Pages

July 14, 2014

German the champion 2014


One minute you are just substitute, the next you are a world cup Hero








Bangkit sahur pasang TV, tertengok German score.

July 13, 2014

Beautify / Mencantikkan


english version below

Saya masa kecil adalah seorang budak yang hisab jari dan memiliki kain selimut security.. Saya membesar dengan gigi tak sama rata dan malu mengukir senyuman. Saya tak risau kerana emak saya ada kemahiran tentang gigi, dan boleh berjumpa pakar orthodontik untuk memperbetulkan gigi yang herot dan degil.

selepas buang besi di gigi memang tak sangka gigi bole jadi sama rata. teruk juga proess pakai gigi besi ni (braces). kena cabut 4 batang gigi yang kuat-kuat akarnya. lepas cabut ada pendarahan tak berhenti pula..pergi hospital bahagian kecemasan. Doctor jahit dengan jarum macam mata kail ikan yang berbentuk j , sakit teramat tapi ada ubat kebas untuk rasa kurang sakit la skit..tak sangka gigi menjadi teratur dan cantik. Semalam dapat hadiah jeans,  cantik lebih kurang cantiknya seperti jeans dalam pic ni. cara cepat untuk mencantik.

english version
I was a little girl who sucked the thumbs with the security blanket in hand. I grew with crooked teeth who shamed to fake a smile. I did not worry about that as I knew when time comes I will be scheduled to see the Orthodontist, not a normal Dentist but the specialists to straighten the stubborn teeth.

the experience that i had to go through was crooked too as to go that process i had to pull 4 teeth which were strong at the root. i had non stopped bleeding that i had to go to emergency department to sew or plaster the bleeding gum with the j shape needle. it was nighmare though they gave the medicine to feel numb at the area. But could not believe that the teethe became straighten and beautiful. yesterday i got a present jeans, its as pretty as in the pic's one. quick fix to beauty.

July 12, 2014

Segmen Raya 2014 Bubblynotes: Dengan Ingatan Tulus Ikhlas...


http://www.bubblynotes.com/2014/07/segmen-raya-2014-bubblynotes-dengan.html
Segmen Raya 2014 Bubblynotes: Dengan Ingatan Tulus Ikhlas ini dibawakan khas untuk uolss bersempena dengan Syawal yang bakal menjelma beberapa minggu jer lagi ni. ^_^... Dalam masa yang sama kira2 macam Blog E-Card dari Bubblynotes.Com kepada uolss jugaklah... Tak dapat or tak sempat nak hantar Kad Raya pakai pos, pakai Blog E-Card pun boleh juga ye tak??? Janji ucapan sampai... Sebab kalau nak diikut2kan iolss nak ajer hantar Kad Raya pada semua readers Bubblynotes yang selama ini sudi datang menjenguk dan membaca entri2 Bubblynotes.Com selama ini... Dalam masa yang sama segmen ini bertujuan nak rapatkan lagi silaturahim sesama weolss semua, follow memfollow serta blogwalking. Semua blogger tak kira baru atau lama, famous atau tak, retis atau tak, glam atau tak adalah dijemput untuk memeriahkan segmen ini. 10 pemenang akan dipilih oleh Pakcik Random.Org dan kesemua pemenang yang terpilih akan disenaraikan di dalam Bloglist Segmen Bubblynotes.Com bagi menggantikan Bloglist Segmen yang terdahulu. 

"Tarikh Segmen: 12/7/2014 sehingga 19/7/2014"

Hanya 4 Langkah Mudah Diperlukan:
1. FOLLOW blog Bubblynotes.Com dan ADD TO CIRCLE G+ Farah Waheda Wahid
2. Buat entri bertajuk Segmen Raya 2014 Bubblynotes: Dengan Ingatan Tulus Ikhlas... 
3. Copy coding yang telah disediakan ke dalam ruangan HTML dan Publish entry. Untuk copy coding di bawah, sila HIGHLIGHT/KLIK semua coding dan tekan CTRL + C secara serentak.
Credit to MiaLiana.Com
4. Tinggalkan URL entry uolss ke dalam ruangan komen entri ini. 

PEMILIHAN PEMENANG:
1. 10 blog akan dipilih melalui Random.Org. 
2. Pemenang akan diumumkan pada 23/7/2014 yang mana kemudiannya akan dimasukkan terus ke dalam senarai bloglist pemenang segmen. 

Doa termakbul / Granted Wish

Lepas baca entri tentang doa termakbul di blog blogger Happy Ichigo http://ichigofieldsforever.blogspot.com/2014/07/hajat-untuk-anak-yang-sedang-potty-train.html?m=1 saya berazam nak berdoa dalam solat dhuha hari ini dengan berhajat nak kan Faiq bole pee berdiri di tub urine di sekolahnya. Di rumah biasa Faiq prefer duduk di toilet bowl.

Saya sedih sebab saya rasa Faiq pun sedih nak cuba buat adjustment seperti kawan-
kawan lelakinya. Berdiri tapi bukan atas lantai, saya tahu bila Faiq terpee di atas lantai bilik air, Faiq akan cakap no good no good mama. InshaAllah Faiq boleh pee berdiri di tub tu. Lagipun Faiq dah berdikari, dari ambil towel sampai habis pakai baju balik lepas mandi dah boleh buat sendiri. Cuma saya check sabun kat badan dan rambut Faiq ja.


July 11, 2014

langsir / curtain dari MK Curtain house


Bila tempah lagi puas hati, boleh pilih material  dan  pemsangannya pun ngam-ngam. Terjumpa curtain di MK Collection, bila imagin ok jugak, material chiffon dua lapis,
berbunga di bahagian luar, plain didalam.


Bila malam boleh buka bahagian plain tu. Bahagian yang berbunga-bunga tu biar ikat pun dapat menutup tingkap. Kurang jelas dalam gambar. Harga tahun lepas RM29 atau RM39 ada potongan lagi. Klip curtain dijual di kedai DIY.

cawangan2 kedai curtain -  http://store.mk.net.my/site/index.php?cat=11www.store.mk.net.

July 10, 2014

Nak berjaya seperti pasangan dibawah

Saya bagitau emak nak buat business weekend ni, emak cakap rehat dulu kesian kat budak-budak, saya cakap Faiq cuti isnin, emak kata Faiq cuti sendiri pun boleh, bagi cikgu dia cuti pun tak pa, kesian kat cik abang tu,  biar dia rehat weekend ni, saya cakap tu yang nak buat business ni....emak sambung...lepas raya baru tungkus lumus...Semangat saya datang selepas baca artikel dibawah.


Abdullah Nafiah & Mariam Omar

Kami mula menyertai perniagaan Amway pada tahun 1985 tetapi hanya aktif selama 3
bulan sahaja kerana kami tidak begitu memahaminya. Pada tahun 1989, saya mula menggunakan produk Artistry™. Saya juga bertemu mendiang Pengedar Terus Intan Chan Poh Yoke. Minat saya terhadap Amway kembali berputik. Namun begitu, niat saya itu ditentang hebat oleh Abdullah. Tetapi saya bersabar, tabah dan berpegang pada prinsip hidup saya bahawa saya tidak akan menjawab apabila dimarahi beliau, membuat mimik muka apabila ditegur dan tidak akan sesekali meninggikan suara apabila berbincang walaupun dalam keadaan yang tegang. Akhirnya, beliau faham dan menerima perniagaan Amway. Inilah rahsia untuk memenangi hati suami yang berfikiran negatif.

Latarbelakang

Saya seorang guru lepasan SPM sementara Abdullah seorang posmen. Kami menghadapi masalah kewangan sewaktu hendak memulakan perniagaan Amway kami. Saya terpaksa menggadaikan barang kemas untuk dijadikan modal. Dengan modal yang terhad itulah kami berjaya membina perniagaan ini sedikit demi sedikit. Walaupun adakalanya kami tertekan, kami tidak pernah mengalah kerana pepatah ada mengatakan, “di mana ada kemahuan, di situ ada jalan”. Kami juga terpaksa meninggalkan anak-anak kami yang seramai empat orang tanpa dijaga oleh sesiapa setiap kali kami melakukan aktiviti perniagaan. Anak kami yang sulung berusia 10 tahun dan yang bongsu baru berusia 4 tahun pada masa itu. Kami sentiasa dihambat rasa bimbang, namun kami hanya mampu bertawakal kepada Allah S.A.W. Ternyata pengorbanan kami itu tidak sia-sia. Akhirnya, pada Mac 1992, kami mencapai Penyandang Perak, diikuti dengan Pengedar Terus Platinum pada Disember 1992, Pengedar Terus Delima pada Julai 1993 dan pada tahun yang sama juga kami layak ke Seminar Kepimpinan Amway di Gold Cost, Brisbane, Australia buat kali pertama.

Cabaran

Langit tidak selalu cerah. Pada bulan Mei 1993, kami kehilangan mentor yang amat kami sayangi Pengedar Terus Intan Chan Poh Yoke. Kami meratapi pemergian beliau buat selama-lamanya. Selama 5 tahun kami terumbang-ambing. Kami hilang arah dan segala yang dilakukan serba tidak menjadi. Namun, mungkin sudah suratan Ilahi bahawa kami akan berjaya dalam perniagaan Amway. Pada bulan Januari 1998, kami mengumpulkan semula kekuatan diri. Kami kembali bekerja keras bagi mencapai matlamat kami dan pada tahun 1999, kami layak semula ke Seminar Kepimpinan Amway di Korea. Semenjak itu kami tidak pernah ketinggalan dijemput menghadiri Seminar Kepimpinan sehinggalah sekarang.

Pencapaian

Kami terus meniti tangga kejayaan. Pada Mac 2000, kami mencapai tahap Pengedar Terus Nilam dan Zamrud dan pada Ogos 2009 kami layak sebagai Pengedar Terus Zamrud Pengasas dan Pengedar Terus Intan sekali gus! Pada tahun ini kami akan ke Dubai dan ini merupakan jemputan yang ke-14!

Penghargaan

Kesempatan kami ambil untuk mengucapkan terima kasih kepada permata hati kami atas pengorbanan mereka dan memahami segala apa yang kami lakukan. Ucapan tahniah kepada anak kami yang kedua serta menantu Pengedar Terus Platinum Shahrul Fahmee Abdullah & Mazliatul Mokhtar dan anak kami yang ketiga serta menantu, Shafyeenaz Nadia Abdullah & Zulkarnain Redzuan yang mencapai tahap 15%. Terima kasih juga kepada penaja kami Fadzil Mahamud & Kalsom Din dan sudah pastinya mentor kami mendiang Pengedar Terus Intan Chan Poh Yoke dan keluarga. Ribuan terima kasih kepada penaja atasan Pengedar Terus Duta Mahkota Chan Lee Sean yang tidak jemu-jemu memberi motivasi dan membantu kami, Pengedar Terus Duta Mahkota Sonny & Guat Hwa Ho yang sanggup turun padang membantu kami mencapai matlamat kami dan semua pemimpin Amway yang sentiasa menyokong terutamanya Pengedar Terus Zamrud Azizah & Mohd Ariffin. Tanpa anda semua, kami tidak akan berada di sini.

Tahniah kepada semua pemimpin dalam organisasi kami yang memberi kerjasama dan sokongan padu kepada kami. Kepada yang belum mengenali Amway, lihatlah Amway sedalam-dalamnya supaya anda dapat menemui keistimewaan dan kehebatannya. Jika anda ingin berjaya dalam Amway, ada ramai yang akan membantu anda. Ia selaras dengan falsafah Amway bahawa sebelum anda berjaya, anda hendaklah membantu orang lain berjaya dahulu. Kepada rakan pengedar Amway, teruskanlah perjuangan anda. Kami pasti gemilang Intan menanti anda. Amway adalah jaminan masa depan kita. Jumpa anda di puncak kejayaan!

(Dipetik dari Amagram Amway Malaysia, November 2010


LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin