Lepas weekend, fikiran asyik terfikir tentang perbualan dengan emak. Emak saya ni macam Prof Dr Muhaya la cakap anak-anak datang melalui kita, bukan dari kita, emak banyak baca buku orang putih ni. (emak pun mengaku) Walaupun begitu, saya rasa terlalu awal untuk mengatakan hal ini pada anak-anak atau budak-budak lain. Anak-anak datang melalui ibu ini menyenangkan si ibu yang tidak mengharapkan apa-apa lagi dari anak yang dewasa, atau melepaskan amanah mendidik tetapi patut berdoa mereka ini beriman kepada Allah dan mengingati ibubapa.
Keluar dari mulut biar seiring dengan hati, lebih baik mengeluarkan hadis menyuruh kita menyayangi Allah pertama, kedua Rasulullah, ketiga Emak, ketiga Emak, ketiga Emak, baru bapa.
Matlamat seseorang untuk ke Jannah ini lah jalannya dengan memupuk diri menyayangi Tuhan, Rasulullah, Emak. Ini boleh menjadi seorang penyayang kepada diri dan orang lain. bekerja niat beribadah untuk diri? bermanfaat kepada orang lain sebenarnya kongsi kemahiran untuk orang lain sambil mengharap rezeki dariNya.
Mungkin emak terasa dari anak-anaknya sendiri atau tak puas memberi kasih sayang kepada ibubapa emak, yang pasti Prof Dr Muhaya kematian anak, belum terubat lukanya, jadi anak datang melalui ibu bukan hak kita itu boleh menyedapkan hati.
Hidup ini untuk Tuhan, mengikuti Rasulullah, berterima kasih kepada Emak dengan perbuatan... menghormati Bapa.. Bagi yang dah berkahwin suami yang ketiga kut..kena check..
Saya suka rasa dimiliki oleh emak :) sentimental / sense of belonging...
mendalam maksud datang melalui kita bukan dari kita tu.. berulang kali saya baca.. :)
ReplyDeleteBeruntung BP punya mak yg macam Prof Muhaya.. Semua mak mahu anak menjadi yg terbaik dan anak pula seharusnya akur apa yg mak katakan itu adalah benar...
ReplyDeleteSayang mak, hargai mak selagi masih ada, bila dah bersuami priority lebih pada suami... tapi dalam keadaan yang sama, hormati mak... dan berharap anak2 pun sama...
ReplyDeleterindu mak tetibe..hargai mereka selagi masih hidup...
ReplyDeleteSungguh mendalam maksud n3 nih.. berkali2 baca tetap tak faham maksud yang tersirat..:)
ReplyDeleteunconditional love..kasih ibubapa kpd anak2...pandangan orang putih dgn Islam ada sikit perbezaan..dlm Al-quran telah nyatakan anak-anak itu dari sulbi bapa dan benih ibu..
ReplyDeleteberbakti kpd ibubapa selagi mampu...
bagus firasat ibu babypose...mendalam maksudnya hingga perlu berfikir jauh..
ReplyDeletemak selamanya di hati kita, walau dia telah meninggalkan kita...
ReplyDeletetiba2 rasa nak makan nasik skali
ReplyDeletedh masukan babYpose dlm bloglist kak...senang kak xtercari-cari entry terbaru...
ReplyDeleteDeep..and sweet :)
ReplyDeletesaya rasa, saya bakal menjadi seperti prof.muhayaIdlm rumahtangga sendiri), seperti mak bp juga.
ReplyDeletekadang2 suami kata anak saya terlalu kecil utk memahami apa yg saya cuba sampaikan..