Alhamdulillah dapat menaip lagi hari ini, terbelek entri lama tahun 2009, ingin saya post kembali kenangan semasa silam di sini. Baru nak mula, Faiq masuk bilik mengadu yang dia letih. Pasti jawapan saya ha kena tidurla.. Tergendala sekejap tadi, terpaksa tidurkan Faiq. Ok dah selesai boleh la duduk kembali, patut la emak saya cakap, punggungnya ada spring atau dawai spring tu di punggungnya. Kami adik beradik hairan kenapa ada spring, emak cakap sebab bila beliau duduk ja, ada ja kena ambil kadang terlupa sendiri, nak makan nasi ja, tengok tak da kicap, bangun pula, lepas tu bapa pula cakap kalau ada lada ka apa ka lebih sedap, bapa cuma bagitau ja, tapi dia terus toing pergi ambil :)
Saya terbaca entri lama teringin pula nak post balik untuk tatapan tahun ini.
Tajuk zaman batu - Flinstone time
Intro tu lari sikit, saya tulis juga la..
"Zaman dulu-dulu, di galaksi jauh di planet bumi, ada seorang puteri diculik...itu lah filem wayang yang tidak berwayar atau berpelakun, cuma kulit-kulit di lekat di sebatang kayu yang di potong berbentuk orang. Wayang yang digemari ramai semasa pesta di masa lalu, itulah yang ditonton oleh saya bersama en suami. Sememangnya sukar untuk diceritakan, bahu boleh naik tinggi bila rasa malas!
Wayang kulit atau persembahan bayang-bayangan puppet ini pupular semasa waktu tak purba sangat tetapi waktu tiada elektrik belum di cipta. Surat khabar The Star lah yang membawa kami ke dewan teater di salah satu universiti berdekataan berganjak ke dunia dulu dulu ni kepada mahasiswa atau muda mudi era sekarang.
Sejak dah lama saya dan en hubby tak ke panggung wayang, oleh kerana tidak mencari masa untuk kesana atau perkahwinan terkeluar dari menontong wayang. Sekurangnya, pergi tonton teater ni dapatlah terkeluar dari era online yang di cipta oleh Alexander Graham Bell ni.
Kain putih kira sebagai screen atau alam semesta, lampu minyak kuning tu memberi cahaya. Di depannya itu pencerita atau pemegang puppet kulit itu. Tak sangka pula dengan menonton wayang kulit, mengeluarkan kami dari dunia elektricity dari era pereka iaitu Thomas Alva Edison.
Betapa susahnya nak menarik minat muda mudi ke alam yang tidak ada line telefon dan api elektrik ni, zaman batu ke era yang serba canggih nampak kelakar lah sebab zaman Bill Gates iaitu zaman sekarang ini lebih digemari. :Semasa lihat wayang kulit tu, terasa memang terpaksa mengikut peredaran zaman kerana sedia ada ini lebih sesuai. Tetapi jangan salah anggap, saya pun pernah lalui luka yang boleh diceritakan. Masa internet dah ada pun, saya tak ada computer pula untuk menyambungkan era ini, terpaksa lah capai majalah untuk membaca. Line telefon kena potong, pergi la ke kedai mamak untuk bersemuka dengan kawan-kawan yang sememangnya ada di dalam mukabuku tu.
Kalau la luka lama berdarah kembali seperti tak da itu ini di zaman moden ini, Berbalik la menjadi seperti kanak-kanak, ingin sesuatu, melangkah naik ke atas tanpa lihat sepenuh anak tangga pun macam berblog, main main seperti dua beradik iaitu Wright Brothers yang main terbang-terbang, jatuh berkali, panjat bukit lagi, terbang untuk jatuh ja pun berakhir menjadi seorang pencipta kapat terbang, tak teruk kan :)
kerana mereka, dunia jadi kecil hanya di hujung jari dapat berhubung, dengan setapak ke airport dapat pergi menjelajah. :) Ok nak tidor, moga bangun awal sambung beribadah.
Org bijak-pandai melihat sesuatu bukan saja dgn mata tapi dgn akal dan hati yg tajam. Sebab itu kadang kelihatan sesuatu seperti tidak baik seperti terjatuh tapi dari situlah dia bangkit dan menjadi seorg yg berjaya.
ReplyDeleteBila dah jadi ibu ni baru tahu apa sebenarnya yg pernah emak cakap dulu kan. Hal ahli keluarga sendiri lebih penting dari diri sendiri.
ReplyDeletePernah lalui zaman tiada elektrik, tiada tv apatah lagi talian telefon, bermain bersama kawan-kawan sejiran sahaja, sekarang zaman lebih canggih, kawan yg dulu terpisah boleh berjumpa kembali
zaman anak2 kita lain benar dengan kita dulu. apalah pula akan datang ni. risau juga memikirkan
ReplyDeleteZaman membezakan dulu dan hari ini. Yang terpisah dapat jumpa semula yang jauh jadi dekat semuanya ada dihujung jari.
ReplyDeletedulu2 majlis kahwin tak sah xde wayang kulit..
ReplyDeleteTak pernah tengok wayang kulit..
ReplyDeleteZAMAN BERPELITA BOLEH MAIN WAYANG KULIT DI RUMAH SAJA BP...SEBENARNYA KAK PIN BARU TAHU BERINTERNET...MMG JAUH KETINGGALAN.
ReplyDeletesinggah petang sambilmengenang kisah lalu
ReplyDeletesalams jumaat,
ReplyDeletecute jerk ayat mak...betul kata2nya...:)
untungnya dapat menonton wayang kulit, kak mieja tak der peluang lagi.
Hihi....kat rumah ni pun ada org punggung spring, anak anak haha.....pantang nampak depa dpn mata jer, nak kena suruh....
ReplyDeleteTeringat arwah abah, zaman kecik mak dulu, dia suka lukis gambar patung wayang kulit ni kat kertas kalender yg keras tu.
Tak pernah tengok teaterlah BP...medti bestkan
Punggung spring ni biasa mak2 je yang ada... heheheh ayah2 jarang sangat.. .hehhehe
ReplyDelete