Pages

September 24, 2014

galakkan dari anak / kids encouragement

Assalamualaikum / peace be upon you

sejak dua menjak ni Faiq suruh saya pakai scarf besar katanya lebih cantik, lagi pun yang kecil untuk adiknya. pada mula Faiq berlengah bila hendak keluar ke kereta sambil cakap saya belum siap lagi dengam serkup (scarf kecik) seperti di dalam pic bersama blogger, I miss her ♡.  Terharu bila Faiq bawakan
tudung/selendang untuk saya pakai. Alhamdulillah, sekaraƱg fokus saya mendoakan matlamat untuk anak dan diri, syukur ada perubahan.Terutama dah jumpa tadika islamik yang berbahasa inggeris sebagai bahasa perantaraan, yang ketara juga kelas iqra. Alhamdulillah.

english version..
recently Faiq told me that a big scarf is nicer, while the small one meant for Fadya his sister. In the beginning Faiq was hesitated to get in the car coz he said i was not ready with serkup and he even bring the bigger scarf for me wear.

Thank God as i now focus on doa the rnd result for my kids n myself,,grateful He shows the way at least. obviously I found english medium islamic kindy

September 23, 2014

Kenduri / Party on the way

Assalamualaikum, Peace be upon you..

Sibuk tapi berjalan-jalan juga hujung minggu lepas, Fadya bersarapan dengan Tok wan dan saya diingatkan oleh Faiq supaya memakai tudung besar, yang kecik untuk Fadya katanya.

Sambil santai sambil  memikirkan tentang kenduri yang akan terdiri  daripada orang masjid. Seperti yang saya mulakan  dengan membasuh carpet, juga telah ambil meja satu dan satu bangku dari rumah emak (pic dibawah:)

Menu dah set melalui telefon diuruskan oleh emak, dan kambing saya buat sendiri yang diperolehi dari website, pengurusnya berurus dengan baik dan menawarkan makanan percuma lagi, harap sedap bila sampai nanti :)

Masih memikirkan tentang pencuci mulut, emak mahukan sesuatu yang tak perlu dibuat sendiri supaya lebih bertenaga pada hari majlis. Saya masih ingin buat cupcakes hee...


english version
I am thinking over the party that will be held soon, not a bigger deal but still is something meaningful that will be attended with mosque people and hopeful is a reminder to all too. I started with washing the carpet and took a stool and a table from my parents :)

The menu set via phone and goat from the internet. The goat business person sounds nice, it seems the cook one will be good too.

Still thinking about the desert as mother still want something that has not to be done by ourselves at least we have energy on the day.cupcakes in my thoughts tho :)

September 19, 2014

Versatile Blogger Award dari Blogger Sura, terima kasih

The Versatile Blogger Award

                            
Assalamualaikum / Peace be upon all lovelies,
Terima kasih kepada blogger Sura Blog Sura kerana sudi mentag saya the versatile blogger ni. Boleh la saya kenal diri sendiri dan untuk semua rakan blogger :)

Rules:
1) Thank the person who nominated you
2)Provide a link to the person's blog
3)write 7 Facts about yourself.

7 Fakta tentang diri BabYpose



Beautiful
  1. Kenangan dan harapan bersama dan dapat bersua lagi dengan Yang Di Pertuan Permaisuri Agong yang ke 13. Terlalu merindui Tuanku. Ampun Tuanku.
 
     2. Suka usahakan sesuatu contoh inginkan minum teh di taman, saya letakkan pokok bunga di coridor rumah ala in the garden :)


















3. Suka lipstick nude atau kaler natural, siap buh pic na..sorry tak jadi :)
 
4. Minat foto yang lebih beraksi atau beraktiviti...macam naik boat ke..sebab dah macam susah dah nak dapat pic-pic macam ni :)






5. Suka airport tapi sedih negara kita ada banyak airport pula, mungkin terkurang advisor tentang kos pembinaan atau tak terlihat negara jiran ada satu airport yang terbest pulak tu...sekali bina..muat naik taraf upgrade yang satu tu je, airport yang saya maksudkan ialah dibawah dari wikipedia infonya..tapi saya berterima kasih kepada bapa saya yang bawa saya melawat airport ini...kami naik kereta ja ke singapore masa tu.. bapa saya pun ada vision sampai pergi singapore ingat nak bawa ke orchard road ke apa ni tengok airport, saya ingat lagi dia cakap airport yang terbagus...kena tengok...

Singapore Changi Airport awards and accolades
Year Award Category Results Ref
2009 Airport Service Quality Awards
by Airports Council International
Best Airport Worldwide 2nd [118]
Best Airport in Asia-Pacific
Best Airport by Size (25–40 million passenger)
2010 Best Airport Worldwide [119]
2011 [120]

6.  Suka blogger Sura dan teringin juga nak jumpa dengan beliau tapi segan heeee

7. Memang segan tengok nak bergambar dengan Datin Sri pun dari jauh :)











Maaf Sura saya letak pic inspirasi dalam segmen ini :) Saya tag rakan blogger yang singgah sini. Enjoy :) Thanks again to blogger Sura ♥

September 17, 2014

rug cleaning / basuh hamparan

bersyukur kerana dapat memberi duit raya untuk budak-budak dalam bulan puasa, dan memberi pada anak yatim (yang cantik berbaju pink)  juga dalam bulan yang mulia 2014 - Alhamdulillah


english version below


fikirkan aqiqah ja seluruh hujung minggu ni...keluar gi pasaraya pun beli kain meja untuk satu meja ja ...macam la tetamu sempat tengok pun lagipun jamuan yang lebih penting hee..bila saya terfikir dan bincang dengan en hubby nak buat aqiqah, saya pilih 2 minggu sebelum, orang yang pertama saya jemput emak dan bapa...tapi tentang haribulan tu saya tanya kakak saya dulu, kalau dia free baru semangat heee..kambing belum ada, menu pun no idea lagi. Tapi setahu saya untuk buat jemputan itu perlu lebih kurang 2 minggu sebelum untuk menghormati masa mereka, last minute mungkin tak sesuai, attention tu mesti bernama isteri dan suami serta keluarga..memang macam ni...kalau tidak jadi isu...kadang perlu suami host perlu jemput si suami tetamu. Tetapi saya sekeluarga tak kisah, jika dijemput hari ni untuk majlis esok pun ok. ad-hoc pun ok, panggil pesan pesan tak direct pun ok jika ada rezeki boleh merai sekali..


sebagai permulaan saya basuh rug..atau hamparan/carpet..

lipat carpet rendam dalam bekas air..
letak dettol dan sabun..biar sejam dua kut..
sebelum tu kocak-kocak je pusing-pusing, tekan-tekan, berus-berus
lepas sejam dua...buang air, memang keroh,
isi air bersih pulak, pusing-pusing ja carpet tak terdaya memang berat, sambil buat bergaya senam..
pastu tengok air bersih..ja
angkat carpet..lipat carpet yang di lipat 2 atau 3 tu di gantung kat rack hang towel/hang baju sejadah tu, kira tempat tinggi skit tapi letak dalam bilik air
lepas lunch, baru angkat keluar...jadi ringan skit sebab air menitik turun dah drain dry skit..untuk bawa keluar then gantung atas pagar :)


 Teringinnya nak buat kenduri aqiqah bertema.tapi tak reti :)

english version
Its about a grateful party that I am planning to do for my daughter. It is not compulsory but once had crossed in mind, it is better get it done, otherwise it comes to remind in mind again and again. This time it crossed in my mind, I decided and told mr hubby that it is time to get it done. I started with invitation to my parents but I asked my sister over the date, when she said she is free that I go ahead thinking about it, first I bought the tablecloth which is not that important at all but I did. All i know the invitation must at least 2 weeks to send out to respect people time and schedule. The most important to mention the guest name and husband with family. This must do early not last minute, some might not like it...like me I feel its ok if the invitation not direct but just thru messengger as long have the luck to enjoy that i and family would go.

for the first step for the party I washed rug

First fold the rug and soak in the water, swirl it, press it, brush where can
then leave it there for 1 or 2 hours
After a while, take out the dirty water and put clean one, when the water is clear,
hang the rug at the high place like clothes rack in the bathroom
when the water drip to drain dry..the rug become lighter for me to carry out and hang on the fence :)

Love to have a theme grateful
party but not sure how :)

September 15, 2014

Aqiqah dalam perancangan

Pemerhatian ke atas Fadya, saya terasa ada tanda-tanda Tuhan mengingatkan saya untuk buat Aqiqah, jadi dua tiga hari lepas saya memikir dan merancang kenduri Aqiqah untuk diadakan pada masa  terdekat ini.  dan jiran ada yang terdiri dari foreigner dari luar negara. Permulaan saya mencari kambing untuk ditempah. Masa Faiq lebih mudah kerana emak bapa yang uruskan di surau Bandar Sunway. Saya google hukum hakam aqiqah untuk pengetahuan.

BICARA AGAMA  -  http://www.utusan.com.my/Bicara Agama-


ARKIB : 28/11/2008

Bukan Islam boleh makan akikah

SOALAN:
Baru-baru ini saya mengadakan majlis akikah untuk anak lelaki saya yang baru saja dilahirkan. Mengikut hukum anak lelaki harus korbankan dua ekor kambing, jadi saya telah pun menunaikannya. Ketika majlis ini berlangsung ada juga tetamu bangsa Cina yang hadir.

Adakah sah akikah saya yang dimakan oleh tetamu bangsa Cina itu?

JAWAPAN:

Tiada tegahan dalam mana-mana nas secara qatie (muktamad) sama ada di dalam al-Quran mahupun hadis-hadis Rasulullah SAW yang sahih yang boleh difahami bahawa orang bukan Islam tidak boleh memakan daging akikah.

Selagi mana tiada nas yang secara sorih (terang) yang menegah maka selagi itulah perkara itu dilihat suatu yang tidak mutlak dari hukumnya. Apa yang perlu difahami di sini ialah hukum melaksanakan akikah itu sendiri.

Di samping itu daging akikah yang dimasak dengan sedikit rasa manis itu diharapkan agar perangai dan budi pekerti anak tersebut akan menjadi elok dan baik. (Al-Majmu’: 8/322)

Pengertian akikah menurut syarak

Akikah dalam pengertian syarak ialah binatang ternakan yang berkaki empat (binatang an’am) yang disembelih ketika hendak mencukur rambut kepala anak yang baru dilahirkan, sama ada disembelih pada hari ketujuh atau selepasnya.

Falsafah tuntutan menunaikan akikah adalah sebagai tanda kesyukuran seseorang setelah mendapat anugerah cahaya mata yang dikurniakan oleh Allah SWT.

Justeru ia lebih baik di kongsi sesama Islam. Ini kerana ia juga seumpama satu peringatan kepada yang lain untuk berakikah juga untuk anak mereka (jika belum). Bagi bukan Islam, tiada peruntukan akikah.

Hukum melakukan akikah itu adalah sunat muakkad, iaitu sunat yang sangat digalakkan dalam syarak. Perkara ini bukan sekadar nas semata-mata malahan boleh dilihat sebagaimana perbuatan Rasulullah SAW ketika baginda mengakikahkan cucundanya Hasan dan Husain r.a.

Ia bukanlah perkara yang wajib dilakukan kerana hal ini pernah ditanyakan kepada Rasulullah, lalu baginda bersabda yang maksudnya: “Allah tidak menyukai kedurhakaan, seolah-olah Baginda tidak suka menyebut nama itu (akikah). Baginda bersabda: “Barang siapa yang dikurniakan baginya anak, lalu dia ingin menyembelihkan untuk anaknya maka sembelihlah untuk anak lelaki dua ekor kambing yang sama keadaannya dan bagi anak perempuan seekor kambing”. (riwayat Abu Daud)

Maksud hadis daripada perkataan (suka atau ingin menyembelihkan untuk anaknya) itu menunjukkan tidak wajib melakukan akikah, melainkan jika akikah itu dinazarkan baharulah ia dipanggil akikah wajib.

Dalam hadis yang lain, sabda Rasulullah SAW: “Anak-anak tergadai (terikat) dengan akikahnya, disembelih (akikah) untuknya pada hari ketujuh (kelahirannya) dan diberi namanya serta dicukur rambutnya”. (riwayat at-Tirmidzi)

Terdapat dua pendapat dalam menghuraikan maksud hadis “anak tergadai dengan akikahnya” di sini.

Pendapat pertama mengatakan bahawa jika tidak diakikahkan, anak itu akan terbantut atau terhalang pertumbuhannya, tidak seperti anak-anak lain yang diakikahkan.

Pendapat kedua

Pendapat kedua mengatakan bahawa maksudnya ialah anak itu tidak akan memberi syafaat kepada kedua ibu bapanya pada hari kiamat kelak jika dia tidak diakikahkan. Pendapat kedua ini adalah pendapat Imam Ahmad bin Hanbal, dan pendapat ini dilihat pendapat yang lebih utama. (Mughni al-Muhtaj: 4/369)

Akikah disebut dalam hadis yang bermaksud: Bersama bayi yang lahir itu akikah, maka kerana itu mengalirkanlah darah (sembelihan) untuknya, dan jauhkan baginya segala kesakitan (godaan syaitan). (riwayat Bukhari)

Ini bermakna: “Setiap anak perlu dipajakkan (terhutang) dengan akikah, disembelih untuknya pada hari ketujuh umurnya, dan diberi nama dan dicukur rambut kepalanya”. (riwayat Ashabus Sunan)

Akikah itu pula dari sudut bahasanya adalah tolakan iaitu tolakan dari gangguan dan godaan syaitan.

Adapun persoalan mengenai memberi makan atau dimakan daging akikah oleh bukan Islam tidak mencacatkan amalan akikah. Biarpun daging akikah itu dimakan oleh bukan Islam, akikah itu tetap sah dan tidak perlu diulangi.

Sebenarnya perbuatan kita melabelkan hidangan dengan ayat hidangan untuk orang Islam sahaja adalah tidak wajar. Seolah-olah kita memperkecilkan tetamu yang datang ke majlis keraian kita dengan tidak mengizin mereka menjamah apa yang dihidangkan oleh tuan rumah. Sedangkan bukan Islam muslim boleh memakan daging akikah.

Setiap ibu bapa atau ahli keluarga apabila mengadakan majlis tersebut mereka mengharapkan doa yang ikhlas daripada sanak saudara dan sahabat andai atau jiran tetangga yang datang bertandang ke majlis itu.

Jika yang diundang itu bukan Islam sekurang-kurang kita dapat menghampiri mereka dan memahamkan bahawa Islam tidak menghalang pergaulan dan penglibatan bukan Islam dalam majlis yang diadakan oleh orang Islam.

Ini sekurang-kurangnya memberi peluang kepada kenalan kita yang bukan Islam mengenal amalan yang terkandung dalam agama yang suci ini.


LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin