Pages

Showing posts with label Stroller. Show all posts
Showing posts with label Stroller. Show all posts

June 23, 2016

stroller

Atau baby pram atau kereta surung budak-budak ni baru dihargai mama sekarang. Terkenang masa dulu mudah. Sekarang Fadya minta bawa stroller tapi papa cakap jalan ja, lagipun Fadya tinggi macam tak muat. Dulu bila shopping lama skit, dua beradik ni tido lena dalam strollers. Bole la kami berdua sambung ambil masa buat pilihan apa yang nak beli atau nak tengok. Window shopping pun dapat nikmati. Rindu jugak zaman strollers,

Faiq lena dalam stroller Fadya masa kat airport ni. Boleh kata keluar dari teksi sampai nak berangkat duk lena lagi. Fadya merungut juga sebab guna stroller dia. 

Masa mula shopping di bulan puasa Fadya 2 tahun, Faiq 4 tahun, en hubby yang buat keputusan kena bawak jugak mereka ni pegi, nak tunggu bila. Sebab saya ni memang jenis last minit shopper macam emak jugak. En hubby cakap nanti tak da saiz untuk budak-budak ni kalau beli lambat. Memang betul baju melayu dah tak da lagi. Main grab yang ngam ja sekejap ja dah tak muat. Walaupun hingga hari ni belum beli baju melayu Faiq tetapi saiz umur 6 tahun ada banyak. InshaAllah.

Sepatutnya dah beli baju melayu minggu lepas tetapi long que di counter dan Fadya dah lapar. Beli ayam KFC senyap ja dia. Faiq diberi bekal awal tu, jadi kenyang lagi. Fadya bekal tak mahu pula tapi nak la yang dia nampak di pasaraya tu. Itulah perancangan kita, Tuhan yang menentukan.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin