Pages

Showing posts with label food intake. Show all posts
Showing posts with label food intake. Show all posts

February 10, 2016

Permakanan anak-anak

Bila bercuti, pengambilan makanan tidak menentu terutama permakanan Fadya. Fadya makan roti atau donut, pankek tetapi bila hari tidak sekolah, ada yang ingin sarapan di luar, ada yang lapar lepas subuh. Roti tak terbeli, makan goreng-goreng, Fadya terpaksa ikut rentak keadaan. Makanan ringan Fadya ialah yang manis-manis, dulunya honey star, coco crunch, sekarang bila masuk kedai pasti di bawa keluar orea. Dah mood bercuti saya biarkan saja. Paling kecewa, dalam kereta tu bila toleh di tempat duduk belakang Fadya cuma makan krimnya saja, yang putih tu.

2 tahun lepas belum peminat oreo lagi
Emak saya ternampak yang sama, risau yang Faiq tak minum air manis, lebih risau Fadya makan banyak gula. Sebelum ini, emak saya ada bekalkan kitkat  dalam beg, bila budak-budak gelisah ke apa, emak ingin memberi kitkat. Saya akan melarang emak. Sekarang, bila Fadya makan krim yang manis tu lagi elok kitkat nampaknya. Semalam emak melarang saya beli oreo dan minta simpan yang dah beli.

Dalam perjalanan dirumah tadi, saya terfikir tentang Fadya suka sayur, kacang buncis, karot kecuali nasi tiada carbo dan terimbas kembali bagaimana Faiq makan nasi atau makanan ruji yang biasa. Baru teringat berbanyak berdoa sebab itu saya letak moto blog ini "kehidupan harian berlandaskan dengan berdoa" , living by doa everyday. Di sebabkan secara psikoloji menganggap budak-budak ini akan melalui fasanya sendiri dah terlupa berdoa spesifiknya.

tahun lepas masuk kedai candylicious, keluar kosong tak beli satu coklat pun, mama bersyukur.
Jadi hari ini saya berdoa sendiri dan meminta emak mendoakan untuk kebaikan Fadya dan permakanan yang baik. Emak saya cakap jangan risau kerana Fadya minum susu, makan cheese tu ada sufficient nutrisi. Berbawak juga cerita adik saya tak makan nasi juga, tetapi emak letak telur separuh masak dalam susu, emak juga cakap jangan ikut caranya walaupun gigi adik tak da lubang atau yang buruk set penuh hingga adik besar. Makan yang manis tu tetap la dulu gum kunyah ni popular, sugus pun. Syukur gigi adik saya elok. Berbalik ke cerita Fadya, InshaAllah Fadya suka makan nasi, teringat untuk berdoa pun dah rasa tenang. Alhamdulillah.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin