Pages

Showing posts with label reading. Show all posts
Showing posts with label reading. Show all posts

July 17, 2021

Food Journal : Tuna salad sandwich / Sandwich tuna berdaun

Bahasa dan video seminit di bawah :) English version and one minute video below:) 





 

A bit earlier from the rest that morning except abang was with me, after preparing tuna sandwich (main ingredients are chilli sauce one side and mayo another) . I sat with abang read a magazine (in the video) and found an advertisement about adopt a kid from afar. Pay from distance and the centre will send the growth of the kid.  Food journal  21June 2021


May we are be protected always. 


Awal dari yang lain kecuali dengan si abang. 

Selesai buat sandwich (bahan biasa letak ialah sos cili di satu roti, dan satu lagi disapu mayonis) . Lambat juga mereka turun..

Sambil menunggu, terbaca dalam majalah (ada dalam video) tentang mengambil anak angkat dari jauh, bayar bulan, pusat jagaan akan hantar gambar dan perkembangan. SubhanAllah.  Jurnal sarapan 21 Jun 2021


Moga kita dilindungi dan diberkati Allah swt selalu. 


January 15, 2016

kelas iqra / reading class

Assalamualaikum, cerita budak-budak lagi...Faiq Fadya dah mula kelas iqra. Saya ambil Faiq dari Tadikanya dan terus ke kelas Iqra. Biasa Faiq akan tanya, balik rumah atau terus ke Allah school. Bila saya cakap terus, dia nak makan apa-apa dalam kereta dan minum susu dulu. Saya memang sedia semua tu dalam kereta. Kadang tak cukup masa, bergantung makanan yang sediakan tetapi yang ambil masa tu ialah susu. Tula sebab dalam gambar Fadya masuk dulu, diikuti Faiq baru nak buka kasut.

Kelas iqra ni ada homework juga, mungkin sementara menunggu giliran membaca, ustazah suruh murid lain menulis jawi. Strategi untuk mengurangkan activiti menyembang atau untuk mengelakkan kebosanan.  Di mana saya rasa bagus. Sebelum bersurai, semua bersolat berjemaah. Baju Faiq pasti basah semasa wuduk. Fadya tidak di benar ambil wuduk langsung kerana baru 3 tahun ustazah takut lantai licin. Sebenarnya, ustazah tak ambil yuran untuk Fadya pun. Fadya ikut dan diajar sekali. Pada mula ingat waktu tengahari ni biasa budak rasa mengantuk jadi ustazah nak cuba dulu tengok keadaan Fadya serius atau tidak. Alhamdulillah..

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin