Syukur malam ni dapat duduk atas kerusi kayu jati, menaip computer riba terletak atas meja study fiber atau plywood tah la yang beli kena pasang kat rumah tu. Berlampu meja, cantik dibeli dari Romantika :)
Kalau awal skit, Fadya akan datang kat hujung meja ni seperti dalam gambar nak suruh itu ini dengan mainannya. Sekarang anak mama dah lena.
Sunyi malam ni, tiada kedengaran mercun cuma kedengaran bunyi suara berdengkur haha...nyaman dari udara aircond.
Saya sedang membaca Tafsir Al-Quran Surah Al-An'am, tiada kaitan dengan surah ini dengan kawan saya yang saya fikirkan dan merinduinya.
Terngiang-ngiang di telinga atau di fikiran bahawa kawan saya yang baru memeluk Islam merayu (cerita lama), sebenarnya kami berdua la dalam kesedihan ke apa tah suka melayan diri sangat, jadi perbincangan kami ini berakhir bila saya menghantar kawan saya tu ke rumahnya, bila beliau hendak turun dari kereta, beliau berkata begini,
"Fair, saya memohon sangat buku yang di tulis oleh Allah diberi kepada saya so that saya boleh baca what is going on in my life sekarang dan selepas ini," Saya yang dengar ini pun jadi sayu, tak tahu la H... Saya pun ingin tahu juga jalan hidup saya ini, kami macam menangis selamba saja.. tiada isu penting semasa itu tetapi tahu la kami hendak kan progres hidup lebih bermakna dan ada peningkatan dan perkembangan sebegitunya,..." Saya lebih terharu kerana kawan saya yang mualaf itu lebih tertanya di dalam buku Qada dan Qadar.. Saya juga terangkan kepada beliau, berdoa dan berusaha boleh mengubah apa yang tertulis kecuali certain things are centain to be remain like that.
I miss her, she is my very best friend, sekarang pun berlinang airmata pula.. bila la boleh kami berjumpa lagi..masing-masing cuma sempat berwhatsapp saja sebab saya tak masuk FB lagi. InshaAllah semua baik-baik belaka.
Ok dah nak padamkan lampu ni :)
Insyaallah akan bertemu juga...Allah sentiasa mendengar doa2 kita.
ReplyDeleteshbt yg baik sentiasa dikenang n dlm doa kita.
ReplyDeleteSahabat yg baik tidak mudah kita lupakan dan pasti jauh di sudut hati masing-masing sentisa mendoakan kebaikan menjadi milik bersama.
ReplyDeletesahabat yang baik umpama khazanah yang tidak ternilai harganya
ReplyDeletei know that feeling..nasib baik ade whatsapp..terubat jugak rindu walaupun xbertemu 2 pasang mata..
ReplyDeleteSalibg mendoakan juga sahabat yg baik.
ReplyDeletesemoga sahabat-sahabat kita sentiasa dlm keadaan baik ;)
ReplyDeletesukar zaman sekarang nak cari sahabat yg baik sekarang
ReplyDeleteTulah....kadang kadang kawan tu ada jer kat sekeliling kita, tp nak berjumpa bukan main susahkan BP....
ReplyDeleteInsyaAllah one fine day akan ketemu...(^_^)
ReplyDelete