Pages

September 10, 2014

beautiful inside out / cantik dalaman dan luaran

Bila ingat balik, rasa bersyukur juga dengan pembantu terdahulu kerana dia, saya dapat tahu tentang minuman jamu yang sedap dan membersih dan memberi kesihatann yang baik.Bukan itu saja, lihat kuku pun suka sebabnya pink dan bahagian panjang skit tu warna putih pekat dan kuat (macam french menicure). Rambut pun lebat dan paling ketara gigi terasa kuat dan sihat yang lain-lain dari dalam dan luar. keliling mata lebih bersih, warna sama tone (kira eyebag / dark circle hilang pernah dengar sebab dalaman bersih keliling mata sihat wallahualam) badan ringan tu memang rasa lagipun sebab ada halia kan..

kalau nak cuba, saya kongsikan bahan-bahan dan cara membuat minuman jamu ini dibawah tetapi tentang elok ke untuk masa panjang tak pasti, untuk dapat baby sesuai ke tak pasti, yang pasti rasa sihat dan kerana membersih dalaman bole terhamil lepas minum air jamu ini, jadi berhati-hati :) memang ada kisah benar berlaku..selepas menikmati home made jamu

kunyit 1-2 inci
halia 1-2 inci
sirih 3 helai
gula batu skit
asam jawa 1.5 camca besar
250ml - air agak2 separuh periuk sederhana besar

bahan di atas direbus 10 -15 minit. bila suam boleh ditapis dan diminum, jika di sejukkan lebih segar. Tips ini jatuh kategori bersyukur kerana terlalu lega dengan keberkesanannya.


spirited with gratefulness / bersemangat dengan kesyukuran.
pic hiasan faiq in the sky

September 9, 2014

fikir luar kotak / think outside the box

Saya rasa Faiq ni memang fikir luar kotak, sebab bila saya cakap makan di meja makan dan jangan jatuhkan makanan di lantai nanti semut datang..

Faiq cakap dengan saya, dia biarkan makanan yang terjatuh di lantai supaya semut datang sebab mereka perlu makanan juga (They need food jugak)".

Masa saya balik dari kelas make up atau memasak ke..saya bawak balik pizza, bila hidang ja..Faiq cakap..take photo for the blog...saya tak pernah beritahu tentang blog, cuma saya tunjuk kat dia yang saya bukan main dengan tab tapi membaca.

Bila Faiq pergi sekolah dengan papa, dia akan tanya mana Fadya, ambil Fadya dulu, walaupun saya cakap Fadya tinggal bersama saya...kadang pada masa lain Faiq akan cakap ambil Fadya, dia anak mama (Take Fadya, shes your baby) ni masa shopping saya tinggal Fadya tido dalam stroller kat tepi dan en hubby kat situ juga pun, Faiq dah kalut..

Fadya pun comel juga teringatkan dia ambil bag pakai bersilang macam saya, dengan scarf kecik...:walaupun diberi beg pegang dengan tangan tapi dia nak juga bag sling..(saya pakai bag silang ni sebab senang nak dukung derang ni la)

Faiq akan larang saya spray ubat nyamuk atau semut, dia nakkan mereka hidup (let them live n go home to sleep)

Yang ni pula akhir saya teringat, sepatutnya yang pertama,Alhamdulillah, bila solat kat surau, suara Faiq yang paling kuat "Allahuakbar" dengan..perkataaan Arab yang lain..semuanya kuat-kuat..kami pesan baca perlahan..harap dia faham nanti..

Semalam syukur dah hantar Faiq kelas Iqra, ustazah tanya nama apa, duk diam pula..  Saya belakang tirai cakap your name la, baru dia cakap my name is Faiq, selepas Ustazah tanya "What's your name?" syukur. Saya brief dulu sebelum Faiq pegi. Bagi bag, buku, tanda buku, songkok, suruh dia masukkan semua. Masa nak pakai kasut dia nyanyi lagu Alif baa taa..yang dari Youtube tu..


kids remind me of  Your greatness / Anak-anak mengingatkan kebesaranMu
with Lots of Love that I am afraid to lose / paling ditakuti kehilangan kasih sayangMu..
I love them, I love You more instead / Sayangi mereka tetapi lebih menyayangiMu 


September 8, 2014

Petua lagi / Tips baby sihat

Kalau ada faedah baru buat, itulah pesanan emak kat saya :) Yang ni, saya rasa ada faedah untuk saya memesan kepada generasi muda, adik-adik, sekaum dengan saya. Nasihat ini saya dapat tahu masa saya jumpa Dr Nathan - Pakar Kulit, kliniknya dekat bangunan DBKL.

Saya lah terlebih berani menerangkan bahawa saya mahukan ubat sapu ja sebab tak suka makan ubat. Saya cakap saya tak nak ada kesan pada diri dan anak saya yang saya bakal kandungkan nanti...Doctor tanya bila nak mengandung...saya cakap tak tahu lagi hehe...Doktor beritahu saya,, bila ingin mengandung nanti, berhenti makan ubat, tunggu datang bulan dua kali  haid seeloknya, kira ubat dah tak ada dalam badan. Saya rasa ubat mencantikkan kulit ni boleh mengganggu hormon, dan emak saya pun dari Kementerian Kesihatan selalu berhati-hati dengan ubat-ubatan kerana pekerjaan demikian yang dapat tahu kesan ubat terlebih dahulu, baru masuk dalam berita kan..Pesanan ini lebih ke ubat perancang juga, tunggu datang bulan beberapa kali... Wallahualam...kiranya hilangkan chemical di dalam badan terlebih dahulu...InshaAllah dan doa berterusan..

continue prayers are my strenght... / doa berterusan adalah kekuatan diri
You are the One who offers protection../ Allah sahaja yang melindungi..




September 5, 2014

petua / tips baby girl

Dah cakap bab anak beranak ni dan dapat komen blogger Julia pun inginkan baby girl kan..biar saya kongsi di sini, Rasa malu pun ada juga, tetapi lebih elok kongsi supaya tak buang masa dan tenaga kan, seperti peringatan blogger Kak Zakie cakap, berdoa itu lebih dari segalanya...

Baru ni pun seseorang yang rapat dengan saya bertanya, bagaimana boleh saya dapat anak perempuan?
Kebetulan saya pun tanya seseorang juga soalan yang sama, syukur beliau beritahu jawapan yang tepat dan tak berlapik pun.. Beliau cakap kena aktif 2-3 hari awal hingga hari subur. Jadi jika peram dan aktif hari subur, lebih berat dapat boy. Beliau ni dengan orang sekelilingnya ni memang ikut perancangan dalam hidup mereka, sebab tu saya berani tanya beliau :)

Lepas borak pendek dengan beliau, saya google, memang penulisan dalam inggeris memang mengatakan demikian.

Bila Faiq nak masuk setahun, saya mula tunjuk minat pada anak perempuan ni, tegur anak perempuan, suka2 pink, saya mula berdoa, pertama saya borak dengan emak minta emak doakan... biasala beritahu emak, emak suruh saya besarkan Faiq dulu, enjoy dulu.. macam-macam la kan untuk mengelakkan saya kecewa...tapi saya dah buat keputusan hanya untuk mencuba bukan terus dapat kan  tetapi  cuba dengan cara betul juga ... tak sangka dan Alhamdulillah Faiq berumur 1 tahun 9 bulan Cik Fadya pula wujud  :)

Petua lain tu, makan sayur, tidur mengiring, saya cuba juga...susah nak terangkan juga sebab dalam merancang, Allah kurniakan...rasa logik juga...waktu2 sedemikian...permakanan pun main peranan, cuba google lebih detail.
.

September 4, 2014

in heart to remember/tips dapat anak

Terima kasih blogger NA mengingatkan saya untuk update blog, kebetulan mulai hari ini saya lebih lapang untuk buka PC, baru semalam cakap dengan en hubby, boleh la berblog selepas beberapa isu sudah selesai, lega :)

Saya mengingati seseorang sebenarnya, dan bersyukur dapat mengenali beliau, Masa saya masih belum ada anak, saya pasang ja telinga bila beliau menceritakan pengalamannya inginkan cahaya mata.

Simple je, sebenarnya, saya rasa Dr Gyneanya dari  Medical Centre terkenal juga, sangat ikhlas memberi solusi, hanya berikan kit Kesuburan / Ovulation Kit boleh di dapati di kedai farmasi, kit ini seperti check pregnant tapi check hari subur. Untuk menambahkan kesuburan, beliau mengambil Iron Folic dari saya, atau sebelum itu dari dealer Amway lain.

Dalam kit itu mempunyai cara dari A-Z untuk concieve/ untuk hamil. Termasuklah bilangan hari ke berapa hari subur itu dalam bahasa pun ada.
google pic

Bermakna Dr Gynea beliau sangat pemurah dengannya dan tidak perlu charge check up lain walaupun beliau sudah mencecah umur 40 an. Saya bersyukur  mendengar ceritanya dan teringat akan kit ini semasa sudah bersedia mengandung dengan itu wujudlah En Faiq...:) Alhamdulillah. Tetapi iron folic kena diganti dengan asid folic bila sudah hamil.

I miss her <3


August 22, 2014

Al-Fatihah / The Opening / root cause/ akar umbi punca

Sejak beranalisa sesuatu yang berlaku saya berpesan dan mengamalkan untuk  memulakan hari atàu apa pun dengan mengucap

A`ūzu billāhi min ash-shaitāni r-rajīmi

aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam.

biasa hanya Bismilahirahmanirrahim..kecuali dalam solat atau mengaji Àl-Quran.

kerana root cause/akar umbi punca adalah to protect/menlindungi dulu.
Sejak akhir ramadhan dan masuk Syawal diberi kesedaran ini.


"I seek refuge in Allah from Shaitan,the accursed one


In the name of Allah, Most Gracious, Most Merciful.
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

Praise be to Allah, the Cherisher and Sustainer of the worlds;
Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.

Most Gracious, Most Merciful;
Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

Master of the Day of Judgment.
Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat).

Thee do we worship, and Thine aid we seek.
Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.

Show us the straight way,
Tunjukilah kami jalan yang lurus.

The way of those on whom Thou hast bestowed Thy Grace, those whose (portion) is not wrath, and who go not astray.

Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.


LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin