Pages

September 16, 2021

Breakfast fo two | Sarapan untuk berdua

Bahasa dan video seminit di bawah:)

English version and one minute video below:)



The look of his eyes to the serving on the table | Matanya memandang ke hidangan atas meja 

Crossed in my mind, when I was at my MIL always delicious breakfast was ready. I determined want to do how my MIL did.

Terfikir di fikiran, bila di rumah mertua mesti hidangan yang lazat tersedia. Saya tekad ingin buat macam mertuaku.



There was nothing on the table except the extra curry puff fillings with other basic stuffs. I heard voices wanted to eat cereal, abruptly I was alert and said 'not this morning'. I continued saying, 'you had it yesterday, you might have other meal today'.


Sometime I knew they wanted to have cereal because of the love of drinking cold milk with it. I remind them if you feel like drinking cold milk, drink plain water first. 


I sounded like a nagging mother in the morning, I didn't like that feeling. I do like to say something nice instead. 


Anyway, abang knew what to eat, he prepared tortilla by heating up first. He did it for himself first, then for his sister, adik.


He filled his tortilla with bolognese penne without asking him to use spoon or anything and  adik with honey. Cheerful Thursday morning.


Enjoy your day❤️




Di atas meja tak da apa sangat cuma inti lebihan karipap dengan bahan asas sarapan.


Saya terdengar suara-suara yang inginkan makanan bijirin dengan susu. 


Tiba-tiba saya peka dan berkata, 'tak boleh makan bijirin pagi ni sebab semalam dah bersarapan bijirin. Makan yang lain pula'.


Kadang saya tahu yang mereka mahukan bijirin dengan susu tu sebab nakkan sejuk susu itu.


Biasa ingatkan mereka kalau rasa nak minum susu, minum air kosong dulu.


Bunyi macam berleter pula pagi-pagi. Tak maula berleter, nak cakap lembut-lembut dengan anak-anakku sayang. 


Apapun abang tahu apa nak  makan, dia panaskan pan, letak tortila wraps. Abang buatkan untuk dirinya dulu, lepas tu untuk adik. 


Dia isikan bolognese penne tanpa saya tegur kena guna sudu ke apapun, manakala adik meletak madu di keping tortila. Alhamdulillah, pagi Khamis yang ceria.


Nikmati setiap detik❤️



Sparrows at residential area, a little bit about my dear brother

Burung ciak (pipit) di kawasan rumah dan sedikit tentang adik lelaki saya. 

Bahasa dan video seminit di bawah :)

English version and one minute video below :)


One of sparrows 


Zoom in of sparrows


Beautiful morning with a cup of coffee in hand, I look out, rest my tired eyes especially on school holiday. I feel guilty to hold the handphone when kids are longing to have their  gadgets during off school. 


They have two gadgets that are given by their uncle, Thank you dear brother. We love you. My  brother also gave a gadget to our niece,  we only have two nieces, one is a newly doctor another is at lower high school.  Many boys in our family actually hehe only three girls or granddaughters to my parents include adik (my daughter). 


Actually I searched for a video on eagles at Langkawi Geo Park, when I saw sparrows they are more relaxed, nothing to be aggressive about, just a poke away to enjoy little things. 


I zoomed in and out to get the  clearer vision. Hope you enjoy it. Perhaps next time I post the eagles at Langkawi, majestic arrogant creatures, yet friendly to do a show still. 


Happy Malaysia Day! 🇲🇾❤️


Pagi yang indah, secawan kopi di tangan, pandang keluar rumah merehatkan  mata.


Rasa bersalah juga asyik memegang telefon bimbit bila anak-anak mengharapkan gadget mereka yang biasa diperolehi pada hari cuti.


Mereka ada gadget sendiri, pemberian uncle mereka, Terima kasih adik, kami sayang adik dan merindui adik.  Adik saya juga pernah memberi gadget penting untuk pembelajaran anak buah perempuan. 


Anak buah kami yang perempuan cuma dua, seorang baru je jadi seorang doktor, seorang lagi masih menengah rendah. Ibu bapa saya cuma ada 3 cucu perempuan termasuk adik (anak perempuan saya). Alhamdulillah! Anak sedara lebih ramai lelaki. 


Sebenarnya saya mencari video burung helang di Geo Park Langkawi tapi bila ternampak burung Ciak iaitu burung kebanyakkan lebih tenang, tiada keperluan untuk merancak, mematuk seadanya menikmati di sekeliling saja. 


Saya zoom dekat jauh untuk dapat video yang jelas. Harap harap kawan semua suka. Mungkin nanti saya akan post video helang pula, angkuh dan anggun, tapi mesra untuk lakukan persembahan juga. 


Selamat Hari Malaysia! 🇲🇾❤️


LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin