Pages

October 1, 2021

Top Commentator of Sep 2021

Bahasa dan video seminit di bawah :)

English version and one minute video below :)



It's been 3 months since I started blogging again and  organizing commentator's prizes. |

Sejak 3 bulan memula kembali berblog dan menganjurkan hadiah untuk pengomen tegar. 


From many posts and entries and went down to one or two entries even quiet day WW, I had  fitted in. |

Dari beberapa entri ke satu atau 2 sehari, hari senyap WW juga cuba diselarikan.


Thank you all for being here, reading or updating your own posts that uplift my blogging spirits. Grateful for all good entries of yours and being presence in my humble entries.


I got the 'hang of it' to one post or two daily to stabilize my interest in writing, videoing, visiting, getting knowlege of bloggers' posts and commenting the right matter and content. 


Top Comentators Tiffins Gifts' History


Actually I love Tiffin or Two Tier Bowl. I fell in love when I received it as  a table gift at a wedding. Loved to share with friends here.


Future gift; Sorry I squeeze in below hehe..(in planning) 


Since we can't travel, I visited Travelling Turkey Page. I just found from the page selling Apple Tea and Turkish Cup direct from Istanbul. Like to give these to my lucky guest, for the winner of the Oct 2021. (dream first) 


So, the winner for month of Sept 2021 is Blogger Sal. Appreciate so much your present here as commentator, visitor and hosting me at your page. Blogger Sal writes about travelling experiences, her details of it are worth taking notes of. Books, movies are mostly of her blogging interests, as well as Liverpool FC ( You'll never walk alone - yay! ) in neat compilation. Please visit her page for diving into her thoughts. Here is her link Blog Sal.  May our bonds remain forever. 

Please give detail separately in the comment box, will not publish it. Or email to babypose@ymail.com. Thank you. 



The Top Commentator of the Oct is on. Welcome to all.. the more the merrier. 


Welcome October 2021❤️




Alhamdulillah, Terima kasih kepada semua blogger kerana berada di sini, membaca atau aktif mengemaskini blog masing-masing menjadi asbab menaikkan semangat saya. Syukur dapat baca post yang diterbitkan oleh kalian dan kalian yang sudi singgah di sini. 


Saya dah dapat menyesuaikan diri untuk menerbitkan satu atau dua post setiap hari dan menyelaraskan minat terpendam dalam menulis, buat video, melawat blog, mengecapi pengetahuan dari entri rakan blogger dan tak lupa berhemah dalam mengomen. 


Sejarah hadiah iaitu mangkuk sia untuk pengomen tegar. 


Sebenarnya saya suka Tiffin atau mangkuk tingkat tu (sia) yang menjadi hadiah Top Pegomen. Terjatuh cinta masa dapat hadiah menghadiri majlis perkahwinan. Berbesar hati kerana dapat berkongsi dengan kawan kawan di sini. 


Tentang hadiah yang akan datang hehe..sorry selit intro pula ek. (walaupun dalam perancangan) 


Sejak tak dapat melancong suka dok usha page Turki dan page tu ada menjual Teh Epal dengan cawan Turki. Teringin pula nak bagi barangan tu kepada tetamu di sini untuk pemenang Oct 2021.


Jadi, Pemenang Pegomen Tegar Bulan September ialah Blogger Sal. Sangat menghargai kedatangannya sebagai pengomen, tetamu di sini dan hos yang mesra di laman blognya. Beliau memaparkan tentang pengalaman kembaranya serata tempat. Maklumat  terperinci tentang hotel, restoran, memang berbaloi dicatit. Termasuklah pendapatnya tentang buku-buku, filem semasa dan yang sebati dengan dirinya iaitu Liverpool FC (You'll never walk alone..kan! ) kemas beliau abadikan. Silalah ke laman blognya  untuk selami lagi mindanya. Linknya di sini  Blog Sal. InshaAllah ukhwah kita berpanjangan. Tahniah.  Tolong bagi detail di kotak komen berlainan sebab tak diterbitkan atau email babypose@ymail.com. Terima kasih. 


Pilihan Top Commentator untuk bulan Oct 2021 masih diadakan inshaAllah.  Jemput semua, lebih ramai lebih meriah. 


Selamat datang October ❤️








September 30, 2021

Homework Time | Kerja sekolah

Bahasa dan video seminit di bawah :)

English version and one minute video below :)



Its been a while didn't documented kids activities | Dah lama tak video aktiviti anak-anak



Last night adik tried to escape doing homework | Semalam adik cuba elak membuat kerja sekolah





I told adik she is lucky to have a study desk. She was finishing the task from school. They neglected some of their work not sure why. Even their teacher called to pursue in their Arab learning. 


I myself sometimes discussed with my dear hubby about their progress. When I saw Dr Sheikh Muzaffar Shah's (Malaysian very first astronaut cum IG celebrity) kids, I got nervous on whether or not my kids are progressing like them. Some said never to compare but how would we know about the milestones or updated activities of kids today.


I know and ensure that they studied an hour everyday. That's it for my comfort of knowing. They have interest in other fields on which I gave encouragement, while still enrouted them to prioritized their academic first. 


Dream to stay in other country and let them experience new atmosphere. Off course I love my living place now but even Prince Harry left his Castle:) 



Happy Thursday ❤️



Saya beritahu adik yang dia bertuah ada meja untuk menelaah. Masa tu dia tengah habiskan kerja rumah. Sesekali dia tertinggal juga buat tak taulah sebabnya. Kekadang guru Bahasa Arabnya yang telepon tanya khabar. 


Biasanya saya berbincang dengan suami tentang pembelajaran anak anak. Bila nampak anak anak selebriti Malaysia terkenal Dr Sheikh Muzaffar Shah dalam IGnya naik cemas pulak. 


Semua tahu tak patut ada perbandingan tetapi cara apa lagi kita nak tahu perkembangan aktiviti semasa anak-anak kita masa kini.


Saya tahu dan pastikan mereka belajar sejam sehari berguru atau tidak. Itu saja pengetahuan dan penyedap hati yang lara hehe..


Mereka ada minat dalam bidang lain dimana saya memberi galakan; Namun, ada yang saya lebih utamakan iaitu untuk mengkompaskan halatuju ke arah pembelajaran akademik dahulu.


Mengimpikan berhijrah ke negara lain, dan biarkan mereka melalui pengalaman baru. Memang sayang tempat tinggal sendiri tapi Putera Harry pun tinggalkan Istananya:)


Salam Khamis❤️


September 28, 2021

Miso Soup - Twas' the night of full moon / Sup Jepun Miso Dikala bulan mengambang

Bahasa dan seminit video di bawah :) 

English version and one minute video below :) 


Unexpected visitor, again the baby fox |Tetamu diundang, sekali lagi anak musang menjelma, 

Thinking of what to do with the baby fox while serving Miso Soup (Japanese Soup) 

| Memikir tentang anak musang sambil menyediakan sup Miso (sup orang Jepun) 



Witnessing full moon | Menyaksikan bulan mengambang


Shocked almost roared to see baby fox again | Terkejut hampir mengaum (menjerit) terserempak dengan anak musang lagi. 




Thought to express my dissappointment here when I saw the blurred moon in an uncleared sky. Enclosed feeling to express inside. Yet I  suppressed the experience of the blurried sighting as I was shocked to see the baby fox again for the second time. 


While going inside the house, we discussed to catch it and put in the enclosure overnight and send it to Municipal Council the next morning. Obviously, this baby fox is lost and we didn't know what happened to it's mother. They have a mini zoo over there and maybe the babe welfare would be taken good cared of. Discussing while  preparing Miso Soup (Japanese traditional soup). Cutting the seaweed and cut the beancurd in small cubes. Boiled garlic cloves, prawns, enoki mushrooms in miso paste mix with water. 


We knew the fox is sleeping on the grill (didn't take the picture) . The soup was fast prepared, fill the bowl  with noodles. Gratefully it was served as a hearthy dinner for the night. 


What happened to the baby fox? Turned out the rescue did not ended well when it heroically jumped out and ran away into the darkness of the night. Was it lucky to escape or in grave danger being all alone in the urban jungle. I hope to see it again just to make sure that it is safe. 


I managed to film(video) moon of the night phenomena, while entering inside bumped to baby fox, spending time in kitchen to end the night. Did you ever encounter a long night moment? 


Love greetings❤️


PS: Previous post happened in 2017 Oct 29. - Jeriau Waterfall, Fraser Hill


Ingat hendak meluahkan rasa kecewa pabila melihat bulan mengambang kabur di langit mendung berawan. Terpaksa pendamkan dulu rasa kerana terkejut bila terserempak sekali lagi dengan si anak musang. 


Semasa di dalam rumah, kami berbincang bagaimana untuk menangkap anak musang dan menghantarnya kepada pihak majlis pembandaran keesokan hari. Jelas benar ia sudah terpisah dengan ibunya yang tak diketahui apa jadi. Di sana ada sebuah zoo mini dan kami berharap ia akan mendapat kebajikan dan penjagaan yang baik disana. 


Berbincang sesambil sibuk menyediakan sup orang Jepun, iaitu sup Miso.


Memotong kepingan rumpai air dan mendadu tofu lembut. Diikuti dengan merebus bawang putih, kulat enoki didalam pes Miso yang dicampur air. 


Kami nampak anak musang sedang tidur di besi grill (tak sempat nak ambil gambar masa ni) 


Apapun sup miso cepat benar mendidih masak, dan memenuhi mangkuk dengan mee dan rumpai laut dan tofu lembut. Alhamdulillah, siaplah ia sebagai makan malam kami pada malam tu. 


Apa yang jadi pada si anak musang? Ternyata misi menyelamat kami tak berhasil bila ia dengan gagahnya meloncat turun dan lari menghilang dalam kegelapan malam. Adakah ia bertuah kerana terlepas atau dalam bahaya kerana bersendirian di hutan bandar ini? Saya berharap dapat bertemu dengannya untuk mengetahui yang ia selamat. 


Sempatlah ambil video dari menyaksikan fenomena bulan di luar, meredah masuk, terserempak dengan musang, berlama didapur di penghujung malam.  Pernahkah kalian mengalami malam yang penuh makna begini? 


Salam sayang❤️


PS: post semalam berlaku pada 29 Oct 2017- Air Terjun Jeriau, Bukit Fraser. 


September 27, 2021

Jeriau Waterfall, Fraser Hill / Air Terjun Jeriau, Bukit Fraser

Bahasa dan video pendek di bawah :) 

English version and short video below :) 




Long walk to reach to the top for waterfall 

Jalan jauh untuk sampai ke air terjun



Climb at the normal trail then with staircase to the pool| 

memanjat jalan lereng bukit dan bertangga untuk sampai ke telaga. 


When we saw the beautiful photos of waterfalls, it is not just come easy to see waterfalls infront of our eyes. Unless nowadays they have drone to do the job. A lot of efforts to have a view of one waterfall.  Too much hassle behind the scene. If the energy rush in, then climb higher for better one. 

 

I was low in energy after thinking of the slippery trails with kids along. Anyway, everything was fine that we have made it at the Jeriau Waterfalls, Fraser's Hill.


After I searched on the net, it is kind of same waterfall that we've been before. I wuz there carved with love at the tree trunk :) 


Adik was fast, she climbed alone and I'm glad to video her, back of my mind I was careless to let her alone with free hand climbing like that. 


Being in nature is wonderful to wander and breathe the fresh air. We all need that real oxygen in the green forest hill somtimes. Do you like hiking? 


Peace❤️


Bila lihat gambar air terjun yang cantik, baru tahu bukannya senang hendak sampai kesitu untuk mengambil gambar, lain la sekarang ada drone untuk buat kerja itu. 


Penuh kegigihan dibelakang tabir untuk berhadapan dengan air terjun. Jika bertenaga lebih boleh la memanjat lebih tinggi untuk menikmati air terjun yang lebih indah.


Memang jadi kurang bertenaga bila memerah otak nak mengelak dari tergenlincir di lereng bukit terutama bersama budak-budak.


Tetapi Alhamdulillah dah selamat sampai di air terjun Jeriau, Bukit Fraser. 


Selepas pencarian gambar air terjun ini, banyak persamaan air terjun dalam video pendek saya:) Saya dah sampai situ, lakar nama di batang pokok :) 


Adik memang pantas, memanjat tanpa berpaut pada pemegang tangga.  Berat juga kepala bila lihat balik, rasa lalai membiarkan dia seorang diri ke depan. 


Berada di alami yang sangat menakjubkan untuk bersiar dan bernafas udara bersih. Semua kita memerlukan oksigen sesegar di dalam hutan bukit yang hijau kekadang.  Kalian suka memanjat  bukit atau "hiking" ? 


Salam❤️






Multigrains Mix for Adik's breakie | Campuran Bijirin untuk Sarapan adik

Bahasa dan video seminit di bawah :)

English version and one minute video below :)

Demo for her to use hot water |  tampil cara penggunaan air panas


She only observed | Dia cuma lihat saja caranya



She found its hard to make warm cereal for herself. I assumed because the mix needs heating up water and pour to the bowl. She was used to water machine, not to kettle. 


She has to adapt with what we have and make the best out of it. She saw we had oats that morning and wanted similar as she prefers cereal mix than oats.  


Adik and abang used to make warm cereal on their own, recently due to MCO we didn't have the service people to service the hot, cold and room temp water filtration machine. Luckily we have a better filtration machine that has ultra violet to kill the germs but with the minerals remain intact. Its ok for mineral we drink milk or juice. 


Adik only looked how to boil water hehe. Then its ready for her to have a delicious Nestum cereal without sugar but with raisins and apples. What do you have for breakfast, do you like  multi grains from Nestum by Nestle? 


Happy Monday ❤️


Adik rasa susah untuk nak buat bijirin panas.  Mungkin kerana perlukan proses memasak air dan tuang ke mangkuk. Adik biasa dengan mesin pemanas air tapi bukan dengan cerek letrik.


Adik perlu menyesuaikan diri dan buat sebaik mungkin dengan apa yang ada dirumah. Hari itu kami makan oats dan adik pun mahu seperti itu, tapi adik lebih minat campuran bijirin. 


Adik dan abang pernah buat bancuhan bijirin suam sendiri. Sejak MCO tiada dibenarkan membuat servis mesin penapis air. Alhamdulillah ada satu lagi mesin penapis yang berultra violet. Ia lebih bagus kerana ada lampu ultra biru membunuh kuman jadi mineral di dalam air tetap ada. Apapun untuk dapat mineral boleh minum susu dan jus kan. 


Kali ni adik cuma tengok dulu cara masak air hehe. Dah siap dapatla dia menikmati sarapan yang sihat dan sedap iaitu bijirin penuh dari berjenama Nestum di letak kismis dan potongan epal. Sedap dan elok untuk penghadaman. Kalian suka Nestum? Kalian bersarapan apa hari ni? 

 

Salam Isnin❤️

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin