Bahasa dan video semint di bawah :) English version and one minute video below :)
Sambil menunggu, ambil video burung cak makan makanan yang baru letak
- sayu pulak tengok adik basuh ayam tanpa mengadu-
Scented rice as found in the search for nasi minyak. In middle of enjoying the festival or raya dish which adik described, one might found wood colored in it which are anise or clove. The best if you accidentally bite the cardamon or pelaga, the expensive spice which is cost 250g equals to RM50. The charms freshen the mouth. The high in price is because of labour cost as it has to pick by hand. The festive rice with some kind of curry, and salad were sent to us by our loved ones. Alhamdulillah, sometimes we would wonder if today or tomortow the meal will come by again, it's okay to wish right. When the rider sent we would trade in with little tips. And the rider would pray for us in return. Aameen. As touching as much is when adik took a bowl of water, wash the chicken that is spicy to her, put the no gravy chicken with rice and eat it. SubhanAllah.
May we are blessed with more rizq. InshaAllah.
Nasi minyak atau nasi kenduri tapi untuk adik nasi hari raya katanya. Dalam menikmati nasi yang biasa dimasak untuk meraikan hari istimewa ini, kadang terpepak rempah seakan kayu kecil tu, bunga cengkih atau bunga lawang namanya. Yang paling sensasi lagi bila tergigit biji pelaga,, rempah yang mahal di antara yang berkos RM50 untuk 250g. Salah satu rempah ratus yang menyegarkan mulut. Mahal nilainya kerana tinggi harga tenaga pekerja yang perlu memetik buah dengan tangan. Nasi yang dimasak dengan minyak sapi ini digadingkan dengan sejenis kari berisi ayam dan acar atau jelatah menjadi set tengahari itu dihantar oleh orang disayangi, Alhamdulillah, kadang kami berharap mungkin makanan dihantar lagi esok atau lusa, tak salah kan, mendoakan yang mudah2. Bila rider penghantar menghulur makanan, kami memberi sedikit duit tips kepada rider, dan ada dari mereka mendoakan kami pula kembali. Aameen. Yang sama tersentuh bagi mama bila adik tidak merungut pedas ke apa-apa, senyap2 membawa air semangkuk dan basuh isi sebelum disatukan dengan nasi seterusnya disuap ke mulut. SubhanAllah.
Moga dipermudahkan urusan kita hari ini dan seterusnya. InshaAllah. Aameen❤️
Sedap makan nasi minyak lengkap dengan lauk kari ayam & acar.
ReplyDeleteAlhamdulillah, saya pun baru makan nasi minyak untuk raya haji harituuu hehehe
ReplyDeleteSelamat menjamu selera
ReplyDeleteBiasa makan nasi beriani waktu terkurung.
ReplyDeleteDah lama tak makan nasi minyak.. :)
ReplyDeleteLama tak makan nasi minyak sejak PKP ni. Rindu nak pergi kenduri kahwin. Kalau tergigit buah pelaga tu memang tak boleh telan. Hehe..sedapnya nasi minyak. Lauk apa apa pun sedap :)
ReplyDeleteI love watching a kid's face kalau tergigit buah pelaga. Hehe
ReplyDelete