Pages

Showing posts with label conpost. Show all posts
Showing posts with label conpost. Show all posts

June 13, 2014

Nisfu syaaban/recycle/kompost, doa, teori

Selepas baca Yassin 3 kali sempena malam nisfu syaaban, rasa lebih berkeyakinan, ringan minda, lebih bersemangat. Tertunggu bulan Ramadan pula,  sebelum ini menunggu dengan senarai permintaan dalam doa. Tetapi sekarang kena berubah dengan lebih beribadah tetap mendoakan terperinci, terutama untuk anak-anak.

Rasa seronok bila cara misteri Allah memberi. Tak tahu nak cerita kejutan dariNya hanya dengan meminta dalam sujud berair mata ni. Harap saya ingat ini tetapi terjadi dengan sendiri jika terdeksa. Emak pernah sebut, saja bual biasa, jika ingin mengandung kenalah berpakaian longgar tanpa berpinggang baru  boleh, kalau berjeans atau baju bershape,  Allah swt pun nampak kita belum bersedia. Itu hanya secara teori yang membuatkan saya terfikir seorang remaja suka berjubah, dia dibawah ke umrah kerana permakaiannya memang kena dengan Mekah dari pakaian berseluarkan.

Saya rasa kesian dengan pekerja majlis perbandaran kerana mengutip sampah yang busuk. Jadi saya asingkan, barang kitar semula untuk mereka antaranya ialah plastik, kertas. Bila en hubby beritahu bungkusan ini kitar semula biasa jual kat paper lama, mereka kata mereka pun jual pastu kongsi-kongsi. Lega bila dapat tahu yang mereka menjual,  saya kumpul bahan kitar semula untuk mereka.

Kalau rumah sedara atau rumah emak bapa ada mesin hancur kan lebihan sisa makanan dipasang di singki yang terus jadi air masuk dalam sewerage indah water untuk rawatan air. Tetapi saya terpaksa buat kompost jadi baja. Ada caranya. Diapers tiada solusi lagi.

Hari ni rasa nak bergiveaway hingga hari isnin, hari selasa 17 June,  hari cabutan bertuah. Harap sudi join k :) Tinggal perkataan join dan link atau email babypose@ymail.com
GA Jun 13 - Jun 17.
annoucement pemenang inshaAllah srlepas itu.


LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin