Pages

Showing posts with label Outing. Show all posts
Showing posts with label Outing. Show all posts

March 18, 2016

Rezeki | Zootopia tanpa adik

Baru dapat rezeki dariNya melalui apek paper lama semalam yang lama diusahakan.  Faiq cakap  "it was fun, Alhamdulillah", ada duit untuk bawa Fadya tonton movie Zootopia.

Saya cakap shhh.. takut Fadya dengar, nak jadi cerita saya terbawa Faiq seorang ja tengok movie buat pertama kalinya di panggung wayang minggu lepas. Faiq cakap nak tengok zootopia, kebetulan saya ada kerja berdekatan dengan movie area, saya cakap dengan en hubby. Hubby cakap bawa la, pegi la dengan anak-anak. Saya memang tak pernah buat lagi bersuka ria dengan anak, semua pergi bersama en hubby. Ok lepas jemput Faiq dari sekolah, singgah rumah refreshen up untuk Faiq, salin baju. Kami pergi singgah buat kerja, tengok Faiq lena dalam kereta, rasa macam ada reason nak balik tau. Adoi mama ni nak tengok wayang pun macam nak tak nak. Macam mana ni, kena aktifkan diri, kejut faiq pun bukan nak pegi tengok wayang tetapi sebab nak bayar tiket parking, takut nak tinggal dia dalam kereta. Dah berdiri keluar dari kereta tu baru rasa semangat skit. 

Di surau mall

Terus kami ke surau, baru beli tiket. Singgah ambil gambar kat zootopia ni. Faiq cakap dia nak tonton bukan ambil gambar kat statue je macam kat hello kitty all around malaysia (ya kami pergi sini kerana Fadya minat hello kitty nanti boleh cerita ni)
patutnya Fadya duduk disini

So masa untuk masuk  dalam hall wayang tu nak kata Faiq excited, tak da pun biasa ja cuma  cakap best kalau ada Fadya.

Jalan cerita zootopia ni memang menarik dan membuka minda kerana arnab iaitu haiwan mangsa yang kecil bercita-cita menjadi polis dihalang ramai beranggapan badan yang kecil tidak dapat menjaga keselamatan. Predator iaitu pemangsa ya kena check haiwan seperti harimau, musang tu kira dianggap punca kekacauan di bandar zootopia. Tetapi musang sangat kecewa kerana beliau berikrar menjadi baik tetapi oleh kerana nenek moyang makan haiwan lain menyebabkan beliau juga dipersalahkan dan juga mereka mengeluarkan statement yang musang atau haiwan bertaring ini haiwan ganas kerana ada DNA. Jadi haiwan begini enggan berubah kerana berbuat baik pun kerana tetap ditakuti atau dipercayai oleh haiwan lain. Ok la belakang cerita ni ada la komplot yang trigger keganasan dan yang baik mencari punca. Eee panjangnya lebih baik tonton. Suka la cerita ni, Faiq pun happy asyik ketawa part sloth monyek yang slow tu buat kerja sangat perlahan, nak stamp dokumen pun macam kat atas bulan haha... bila balik asyik cerita dekat papa tapi perlahan-lahan la supaya Fadya tak dengar.  Ok dah nak lunch ni :) bukan tak cukup duit nak bawa Fadya yang disangkakan oleh Faiq, sebab tak pasti movie berphylosophy ni sesuai ke untuk 4 tahun.

Rindu Fadya

January 23, 2016

beriadah | outing

Mama on the sand under the sun duk tengok budak budak bawah pokok, coeh Faiq lari dengan tempias pasir ke muka
Rehatkan minda dengan berbagai cara sekarang ni, bergantung kepada perspektif individu. Saya lebih suka yang percuma haha... dan tidak berplan. Bawa diri masing masing pergi. Tapi cara saya ni nampak macam senangkan. Sebenarnya pakaian budak-budak sudah disediakan didalam kereta. Sistem isi balik, bila dah guna :)  Baru ni ada yang berpesan letak sekali kain pelekat, thats something. Kira efektif ni. No bigger deal. I can do it ! Tambah kain batik saya juga :D  Tak heranlah Faiq cakap kereta tu caravan. Kadang nak yang lebih besar lagi, nak yang ada katil. Bukan senang nak senang kan..

Redup the secret randevous
Ok bila decide ja nak pergi, ada conflict interest la, abang nak jungle yang adik nak sand castle. Biasa si Faiq tolerates saja  tapi nak say something jugak. But saya pilih tempat yang ada pokok juga, so dua dua happy. Walaupun dalam hati teringin nak ke theme park, memandangkan umur yang tak cukup, ini tak bole naik lagi,  tinggi tak cukup lebih baik simpan dulu. Tapi mungkin nak pergi indoor theme park, warm up first in a cooler place. Ya nak ke taman tema bertutup dulu sebagai perkenalan :)

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin