Pages

August 7, 2021

Makanan Tupai | Squirrel Food

Bahasa dan video kurang seminit di bawah :)

English version and less than one minute video below :)


Potong kecil-kecil

Tupai dan burung suka


Ever since been reading somewhere or saw documentary about making your own sanctuary at home, I loved the idea to have one.


First of all, thinking of inviting birds to come over.  After awhile I saw squirrels visited here frequently. I preferred tupai pinang as their face is more rounded, cute like chipmunks.


I went to pet shop and asked for squirrel's food, the sale guy said they only sell sugarglider's food ,  And, we don't have sugar glider.


I decided to feed dried whole meal breads. I put at the gate wall. The gate wall is quite far from home window. So I made another feeding place, on a hanging pot. Sure enough, they start coming regularly for the food. 


Happy Saturday 


Sejak terbaca dan tertonton dokumentari tentang membina kawasan khas untuk haiwan atau burung taman berkunjung, saya terjebak mengusahakanya. 


Pertamanya, menjemput burung dengan makanan burung atau lebihan nasi. Tak berapa lama pula, si tupai tanah yang bertandang. Suka lihat tupai tanah terlompat-lompat tapi lebih suka tupai pinang. Tupai pinang mempunyai kepala yang lebih bulat, comel macam chipmunks. 


Saya pernah cari makanan tupai di pet shop tapi jurujual beritahu yang mereka hanya menjual makanan sugar glider. Manalah" kami ada tupai terbang. 


Jadi, saya letak roti penuh serat yang dipotong kecil ala kering kekadang tu. Saya letak di atas tembok pagar depan. Tinggi senang nampak tapi agak jauh dari pintu atau tingkap rumah. 

Untuk lebih dekat, saya cuba letak makanan di pasu gantung betul depan pintu tu. Boleh videokan tunjukkan kat anak-anak. Itu saja liputan hari ini. :) 

Salam Sabtu, semalam Jumaat terakhir dalam tahun Islam. 


7 comments:

  1. ah comelnya ada tupai tuh, itu tupai liar kah, kak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya liar, saja bagi makan...terima kasih Naia..

      Delete
  2. Ya Allah, seronoknya tengok! Saya suka idea sanctuary at home tu. Menarik. Moga babYpose sentiasa dimurahkan rezeki. Boleh dikongsi-kongsi dengan haiwan kecil ini.

    ReplyDelete
  3. Eh kelmarin atau semalam ada tupai singgah. Mungkin ia makan makanan kucing yang saya letakkan.
    Hehe bagus beri makan. Abah saya perangkap tupai hantar dalam hutan.

    ReplyDelete
  4. Orang utih rajin buat tempat makanan khas yang datang menyinggah. Seronok tengok haiwan lain datang dan menjamu selera hidangan yang kita sediakan. Alhamdulillah berkongsi rezeki.

    ReplyDelete
  5. semoga murah rezeki bila berbudi pada haiwan

    ReplyDelete
  6. Murah rezeki bagi haiwan makan.. kalau boleh bela tupai tu kan best behehe

    ReplyDelete

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin