Pages

December 12, 2014

bapa / dad :)

Assalamualaikum all dearies,

Today saya nak cerita (bila business nanti kena berspeech tau, saya tak tau nak kata apa, pasal apa buat business ni bukan busines tu, iits ok take time to learn).  tapi kat entri ni nak cerita tentang bapa sebab teringat kat beliau lepas baca entri Blogger Kak Zakie  semalam.

Tula masa hari hantar tanda dan merisik saya tu,  kami dah ada menu biasa ja. bila dah abis perbincangan, bapa cepat masuk dapur pompang pompang bawa keluar Chili crab ala sweet spicy ketam. Suka la tetamu jamuan lain dari lain macam kat seafood kelana jaya komen mereka.

kadang saya mencari seseorang yang menarik (interesting person) rupanya bapa saya sendiri kan....bukan sekali, terjadi lagi masa Aqiqah Fadya, kami buat menu biasa tetapi ada add on lagi ikan jenahak masak sedap juga...ada rojak pula. rindu pula kat bapa.  love you ♡ Adik bapa saya "red hot chef" pak cik saya memang celebrity, masuk channel astro TLC pun pernah.

dalam phone dah tak da pic, clear semua sebab rasa heavy. nak buka laptop, nanti2 kut...
for now jom tunjuk kasih sayang kepada tersayang ♡

haha bapa hujung sekali tunggu dinner mesti beliau nak di serve sepetti mana beliau serve tetamu, now i got it. baru faham :)

December 11, 2014

Congrats to self / Daily battle / Perang harian

Recently, daily azam saya tu cuma tak membeli apa-apa satu pun, sejauh ni rasa dah
baru bergroufie
berjaya..semalam pun saya minta en hubby tepuk tangan  and pat on my shoulder tanda tahniah kepada saya kerana berjaya berjalan terus lepas membelek-belek barang-barang yang menarik ni...

tapi nak tergelak pula bila en hubby batuk batuk macam Fadya bila saya cadangkan kami berdua minum air kosong dalam kereta ja sebab en hubby nak duduk minum, minum air kopi ke 100 plus ke...haha.. pandai pula batuk batuk macam Fadya ya..Fadya tu bila beri air kosong khof khof terbatuk batuk...bila letak warna skit ok, minum abis...Alhamdulillah..

Ok la hari ni catitan pendek ja..nanti sambung lagi..biar kerap tapi pendek kut...in the mean time

breathe, stretch, move....:)


i manage to walk pass all the items i saw in the supermarket, i manage to keep my money safe and sound, even asked hubby to give me around of applause as congratulations to me to keep away of shopping habits...


December 9, 2014

mummy man

Faiq minta ambil foto "mummy man" nak tunjuk pada papa. Coret sikit la tentang Faiq kat sini, hari ni dia cough, saya cakap jangan batuk, dia cakap bukan dari mulut dari leher ni buat dia batuk. suruh minum air dia cakap untuk hiccup/sedu
pun minum air.

Faiq ni kalau demam cepat sembuh Alhamdulillah sebab banyak minum susu, ubat tak makan.. biasa ubat selsema saja yang saya bagi, tu pun masa tido. demam, minum susu, batuk sebab nak baik selsema. ubat batuk belum cuba, kena cuba kut, malam nanti.

saya sendiri pun tak tahu nak heal selsema tanpa ubat, mesti
ambil zyrtec (kids medicine ni dari KPj tapi saya beli dari pharmacy bila abis)  demam tak makan ubat apa pun cuma minum air. tapi selsema tak bole, makan vitamin pun tak jadi unless makan vitamin sebelum jadi selsema Alhamdulillah ok. contoh kalau Faiq selsema, cepat cepat saya makan vitamin, Alhamdulillah ada ketahanan la. Fadya Alhamdulillah jarang semua ni, mungkin banyak minum susu.Mungkin Faiq pergi sekolah tapi tak boleh juga nak cakap sebab dia akan ke sekolah dan ke tempat awam sepanjang umur selepas ni.

Fadya ni minum air jus sama banyak dengan susu dan dia belum sekolah, Alhamdulillah ok., Faiq cuma susu dan air, itu pun masa kecik bagi air, batuk bagai nak rak. bila minum susu ok. sebab tu bila Faiq batuk saya rasa faiq ni nak attention.  tapi kalau lepas selsema tu memang batuk. tu genuine la.. lagi pun growing pain ni for antibody immune systems. saya belum bagi vitamin kat derang ni, plan nak bagi tapi Faiq tak suka ubat / air manis pun/ gula-gula pun. tak tahu caranya.

Yang saya praktikkan, bila keluar tempat ramai-ramai ni terutama Ikea, saya bagi minum susu terus bila masuk kereta. bila balik, mandi Alhamdulillah.



December 8, 2014

kaya minda n hati / wealthy heart n mind

Assalamualaikum, rindu blogging dan rindu rakan-rakan blogger yang sudi berkunjung di blog tak seberapa ni. Saya tetap BW rakan-rakan kadang-kadang sempat komen juga.

Tu la kata Yosuke Hamamato, biar kaya minda dan hati untuk membina kehidupan, baru
menikmatinya. Hamamato adalah seorang usahawan yang berjaya dijemput ke seminar yang saya dan hubby hadiri baru-baru ni.

Sebenarnya saya dah tahu dari Fb ada ustaz menyeru umat menjadi kaya jiwa. Ini juga saya bualkan dengan en hubby. Beliau pun setuju pernah dengar dan patut curious untuk menjadi kaya jiwa ni. Saya tak pasti bagaimana nak jadi kaya jiwa hati minda ni, tetapi boleh agak seperti berbesar hati dengan melakukan sesuatu dengan ikhlas.

Contoh, lama dulu, saya dan hubby di minta tolong mencuci boat seseorang hamba Allah, kami suka boat kut tu yang boleh buat tetapi sebab ada pembantu rumah, faktor utama masa tu kami bersetuju untuk menolong, dari situ saya beranalisa kembali kenapa saya boleh lakukan dengan pergi shopping cadar semua sampai Ausino beri priviledge card tanda penghargaan atas pembelian maximum. Lepas shopping pergi ke boat pasang cadar Itu bermakna pada masa tu saya dan en hubby kaya tenaga dan masa walaupun waktu malam lepas kerja bergegas merentas kesibukkan jalan raya, takut ausino tutup lagi.

Sama juga uncle saya sekeluarga  sebelah bapa saya juga kaya hati kerana sudi datang rumah ambil semua haiwan belaan kakak saya untuk menjaga pets anak-anak kakak,, semasa kakak saya sekeluarga berholiday di luar negara. Aunty saya sendiri menawarkan untuk menjaga.

Bila dengar speech Hamamato ini membuat saya terfikir semua ni, deep thinking and feel deep in the heart.. Hairan. Adakah sebab ada wang atau masa dan tenaga baru berbesar hati.

Seperti emak, ada orang menjual tudung pada hari raya pertama, buka kotak-kotak, harga RM50 ke atas, tudung brrawning ke masa tu emak belum biasa tudung macam tu tetapi tetap beli, saya cakap harga biasa Rm10, emak cakap dia beli sebab dah buka kotak depan dia, lebih baik tolong, dari terbayang emak yang lakukan seperti itu, orang buat tak tahu, mscammana la rasanya, orang lenggang lenguk beraya kan, cuba bayangkan... terpaksa deep thinking, macam garfield cakap, bukan dia kucing yang duduk bermalasan tetapi duduk berfikir panjang :))

moga lebih ceria :)

November 21, 2014

lighten your mind / ringankan minda

Dan sesiapa yang berserah diri bulat-bulat kepada Allah (dengan ikhlas) sedang ia berusaha mengerjakan kebaikan, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali ugama) yang teguh dan (ingatlah) kepada Allah jualah kesudahan segala urusan.


Whoever submits his whole self to Allah, and is a doer of good, has grasped indeed the most trustworthy hand-hold: and with Allah rests the End and Decision of (all) affairs.

surah Luqman : 22




November 20, 2014

Lagu business - Faizal Tahir /babysitters



Salam rakan rakan blogger jumpa anda di puncak kejayaan "see you at the top". hehe... Bersyukur saya kerana Students International Medical University sanggup babysit Faiq Fadya ni dan MIL pun telefon beritahu sedang mencari pembantu untuk kami.

Saya terharu bila bertanya tentang minta mengasuh budak-budak, mereka postif pertimbangkan...jika saya sendiri tidak pasti jawapan saya jika orang meminta tolong, itula yang dibualkan saya dengan en hubby, sebab kita semua prihatin kanak-kanak dan orang tua di gaza tetapi jika betul depan mata memerlukan pertolongan bagaimana kan..bagi duit tu "quick fix" macam ok bagi duit cepat selesai bahagian kita tetapi kerjasama, perkongsian masa dan tenaga bagaimana? Its ok mama, i will find the way kata Faiq :)


-Gemuruh-

Bila bertalu rentak di kalbu
Hasrat yang tersirat semakin ku buru
Bila bergema laungan gempita
Harapan bernyala nadiku berganda

Gemuruh jiwa semangat membara
Dari puncak ingin ke angkasa
Berkalungkan bintang berkelipan
Menyerlah jauh dari yang biasa

Bila bertalu rentak di kalbu
Hasrat yang tersirat semakin ku buru
Bila bergema laungan gempita
Harapan bernyala nadiku berganda

Gemuruh jiwa semangat membara
Dari puncak ingin ke angkasa
Berkalungkan bintang berkelipan
Menyerlah jauh dari yang biasa

Ungkapan ini bukan sekadar bermimpi
Segalanya pastikan terbukti nanti

Gemuruh jiwa semangat membara
Dari puncak ingin ke angkasa
Berkalungkan bintang berkelipan
Menyerlah jauh dari yang biasa



LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin