun pula. Seorang dari mereka, intetview saya, tanya suspect, seorang lagi bergerak pantas dengan berus check tapak tangan ke cap jari di semua almari meja, pintu.

Seorang lagi pula minta copy rupa tiket tu, bila diberi tak sanggup lihat sebab pakaian Mariah tu kurang kain, malu juga saya masa tu.

Seorang lagi pula akan ke konsert itu untuk tengok siapa yang akan duduk dikerusi saya distadium nanti. Saya cakap saya nak tiket itu dicari sampai jumpa sebab saya nak ke konsert. Polis kata kena ada suspek kukuh baru boleh siasat. Tak berani la sebut, diantara kami adi beradik, ada la orang asing juga. Jadi saya redha bukan rezeki, kalau fikiran saya masa sekarang lain la saya akan fikir Tuhan melindungi saya dari terjebak ke alam larangankan. ok berbalik, sedih tiket hilang saya ingat nak beli lain duit sendiri, dalam nak beli tu adik pun cakap tiket pasti abis. Saya buka buku terjumpa tiket, punya terkejut, berkelarian ke pejabat polis, buat laporan dah jumpa, ada polis mengeluh sambil berjenaka tak dapat pergi konsert percuma.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin