July 9, 2020
restorative / senam baikpulih
Senam baikpulih lebih baik.
Banyak berjalan luas pandangan, servis keadaan anggota tubuh yang luruh mesti dikembali pulihkan dgn senam restoratif.
Kaki mama terdampar di permukaan rata memberi nikmat lega terhingga. Kembali asal bentuknya selepas dikurung didalam sepatu berjam-jam. Jika di rumah kasut malas di pakai menghindar kesejukkan lantai batu juga ada hadnya.
Berkaki ayam semasa solat itu paling bebas jemari mencengkam atau tidak. Oleh kerana acuan kasut ada had kemasukkan udara, bila tidak berkasut lebih mendekati diri ke alam( tanah).Tiada duniawi lagi menghadap Ilahi. Kasut mahal atau murah dilepaskan dliluar dengan tawakkal.
Membaikpulihlah dengan buat regangan kaki pointing sedikit dan flex ke atas. Pelurusan (alignment) sendi dibetulkan.
Beri masa untuk angkota lain,tubuh membongkok membawa beg,menunduk melayan anak2 patut bersenam restoratif mengembalikan kedudukkan tubuh. Berdiri lurus dada sedikit kedepan bahu sedikit ke belakang, perut kempis sedikit kedalam, punggung tidak menonggek agar tulang belakang lurus. Bernafas biasa sambil meneruskan apa2 urusan :)
°
Posted by
babYpose
at
9:26 AM
Labels:
restorative exercise,
senam fisio,
senam restoratif,
sugu pavithra