Pages

May 12, 2016

Hadis lemah? | Hijrah

Mulanya begini... dari kecik Faiq Fadya masuk rumah kosong atau yang di tinggal lama akan ternampak anak labah-labah. Mereka akan usir atau kejar ja labah-labah tak pernah nak pijak ke apa. Biasa mulut saya pun cakap biarkan saja labah-labah itu, sebab ia menolong Nabi saw pada masa dulu. Labah-labah menolong tetapi cicak bersubahat...itulah yang keluar dari saya ni, betul ke tidak menjadi tanda tanya.

Saya sendiri berminat dengan cerita ini, jadi google ala kadar buat cerita dalam dua helai kertas saja sebab senang di bawa. Buat dalam sejam dua ja sebelum tido.. tak sempat nak kaler pun, untuk anak kena la kaler. Sambil reserach sembang juga dengan en suami tentang ini.

Bangun pagi lepas subuh, en suami masih duduk di atas sejadah lagi dah beritahu hadis daif ke apa tah nak call en suami sekarang tak nak mengganggu lagi pun duk laju menaip ni. Jadi tak pasti  part labah-labah ada dalam hadis ke tidak... mmm:)

26 comments:

  1. HADITH SAHIH DAN PALSU N BANYAK LAGI SIFAT HADITH KENA TANYA MRK YG ALIM DLM BAB NI...TAPI KISAH LABAH ADA DLM ALQURAN..

    ReplyDelete
  2. Tu la kan kena kompem betul2 kan bab hadis ni.sekarang nibbyk sgt ustaz ustazah fb..main share je kadang taknpastinhadis sahih kee betul

    Pndai ye mama faid fadya lukis siap buat cerita kisah nabi.sy pun pernah buat cmni..siap kaler.kisah nabi juga..tp sekali tu je la.haha

    ReplyDelete
  3. dah lama dgr hadis ni, tapi tak check pulak..hadis daif ke..huhu..

    ReplyDelete
  4. Tentang hadith kakak tak arif tapi kalau dalam al-quran rentetan kisah ini ada di sebut bila Saidina Abu Bakar ketakutan lalu baginda kata jagan takut ada dalam ayat Al_quran "La tahzan innallaha ma'ana" - Jangan takut kerana Allah ada bersama kita.

    Namun hadith sohih atau sebaliknya kita memang kena berhati-hati sekarang ni terlalu banyak isu. Wallahu'alam

    Apa pun BP memang kreatif dalam mendidik Faiq-Fadya. Thumbs-up!

    ReplyDelete
  5. saya baru je attend seminar 'perbezaan antara hadith dhaif dan hadith maudhuk' hari selasa baru2 ni...
    sebenarnya kalau nak citer bab hadis ni mmg panjang lebar...cuma apa yang boleh saya simpulkan dari seminar yang saya hadir tu:

    1) hadis sahih sifatnya mestilah:
    -kandungan isinya tidak bercanggah dengan Al Quran
    -sanadnya haruslah bersambung
    -perawinya mestilah adil
    -perawinya orang yang kuat ingatan
    -tidak syaz
    -tidak ada ilal

    2) hadis dhaif pula berbeza mengikut kelemahan yang wujud pada hadis tersebut. Kelemahan itu samaada kelemahan yang biasa atau kelemahan yang melampau. Ia juga mengikut sejauh mana hadis itu gugur daripadanya sifat2 hadis sahih. Boleh jadi ianya hanya dhaif Qarib atau ia boleh jadi jugak hadis dhaif yang melampau yang dipanggil dhaif Syadid. Ada 3 pendapat mengenai hukum mengamalkan hadis dhaif ini dan salah satunya adalah dibenarkan untuk beramal dengan hadis dhaif secara mutlak di dalam hukum syariat, fadhail amal, manaqib dengan syarat hadis tersebut bukanlah hadis dhaif syadid.

    3) hadis maudhuk (hadis yg direka)
    -hadis maudhuk ini yang bahaya yang mana direka ke atas Baginda SAW samaada berupa perkataan, perbuatan, pengiktirafan atau seumpamanya dengan sengaja.
    Hadis maudhuk juga ada ciri2 utk mengenalinya tapi nak taip kat sini ganggu ruangan komen BP pulak...hehe...
    saya ada berhajat untuk share tentang apa yang saya pelajari di seminar tu dlm blog saya nnt..InsyaAllah.
    Mudah2an perkongsian yang kecil ini membantu BP serba sikit.

    p/s: ustaz juga ada cakap hadis dhaif dan hadis maudhuk itu bagai langit dengan bumi bezanya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah...hebat..jelas juga penerangan ni...nanti share o.k

      Delete
    2. tQ atas penerangan nya sis..:)

      Delete
  6. bagusnya siap lukis tu BP. Rajin Bp ni..harap saya juga serajin ini untuk mengajar anak2 nanti

    ReplyDelete
  7. Sebut pasal hadith... sekarang ni Bunda tak ketinggalan menonton satu program tv Alhijrah.. "Hadith Open Mic" Bagus program ini, penuh pencerahan dan menyentuh hati...

    ReplyDelete
  8. pernah juga dengan cerita ni tapi tak pasti ada ke tak dalam hadis....kalau dah tau jawapan share la nanti ye

    ReplyDelete
  9. sangat ber info n3 nih.
    dari n3 sampai lah ke komen2nye.
    dapat jugak lah sedikit ilmu pasal hadis ini.
    terima kasih ye.

    ReplyDelete
  10. kaknoor pun selalu jugak dengar ceramah ustaz2 dlm youtube
    skrg ni banyak yg dulu kita ingat betul
    tapi sbeenarnya hadith tu lemah dan di reka2
    wallahuaklam jugak kena tanya pada yg lebih arif lah

    ReplyDelete
  11. wah kreatifnya! cantik nampak lukisan
    boleh buat buku sendiri ni
    sekarang pihak penerbit agak terbuka
    cubalah submit, manalah tahu kan

    anyway bab hadith saya pun tak pasti
    saya banyak merujuk e-hadith dari JAKIM
    tapi itu pun diorang tak kumpulkan semua
    mana yang ada dalam arkib mereka aje

    ReplyDelete
  12. tu yang tak berani nk share hadis2 klu tak pasti.. takut dpt dosa free plak.. paling afdal bertanya dulu pd yg arif sblm nak post kan BP...

    *pekabar?? lama tak kesini..:)

    ReplyDelete
  13. Selalu gak dengar cite pasal labah labah ngan cicak tu BP....tp tak ambik pusing pulak hadis lemah ke tidak hihi...tulah masalahnya mak ni tau, kurang suka membaca....

    ReplyDelete
  14. citer ni slalu jgk dicerita masa tadika oleh ustazah..tp xpenah pulak ambik tahu hadis daif ke sahih..kena recheck blik ni..

    ReplyDelete
  15. Kretifnya sis buat macam nih. Tapi bab hadis ni kena tanya dengan yg lebih arif.

    ReplyDelete
  16. Bab hadis ni takut nak komen..takut tersalah kan dapat dosa pulak..

    ReplyDelete
  17. Kita sedia maklum kisah labah labah dan nabi sejak kecil lagi tp tentang hadith tak berapa pasti takut tersilap.

    ReplyDelete
  18. Sekarang nie banyak hadis palsu.. mohon hati2

    ReplyDelete
  19. tak berapa tahu sgt bab ni

    ReplyDelete
  20. pndpt aida ~ rujuk ustaz.
    kekadang kalau membawa kebaikan, ok aje.
    jgn yg menyimpang jauh dari akidah.

    ReplyDelete
  21. tak berapa tahu jugak bab hadith2 ni..

    btw, tulisan bp cantiknyaa ☺

    ReplyDelete
  22. Rajinnya kak BP . Siap melukis bagai haa. Nak menarik minat anak kan :) Mengenai hadis, siqah pun tak tahu nak cakap. Banyak hadis sekarang ni, kena berhati2 ��

    ReplyDelete

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin