Pages

July 25, 2014

Takbir Pertama / First Glorify

Baju raya pertama dan mendengar Takbir.



(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadhan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi pertunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan pertunjuk, dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadaan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa bulan itu dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah ia berbuka, kemudian wajiblah ia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. (Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan Ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran. Dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah (Takbir)  kerana mendapat pertunjukNya, dan supaya kamu bersyukur.


Ramadhan is the (month) in which was sent down the Quran, as a guide to mankind, also clear (Signs) for guidance and judgment (Between right and wrong). So every one of you who is present (at his home) during that month should spend it in fasting, but if any one is ill, or on a journey, the prescribed period (Should be made up) by days later. Allah intends every facility for you He does not want to put to difficulties. (He wants you) to complete the prescribed period, and to glorify Him in that He has guided you and perchance ye shall be grateful.

Selamat Hari Raya
Maaf Zahir Batin
kepada Rakan- rakan Blogger yang dikasihi.
loves, thoughts & prayers

July 23, 2014

Berkelana / for a walk


english version below

Berjalan-jalan di sekitar rumah juga membawa faedah, inilah kata penyedap hati yang tak dapat mengembara ke luar negara. Memang bercadang tetapi niat lebih ke berjimat untuk perjalanan yang lebih bermanfaat. Ini lah gambar-gambar hasil singgahan sahaja.
Lepas ini lebih membuka mata untuk melihat sekeliling lebih teliti ciptaanNya. Mungkin suatu hari ingin meminta kebenaran untuk menunggang pula :)

".Kami beri kamu minum dari susu yang ada dalam perutnya, dan kamu beroleh banyak faedah lagi padanya dan daripadanya juga kamu beroleh rezeki penghidupan kamu".




For a walk around the house beneficial to the eyes and mind, that is the comfort words for the heart that long for travelling oversea. Actual plan was but intention more to prudent in travelling to the place worth the visit. These are the photos taken from the stops only.
After the view had given vision and my eyes had opened wider to look deep of  His creation. Perhaps one day i cross to ask permission to have a ride :)
 





And in cattle (too) ye have an instructive example: from within their bodies We produce (milk) for you to drink there are, in them, (besides), numerous (other) benefits for you and of their (meat)

July 22, 2014

Tenang tenteram / Tranquility

(Tuhan yang membuka jalan kemenangan itu) Dialah yang menurunkan semangat tenang tenteram ke dalam hati orang-orang yang beriman - Surah Al-Fath:4

Saya terjumpa kawan sekolah saya, saya berpakaian biasa sangat kasut yang dah lama 4 tahun lamanya memang nampak buruk yang dipakai hari tu dan selalu.. Saya malu tapi saya ingat Mufti Menk cakap bila kita nak solat, kasut kita tinggal di luar sejadah kerana ingin fokus solat pada Allah tanpa ingatkan kebendaan. Bila saya analisa balik kenapa kena ingat Mufti Menk kata pula wahal saya dah buat keputusan sendiri pakai ja yang ada dan yang selesa. Dan tiada istilah persaingan dalam diri ini.  mmm manusia kan terbabas jugak :)


It is He Who sent down tranquillity into the hearts of the Believers, that they may add faith to their faith - Surah Al-Fath:4


July 21, 2014

Jamuan untuk anak Yatim / Feast for the Orphans

english version below
Hari Isnin lepas saya mengajak sepupu berbuka bersama hari Sabtu ni, tapi dia tak dapat disebabkan telah diatur berbuka dengan anak yatim. Kakak saya pun sama menjemput saya ke majlis anak yatim yang dianjurnya.

Semlam bersembang dengan kawan baik saya juga telah buat majlis anak yatim pada hari pertama lagi. Dia aturkan dengan catering untuk majlis itu tanpa menonjolkan dirinya di malam majlis tu pun. Saya rasa bagus tu sebab tangan kiri tak tahu tangan kanan memberi lebih afdal.

Saya ni sentiasa berniat ingin membahagiakan seorang anak yatim yang cantik ni. tapi sampai sekarang belum berpeluang...untuk memberi pun bukan mudah tapi hanya izinNya.walaupun dah cuba, masa si cantik kematian bapa, saya keluar duit nak bagi kat dia, gurunya kata lebih baik bagi kat penjaganya. Bila jumpa ibunya, saya korek duit tak da pulak cuma ada skit ja sesuai untuk duit raya saja. Jadi saya cakap ni duit raya, ibunya pun bagi duit raya untuk faiq dan fadya pulak. itu la akhir saya jumpa sebelum Diana berpindah sekolah.Tapi niat untuk beri lebih niat sedekah. Hari ni saya nak call ibunya, jika saya ditakdirkan untuk memberi itulah rezeki memberi.

english version
Last Monday, I asked my cousin to break the fast together this Saturday, but she couldnt make it coz she had scheduled for break fast feast with yhe orphands. My sister also invited me to join her for feast with the orphans that arranged by her.

Yesterday i had spoken to my friend that she had given breakfast feast for orphans on the first day of ramadan. She told that she just arranged with the caterer, she did not even turn up for the event. I said it is so good that the left hand didnt know at all about the right hand had did good deeds.

Actually i myself had intention to please a beautiful orphan. But never i had the chance to do so. It is lucky to those who able to do so by His will. because i tried to give to a beautiful girl who lost her father but there is obstacle..i took out money but the teacher said better give to the mother. when i met the mother, i tried to find money i only have little money enuffor raya money. Then the mother gave also for Faiq Fadya in return. thats the last i daw her before she moved to other school. but i wanted to give it to her for charity. Today i want to contact her mother for account no. if it happens it meant to be.

July 18, 2014

Ubah / change

Salam takziah untuk MH17. Bila diduga lagi,  masanya untuk dibuat tindakkan berhijrah keatas uniform dan servis makan minum etc. Saya pun pernah lalui dugaan, apa ya tindakkan saya tak la pakai tudung pun. tapi pakai yang panjang panjang, rambut pun tak berani nak lepas mengurai..mengajar senam pun tak senang dengan pakaian senam. Bila ada dugaan memang bersyukur Tuhan masih ingatkan saya untuk berubah.  Walaupun pernah lalui demikian, saya mendoakan hidup yang bermakna ini senang dan berjalan lancar diredhaiNya.

Buat keluarga MH17, moga tenang dan redha serta mendapat hikmah dari kejadian.
Doa dan ingatan untuk mereka.

My sincere condolence for MH17. When given trials again,  its time to restructure the way of servicing perhaps on uniforms and F&B etc. I too had the trials, what had i changed? not straight wearing head covers but i dared not let my hair down. I wore more to cover than exposed even to instruct exercise was uncomfortable. I am grateful when given test coz I know that Allah remembers me to change. Though i had gone through that, I pray easy and smooth meaningful life as I deserve.

For families of MH17, may you get calmness n earn blessings behind the incident. Thoughts and prayers are with them.

July 17, 2014

Bincang suami isteri / Couple discussion

meja kerja kerusi dari nilai RM400,
 lukisan dari the strand RM80,
 lampu jualan lelong hotel tak ingat,
carpet dari umah emak:)
Semalam saya bersembang dengan en hubby tentang decor rumah
terutama lampu meja di tepi katil kami, saya inginkan sebelah saya warna kegemaran dan sebelah en hubby warna kesukaan dia atau hiasan pilihannya.. kalau en hubby tak mahukan lampu meja pun tak pa tapi dia cakap dia mahu dan bagaimana rupanya dah ada dalam fiirannya..Saya cakap meja kerja kita kongsi je kan.. en hubby cakap dia tak buat kerja sangat dah. Saya tahu dia kurang buat kerja sebab saya pun kurang tengok gadget sekarang ni ;) lebih fokus buat homework Faiq.

english version
I had a chat with mr hubby about home decor. I told him that I think it'll be interesting if i have my type of table lamp on my bed side. And, he can have his type on his bedside. or if he prefered none i think it is fine but he said he has his own on his mind. Thats intetesting, ilook forward how and what comes out of his mind. I told him that work desk we could share but he said he prefer not to do work so much now. I realised that since I dont stare at gadget he tends to do the same. As i am more focus on Faiq's homework.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin