Umur Panjang bukan untuk Disia-siakan
Isnin, 25 Jun 2012. Saya tepat berusis 67 tahun. Saya memulakan hari dengan membasuh muka. Berwudhu dan menghadap Yang Kuasa. Subuh yang terasa agak syahdu kerana hari ini tepat 67 tahun saya bernafas di dunia. Saya larut dalan doa yang lama dan panjang.
Says bersyukur, Tuhan telah melimpahi saya bermacam anugerah melampaui harapan saya. Melalui perjalanan yang berliku, Alhamdulillah, saya memimpin kelompok perniagaan hartanah yang cukup besar, membangun ratusan rumah di Surabaya. Subuh ini, dengan air mata mengalir di pipi, saya masih tak percaya telah mampu melampaui lebih dari 40 tahun perjalanan bisnis dengan segala dinamiknya. Saya juga nyaris tak percaya, orang miskin dari kampung ini dipercaya mengelola sebuah kilang "...." dan memimpin ....industrial estate, badan usaha negara di Surabaya.
Saya pantas tak percaya kerana sungguh saya merasa bukan siapa-siapa, saya bukan anak koperat bukan anak orang kerja pejabat. Ibu saya pembantu rumah tangga. Bapak hanya penjaga parkir motorsikal.
"Dalam bisnis
membagi manfaat ke orang lain
adalah tujuab utama saya. Saya
merasa bahagia ketika melihat
orang lain bahagia.
Sesimpel itu
saja hidup yang membahagiakan
bagi saya".
Dalam keadaan penuh haru ini fikiran saya menerawang jauh, menembus pekat masa lalu. Seperti mesin waktu, pagi ini, saya berdampar pada kenangan masa kecil yang pahit, masa kecil yang berjelaga kemiskinan. Masa du mana saya yang ketika masih bayi hampir mati kelaparan jika tak diselamatkan seorang nenek yang melempar sepotong pisang. Juga masa di mana saya harus menggendong adik yang kecil yang terus-terusab menangis kerana kelaparan selama berjam-jam.
Fikiran saya terdampar pada masa di mana Ibu merelakan satu-satunya kain sepra meha di rumah kami untuk jadi seragam sekolah saat SMU. Saya teringat bagaimana pedihnya hati ini saat diusir dari rumah majikan Ibu hanya kerana meminta segelas air putih. Saya mengenang bagaimana dengan TBC yang menyerang saya harus berjalan kaki lumayan jauh untuk dapat perubatan percuma kerana dapat bantuan dari seorang teman. ms 11.
Bersambung..
kisah kejayaan org yg berjaya ni diharungi penuh getir pada mulanya ..sayu baca intronya..
ReplyDelete