Mama berhenti memerhati, tengok2 tak leh gerak ke atas lagi kerana rindu untuk menikmati ruang tamu. Petik lampu snap pic, tak dapat labuhkan punggung pun.
Memperbesarkan kebanyakkan elemen digabung untuk dekorasi ruang tamu. Tak kira pokok hidup atau plastik, akan memberi ton warna dan kehidupan. Begitu jugak lukisan, menambahkan seri sudut yang berhias cermin kayu jati di sebelah kirinya. Terlalu coklat kayu berkerawang sudah ditemani lukisan berwarna-warni. Lampu tanglong dibeli dari ikea mencerahkan biasa ala suasana relaxing bukan untuk mentelaah.
Untuk info adik abang, lukisan kadang bole menggantikan tingkap, ala ala ada elemen menonjol di bucu malap ni.
By the way, dalam pemilihan pokok perlu dibuat dengan pertimbangan ke atas kecukupan cahaya di dalam bilik. Pokok dalam rumah ada berbagai jenis, mengeluarkan udara segar di waktu malam lebih elok dari waktu siang. Waktu malam, kita berada di dlm rumah lebih lama. Waktu tidur, pernafasan lebih mendalam, eloklah pilih pokok lidah mertua, pokok duit-duit. Kerana pokok mengikut persekitaran, bila tanam dlm pasu kecil, pokok membesar setakat besar akarnya. Pasu kecil, pokok pun kecil. Jadi mengeluar karbon oksida tidak ketara.
Selamat malam ❤