Pages

October 29, 2014

keep poise / sikap tenang / check her out




Mata yang cantik, lihat kebaikkan orang lain, untuk bibir yang cantik, hanya menyuarakan kebaikkan dan untuk sikap tenang, membawa diri dengan tiidak merasa keseorangan. 

For beautiful eyes, look for the good in others; for beautiful lips, speak only words of kindness; and for poise, walk with the knowledge that you are never alone."

Audrey Hepburn



Biasa dengar keep calm tapi keep poise (bersikap tenang) pun pernah dengar dan sangat sesuai dengan Fadya ni, pagi-pagi siapkan Faiq, Fadya sangat tenang walaupun kami huru hara siapkan diri masing sekali dengan Faiq, saya buat breakfast, Fadya dah diturunkan letak kat sofa terus Fadya tido balik. Fadya ni tenang walaupun dunia di sekelingnya sibuk.
kawan sebaya check beg, check tangan  Fadya, baru berkenalan.

kat airport Fadya check in begnya.

keep balance in life 



October 26, 2014

senam / work out / detox

Dah lama tak bersenam selama sejam,  saya cuma ambil masa setengah jam macam tu sebab tak sempat. Mesti buat juga walaupun tak sempurna, suka mengeliat, renggangan atau stretch terasa ni di kulit, joints semua sebab tu buat. Pernafasan pun smooth bila bahagian chest kedepan dan bahu kebelakang, perut ke dalam. mengenali kemampuan diri, cara paling mudah dengan bersenam.

To detox pastikan minum air yang banyak. detox bersenam lebih segar kerana peluh keluar melalui liang roma. slow workout tidak memaksa jatuh bekerja tetapi pernafasan yang perlahan dengan seiring dengan pergerakan dapat memanaskan badan.  paling best ada lil instructor to align me :)
breathe, move and feel at your best.
detox, purify, cleanse 


October 24, 2014

Nama baby / Name

Faiq suka sangat ada kawan bernama sama dengan namanya iaitu Aish tapi ejaan untuk nama Faiq, Aaish. Bila ingat balik masa mencari nama Faiq ni, dalam fikiran nakkan mula dengan alphabet A dan F sebab en hubby A dan nama saya F, Faiq tu saya suka dah lama sebab ada Q tu hehe..maksud semua tak tahu, bila nak letak tu baru cari, tapi bila bagitau Dato Sheikh Abdul Majid, Tokoh Maal Hijrah, dia cepat je cakap yang terungul, orang atasan..sama dengan uncle saya yang belajar di Mesir, excellent maksudnya. InshaAllah Faiq seorang yang terbaik dunia akhirat seperti namanya.

Yang Aaish tu memang tak terlintas pun nama tu, dengar pun tak pernah sebut pun tak tau, tapi nama tu memang Tuhan yang suruh letak kut, atau Faiq pilih nama dia sendiri. Dah Aaish kan, very rare, lepas beranak kat Faiq baru tau anak Imam Muda Asyraf pun nama Aisy, ejaan tu kalau dalam jawi sama ja sebutannya.. tu la nama ni di takdirkan hanya dalam inpirasi atau terbuka buku atau terfikir kerana Tuhan yang tentukan.. jadi la nama Faiq - "Aaish Faiq". bermaksud kesenangan hidup, yang hidup, yang kaya. Masa cakap dengan anak saudara lepasan Tahfiz pun memberi tahu makna yang sama. Itu la nak cakap plan nak letak nama lain jadinya lain, buka buku buka internet terkeluar itu ja juga, cakap dengan saudara pun nak sebut pun tak reti, tetap nama ini milik shayang mama juga. Tiba di sekolah ada kawan nama sama. Shukur, rasa nama Aaish Faiq yang terbaik, ada yang cakap middle east name sounded international, ada yang cakap fortunate sebab ada kedai emas di Bangsar Village, Faiq Jewellery :).

Tapi plan kami untuk Faiq ni, nak juga dia jadi Tahfiz Professional,masih mendoakan jalannya. Sepupu-sepupunya yang Doctor, Engineer bertahfiz, saya dan en hubby memandang tinggi pada abang saya dan kakak ipar saya yang mendidik anak-anak hingga ke tahap dunia akhirat, en hubby kata dah Tuhan hantar abang kakak ipar yang beranak ramai bila tanya 9A sebab bahasa Arab, 11A sebab ada Arab atau subject arab2 ni, bila tanya nape tak masuk U lagi sebab buat tahfiz dulu, bila maduk U, umur lari skit dari peers, biasiswa tunggu juga, ni semua untuk kita lihat, takkan nak buat tak tahu lagi. Kalau dalam Amway ikut upline, hal hidup ni ikut abang saya kut maksudnya :) InshaAllah Faiq ke sekolah English Islamic Pre School tahun depan. Amin, jauh sikit, abang saya pun hantar anak ke sekolah jauh juga.

October 23, 2014

Mariah Carey Ticket

Saya dah pergi konsert Mariah Carey bertempat kelas pertama tetapi konsert Mariah yang pertama di Malaysia bukan yang baru :) Tiket dibelanja untuk saya dan adik, terima kasih kerana memahami kami dua beradik meminati Mariah. "I can make it through the rain" :)

Cerita sebalik tiket Mariah yang saya dapat itu, saya letak ja merata tapi harga tiket tu harga RM500 kut sebab kerusi kat depan sekali. Bila hilang tiket saya gelabah bagai nak rak, saya buat laporan polis. Polis datang, punya la ramai, rasa gerun pula. Seorang dari mereka, intetview saya, tanya suspect, seorang lagi bergerak pantas dengan berus check tapak tangan ke cap jari di semua almari meja, pintu.

Seorang lagi pula minta copy rupa tiket tu, bila diberi tak sanggup lihat sebab pakaian Mariah tu kurang kain, malu juga saya masa tu.

Seorang lagi pula akan ke konsert itu untuk tengok siapa yang akan duduk dikerusi saya distadium nanti. Saya cakap saya nak tiket itu dicari sampai jumpa sebab saya nak ke konsert. Polis kata kena ada suspek kukuh baru boleh siasat. Tak berani la sebut, diantara kami adi beradik, ada la orang asing juga. Jadi saya redha bukan rezeki, kalau fikiran saya masa sekarang lain la saya akan fikir Tuhan melindungi saya dari terjebak ke alam larangankan. ok berbalik, sedih tiket hilang saya ingat nak beli lain duit sendiri, dalam nak beli tu adik pun cakap tiket pasti abis. Saya buka buku terjumpa tiket, punya terkejut, berkelarian ke pejabat polis, buat laporan dah jumpa, ada polis mengeluh sambil berjenaka tak dapat pergi konsert percuma.

October 22, 2014

True Colors / Warna sebenar

Sejak dua menjak ni saya memang sibuk, kadang perlukan bantuan dari pihak mana-mana untuk menjaga anak-anak di setengah-tengah lokasi. Walaupun begitu, hati ini berbelah-bahagi untuk melepaskan anak-anak kepada mereka yang kenal betul dan yang tak berapa kenal ni. Jadinya Tuhan menyebelahi saya la rasanya sebab bila saya tanya yang ramai-ramai ni hanya untuk mendapat info masa terdesak, boleh ke tak mereka ni menolong...Terserlah sangat mereka tak mahu, ada yang mengaku jaga cucu sendiri pun tak nak (kesiannya kat cucu tu)...siap sambung lagi semua dekat umah dia pun tak mau, bila saya cakap ramai tak perlu duit dah la ni kita dah maju kan, terdiam seketika, lagipun bukan saya tanya dia pun cuma buka cerita kalau-kalau ada yang dia kenal mahu dan sudi.

Yang lagi satu pulak, cakap mereka ni RM100 sejam tak layan beb, saya bersyukur saya ada dan boleh beri.  Kesimpulan yang terlintas di fikiran saya mungkin orang sini sudah mewah. Walaupun yang ambil ratus untuk 2 jam tetapi ternampak susu cair sangat macam air bila tanya, jawapan diberi sukatan salah dan mengaku dia sendiri tak jaga, anaknya yang baru 7 tahun keatas yang buat susu dan jaga itu memberi isyarat kepada saya supaya saya tak boleh hantar lagi nanti kan. Berterus-terang begitu pun bagus juga kan.. bertambahlah orang asing di Malaysia nanti kerana terpaksa. Saya ni kalau rasa teraniaya atau menjadi pilihan untuk berseronok sahaja sebab di atas ni ada yang saya kenal dari saya baby lagi (bukan ahli keluarga) dan juga baru kenal, saya akan doa yang terbaik dan percaya Allah makbulkan. bestkan :)
sedang mencari rama-rama/looking for butterfly

Surah Al_Nasr (The Help)
Apabila datang pertolongan Allah dan kemenangan
Dan engkau melihat manusia masuk dalam ugama Allah beramai-ramai,
 Maka ucapkanlah tasbih dengan memuji Tuhanmu dan mintalah ampun kepadaNya, sesungguhnya Dia amat menerima taubat.


Since now and then, I have been quite busy, sometimes help needed from some parties of some locations. Even then, my heart is heavy with divided feeling to let my kids to be cared under known parties or unknown. So God had to be on my side as I believe the answers were most nos from them. I asked just in case for my desperate situation that I might need. Obviously that they were not willing to, some had admitted that even their grand children they do not want to, even around their housing area. Actually I didn't ask them, I was just broke the ice and bring up the topic, if I am lucky, I would have chance to have help. then I just mention that now people here are successful and money are not in need, suddenly quiet moment for awhile after i said that.

Another time, I got the response that said they dont bother RM100 babe. It matters to me and grateful that I have and I can give. To conclude here that crossed in my thoughts perhaps people are successful and achieved financial freedom. Even though I had once who willing with RM hundrehs but confessed that she didn't take care but let her daughter did, and brought back with me diluted milk like water, when asked wrong measurement as the daughter did. In a way giving me hints to not want me to send kids again. Though I gave hundreds for few hours. In fact, telling upfront is always good, moreover its a sign that foreigners will be more here under desperation. For me when feeling betrayed or persecuted or im an option to have fun, I will pray and believe that Allah will grant me.I am the lucky one right: :)

The Help
  When comes the Help of Allah, and Victory,
And thou dost see the people enter Allah's Religion in crowds, Celebrate the praises of thy Lord, and pray for His Forgiveness: For He is Oft-Returning (in Grace and Mercy).

October 9, 2014

pray, learn, ply

Dialah yang memperlihatkan kilat kepada kamu, untuk menakutkan (dari panahan petir), dan memberi harapan (dengan turunnya hujan) dan Ia yang menjadikan awan tebal yang berat (dengan air).
 


in english
It is He Who doth show you the lightning, by way both of fear and of hope: It is He Who doth raise up the clouds, heavy with (fertilising) rain!


another bright and moist day :)
from one n only source n force


LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin