Pages

October 9, 2014

pray, learn, ply

Dialah yang memperlihatkan kilat kepada kamu, untuk menakutkan (dari panahan petir), dan memberi harapan (dengan turunnya hujan) dan Ia yang menjadikan awan tebal yang berat (dengan air).
 


in english
It is He Who doth show you the lightning, by way both of fear and of hope: It is He Who doth raise up the clouds, heavy with (fertilising) rain!


another bright and moist day :)
from one n only source n force


October 8, 2014

cupcake ala bahulu

guna blender je, bahan ikut cara bahulu, telur gula dulu, bahan cecair minyak kemudian baru tepung digaul manual dan perlu susu mencairkan semasa blend, adunan kena liquid(cair)!. bahannya lebih kurang ye 1 biji telur, 1/2 cawan gula, 1/2 cawan minyak atau butter dicairkan, tepung  naik sendiri atau guna serbuk penaik, lebih kurang 11/2 cawan tepung, susu untuk mengagak adunan menjad cair senang di tuang dalam kek cawan dalam 6-8 cawan.


terlalu tinggi, sepatutnya letak 1/3 cup baru naik ngam atau rendah skit

tak sempat nak ambil pic bahulu pakai baju (frosting)  sebab dah ada boboboi santai atas kabinet pula..

blend ingredients make only liquid for small amount cakes as this in blender that can pour in cups

October 7, 2014

Home /Kediaman


 my home by prayers not by choice

 tempat tinggal bukan kerana pilihan tetapi kerana doa, saya melawat kawan di San Francisco, saya terfikir bestnya bandar berangin bayu. Bila di Hong Kong pun terfikir yang sama, masih teringat pertama kali menjejak kaki di Sydney, terjatuh cinta juga dengan bandar di tepi berteluk-teluk itu, kerana udara dari laut sangat segar. Berhati-hati dengan fikiran ia satu doa. terjadinya ia adalah terbaik untuk diri :) Nak bagi lebiih baik, kayuh basikal di sekeliling bandar dalam gambar di atas sebagai kesyukuran.. Pernahkah anda terfikir main-main ja tapi menjadi kenyataan?

have u crossed your mind and phooff it is yours?  :) 

October 5, 2014

tegas memberi perhatian / firm in giving attention

english version below

Faiq ni memang ringan mulut untuk kata sorry dari dulu lagi tapi bagi saya biarlah bermakna.


Jadi saya tanya kenapa minta maaf bila air tumpah, rasa marah sebab Faiq main sangat. Faiq jawab invisible fish hidup dalam airnya sebab tu air tertumpah (ni dalam movie Frakenweenie).

1. sorry bila betul2 tak sengaja

2. berhati-hati mengelakkan buat kesalahan.

bila ajar banyak2 dengan Faiq ni dia cakap i am glad you are here mama, are you happy?

Bila saya cerita dengan kawan saya dia kata saya kurang bagi perhatian, saya ingat untuk anak yang sensitif tapi untuk anak yang aktif. Jadi dari situ saya mula beri perhatian kepada Faiq dengan pandang wajahnya, lihat mata ke mata, tanya dia, cerita tentang dia.


Baru ja mula tapi dah nampak kesan, dia jadi geng dengan saya, contoh jawapannya lain dari dulu, macam semut tu Faiq cakap perosak(pest) bila berada di dalan rumah boleh hapus tapi di luar rumah biar hidup. memang ini papa dia yang ajar. bila makanan jatuh kurang untuk dia makan, jadi dia rasa rugi dan tempat dia jadi kotor.

Saya ni pula tak reti duduk sembang dengan budak tapi kena paksa diri ibu-ibu di luar sana. Jadi saya bercakap dan terangkan bila dia minta yogurt, saya cakap yogurt bagus ada kalsium kuatkan gigi dan tulang ada blue berry (memang  Faiq suka) blue berry ada vitamin c bole increase your immune system, Faiq tanya apa immune system, saya pun main jawab ja protect you from bad germ (pelindung dari virus lebih ketahanan diri) pandai pula dia dengar dan cakap i dont want bad germ" and you are pretty good mama.

kena la jadi macam mak-mak,  bila ajak tido saya sambung la.. tido awal, esok bangun awal segar kuat, senang belajar...baru suka dia macam supehero baru la nak tido, kalau dulu Faiq cakap tak letih lagi. Style mak-mak tu memang classic dan effektif, baru saya ingat dalam surat khabar, lama dulu sepupu saya dapat keputusan cemerlang dan di interview oleh pihak media, headlinenya ialah "leteran ibu membawa kejayaan" memang ibunya iaitu aunty saya bila hidang buah pun cakap bagus untuk kulit segala dia cerita...kalau saya bermalam di rumah mereka, saya dijamu milo sebelum tido, dan diingat ke bilik air dulu supaya tido lena sampai pagi. sangat mak-mak kan :)

salam aidil adha, maaf zahir batin♡♥



english version - summarised

worries me i cant control feeling with my son, Faiq. very active and overly want to play.i figure i have to focus on him and give attention like talk to him make him say meaningful sorry. just be motherly it works fine. tell him whats good for him whats not, simple stuff just i never do for instant, Fadya wanted to play with umbrella just now, ii told her it is for rainy day, when it rains we'd use it, then she put it back..last time i used to say dont play, its not a toy. thats too stern. mother's way is the greatest way.


October 2, 2014

Tips berdekor / home decor tips

englush version below
Rumah yang kosong dihidupkan dengan kain tirai. pilih warna cerah demi cahaya luar masuk, pada yang sama perlu privasi. Pelan-pelan baru masuk carpet atau tikar  khas bahagian ruang tamu. Beli sikit-sikt lagi puashati sebabnya ia akan menjadi koleksi penghuni (sour grape je bunyikan:) Hakikatmya perlu lakukan dengan imaginasi. Cuba ambil TV ketengah perhatian hidup , sebaliknnya ambil tingkap sebagai interior utama.

isi rumah dengan keperluan dan bertujuan

hai asyik senam cik kak sorang ni hee

Lama jugak tak da kerusi, cuba ikut Sunnah tapi tak menjadi, en hubby nak ada kerusi, beliau pula jenis senam beralat atau tak senam langsung sebab tu lebih selesa dengan props(kerusi). Di mana lebih suka saya..

Perhiasan termurah ialah tanam pokok dalam botol, letak batu baru masuk tanah, ikat dengan dawai, gantung di dinding. Pilih pokok yang senang hidup, biasa pokok ini menjadi penapis udara semula jadi. Dapat hijau mengembali alam luar dari dalam.

botol ni neck kecil je tapi pokok dah menjalar  dengan berpucuk.

english version
As to bring an empty home to life starts with curtain to cover out but bring lights in. Slowly carpet in to protect chilled floor and to get imagination what next to buy for that square space. Bring in bit by bit as to get our stuffs as collections. Try not to have Tv as centre of atrtraction choose window instead.

As for inexpensive decor, fill empty bottle with pebbles follow with soil, choose easy growing plant yet filter the air as well, voila tie with alluminium string then hang against the wall. green in to hightligt out.

have a nice day ♡

October 1, 2014

Kenduri /Done it well

Assalamualaikum / Peace be upon you all dearies,

Aqiqah dah selesai tu memang lega, jemputan cuma sedara/rakan/jiran terdekat kerana sebahagian kambing di hantar ke masjid Kota Damansara. Kebetulan di situ ada majlis tazkirah. Syukur sangat kambing sangat sedap, ada yang makan tunduk tak berdongak ke atas langsung...time nak balik pun ada yang minta kambing saja, kalau yang lain takut tak habis.

Tergeraknya saya untuk beraqiqah ni, biar la satu rahsia dulu, tak tahu la pula nak cerita, tapi rasa nak buat kerana terlalu bersyukur keranaNya :) Persediaan saya sangat macam main masak-masak bekas yang comel-comel tak sangka kenduri di rumah yang tak besar kurang sesuai. Bagaimanapun ada menyediakan teh tarik, meja 6' dan meja makan sedia ada, tetamu selesa melepak membuka cerita rasa kepuasan juga.
Cutlery semua di sini


Dalam keluarga, saya yang pertama buat aqiqah berdoa di rumah, jadi ada kekurangan kerana tak biasa, sambil ambil keberkatan dari kenduri ini dan juga mengharapkan lebih fokus kepada Fadya kami buat keputusan jemput Ustaz ke rumah dan terharu Allah aturkan Fadya dengar doa itu dan selepas kenduri pandai dia berAmin pula, kalau di masjid, tak pasti la dia macamana sebab dia bukan baby lagi :). Walaupun aqiqah sudah selesai, saya tetap berhati-hati dalam semua hal, dan terus berdoa.

kain meja menjadi tema kut, meja bole lipat
English version
Grateful gathering has been done well, we felt relief, small invitation was made as the rest of the goat had been sent to the nearest mosque. It is coincidence that at the mosque had a function so there are many people could enjoyed the lamb. Thankful that the goat was so good, some bend their head having it without turn right, up or left. Even some had asked for goat to take home.

Way in the beginning why aqiqah was crossed in my mind because I realised but then let it
sempat jugak bercupcake :)
be a secret first, I myself not sure how to start but out of gratefulness for a Him. My preparation was like play toys home and kitchen, all the containers were small not suitable for amount of visitors came and for the size of the house. managed to put a dsix feet table with the ready dinner table made the guest sit and chit chat everything up. raise some satisfaction at least.

In my family, I am the first to do kenduri or grateful gathering for doa took place at home, so there are many downside and upside of it, coz never done it, while hope for blessing and prayers to focus on Fadya, we decided to invite Ustaz home, Allah had shown that Fadya was at peace to hear the doas for her, if it was in the mosque not sure how to handle her coz Fadya is an exploring baby :)
Even that had done well, I will make sure to be extra careful and give continuous doas.


LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin