Pages

Showing posts with label award. Show all posts
Showing posts with label award. Show all posts

May 31, 2014

Liebster Award dari Blogger Sura


Terima kasih Blogger Sura - www.umisura.blogspot.com kerana sudi tag saya. Harap jawapan saya dapatlah Sura mengenali saya lebih akrab lagi hehe...


 

Soalan yang perlu dijawap..

1.Apa yang korang tau tentang Umi?..cerita skit..
Komen yang best dari Sura, dari komen dan entri rasa, Sura seorang yang peramah dengan senyuman manis dari gambar-gambar, bekerjaya tetapi ibu yang perihatin.

2.Korang pernah bercinta berapa kali sebelum kahwin?(kalau belum kawin..dah ada pakwe ke belum?
Bercinta berkali-kali dengan orang yang sama :)

3.Apakah saiz baju korang 10 tahun dulu dan sekarang.?
sama ja..

4.Apakah impian korang?
Ingatkan impian dah tercapai bolehlah nikmati tetapi ada impian didik anak-anak supaya boleh baca doa untuk majlis atau bertazkirah pendek, menjadi imam, dan kalau boleh hendak mereka terpilih untuk express class masa sekolah rendah  boleh kaa.. nampak sangat cike mama mereka ni nak advance ja hehe...ataupun tahun depan cikgu mereka dah dapat detect mereka ni pandai dari umur mereka, boleh la cepat skit masuk u kannn...lega cike mama kann...

5.Korang suka tengok cerita apa?
Fast movie tak dan la nak tengok had lambat tapi had lambat ni dah tau pengabisannya...tapi suka tengok family movie, tengok deco rumah mereka.

6.Kenangan terindah korang?
Jadi baby, isteri, ibu, blogger...

7.Apakah pendapat korang tentang blogumi...?merapu?boring?biasa2 jer?jujurla sayang aku tak mengapa...
Menarik..dengan semua cerita terutama Afif...

8.Korang ni jenis yang macamana?
Macam tu la macam dalam blog tu hehe...


9.Korang pernah berangan tak?mesti pernahkan..biasanya korang berangan pasal apa?
Jadi kaya kut..baru ada masa..


10.Apakah nama timangan korang masa kecik2 dulu?
kalau emak sayang panggil "yang". nak ingat yang tu ja sebab best hehe...


11.Apa yang korang tak suka dalam blog Umi?jujur ya..tq.
sat nak pikiarq...mana ada...ni soalan serkap jarang kut hehe..

Thanks Sura sudi tag saya..saya tag semua rakan blogger yang mengenali blog saya...

Sementara tu saya nak buat Giveaway - Set travel cutlery ni warna pink/maroon. Semua boleh join, yang terbaca entri ini dan tersinggah blog ini atau yang komen...tapi kena la tinggal komen kata join dan tinggal nama atau nama blog atau email kat babypose@ymail.com. nanti saya buat lucky draw macam kat dinner tu hehe.. dan siarkan nama anda.  K, Thanks, cinta dan cahaya untuk semua :)

cutlery travelling set
set traveller garpu sudu pisau




May 23, 2014

THE LIEBSTER AWARD dari Blogger Paridah Ishak

THE LIEBSTER AWARD.

ASSALAMUALAIKUM....terima kasih Blogger Paridah Ishak -http://karyaku-paridahishak.blogspot.com kerana sudi tag saya untuk segmen The Liebster Award. Saya harap jawapan yang tak seberapa ni dapat PI mengenali saya lebih dekat lagi.





Terima kasih blogger Paridah Ishak.

1.   SERONOK KE BLOGGING NI..
Seronok blogging dapat kenal PI dan ramai lagi, suka membaca isihati bloggers semua, dan luahan diri sendiri pun terbaca juga :)

2.   APA TOPIK  KEGEMARAN YANG SUKA DIBICARAKAN
Campur-campur, kadang inspirasi untuk buat entri dari belek-belek foto kat galeri, kadang berasas perbualan atau kejadian.

3.   KALAU KEHILANGAN SESUATU APA YANG PATUT DIBUAT.
Minta Tuhan jauhkan..lindungilah..susah nak jawab tapi untuk nasihat orang tu, hilang barang tu, fokus untuk dapat lain dengan analisa apa senario yang terbaik untuk dapat balik atau senario apa yang akan berlaku kalau-kalau tak dapat balik. Ada pengalaman sebenarnya terdetik ja dah terjadi..barang hilang ni.Nauzubila... Banyak juga "homework" nak kena lakukan, dari hilang dapat gain (meraih ke perkataannya) kebaikkan sampai sekarang bertambah lagi. Tumpu pada yang "ada" kata mudahnya...

4.   APA LAGI YANG DICARI DALAM HIDUP INI
Kebahagiaan dunia akhirat...kesempurnaan urusan dunia akhirat.

5.   DALAM SEHARI BERAPAKALI BW
bergantung pada keadaan, biasa dua tiga kali kut

6.   SEKIRANYA DILANDA MASALAH BAGAIMANA MENGHADAPINYA.
Nauzubilahiminzalik, saya lebih berhati untuk menerima walaupun dalam menonton filem fiksyen atau perbualan atau luahan orang dalam masalah ni,  biasa dalam hati tetap akan kata minta Tuhan jauhkan, jadi berdoa dilindungi selalu dan luahkan dalam doa, lakukan keutamaan dulu, pentingkan yang mustahak dulu, analisa senario yang terbaik atau sebaliknya yang akan berlaku. Analisa dan tumpu pada solusi.

7.   MAKANAN KEGEMARAN.
Nasi dengan lauk kut, duk makan nasi dari kecik lagi :)

8.   TEMPAT INDAH YANG INGIN DIKUNJUNGI.
semua tempat bumi Allah, Mekah untuk Haji inshaAllah sebab ada dalam rukun.

9.   PENDAPAT KAWAN-KAWAN TENTANG BLOG KARYAKU.
Saya suka blog PI ada fokus minat mendalam dengan karya sendiri. Perkongsian bahasa yang indah, bunga bunga merehatkan minda dan mata.

10. KEPUTUSAN PENTING YANG MENYUSAHKAN MENENTUKANNYA..
solat istiharah jadi senang, InshaAllah. Tumpu pada akibat atau faedah kesan dari keputusan itu, keputusan penting saya hantar Faiq gi sekolah, rasa awal sangat tapi saya hantar untuk kebaikkan dia dari pergaulan dengan kanak-kanak sebaya dengannya dan membawa diri dengan orang dari ibubapanya.

11. SUDAHKAH BERTEMU KEKASIH SEJATI HINGGA KE MATI..
Alhamdulillah dan InshaAllah.




Bila dah nak selesai rasa best pulak buat segmen walaupun kena buka laptop. Jadi saya tag semua yang sudi singgah sini.







May 16, 2014

Liebster Award dari Blogger Nor Azimah

Terima kasih blogger Nor Azimah kerana tag saya untuk Liebster Award ni,. Harap jawapan saya di bawah badge tu memuaskan.

1. Terangkan diri anda secara ringkas shj.
2..Warna kegemaran anda, kenap
3. Sejak bila anda berblog 
4.Jika direzekikan anda mendapat wang terpijak sebanyak 1 juta, apa yang anda nak buat dengan wang      tersebut?
5.Target bolg anda?
6.Tempat menarik yang sangat anda ingin kunjungi?
7.Apa pandangan anda tentang blog saya?
8.Pada pendapat anda kenapa wanita hari ini sangat berdikari 
9. Berikan satu sahaja cadangan bagaimana menghadapi karenah anak remaja? 
10..Tokoh masakini yang anda sangat kagumi. 
11.Apa yang anda kagumi tentang Rasulullah?


Selamat bersegmen semua...

Terima Kasih blogger Nor Azimah - http://srikandiofficialblog.blogspot.com kerana Tag saya untuk Liebster Award.

1. Terangkan diri anda secara ringkas shj.
Nama terikut panggilan anak buah iaitu Aunty Fair, jadi saya pun terpanggil diri sendiri Fair, pengamal latihan fizikal dan minda kerana berminat saya juga pelajar Psychology.

2. Warna kegemaran hijau, sejak inginkan anak perempuan berjinak dengan warna pink, terbawa sampai sekarang.

3. berblog Sejak 2008

4. Jika ada rezeki, duit terpijak RM1 juta, saya akan membina perniagaan yang bergenerate kemasukan kewangan (income) tanpa bekerja supaya suami mempunyai lebih masa, InshaAllah. Saya terfikir juga untuk buat haji tapi kerana duit untuk memotong giliran orang yang dah lama tunggu, kesian pula. saya akan cuba setiap tahun jika ada kekosongan. jika kita tengok orang yang menunggu giliran dah berumur.

5. Target sekarang untuk anak-anak, tapi rasa kena tanya kebenaran mereka juga menceritakan hal mereka, harap mereka hargai.

6. Mekah - ada rezeki pasti pergi.

7. Blog NA memang informatif, banyak saya pelajari.

8. Wanita hari ini lebih berdikari kerana lebih bergantung kepada Allah swt. 

9. Satu cadangan menghadapi kerenah remaja adalah menghargai kelebihan mereka dan mendorong  mereka dan memberi pentunjuk untuk maju dengan pemilihan aliran pembelajaran yang betul. Bukan tunjuk sahaja atau memberi tahu itu tak boleh ini tak boleh tetapi pantau yang boleh hingga mereka lakukan, kerenah akan hilang apabila ada satu fokus. lagipun masa remaja ni la mereka menunggu dan lebih suka disuruh kerana untuk buat sendiri rasa segan macam nak tujuk rajin. Selepas SPM minta mereka mengingati ibubapa pula.

10. Tokoh masakini yang sangat saya kagumi ramai, saya ingin buat entri tentang ini suatu hari nanti. Salah seorang Tokoh maalhijrah, ada saya lawati beliau tapi belum bersedia untuk kongsi di sini.

11. Tentang Rasululllah yang saya kagumi ialah Beliau sebagai pengembala kambing yang memerlukan sifat penyabar, pelindung bila diserang tetapi terpaksa mengepung supaya di bawah penjagaan Beliau berkumpul bersatu serta diri Beliau juga selamat,  sambil itu menikmati alam sekitar juga perihatin dengan makhluk lain selain manusia.


Saya tag blogger2 yang baca entri ni dengan soalan yang sama. Selamat bersegmen.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin