Pages

Showing posts with label Bird feeding. Show all posts
Showing posts with label Bird feeding. Show all posts

July 5, 2020

Hikmah beri burung dan tupai makan


لسلام عليكم ورحمة الله وبركاته
.

Buat anak-anak, bila ada kelapangan, atau nak hidup dengan makhluk lain mesti letak tugasan dalam rutin harian di dalam video di bawah, jamu roti, nasi atau kentang goreng yang  di simpan dalam peti beku (dan dikeluarkan sikit2). InshaAllah tupai burung mai singgah, baru2 ni ja kucing singgah sejak letak nasi masa bulan puasa , jadi mama simpan dan keluar sikit-sikit2 jgk untuk penghuni taman ni. (Pernah tanya pet shop, tentang makanan tupai tapi tokey kedai cakap yang ada cuma untuk sugar glider.





Lagipun ia satu amalan sunnah, inshaAllah diterimaNya.

Daripada Abu Hurayrah RA katanya: Rasulullah SAW bersabda: “Setiap sendi anggota badan manusia (boleh) bersedekah setiap hari mula dari  terbit matahari : Engkau mendamaikan  antara 2 orang (yang sedang bertelagah) adalah suatu sedekah, engkau menolong seseorang pada binatangnya dengan mengangkatnya ke atas binatang tersebut atau menolong mengangkat barangnya adalah sedekah, bercakap perkataan yang baik juga adalah sedekah, setiap langkah yang engkau berjalan ke masjid untuk solat (berjemaah) adalah sedekah, dan engkau membuang sebarang benda yang menyakitkan di jalan juga adalah sedekah.” [Muttafaqun ‘alayh, Lafaz daripada Muslim (2382)] .

See how kids do pulak, dah kena delegate to subordinate ni.

Salam ceria semua🌹🐞🐝🌲🌻💝👭👭👬

Burung kacau daun / birds & squirrel


Begitu cerianya haiwan-haiwan ini masuk hari ke hari, di dalam laman ke atas wayar elektrik. Hati ringan, minda bebas dari kerisauan kerana penjagaan alam, tugasan manusia.

Mama melangkah masuk terpandang lagi seekor yang belum pernah terjah iaitu burung murai kampung, sesambil ambil gambarnya terlihat, si tupai menakl8uki makanan kucing, tupai ditempat burung , burung merbah tengek pula seakan dalam cerita kartun tom and jerry. Inilah menjadi inspirasi jika menghayati sekeliling. .

Taklah lama dapat menikmati kerana tanggungjawab mendidik anak bersilih ganti, tiada misi atau visi cuma naluri melihat anak berjaya dengan sedikit ilmu supaya laju dalam tunjuk ajar, mama permudahkan dengan mengenal anak-anak lebih dekat seperti.. .

1. Menerima perbezaan individu. Contoh: Lebih suka berdikari dalam mengulangkaji atau lebih suka berguru membuat latihan. Beri ruang dan perhatian.

2. Peka atau sensitif terhadap persediaan masing-masing. Latih dari situ.

3. Pembelajaran dari explorasi, bukan dari buku tetapi penemuan baru (discovery). Contoh:  ikan akuarium memerlukan udara, bukan hanya dari mesin oxygen tetapi dari pokok. Dari pokok juga dapat menapis air. Ujikajikanlah bersama. Sejak tu rumah kita ada byk balang ikan kan.

Salam💛🐞🌷

July 4, 2020

Filemkan burung di taman, teringat buah melaka tak jadi

Walaupun suka filemkan video burung-burung yang singgah di tembok depan tu. Ada masa tak nak bangun atau berganjak langsung, nak duduk berehat tapi sanggup zoom bagai nak rak, nak jugak ambik video.

Syukur makanan yang diberi, baik burung atau tupai tidak memilih makanan yang diletak yang terkejut tu termasuklah buah melaka ha buah melaka?? Kenapa buat tapi tak mrnjamah sendiri sebab buah melaka nampak macam jadi tapi keras macam besi haha. Layak masuk #masakapatakjadiharini
walau masak berkonsultasi dengan papa #suamimasakapaharini dah bukan rezeki. Cuba lagi nanti :) Yang nak jadi cerita bukan buah melaka saja, ada lagi yang tak jadi. Masha Allah

Selamat perang semua🌹🐞🐝

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin