Pages

Showing posts with label cara mudah tanam ulam. Show all posts
Showing posts with label cara mudah tanam ulam. Show all posts

July 4, 2020

Tanam Kucai, kesum, pegaga dlm satu pasu

Pokok yang dibeli naik elok didepan rumah, tak sanggup pula nak pindahkan ke belakang rumah. Jadi dicucuk dulu 3 jenis kucai, kesum dan pegaga dalam satu pasu, biar induk tetap di tempat asal.
Untuk pegaga cabut dari akar
Kesum patahkan 4 inci dari pucuk ke bawah,
Kucai pun ambil dengan akarnya sekali.

Alhamdulillah membesar, bolehlah bawa ke belakang. “Mana-mana orang Islam yang bercucuk tanam kemudian dimakan daripadanya burung, manusia atau binatang tiada yang lain kecuali baginya sebagai sedekah.” Riwayat al-Bukhari (2320)

Niat sedekah berkali-kali berniat kerana bila daun pisang nampak terpotong bila bangun pagi, atau kering atau nampak siput menjamah, patah hati kerana ia kesayangan, kesukaan belum besar dan belum ada banyak tetap pasang lagi niat sedekah dan berdoa juga memujuk diri, Allah swt akan  menyuburkan lagi atau digantikan yg lebih baik dan yang berlaku mesti ada erti untuk hadapi dan pelajari. Nantikan luahan lagi bukan mudah nak dapat pahala :) Walaupun dah tanam atas tanah, tetap tanam tepi tingkap, bekas kitar semula kecil digantung inshaAllah dimemorikan di sini.

Selamat berhari minggu 🍃🍀🌵
.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin