Pages

February 2, 2016

penjual bersedekah | at school

Setelah kelas mengaji bersurai, saya terpa untuk bersalaman dengan ustazah dulu,  melangkah keluar sambil bersalaman dengan yang bertembung ditepi. Tergesa jugak untuk menjemput Faiq, singgah rumah intuk ambil botol air dan minuman untuk Faiq Fadya kerana cuaca panas, cuba sedaya upaya untuk menyejukkan badan dan tekak.

permandangan dalam perjalanan menjemput Faiq
Sampai di sekolah saya bertanya Asst tcher tentang baju tertinggal semasa hari rentas desa itu. Tanpa berlengah saya diberi masuk tanpa pass untuk ambil dalam bakul, Faiq tahu kata A Tcher . Faiq lari masuk ke kelas dan pamggil "Teacher, i want to take my clothes". Teacher sambut dengan ceria dan mesra, she said Yes...syukur sangat saya.

permandangan menunggu Faiq keluar dari sekolah
Hala ke pagar, saya perasan penjual yakult memberi percuma kepada murid-murid kerana masa awalnya ada seorang budak menangis inginkan yakult tu. Penjual tu cakap beliau bagi percuma untuk budak lain juga. Saya yang memegang baju sukan dan baju yang tertinggal tu sambil bercakap dengan penjual tu "saya pun nak belanja budak2, saya pergi ambil duit ok?, beliau cakap tak payah, saya nak bersungguh, Faiq lari laju ke sungai, Asst tchr tu jerit sambil bangun untuk menghalang Faiq turun terus. Saya berlari mengejar Faiq juga dengan plastik baju jatuh. Saya tarik tangan Faiq, dia masih nak ke sungai, saya bisik di telinganya kena balik dulu blah, blah..sambil berjalan ke kereta. Di dalam kereta di minta air dengan favorite drink. Baru saya ingat bila keluar ambik baju, Faiq suruh saya jalan laju. Saya bukan berlengah saja tetapi berhenti bersembang lagi, mungkin respons kepada dahaganya begitu. Segan meminta secara terbuka. Masih membaca Behav psychology..baru lagi bermula dengan "stimulasi dan respons".




catitan penting hari ini

Isnin di bulan Feb, my neighbour dan kawan kelas mengaji buat aktiviti bersenam di paginya. Syukur saya dapat join mereka yang ingin tampak Fabulous di bulan Feb-ruary ini .  Cuma hari ini menjadi serba salah untuk tinggal Faiq di rumah sebab sekolahnya cuti peristiwa hari ini.

Berpakaian baju berkola turtle dan berlengan panjang, saya berlengah untuk bersiap cepat supaya Faiq terbangun, sudah di sapu SPF di muka, Faiq belum bangun. Saya capai bag untuk hp dan kunci kereta terus turun, tutup pintu dan bercadang hendak drive sebab senang nak balik cepat. Buka pagar, nak reverse, ternampak neighbour, masuk balik kereta. Kami berjalan kaki ke padang.

Tak sangka pula aktiviti senam, jadi sesi sarapan di kedai berganjak ke kedai bunga. Tetapi ada yang berdisplin terus pulang ke rumah :)

Dan pada malamnya, kek untuk Fadya di hantar ke rumah. Semasa order saya order saya minta luar asalkan pink je, dan minta jugak beliau sediakan candle. Kat pagar rumah saya bayar, beliau cakap nanti order lagi, ada cupcake, choc indulgence (maksud indulgence terjebak atau terasyik sangat dengan coklat) . Saya cakap si abang tak suka kek, beliau cakap cupcake cookie monster ada, mesti budak suka.

Bila saya masuk rumah saya buka kotak kek tu, cantik tak berwarna pink, banyak choclat ada kartun ada bunga roti.

Dapat mesej dari beliau bahawa beliau lupa nak bagitau dekat saya yang beliau dah tak supply lilin lagi sebab menyerupai budaya ya hu di dan nasr ani. Saya cuma balas dengan berterima kasih saja kerana terlalu lambat beliau beritahu saya dan pasal lilin tu saya tanya terang2 "ada ke tak da sedia lilin" tapi beliau jawab ada( dalam whatsapp pun tanya)  Mungkin ada tricks di sini? Kerana kek itu sendiri simbol sesuatu yg tak kena. Tu la sebabnya kek birthday anak saya tak sebiji, cuma satu potong biasanya. Kek Ada lilin di atas, makan steam boat ada api di bawah, makan burger atas angin sebab tak berdulang. Blog ini pun website dari budaya sana, juga whatsapp telah di beli oleh founder F b. Ini dah kes dot dot dot. Lagipun saya bertanya, beliau patut jawab tak da. Dan jangan tanya saya nak tulis apa kat kek tu, biar tak tahu occasion apa. Sebab saya memang bercadang untuk biar kosong tak bertulis di atas kek pink tu. Kek harijadi tak bole ada untuk membaca doa selamat pun, itu beliau tak tahu kut, saya pun google dengan was wasnya.

Saya baru nak jadi agen kek beliau tapi bukannya ada masa sangat pun. Ni baru urus goodies dan ada aktiviti dah blog pun terbengkalai  :) Ni kira lambat publish blog dan belum BW. maaf belum BW. Alhamdulilah kepada Tuhan yang memberi Rahmat.

gambar hiasan flesh and blood



January 31, 2016

Persiapan hari lahir | Preps for Birthday

Hari yang terik, pukul 12:45 tengahari begitu, kami menjemput Fadya dari sekolah. Masuknya anak saya di dalam kereta, suaranya berbunyi ingin kek besar dan fire (api). Saya tahu dari gambar whatsapp group sekolah, hari tersebut memang ada sambutan hari jadi (stimulasi kemahuannya) yang di buat persendirian dari ibu bapa murid di sekolah.

Fadya 3 tahun di BSC, 2015
Jadi saya faham apa yang Fadya mahu itu. Saya berbual dengannya tentang kek, goodies tetapi dia asyik mentioned candles lilin untuk ditiupnya sendiri. Dalam fikiran saya, siapalah yang mencipta lilin atas kek ini sangat di minati Fadya. Budaya sekolah Fadya memang ada menyambut hari jadi.

di belanja oleh aunty tersayang
Untuk Faiq, saya sendiri pula ingin membuat kenduri cupcake untuk kawan-kawannya. Rancangnya akan bertanya dengan teacher Faiq dulu. Yang pasti tiada meraikan si pemberi kenduri itu, bersyukur kepadaNya sudah cukup. Biar senyap, lebih baik. Faiq cakap dia tak suka cupcakes, dia lebih suka beri yogurt dekat kawannya, risau mama basi ditengah jalan nanti.

ada 3 jenis ja, strawberry corn, choc rice, jelly pilihan Fadya, hari ini Fadya beli kacang mcm cap ibu jari tu untuk diisinya dalam goody bag :)
Semalam dah mula buat sedikit goodies untuk Fadya, yang ringkas, asalkan ada. InshaAllah.

*Saya juga sedang membaca buku "Behaviour Psychology".

tujuan berblog | purpose of bloggin

Assalamualaikum wbt, baru selesai melayan sarapan anak-anak. Saya terlantar di atas kerusi panjang ni kerana en suami sedang memperbaiki extension cod sambil berbual dengan beliau. Saya buka phone nak berblog, sambil mengeluarkan suara "kenapa saya berblog, en suami sambut dengan berkata kena ada banyak sebab. Saya sambung berblog ni sekurangnya untuk mengimbaskan nanti situasi atau ayat-ayat anak anak. Semalam Faiq nak mandi cepat selepas sekolah kerana mainannya sedang menunggu untuk bermain dengannya, Faiq mengadu. Itu perspektif dari minda kanak-kanak. Simpan dalam blog meringankan minda juga.

Ada juga sekali tu Faiq jumpa duit syiling bertaburan atas meja saya dan meminta duit tu sambil bertanya "duit mama kan ni". Saya jawab ye, terus Faiq berkata "kenapa tak simpan elok-elok, duit tu, dah lama kat atas meja". Dia cakap dalam english.

Sekarang ni budak bermain tak jauh dari tempat saya berada, di ruang tamu. Itu lah mama di pagi hari ahad, merehatkan selepas menyediakan dan memikirkan apa pula untuk di letakkan di atas meja.

January 30, 2016

Jalan hidup | tajuk buku yang saya sedang membaca Part 2

Sambungan dari Jalan Hidup - Part 1

        Bagi saya, mengingati masa lalu bukan bererti saya dibelenggu masa lalu. Dari masa lalu itulah, kita justeru berikhtiar memperbaiki masa depan. Semua kenangan itu membentuk peribadi saya menjadi lebih kebal cubaan. Dalam kepenatan hidup, saya lebih mudah menertawakan diri sendiri. Saya merasakan susah dan bahagia sebagai teman akrab. Yang namanya bahagia itu ya susah. Yang namanya susah itu ya bahagia. Susah dan senang adalah bagian dari kehidupan yang terus-menerus saling mengisi. Kita tidak akan pernah mendapatkan kebahagiaan, ketika kita tidak menggeluti kesusahan.

       Dalam rimbun tantangan itu, saya berkeras diri mewujudkan mimpi-mimpi. Agama mengajarkan, manusia adalah khalifah. Kehadiran manusia di muka bumi ini tentu bukan untuk bertamasya. Setiap manusia mengemban amanat yanv tak ringan. Agar taj biasa-biasa sajs, perjalanan waktu harus dumajnai sebagai kurun masa bajtu. Kerja keras adalah bukti tanggung jawab kita sebagai khalifah.

Perjalanan panjang nan berliku ini mengajarkan saya banyak hal. Dari sisi bisnis, kalau pun bisa diringkas, setidaknya ada tiga hal penting yang harus dicamkan. Pertama, jadi pengusaha itu harus berani. Kedua, selalu rawat jaringan. Perbanyak silaturahim. Agama benar ketika menyatakan bahawa silaturahim adalah pintu rezeki. Ketigs, peka terhadap perubahan. Bisnis itu selalu dinamik. Apa yang jadi trend pasar setahun lalu, belum tentu diminati pada tahun ini.

       Dalam hidup ini, saya merasa beruntung telah total dalam nempertaruhkan segalanya. Saya terjun dalam arus air yang menantang. Dalam hal ini saya beruntung menpunyai keluarga saling mengingatkan di saat bahagia agar tak terlena.

Bersambung...."Bahagiakan Emak, Hidup jadi Enak"

pokok bunga kertas | bougainvillea as candy garden

Pagi ni, saya bersiap untuk ikut sekali menghantar Faiq ke sekolah ada merentas desa tetapi untuk prasekolah, aktiviti lain diadakan.

Sekali harung breakfast kat luar. Habis makan, masa nak balik umah ternampak potongan pokok bunga kertas di tepi jalan depan kawasan belukar. Saya minta imamku pusing balik. Semperna hari raya cina, jiran membersih halaman rumah agaknya. Gembiranya dapat rezeki pokok bunga yang baru saya hajat untuk membeli. Balik rumah saya bersih satu pasu yang pokok tah ke apa apa, terus tanam di dalamnya. Pokoknya besar, terkeluar ranting tu saya potong cucuk di pasu lain. Sekarang bertawakkal pokok ditanam memberi keindahan candy di rumahku syurgaku ini. InshaAllah.

Nanti saya letak pokok yang di tanam. Ini pic ambil lepas breakfast dekat tempat parking kereta.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin