Pages

February 11, 2015

Surah Nabi Ayub menyembuh penyakit diberi oleh Emak

Dan (sebutkanlah peristiwa) Nabi Ayub, ketika ia berdoa merayu kepada Tuhannya dengan berkata: "Sesungguhnya aku ditimpa penyakit, sedang Engkaulah sahaja yang lebih mengasihani daripada segala (yang lain) yang mengasihani".

(Al-Anbiyaa' 21:83) |

Perkongsian blogger Nor Azimah iaitu blog Asam Garam kehidupan semalam mengingatkan saya kepada emak biasa menziarah pesakit akan dia tulis atas kertas depan pesakit itu dalam tulisan jawi, jika pesakit macam ragu dia tulis pula dalam bahasa rumi, kertas kecil itu diberi kepada pesakit tak kira pesakit apa tetapi ada yang teruk nauzubilahiminzalik.

Saya rasa bersyukuri bila jumpa balik pesakit-pesakit itu ada yang sembuh terutama yang disangka boleh hilang terus dan berterima kasih kepada emak dan beritahu kertas yang ditulis doa oleh emak akan dibawa ke mana mana dalam bag tangannya.

Emak juga sms kepada saya surah apa-apa yang dia rasa perlu. Dan sms pads pagi sebelum subuh for Tahajud. Saya google Surah nabi Ayub diatas. Ye emak saya mengaji sekolah arab petang, pagi sekolah orang putih dan pernah menghadiri kelad tliawah di UIA. Oh I miss and love her dearly, nak call emak sekarang :)






LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin