Pages

July 3, 2020

Pertama kali ke taman dalam pkp



Pertama kali ke taman setelah 4 bulan bersantai di rumah, berhenti untuk belajar di atas talian sambung berlegar.

Masa untuk rehearsal atau raptai (latihan) berada di luar di taman permainan agar biasa baharu di sekolah.

Perjalanan mendidik anak-anak tiada henti dari keazaman yang kuat dan naluri keibubapaan yang cekal dalam memupuk diri sendiri. Walaupun  begitu, pembelajaran dari professional juga yang diharapkan. Standard Prosedur operating disaran oleh pihak berkaliber yang akan amalkan. Peka dan waspada, inshaAllah.

Kita lakukan yang terbaik dan terdaya serta bertawakkal kepada Allah swt.

Dan (bukanlah tanggungjawabmu wahai Muhammad menjadikan seluruh umat manusia beriman), jika Tuhanmu menghendaki nescaya berimanlah sekalian manusia yang ada di bumi. (Janganlah engkau bersedih hati tentang kedegilan orang-orang yang ingkar itu; kalau Tuhan tidak menghendaki) maka patutkah engkau pula hendak memaksa manusia supaya mereka menjadi orang-orang yang beriman? (Yunus 10:99) |

Kehidupan diteruskan, moga berjaya dan bahagia

Pets ala2 petting zoo



Every minutes count so as our limbs move to maintain comfortable and enough life. Outside or under the shade we still attend to our pets, morning noon and evening. Like our PM said nobody is left behind, all souls accounted for including mr and mrs rabbit, yeow2 etc.

Berlegar luar melayan haiwan kesayangan, sempat belai-belai dan memastikan keperluan mereka mencukupi, menahan dengan kaki tu salah ya adik walau niat untuk mengelak mereka mencakar sesama sendiri. Yang penting Memastikan keselesaan mereka. Tiada siapa yang tercicir , setiap jiwa berharga sambil menaip ni terdengar di berita yang zootaiping akan di buka, rindunya.. semua diambil kira termasuk encik dan cik nab, meow2 dll.

Memelihara jiwa-jiwa lain, memupuk diri lebih prihatin, penyayang dan bertanggungjawab, inshaAllah. Berbudget masa untuk berehat, rehat jugak satu tugasan penting.

Kasih, mama🌻

Food review from rihlah /picnic activity



Dalam salah satu video, adik seronok sangat sebab nak grill hot doggg (ada dia sebut tu) bila rihlah, riadah, berkelah pastilah ada f&b, makan2 dan minum2. Pilihan ikut selera nak bawa bekal, menyedia bahan berbbq untuk disiapkan di destinasi atau beli bungkus.

Nak rasa angin segar dan berlama sikit budak2 duduk luar, penyediaan juga di luar.
Menyalakan api pasti berasap ke jiran. Api terbuka tak digalakkan. Jadi, bawa keluar oven letak atas tempat rak bbq. .

Alhamdulillah masa makan, terkeluar dari mulut abang mmm sessedap atau rasaasedapp tastesoogood, kita intepret it positively ja laa, biar diterjemahkan yang menyenangkan hati.

Menu ringkas - protin, fiber, karbo dan lemak yang boleh adik abang belajar buat sendiri nanti. InshaAllah.



Moga hari ini dan hari seterusnya penuh berkat buat semua 💖


pandangan luar inspirasi syurga

Bersantai diluar mesti berperisai dari serangga menggigit atau menyengat. Dengan tali diikat untuk ditarik ayunan megelakkan serangga mendarat ke tubuh atau memasang penghalau makhluk2 luar juga membantu.

Berberapa kali naik ayunan dibuai mimpi, dah dibiasakan bawa buku utk dibaca sambil merehatkan diri. Sebelum terlentang patut tolong papa beri makan ikan.
👄Happy father's day my lover 💋 everyday kan.

Memang minat duduk diluar, pandang luar dari dalam jugak kegemaran. Suka teramat suka.  Rupanya semua ni dari inspirasi syurga.


Aamin YRA. AllahuAkbar.

Moga aman damai selalu semua yang dikasihi dan dihormati 💕 .

July 2, 2020

Minat melukis

Memaparkan lukisan dari percubaannya dalam menghasilkan kartun komik. Diperhalusi, rajin tanpa berkira-kira. Kalau tiada minat, hanya kerana disuruh tak mungkin sanggup melukis bermacam-macam, kecil besar, banyak sikit, berkarakter berbagai rupa. Bakat dah terselah, sokongan dah ada, hanya teruskan dengan berperingkat, inshaAllah.

Special feature of abang's comic attemption. Detailed, meticulously hard working . If we were not interested in doodling we wouldn't. drawn too many, big small, few shapes, characters etc. The talents encountered for sure, encouragement is here, proceed properly, inshaAllah.



Salam kasih semua 💛

July 1, 2020

Anak-Anak masak broccoli



Biar abang menyiapkan sayur untuk dimasak dalam oven, hijau nampak menyelerakan, tak masak lagipun dah tahu sedap, istimewa ciptaan Allah swt.  Berserat, berjus mengenyang makan begitu saja selepas distim sekejap pun sedap. Untuk abang dan adik, mama letak mentega dan keju menambah rasa.

Toyyibannya mesti basuh bersih dan cara cuci mama guna air garam.
Jamah hijau lebih ya semua. InshaAllah sama2 kita.💚

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin