Pages

January 27, 2016

sehari di aquaria klcc

Biasa bila jumpa mak tok dan tok wan, mak tok akan suggest tengok panda, aquaria, sunway lagoon. Dengan gap umur berbeza dalam group weekend kami. Mengambil masa mempertimbangkan setiap seorang punya keperluan. Seperti emak dan bapa tak boleh jalan jauh, manakala Fadya waktu tengahari dah nak tido sekejap sunnah tu, kalau ada stroller lebih selesa perjalanan. Jadi emak cadangkan zoo tu sebab boleh duduk atas train, bila dengar train saya pun rasa nak duduk juga. Perbincangan diawal pagi hingga ke masa mengisi perut. Sampai ke Aquaria, sebelum pintu masuk ada food court, emak bapa singgah makan dulu. Kami anak beranak teruskan rancangan. Suka dengan hiasan pintu masuk ada jerung hammer head shark.
Faiq dah biasa dengan hammer shark ni sebab dia pernah tengok jerung berbentuk pemukul ni di pasar. Bila dah masuk nak ambil gambar ja tapi tak bole la berflash, kalau nak buh flash, kena la pakai cermin mata hitam kat ikan-ikan tu dulu. Suka tengok ikan ikan berbagai spesies.  Permulaannya kebanyakkan ikan-ikan berada di aquarium, makin dalam ada cylinder tank.  Di sana ada disediakan standalator atau carosel yang bergerak tu dapatlah berdiri rehat kejap sambil menikmati ikan dari atas bila lalunya carosel dalam gua transparent. Dari awal selepas masuk tu ada sesi ~pet the fish~, boleh pegang starfish dan ikan-ikan lain. Masa berada di sana terkena waktu diver sedang memberi makan jerung-jerung yang active bergerak ke sana ke sini. Memang bagus bawak budak-budak ke sini, teruja ja dari mula hingga akhir. Di penghujungnya seperti biasa ada promosi dan pasaran produk baru seperti berinterak dengan dinosaur (virtual) dalam computer. Jika berminat ke sana, pastikan bawa mykad ke Aquaria ini, harga lebih rendah untuk penduduk Malaysia. Sangat menarik untuk  lawatan educative and fun.

langit menjadi kegemaran | nature lover

Faiq dengan awan
Sekarang ni saya memang bersyukur dengan cuaca yang cantik, langit yang biru, awan berkepol-kepol. Its a blessing from Him. Lapang ja pandang ke atas. Tak payah nak pergi jauh, ka rumah sendiri pun ada. Dulu saya baca buku cerita, seorang wanita yang mengadu kepada bapa nya yang beliau tidak suka tingga di  pendalaman dengan orang dayak red indian, kerana suami beliau terpaksa tinggal di sana. Bapa beliau beritahu beliau, pilihan ditangannya sendiri, bila buka tingkap nak lihat lecah(selut di bumi itu ke iaitu pandangan cetek) atau lihat langit yang biru luas pandangannya. Wanita itu berfikir balik untuk bergaul dengan ibu ibu red indian dan mempelajari kraftangan di mana dia belajar benda yang baru selepas itu. Post sebelumnya Faiq Fadya menerai baju luar jangkaan

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin