Pages

May 1, 2022

Lobster Charcoal Sandwich n etc at St Regis | Sandwic roti arang Udang Kara dan sebagainya di Hotel St Regis

Bahasa dan video pendek di bawah :)

English version and short video below :)

After pick up father. we planned to have lunch.|

Selepas ambil bapa, kami rancang nak makan tengahari

Since Uncle was here yes this was in Feb 22 we hope he would invite us for lunch.| Masa uncle ada di sini ya  dalam bulan Feb 22 ni, kami harap dia jemput kami untuk makan tengahari


When I got the invitation from Uncle, I planned not to tell dad so early.  Accidentally he knew, then dad had his own plan to treat his son (Uncle) and my mother fish curry. So we stopped to buy a pack of fish curry.


Somehow we still proceed having lunch at Uncle's place. Theres slightly changes, we went there early coz of dad's eagerness.


And I had to carry the plastic of fish curry as dad didnt want to leave it in the car. I thought I could  walkin in style haha..


Thats why we had sandwich as it was during brunch time.


We had sandwiches were lobster fillings

Salmon fillings

Another one was seafood I think with croissant

and the waitress was very nice. 


Dad had hot chocolate as he had morning coffee already

Uncle had cuppucino

We also had hot choc


The sandwiches were delicious and juicy.  The drinks were the best as well and the prices were also bombastic and would shake my hands if I'd  to pay hehe..but host said his pleasure. 


Grateful we had to experience brunch at the lounge of St Regis Hotel. I had real lunch at the restaurant at the different level too on different day here, love to share it again. The same host. Thank you so much. 


Happy Sunday ❤

Forgive me for my short comings. Eid Al Mubarak


Bila dapat jemputan dari Uncle, saya rancang nak beritau bapa lambat sikit. Tak sengaja bapa tertahu awal pula. Dia pula buat rencana sendiri nak menjamu kari ikan kat anaknya (uncle) dan isterinya Emak hehe.. 


Tah macamana kami masih teruskan jumpa Uncle untuk makan tengahari. Tapi kami pergi awal, asbab keterujaaan bapa atau sikap bapa tak menyempat melanda.


Dan saya pula kena bawa kari ikan bungkus sebab bapa tak nak tinggal kari ikan tu di dalam kereta. Adoi tak bole la nak jalan bergaya masuk haha..


Sebab tu kami menjamah sandwic dah sampai waktu sarapan merangkap makan tengahari.


Kami menikmati sandwich berisi

Lobster

Salmon

Satu lagi tu mix seafood kalau tak silap dengan roti croissant

Dan pelayan pun baik. 


Bapa minum coklat panas sebab dia  minum kopi awal pagi tu. Uncle ambil cuppucino

Kami pun minum choc panas


Sandwic yang dihidangkan sangat sedap dan enak. Minuman pun beraroma segar, harga pun nak sama naik hebat juga hingga tergentar tangan jika saya yang membayar hehe.. Tapi hos berbesar hati. 


Syukur dapat pengalaman makan sarapan merangkap makan tengahari di lounge hotel st Regis.  Pernah juga makan lunch kat restoran di tingkat lain di situ, ingat nak kongsi bila-bila. Hos yang sama. Alhamdulillah. Terima kasih banyak-banyak. 


Salam Ahad ❤

Mohon ampun dan maaf kekurangan saya, Salam Aidil Fitri yang penuh barakah. 

April 29, 2022

Chili Beef Lung and Tom Yum Soup | Sambal Paru Lembu dan Sup Tom Yam

Bahasa dan video pendek di bawah :) 

English version and short video below :) 

Came back from Lotus the hypermarket here with cut vege and ready to cook Tom Yum ingredients. | Balik dari Lotus bawa balik sayur dan bahan Tom Yam yang dah dipotong sedia dimasak.

Beef lung was kept frozen for a few days, its time to cook it with green chilli paste. | Paru lembu yang telah disimpan beku beberapa hari dah patut dimasak sambal hijau paru. 


While cooking, I got a call from a guest to come over for breaking fast with us. So I continued cooking, didn't add any dish but added an extra plate.


I still arranged the plates on the kitchen table. Didn't have any intention to do it at another place.


Luckily we didn't feel cramped with 5 pax at the small diner setting. 


The Tom Yum didn't turn up as expected. Then I concluded that it's the end of story for me as a cook. Need to be served and cooked for hehe. like Henry Ford, he"s not good in a certain skill, so he just 'hired' the right peeps :) to do the job for him hehe.. 


Anyway, the beef lung turned up so good until I could eat it just like that, on it's own. Of course there was celery mix orange apple juice to grab if it too spicy :) 


That was a beautiful evening with prayers lead by the guest. Thankful. 


Happy Friday ❤️


Semasa memasak dapat panggilan dari tetamu nak berbuka dengan kami. Saya teruskan memasak tak tambah  lauk tapi letak pinggan lebih satu. 


Saya susun pinggan di atas meja dapur. Tak da rancangan nak pergi tukar tempat lain. 


Nasib baik, kami tak rasa  bertemu bahu berlima di meja makan halus ni.


Kuah Tom Yam tak lah menjadi seperti diharapkan. Kira habis cerita aih buat diri ni jadi tukang masak. Macam kena jadi orang yang menunggu dihidangkan dan dimasakkan ja :) ibarat Henry Ford, dia tiada kemahiran dalam satu bidang, jadi beliau hanya upahkan orang yang pakar bidang tu jer hehe.. 


Apapun, paru lembu terjadi dengan sedapnya sampai boleh diratah begitu saja. Tapi mestila ada jus seleri campur oren epal nak capai kalau terpedas :) 


Malam pada hari tu sangat indah, bersolat terawikh berimankan tetamu seorang tu. Alhamdulillah. Syukur. 


Salam Jumaat ❤️



April 23, 2022

Fish Curry, Pan Grilled Chicken by kids & Cendol| Kari Ikan, Ayam panggng dalam pan dimasak oleh anak-anak & Cendol

Bahasa dan 2 video pendek di bawah :)

English version and 2 short videos below :)

Its time to delegate tasks to others | masanya untuk menurunkan tugasan kepada generasi muda

Chose something easy with less ingredients and not time consuming. | pilih masakan yang kurang bahan dan tidak makan masa lama. 


Early in the morning, I told abang that I preferred him to prepare his favorite dish. He agreed and willing to do it.


On the other hand, adik preferred chicken, so I told her, she could learn cooking her favorite food, and at least becomes an expert on preparing one dish of hers. 


She's fine with the idea. While preparing, they took out what they need. I made sure that the ingredients were in order and with the right proportion.


Fish Curry:

2 blocks of fish

Half an onion, 5 garlic cloves

Fermented fish (belacan) paste

Tamarind juice

Curry powder paste (mix with water)

Mixed Halba


As for chicken:

Honey

Thymes

Dried basils

Salt

Pepper

chicken

Marinate the meat


I prepared Cendol. Bought a pack of cendol, cooked gula melaka syrup, and poured bought coconut milk. And plain water for drinks. 


That's it for breaking fast on that day. Simple :) 


Happy Saturday ❤️


Awal pagi tu, saya beritau abang lebih elok jika dia sediakan makanan kegemarannya. Dia setuju dan memaklum je. 


Di sebalik itu, si adik pula lebih gemar ayam, jadi bincang dengannya tentang belajar masak ayam kesukaannya, sekurang kurangnya, cekap satu juadah. 


Adik mengiyakan dengan buah fikiran tu. Sementara menyediakan bahan, mereka keluarkan apa yang perlu. Saya pastikan bahan ikut susunan dan cukup sukatan. 


Kari ikan:

2 ketul ikan

Separuh bawang holland dan 5 ulas bawang putih

Belacan

Jus asam jawa

Serbuk kari campur air

Halba campur


Manakala untuk ayam pula:

Madu

Herba Thymes

Herba Basil kering

Garam

Lada

Satu bahagian ayam

Perap


Saya sediakan Cendol. Beli jer se paket, masak gula melaka hingga jadi sirap. Campur dengan santan. Dan air masak sebagai minuman. 

Itu jer, juadah berbuka, ringkas :)


Salam Sabtu dan mengejar LaylatulQadar InshaAllah ❤️




April 20, 2022

Pilaf rice (turned out differently)/ fruit juice | Nasi hujan panas tak jadi /air buah

Bahasa dan video pendek di bawah :)

English version and short video below :)

Middle East rice alike was our break the fast dinner | Nasi Timur Tengah, juadah berbuka 

The pilaf rice is ghee rice with drops of colors in so its called Sunny Rainy Rice hehe | Itulah nasi minyak yang ditabur setitik dua perwarna dipanggil nasi hujan panas


It happened that day we craved for briyani type of rice, as lacking of ingredients we attempted to make the famous among us pilaf rice with mixture of colors (existing baking ingredients hehe) 


The fate of the rice that evening turned red, red alert panicking of wonders of taste, how would it be.  


Luckily the taste was still good and the fragrance was appetizing. So we could eat in peace. 


Meanwhile I prepared celery juice mix with orange abit of apple, that was refreshing, if you could see I prepared also all the type of sauces to cook wantan mee for sahur our supper meal. 


So I know the cause of mistake on the color because of tiredness and think of too much to do at the last minutes. Ok next to prep proper one and manage it well hopefully :)) 


Happy Wednesday ❤️


Nak jadikan cerita rasa nak makan nasi minyak ala biryani, disebabkan tiada bahan, Coba masak nasi femes iaitu nasi hujan panas sebab bahan yang ada perwarna buat kek hehe (mood baking kembali) 


Ditakdir nasi yang dimasak petang tu jadi merah menyala, nino nino panik dengan memikirkan apa rasanya. 


Alhamdulilah rezeki rasanya sedap, wanginya pun menyelerakan. Bolela makan dengan tenang. 


Sambil tu saya sediakan air seleri campur buah oren epal sikit, menyegarkan betul. Yang sebenar jika nampak ada juga bahan kicap bagai untuk masak mi wantan buat sahur. 


Jadi dah agakla,  tak jadi ni sebab keletihan fikir, nak buat semua masa yang singkat hujung-hujung waktu berbuka. Lain kali buat awal dan uruskan dengan seelok mungkin, harap-harap la :)) 


Salam Rabu ❤️



April 14, 2022

Butterfly Pea Shortbread | Biskut Shortbread bunga Telang

Bahasa dan video pendek di bawah :) 

English version and short video below :) 

Been watching video from Pinterest of making Spring cookies. | 

Asyik tonton video dari Pinterest cara buat biskut musim bunga

Attracted on how beautiful the cookies with pressed flowers. | Tertarik dengan kecantikan biskut yang diletak bunga kering


I didn't edit the video well for blog, as it took a lot of photos to shorten it, so I attached with only a teaser video.  


Earlier on, I am fond of the beauty of edible flowers. I fell more for the ones decorated on cookies, they are so pretty. 


I didn't hesitate to pick the blue butterfly peas, washed them, dried them before placing them between the pages of a book. 


When the mood came, I chose the recipe that is using less sugar. 


The recipe called out for somerhing like this:


1 cup of butter

1/2 cup of sugar

2 cups of flour

1 tsp of vanilla

Mix butter and castor sugar til white, add flour and vanilla. Let it chill in fridge for two hours. 


The dough is kinda soft, I should have added flour but I didn't.  The taste is nice buttery, melt in the mouth but not that crunchy and not easy to break. Today, I'm going to finish another batch, and will put higher temp and more time and see the outcome.  


Oh yes, the flowers, I pressed on the cookies right after the cookies came out from oven and coated with sugar. Some I put back in the oven to bake more and yet the flower didn't shrink or become brownish. 


That's it :) 


Happy Thursday❤️


Saya tak edit video elok untuk buat blog sebab ambil masa agak panjang dan keluarkan banyak gambar untuk pendekkan, jadi saya letak video trailer jer. 


Memang seawalnya, saya suka lihat kecantikan bunga musim bunga yang boleh konsum ni, apa tah lagi, terus jatuh hati pula bila ia di atas biskut, lawa sangat.


Saya tak teragak agak untuk petik bunga telang yang biru, basuh, keringkan sebelum letak di atas kertas minyak di antara muka surat buku. 


Bila mood mai ja, saya pilih resepi biskut yang kurang gula. 


Resepinya lebih kurang macam ni saja:


1 cawan mentega

1/2 cawan gula kastor

2 cawan tepung

1 tsp vanilla

Campur mentega dan gula, krimkan hingga hampir putih. Tambah vanilla dan tepung. Perapkan dalam peti sejuk selama 2 jam. 


Adunan agak bermentega dan lembut. Patutnya saya perlu tambah tepung tapi tak tambah pun. Rasa sedap cair dalam mulut tapi tak rangup dan tak mudah pecah,.  Hari ni nak abiskan sebahagian lagi, mungkin tambah suhu dan masa lebih.


Oh ya, bunga, saya tekan di biskut sebaik biskut dikeluarkan dari oven, dan tabur sikit gula atas bunga. Ada yang saya masukkan balik dalam oven, bunganya tak kecut atau bertukar warna. Alhamdulillah. 


Itu jer. 


Salam Khamis ❤️




April 11, 2022

Pecal (Boiled vege) with peanut sauce | Pecal dengan Kuah Kacang

Bahasa dan video pendek di bawah :)

English version and short video below :)

Find it refreshing having original form of vege, just boiled and ready to eat. | Rasa menyegarkan menjamu selera dengan sayur yang direbus sahaja. 

Off course it's good served with sauce which is made of peanut and chilli. | Semestinyalah sedap disaluti dengan sos yang diperbuat dari kacang dan cili


I know that I've already posted the GadoGado dish before, it's the same thing but its called pecal. I've made the same dish and posted online again as it is not my staple food. From my previous post of last year, I had it only once. 


I would changed the eggs to other protein instead. The vege are fillings like rice. I think its a good idea to name a restaurant under the name GadoGado vegetables or pecal with various protein and sauces for the menu, interesting right? 


I loved the color fibres and wanted to add zucchini or aubergine.  Sauce can be diverse to shrimp paste, caramelized soy sauce or thick curry mmm.... drooling.. Hehe. 


So I figured this is my first time for this year I ate peanut sauce salad that is in video or photo  with beautified coffee art that had to be adjusted, as it didn't turn up well. 


Thats it,  Happy Monday ❤️


Tahulah dah pernah post Gado Gado sebelum ni, pecal ni lebih kurang sama.  Saja nak siarkan lagi walaupun ia belum capai makanan ruji. Memang nak makan selalu. Tahun lepas makan sekali je. 


Nanti nak tukar telur ke protin lain pula. Sayuran ni boleh mengenyangkan seakan nasi. Bolehla buka restoran nama GadoGado dengan bermacam kuah, menarikkan?


Suka warnanya dan nak tambah zucchini atau terung. Sos diperbagaikan kepada sos udang kering, kicap manis karamel ataupun kuah kari pekat ke mmm tertelan airliur aih... Hehe


Kiranya ni pertama kalilah dalam tahun ni, makan kuah kacang dengan sayuran  di gambar atas  bersama kopi berseni yang tak berapa jadi, terpaksa la tokok tambah hiasan. 


Itu ajer. Salam Isnin ❤️









April 7, 2022

Nyonya Biscuits with Welcome Teas, Mee Rebus, Nasi Lemak Royal Kedah, Complimentary Coffee at Malacca |Biskut Nyona dengan Teh sambut tetamu, Mee Rebus, Nasi Lemak Royale Kedah, Kopi Komplimentari

Bahasa dan video pendek di bawah :)

English version and short video below:)

After we had Boost Juice, we went to Publika etc. the next day off to Malacca. 

| Setelah menikmati Boost Juice kami pergi Publika dll. Keesokkan hari baru pergi ke Melaka. 

Since I compiled the later photos of food, would U-turn after this hehe | Dah kumpul gambar makanan yang terawal sikit nanti belok U balik hehe


Arrived safely at Malacca the historical city, we went straight to find a hotel. The road structure in Malacca city mostly are one way; So, we drove from a circles before finally found the hotel. 


At the lobby we had Welcome Tea with Nyonya Biscuits but I used to call it 'biskut timbang'. Immediately I poured the tea from the majestic looking pot to the beautiful China cups, adik enjoyed opening the packets of different type of biscuits which were :

Pineapple Tart Biscuits

Colored Sugar Cookies


As for dinner, we planned to go out but dad wanted to eat Mee Rebus;  mee with beef gravy.  So, we ordered via Grab and ate at the library as a hotel has few designated rooms. By the way the restaurant opens at 7pm but we (my dad) couldn't wait. Stopped at the library ala reading room.


The next morning, I ordered Nasi Royale Kedah, coz the hotel didn't have room service, they only do delivery of food to room from the reception where the Grab dropped in. 


While waiting for the food I fixed myself the complimentary coffee with the coffee machine. So let all the tummies of the troop full, then only made our moved out and about. Where to? Brb To be continue.. :) 


Happy Thursday ❤️


Sampai di Melaka, bandaraya bersejarah, kami terus cari hotel. Struktur jalanraya di bandar ni kebanyakkannya sehala, buat laluan bulat pusing pusing barulah terjumpa hotel. 


Di lobby kami disambut dengan Teh dan biskut Nyonya, saya panggil biskut timbang, nostalgik. Terus tuang teh dari teko majestik ke cawan China comel. Adik suka buka  paket biskut, adala beberapa diantaranya ialah:


Biskut jem nenas

Biskut gula warna-warni


Untuk makan malam, kami rancang nak keluar, tapi bapa tak menyempat nak makan Mee Rebus. Saya pesan melalui Grab dan makan mee rebus di bilik bacaan. Hotel seakan mansion tu mempunyai berbagai bilik khas. Sebelum tu, restoran di hotel buka pukul 7 malam, tak dapatla menunggu. Makan je kat bilik ala perpustakaan. 


Bila pagi menjelang, saya pesan Nasi Lemak Royale Kedah  sebab hotel bagaikan rumah agam "mansion" tiada "room service". Cuma ada penghantaran ke bilik dari kaunter penyambut tetamu dimana Grab letak makanan di situ. 


Sementara menunggu makanan dihantar saya bancuh kopi complimentary dengan mesin kopi. Biar perut-perut angkatan  kenyang. Baru boleh keluar jenjalan. Ke mana ya? Tungguuu... Bersambung.. :) 


Salam Khamis ❤️








April 5, 2022

Top Commentator of March 2022

 

Bahasa di bawah dan tiada video kali ni :) 

English version as below and no video for this entry :) 


Appreciated so much to everyone who visited here | Hargai sangat setiap sahabat yang singgah sini

I chose one that has never been announced here yet in the top 5 of best 10 in the list. |

Saya pilih seorang yang belum pernah diumumkan di sini tapi 5 teratas dari 10 terbaik dalam senarai. 


Eventhough I don't announce it every month, please know that I love having all of you here. I know my entries, mostly about food that I learnt from the MCO era were non special or outstanding, yet friends here support me unconditionally. 


Since MCO, I realised that everyday is special, gratefully to record the memory when time permits Godwills. 


As I said earler, I started from a friend of top 5 and later on I would go to top 10, though as some names I anxiously excited to announce too. Perhaps next month, the month of celebration or the following months ahead would be kind of busy, hope I will manage anyway. 


Okay the time is here to announce the the winner of  top commentator is... First and foremost all praise to God, I love all of you, I want to mention all of you is the Winner. 


But for month of March, the winner is... is dear Blogger Angie of Angies Recipe - Taste of Home. Thank you for your visits, words, existent here and accepting my visits. Love all your post on good food and ambience of your living country.  


Hope you all the listed below (or not) to visit her and each other and I am sure you'll be delighted and inspired with her posts everytime.

NA

Azhafizah MN

SalbiahM

Angie's Recipe

Mun

Farrah FM

Amie

J. P. Alexander

notie

CikCuppucinoLatte


As for Blogger Angie, please come forward to give details via my email babypose@ymail.com. And from there, we could discuss what you prefer to receive tangible gifts, even I'm not sure how to send to overseas but will figure it out :) 


Happy Wednesday ❤️


Walaupun saya tak umumkan setiap bulan, harap semua tahu yang saya berbesar hati menyambut kedatangan sahabat semua ke sini. 


Tahu la, entri saya berkenaan makanan yang saya mula dari era PKP tu tiada keistimewaan atau ketara lain dari lain tapi sahabat-sahabat tetap memberi sokongan padu tanpa syarat. 


Sejak PKP, saya sedar bahawa setiap hari itu adalah istimewa, bersyukur setiap rezeki dan rakam memori bila berkesempatan InshaAllah.


Seperti saya ungkapkan, saya mula dengan sahabat blogger dari senarai 5 teratas dan masa akan datang dengan tak sabarnya saya akan umumkan nama dari 10 senarai keatas pula. Mungkin bulan depan dimana bulan merayakan kemenangan selalunya sibuk sikit mungkin ke bulan lebih depan tapi akan saya usahakan. 


Okay, masa sudah tiba untuk mengumumkan Pemenang Komentator teratas ialah... Pertama dan diawali dengan Alhamdulillah, saya sayang anda semua, nak sebut yang anda semua ialah Pemenang. 


Tapi untuk bulan Mac ini, pemenangnya ialah.. Blogger Angie dari Angies Recipes - Taste of Home. Terima kasih blogger Angie keatas kedatangan, ayat-ayat ceria, selalu berada di sini. Suka semua post makanan dan suasana negara Blogger Angie.


Harap semua dalam senarai di bawah atau tidak, singgah blognya dan blog memasing. Pasti sahabat semua akan terhibur dan terinspirasi dengan postnya. 


NA

Azhafizah MN

SalbiahM

Angie's Recipe

MUN

Farrah MN

Amie

J. P. Alexander

Notie

CikCuppucinoLatte


Ya buat Blogger Angie, tolong tampil kedepan untuk memberi info melalui email babypose@ymail.com. Dari situ kita berbincang pilihan cara untuk menerima hadiah yang boleh dipegang ni, itupun saya tak pasti nak hantar keluar negara, kenalah belajarkan:) 


Salam Rabu ❤️







April 4, 2022

Grilled Fish Teriyaki and 33 beads bracelets for Zikir Counter | Ikan bakar berkicap dan 33 butir manik Tasbih

Bahasa dan dua video pendek di bawah :)

English version and two short videos below :)


Cooked fish and chicken for dinner, and made tasbih bracelets for goodies. | Masak ikan  dan ayam untuk makan malam, dan kemudian buat tasbih untuk dibuat cenderamata.


Two titles in a post as to finish up the photos which soon will be transfered to hard disk. | Dua tajuk sekali harung kali ini nak simpan sikit di sini seterusnya alih ke cakera keras hehe


Simple dinner served to lower the grocery budget and light for night sleep, one block of protein shared.


I made it nice as usually they tended to eat right there and then not finished fast.


Talked and ate till the end. But yet, there was leftover from adik. She has more liking to bread, and she had it just before evening. I even told her to be patient and not to eat bread again til' the night meal.


I got caught again in beadings, I know some don't like it when I am in a 'quiet' mode with my hobby hehe..


I made sure that I've settled the housechores, fed everyone and then only sat quietly in my own world.


Still figuring out when is the best time to have the art and craft time, before bedtime or just squeeze in whenever in the mood.


That's all for updates on light dinner most of time to rotate bread or pasta and having left my old hobby and found it back. The bracelet also acted as Zikir Counter as goodies if anyone interested :) some had even passed to their relatives and acquaintances. 


Happy Tuesday ❤️


Hidangan makan malam yang mudah untuk mengurangkan bajet barangan makanan dan pengambilan ringan (kurang portion)atau tukar pasta atau roti untuk malam hari. Seketul protin yang dikongsi bersama. 


Saya membuatnya seperti selalu, mereka makan tak menyempat juga cuma tak  pula laju menghabiskannya. .


Berbual dan makan hingga kehujung. Tapi masih ada baki makanan dari adik. Dia lebih minat makan roti dan baru lepas makan roti sebelum waktu petang. Siap pesan kat dia supaya sabar dan jangan makan dulu sebelum makan malam. 


Saya ni terjebak balik dengan manik manik. Saya tahu ada yang tak suka bila saya dalam mod 'senyap' dengan hobi saya ni hehe.. 


Dah pastikan yang semua kerja rumah dah beres, dan semuanya dah makan sebelum saya dok senyap dalam alam manik hehe.. 


Masih tercari cari waktu sesuai untuk masa kraftangan saya ni, samada sebelum tidur ataupun tangkap muat bila mood ada. 


Itulah dia cerita tentang makan malam cuba kurangkan potion dan tentang terjumpa balik dengan hobi lama saya yang telah agak lama ditinggalkan. Gelang manik ni juga boleh dibuat sebagai tasbih zikir, cenderamata yang berfungsi jika ada sesiapa yang berminat :) Ada yang dapatkannya untuk di beri pada sedara mara dan juga kenalan.


Salam Selasa ❤️

April 3, 2022

Breakfasts of many days | Sarapan dari beberapa hari

Bahasa dan video pendek di bawah :)

English version and short video below :) 

Homemade breakfast and by invitation to the shop |

Sediakan sendiri sarapan dan dengan dijemput ke kedai

Broccoli and carrots fillings tortilla, putu mayam,  potato chic fritters, , rice flour apam, flat bread.  | Tortilla isi karot brokoli, putu mayam,bergedil ayam, apam

 dll


The whole week of  last weeks, I had many types of meal that i myself could not make it at home. 


Sometimes I came home from sending kids, I stopped at the restaurant. At another time, I went straight back home fixing breakfast and then went out to accompanied my parents. 


The lists of breakfast were from southern asian, western and Asia below.:


Sandwic Tortilla

Roti Canai

Putu Mayam

Kuih Muih

Masalode


Everytime I had meals at the shop, I ordered warm water and that made me feel guilty a bit.. since didn't need to pay much for their business. 


I have my own reasons coz I had to flush my sugary and carby intake after consume too much. I thought a lot. They are fine and well off actually and making tons of money :) Relax babe. 


Happy Sunday ❤️




Minggu lepas berbagai hidangan sarapan yang dinikmati Alhamdulillah. 


Kadang saya balik rumah dari hantar budak-budak ke sekolah, saya akan berhenti di kedai makan, atau terus balik sediakan sarapan, ada sekali tu keluar pula makan bersama parents bila diajak. 


Setiap kali bila menjamah di kedai, saya pesan air suam, yang tu yang membuat saya rasa bersalah kerana bayaran air kosong tak menolong banyak perniagaan mereka. 


Saya ada sebabnya kerana saya nak detox gula dan karbo yang diambil rasa terlebih makan. Saya ja yang fikir banyak..Mereka OK jer dan buat duit berton-ton :)  Bertenang babe. 


Salam Ramadan, ampun dan maaf. Selamat menunaikan ibadah puasa buat sahabat semua yang berpuasa. 


Salam Ahad ❤️






March 29, 2022

Chicken Pita at Sunrise | Pita Ayam semasa matahari naik

Bahasa dan video pendek di bawah :)

English version and short video below :)

Prepared lunch box for abang. | Sediakan bekalan masa rehat untuk abang. 



Beautiful sunrise on the way home. | Matahari naik yang indah masa hala ke rumah. 


Bought Mission Bell brand pita bread for the meal. Cooked the chicken filling earlier on the day before, and just reheated it up. Cut the pita into two and filled it up with chicken with herbs but less pepper. 


By the way, pita bread has pocket inside, so there's no need to cut it in between, it's easy to  stuff fillings inside hehe.. 


I heated up the chicken pita in a sandwich maker until the light went off. Packed them for abang and off we went, to send him to school.


Came back and repeated the same procedure of making the sandwich ala taco bell and bite to fill our tummy hehe..


Happy Tuesday ❤️



Beli roti pita dari brand Mission. Masak ayam awal pada hari sebelumnya. Panaskannya dan potong dua roti pita lalu isikan dengan ayam herba yang kurang lada hitam. 


Apapun, roti pita ni dah ada poket di dalam, jadi tak payah hiris pula tengah-tengah tu, senang nak perosok masuk isinya hehe...


Panaskan roti dalam pembuat sandwich sampai lampu padam. Bungkus dalam bekas dan terus keluar hantar abang kesekolah. 


Balik dan sampai rumah, ulang langkah buat roti ala taco bell dan ngap untuk isi perut sendiri hehe.. Alhamdulillah. 


Salam Selasa ❤️





March 28, 2022

Boost Juice at Genting Highland

Bahasa dan video pendek di bawah :)

English and short Video below :)

After a long ride, we need to stop. |

|Setelah berlama di dalam kenderaan, perlu berhenti sekejap. 

Pit Stop at Premium Outlets. 

| Hentian di Premium Outlets


After picked up Uncle, we thought of moving forward up north but he seemed wanted to explore around here.


It was a bright and beautiful day but became gloomy on the way to the high land nearby.


Went up to the peak, no one wanted to step down, even lunch we made our way to a Starbuck drive thru only.


Then, the nature calling for one of us, I realised that we must take a break. But dad still wanted to sit. Was worry a bit, coz he sat for so long and it could make his legs cramp. 


Sure he will soon, so we took a break for prayers and drinks. 


We had 3 tubs of Boost Juice

Uncle bought Mango something, 

Adik had Cookies Creams while

myself enjoyed the juice that had ginger, sorry I do not recalled the names and it's proper menu. 


Boost Juice are made of frozen fruits, vege, roots. Sipping with straw and tasted the crushed,  delicious snow ice, melt in mouth tiny flakes, all natural with no sugar added. It was really rejuvenating after a long journey.

Regret abit no nice video. 


Happy Monday ❣️


Hari tu nampak cerah dan indah tapi tiba-tiba menjadi malap dan redup semasa perjalanan ke tanah tinggi terdekat iaitu genting. 


Naik ke puncak, tiada sorang pula nak jejak keluar, hingga makan tengahari pun nak duduk di suap kat pandu lalu Starbuck. 


Setelah ada seorang yang dapat panggilan semulajadi ke tandas, barulah sedar kami semua perlu rehat dan rawat terutama buat bapa yang tak nak turun. Risau juga sebab takut kakinya kejang. 


Takpa pelan-pelan dia turun, jadi kami turun rehat dan rawat bersolat dan minum-minum. 


Kami beli Boost Juice 3 tub. 

Uncle beli yang ada Mango

Adik minum Cookies Creams manakala yang empunya blog hehe nikmati jus campuran halia, sedih dan maaf kerana tak dapat bagi menu yang sempurna. 


Jus Boost ni terdiri dari buah buahan, sayuran serta akar (halia) yang disejuk beku. Menyedut dengan straw terasalah pecahan halus ais berkecai, ala salju, cair dalam mulut. Tiada bahan tambahan atau gula. Sangat menyegarkan. Kecewa juga dan maaf sebab tiada pic atau video jus yang elok. 


Salam Isnin💖






March 25, 2022

Steamed Rice with Kam Heong Chicken (Homemade) | Nasi kukus dengan ayam masak herba campur

Bahasa dan video pendek di bawah :)

English Version and short video below :)

Atempting to record dinner moment hehe.. |

 Percubaan merakam momen masa makan malam hehe..

Simply for fun yet avoiding messiness. |

 Saja suka-suka tapi tak mau la serabut sangat. 


The idea to prepare sandwich for school pupils in the house. So I took out the chicken fillet for defrost. Evening appeared, the 'kiddies' were waiting to be fed hehe.. 


I turned the chicken for sandwich to become the main dish for dinner, not breaking the rule right? 


Tried to make Chicken like in the Mohd Chan Restaurant menu but skipped sos and that, almost totally different.  


When chicken and rice were ready and served it and recorded the moment but not all was supportive because of hunger and wanted to add their favourite ingredient "raisins"! 


The mission to take video on the four plates were accomplished at least. Thats it. 


Happy Friday ❤️


Asalnya nak buat sandwic untuk murid sekolah di rumah ni. Jadi saya bawa keluar filet ayam untuk dinyah beku. Senja menjelma dan banyak anak-anak yang perlu diberi makan hehe.. 


Asal nak buat sandwic berubah jadi hidangan makan malam. Tak menjadi kesalahan kan?


Cuba masak ayam macam menu Restoran Mohd Chan tapi kurang sos itu dan ini, macam tak jadi.


Masakan ayam dan nasi siap dah terhidang. Mahu merakam  momen ni, tapi ada yang tak berapa sokong pasal perut yang dah kelaparan. Ada juga yang nak tambah bahan kegemarannya "kismis"!


Misi nak ambil video empat pinggan hidangan ini tercapai setidaknya. Itu je. 


Salam  Jumaat ❤️


March 23, 2022

American Breakfast at Element by Westin | Sarapan orang Amerika di Element oleh Westin

Bahasa dan video pendek di bawah :)

English version and short video below :)


While uncle was around and it was still school holiday, we proceeded with ad-hoc leisure. 

| Sementara Uncle ada di sini dan cuti sekolah, teruskan ja dengan makan angin santai tanpa rancang

First tried on something interesting by going to Subang Airport SZB to test our luck there for tickets to Langkawi Island. |

Cuba dulu yang lebih menarik, ke Subang Airport SZB, kut-kut ada rezeki ke Pulau Langkawi. 


Luckier I guessed, when we proceeded with a road trip to Kuala Lumpur instead, stopped at Intercontinental Hotel, where that night was full house, before walked out and checked in at Element by Westin nearby. 


We bought dinner from outside and had it in the room. Enjoyed the stunning night view and also the bright fabulous day skyscraper view from the 4Oth floor. 


The breakfast was luxurious though they only offered two types of menu e.g. Asian and American breakfast so we had both, kinda shared them among us. 


The American meals we had were:

Toasts

Sausages

Omelette

Hashbrown

Fruits platter

Juice

Coffee and Tea


Whilst the Asian meals were:

Coconut rice with boiled egg anchovies, cucumber, shrimp

Curry puffs

Plenty of fruits

Juice

Coffee tea


Grateful for full tummy and proceeded to pick up Uncle after that. 


Happy Wednesday ❤️


Rezeki lebih baik rasanya, bila teruskan kembara dgn kereta ke KL. Berhenti di Hotel Intercontinental, di mana malam tu semua bilik penuh. Keluar dari situ dan daftar masuk ke Element di bawah rangkaian  Westin Group. 


Beli makanan malam dari luar dan nikmati di dalam bilik. Jamu mata permandangan pada malam yang menakjubkan dan keesokan harinya kelihatan ceria cerah bandar berpencakar langit dari tingkat 40.


Hidangan sarapanya sangat mewah walaupun yang ditawarkan cuma dua jenis iaitu makanan Asia dan Amerika, jadi kami pesan dua-dua dan kongsi di antara kami. 


Hidangan Amerikanya adalah:

Roti bakar

Sosej

Telur hancur

Ubi goreng

Potongan buah

Jus

Kopi dan Teh


Manakala hidangan Asianya pula seperti di bawah:

Nasi Lemak, telur rebus, kacang sambal, ikan bilis goreng, udang

Karipap

Potongan buah

Jus

Kopi dan Teh


Alhamdulillah kenyang perut dan terus gerak menjemput Uncle. 


Salam Rabu ❤️





March 22, 2022

Orange, Cucumber Juice Art with snack Tortilla | Jus cantik Oren, Timun bersama snek Tortilla

Bahasa dan video pendek di bawah :) 

English version and short video below :) 



Since I tried coffee art, I then figured how to make decorative juice as well. | 
Sejak memandai buat seni kopi cantik, cuba untuk mencantikkan jus juga. 


Juice is my cup of tea, but not really the whip cream all hehe.. I tried to cut down on sweets actually...try only. |

 Jus kena dengan gaya hidup dan citarasa, bukan la krim whip hehe...masih cuba nak nyah gula, cuba jer.


I tried to prepare a meal for four; I also tried to film a video for four to censor the side that were an eyesore. It's just a human thing, I want to do but half heartedly because of shyness, It's not so easy to be open wide, and I tend forgetting the original concept of blogging. 


I shredded the leftover chicken as filling for the tortilla, and added mixed coconut medjool dates in the plate. As for juice, I cut small pieces so that they can fit in the juicer for making the drink


Then, I cut strawberries into two. Coated them slightly with icing sugar. Then I poured the juice and placed the strawberry on top, the strawberries somehow defying gravity, and stayed there for quite long time. Beautiful juice to drink:)) 


Happy Tuesday ❤️


Saya sediakan hidangan untuk empat orang. Cuba filem untuk empat makan minum dengan mengelak tepian yang menyemak mata. Biasala jasad berjiwa ni, nak buat tapi segan buka hati tak ingatkan niat dan konsep asal berblog. 


Saya carikkan ayam semalam jadi isi tortilla tu, letak campuran kurma medjool dengan kelapa parut kedalam pinggan. Untuk jus pula, saya potong bahan kecil-kecil, senang masuk dalam mesin jus. 


Akhirnya, saya potong sebiji dua strawberi. Salutkan dengan gula icing dan letak keatas jus, dengan izinNya ia melawan graviti, lama juga terapung. Cantik untuk diminum :) 


Salam Selasa ❤️



March 20, 2022

Butterfly Pea Drink, Tumeric Drink, Toast & Macaroni Soup | Minuman Bunga Telang, Air Kunyit, Roti Bakar & Sup Makaroni

Bahasa dan video pendek di bawah :)

English version and short video below :)

It has been a long time that I haven't drink any herbal drink; So, I made them for sipping

 | Dah lama tak minum minuman herba; Jadi buat untuk menghirup. 

Having herbal drinks and seeing adik making her toasts. | 

Sarapan air herba sambil menyaksikan adik menyiapkan roti bakarnya.


I felt healthy somehow when sipping herbs drinks. The tumeric made my body felt light and cleanse inside out.


Tumeric drink can be consumed two or three times a week as it warmed up body and I can sweat easily. I normally got them raw online or at the nearby supermarket. 


As for butterfly pea on the other hand, cooled and calmed me down. We have grown the plant at home and it easily grew into a thick creeping bush especially during the rainy season. 


The benefits of these two drinks could be found when looking in Google Search; One of them are their antiseptic properties. Another well known benefits of them are the strong antioxidant in which could be use to fight cancerous cells.


Anyway, my personal reasons for drinking them was for detoxify and also have already grown fond of sipping them right after I had my breakfast. 


In the video, i inserted the part of  adik prepared her own breakie and bit of macaroni soup for breakfast of mind as it is easy to heat up. 


Happy Sunday ❤️


Bila menghirup minuman herba ni buat saya rasa sihat, InshaAllah. Bahan kunyit buat badan rasa ringan dan bersih luar dan dalam.


Minuman kunyit ini boleh diminum dua hingga tiga kali seminggu dan ia memanaskan badan serta membuatkan diri berpeluh dengan mudah. Selalunya saya dapatkannya mentah dalam talian, atau membelinya terus dari pasaraya yang berdekatan. 


Manakala, bunga biru telang pula bersifat menyejukkan badan dan menenangkan minda. Saya menanam pokok telang ni di kawasan rumah dan ia amat mudah hidup dan berbunga lebat, lebih lebih lagi dalam musim hujan. 


Banyak kelebihan minuman ni yang boleh didapati melalui carian Google Search: Salah satunya ialah sifat antiseptiknya. Satu lagi ialah sifat antioksidannya yang kuat dan boleh menentang sel sel kanser. 


Walaubagaimanapun, bagi saya secara peribadi ialah sebagai minuman yang mennyahtoksik. Dan juga saya dah terbiasa dengan menhirup minuman ini bila selesai saja bersarapan. 


Dalam video, saja selit bahagian adik menyediakan sarapannya dan sedikit bab sarapan sendiri sup makaroni yang senang dipanaskan di pagi hari. 


Salam hari Ahad ❤️




March 18, 2022

Mixed Vege Fritters | Cucur Sayur Campur

Bahasa dan Video pendek di bawah :)

English and short video below :)

Bought mixed vege and kept it for the rainy day | Beli sayur campur dan simpan untuk hari yang tiada sayur segar

Also thought it would more appetizing in fried rice | Juga rasa ia akan menyelerakan dalam nasi goreng


Yes the frozen mixed vege has been a long time in fridge, rarely I made fried rice as one of the household doesn't take fried rice, other do but opt out the vege. 


Since I tried to have breakfast with vege or something simple. I make vege fritters. Actually, I had onion fritters, prawn friitters or banana fritters not vege only fritters. 


First time making it and first time baking them in the oven. They were good and crisp. I ate some and kept in the freezer for another hungry day. 


There will be the time I prepared frozen ones and set for breakfast  to be up here again.  


Happy Friday ❤️


Dah lama sayur campur beku ini berada dalam peti ais, jarang saya goreng nasi sebab seorang penghuni rumah tak suka nasi goreng dan seorang lagi pula makan tetapi tanpa sayur didalamnya. 


Sejak cuba makan sayur dan makanan ringkas di hening hari. Saya buat cucur sayur campur. Sebenarnya yang pernah makan ialah Cucur bawang, Cucur udang atau cucur kodok, belum pernah lagi cucur sayur ni. 


Pertama kali saya membuatnya dan terulung kali juga dibakar dalam oven. Sedap dan rangup. Makan beberapa biji dan simpan dalam peti ais buat simpanan masa lapar lagi hehe. 


Akan ada hari saya sediakan cucur sayur beku ni dan hidang serta bersiaran di sini lagi. 


Salam Jumaat ❤️








March 17, 2022

Japanese Food at Jalan Nagasari | Makanan Jepun di Jalan Nagasari

Bahasa dan video pendek di bawah :)

English version and short video below :)

Headed to pick up parents|  | Bergerak menjemput ibubapa

Before uncle meet up with his friends, I brought abang adik along | Sebelum Uncle berkumpul dengan kawan-kawan, saya bawa dulu abang adik sekali


Hustled up and down about Uncle's quarantine. To release his wrist band was tricky, he couldn't go in any building coz his 'under quarantine' status. He had to go via government channel, not sure about the arrangement and system. 

While he trying to figure out how to go about doing it, the chip on his wrist would be able to detect all the places he went. 

Ok back meeting up for Sunrise country food, he chose jalan Nagasari,  I'm not quite a food adventurer, but whenever travelling, we searched for kosher or halal based on our local Islamic scholar Hussein Yee, by checking the ingredients.

We had a good time there, a flower guy from outside the eatery stopped to sell roses. We bought one each for Uncle and adik. Wow! This would be the first time adik recieved a rose.

Roses are red Violets are blue...  

Somehow having lunch reminded me of a movie "Holiday in the Wild". She and her friends just women who lunch but have benefits out of it when in aid. 


Happy Thursday ❤️


Renyah dan remeh hal kuarantin Uncle. Nak potong gelangnya ambil masa kerana dia tak boleh masuk mana-mana bangunan (untuk PCR) dengan status kuarantinnya tu. Kena buat melalui kerajaan, tapi tak pastilah peraturan dan sistemnya. 

Sementara dia perlu uruskan, chip dekat pergelangan tangan tu boleh mengesan ke mana saja beliau pergi. 

Ok lah, berbalik ke perjumpaan jejak kasih di restoran negara matahari terbit. Uncle pilih yang terletak di jalan Nagasari, saya tak berapa jenis meneroka bab makan, tapi pilih yang halal dan berasas pesanan Ustaz Hussein Yee, periksa bahan-bahannya.

Kami bersantai berkumpul, seorang jejaka dari luar kedai jual bunga ros, belilah 2 kuntum sekuntum untuk Uncle, lagi satu untuk adik, wah! adik ni pertama kali menerima bunga ros.

Bunga mawar merah...sebuah misteri.. 

Tiba teringat movie Holiday in the wild, dimana wanita-wanita ini (women who lunch) hanya berkumpul untuk makan tengahari, tetap memberi faedah bila didalam kesukaran


Salam Khamis ❤️


March 15, 2022

Rice quail eggs with chilli paste | Nasi dan sambal telur burung puyuh

Bahasa dan video pendek di bawah :)

English version and short video below :)

Planning was tight of that day, decided to eat lil heavier for breakfast | Rancangan padat untuk hari tu, terus nak makan lebih berat untuk sarapan



Actually eggs with broccolli added rice | Sebenarnya telur burung puyuh bersama brokoli tambah nasi


Told the kids that I'm going to film moments and noted down what I did and have done while they are at school or studying and vice versa; They did the same after came home or finished school. 


I took photos of the breakfast meal, with video of squirrel visiting at the window before we took off to KL City. 


In KL, the task is to clear the unit and to fill up the fridge with food supplies, for their uncle to stay for quarrantine, upon arrival from California. 


Took view of the buildings, I wondered why I like all that. Squirrels, photos of breakfasts but not lunch. Funny but true hehe..


Happy Tuesday ❤️


Bagitau abang adik yang saya rakam suasana dan tulis sikit apa yang telah berlaku dan lakukan semasa mereka di sekolah atau sedang belajar dan disebalik tu, mereka juga buat yang sama bila habis sekolah atau berlajar.


Saya ambil gambar sarapan, video tupai singgah makan di tingkap sebelum bertolak ke KL.


Di KL, kami kemas unit dan stok makanan dalam peti ais, untuk Uncle mereka yang akan menginap di sini apabila beliau sampai dari California untuk kuarantin.


Ambil permandangan bangunan, hairan juga kenapa saya suka sangat semua tu. Tupai, dan gambar sarapan tetapi bukan gambar makan tengahari. Pelik tapi benar hehe..


Salam Selasa ❤️

March 12, 2022

DiY Coffee Art | Kopi Cantik DIY

Bahasa dan video pendek di bawah:)

English version and  short video below:)

Since we are in charge of  thinking about cafe idea at the madrasah, I tried to toy around with coffee art stencil |

Dah diberi tugasan untuk memikirkan tentang cafe di madrasah, saya cuba buat seni kopi guna stensil

I initially thought of just adding marshmallows on both hot and cold coffee | Mulanya, saya ingat cuma nak letak marshmallow kedalam kopi panas dan sejuk. 


I tried to heat up milk, and pulled and poured to foam it but the milk bubbles and the art shape didn't last long. 


I then sprinkled the cocoa powder on the floating marshmallows, but it didn't turn up the way I expected as well. 


Last but not least, I sprayed whipped cream on to the coffee and let it settle. Then, I sprinkled the cocoa powder and Voila... ! What amazing result.. like I am at the hipster cafe already lol. So grateful.  


Stuff needed:

- A cup of coffee 

- Whipped Cream

- A plastic or paper cut stencil with coffee art design (I got a set online from Shopee) 

- Cocoa powder


That's it. My heartfelt prayers for peace abroad and may God protect all humankind safe from war and any natural disaster all around the world. 


Happy and safe Saturday ❤️


Saya dah cuba panaskan susu dan tarik macam teh tarik untuk mendapatkan buih, tapi bentuk corak atas kopi tu tak boleh bertahan lama. 


Kemudian, saya cuba tabur serbuk koko atas marshmallow, pun tak jadi elok.


Akhir sekali, saya 'spray' krim putar atas kopi dan biar ia 'settle' dulu. Kemudian baru saya tabur serbuk koko,  Wow! Hasil yang mnenakjubkan, rasa ala ala berada di cafe hipster pulak hehe. Alhamdulillah... 


Keperluan:

- Kopi secawan

- Krim putar (dalam spray can) 

- Stensil plastik bercorak atau kertas dipotong corak kopi (coffee art card stencil) 

- Serbuk koko


Itu saja. Hati kecil mendoakan keamanan diluar sana, juga perlindungan serta keselamatan didunia untuk keseluruhan manusia sejagat dari perang dan bencana alam. 


Salam Sabtu dan moga selamat semuanya. ❤️



LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin