Pages

Showing posts with label Outing Journal. Show all posts
Showing posts with label Outing Journal. Show all posts

May 1, 2022

Lobster Charcoal Sandwich n etc at St Regis | Sandwic roti arang Udang Kara dan sebagainya di Hotel St Regis

Bahasa dan video pendek di bawah :)

English version and short video below :)

After pick up father. we planned to have lunch.|

Selepas ambil bapa, kami rancang nak makan tengahari

Since Uncle was here yes this was in Feb 22 we hope he would invite us for lunch.| Masa uncle ada di sini ya  dalam bulan Feb 22 ni, kami harap dia jemput kami untuk makan tengahari


When I got the invitation from Uncle, I planned not to tell dad so early.  Accidentally he knew, then dad had his own plan to treat his son (Uncle) and my mother fish curry. So we stopped to buy a pack of fish curry.


Somehow we still proceed having lunch at Uncle's place. Theres slightly changes, we went there early coz of dad's eagerness.


And I had to carry the plastic of fish curry as dad didnt want to leave it in the car. I thought I could  walkin in style haha..


Thats why we had sandwich as it was during brunch time.


We had sandwiches were lobster fillings

Salmon fillings

Another one was seafood I think with croissant

and the waitress was very nice. 


Dad had hot chocolate as he had morning coffee already

Uncle had cuppucino

We also had hot choc


The sandwiches were delicious and juicy.  The drinks were the best as well and the prices were also bombastic and would shake my hands if I'd  to pay hehe..but host said his pleasure. 


Grateful we had to experience brunch at the lounge of St Regis Hotel. I had real lunch at the restaurant at the different level too on different day here, love to share it again. The same host. Thank you so much. 


Happy Sunday ❤

Forgive me for my short comings. Eid Al Mubarak


Bila dapat jemputan dari Uncle, saya rancang nak beritau bapa lambat sikit. Tak sengaja bapa tertahu awal pula. Dia pula buat rencana sendiri nak menjamu kari ikan kat anaknya (uncle) dan isterinya Emak hehe.. 


Tah macamana kami masih teruskan jumpa Uncle untuk makan tengahari. Tapi kami pergi awal, asbab keterujaaan bapa atau sikap bapa tak menyempat melanda.


Dan saya pula kena bawa kari ikan bungkus sebab bapa tak nak tinggal kari ikan tu di dalam kereta. Adoi tak bole la nak jalan bergaya masuk haha..


Sebab tu kami menjamah sandwic dah sampai waktu sarapan merangkap makan tengahari.


Kami menikmati sandwich berisi

Lobster

Salmon

Satu lagi tu mix seafood kalau tak silap dengan roti croissant

Dan pelayan pun baik. 


Bapa minum coklat panas sebab dia  minum kopi awal pagi tu. Uncle ambil cuppucino

Kami pun minum choc panas


Sandwic yang dihidangkan sangat sedap dan enak. Minuman pun beraroma segar, harga pun nak sama naik hebat juga hingga tergentar tangan jika saya yang membayar hehe.. Tapi hos berbesar hati. 


Syukur dapat pengalaman makan sarapan merangkap makan tengahari di lounge hotel st Regis.  Pernah juga makan lunch kat restoran di tingkat lain di situ, ingat nak kongsi bila-bila. Hos yang sama. Alhamdulillah. Terima kasih banyak-banyak. 


Salam Ahad ❤

Mohon ampun dan maaf kekurangan saya, Salam Aidil Fitri yang penuh barakah. 

March 28, 2022

Boost Juice at Genting Highland

Bahasa dan video pendek di bawah :)

English and short Video below :)

After a long ride, we need to stop. |

|Setelah berlama di dalam kenderaan, perlu berhenti sekejap. 

Pit Stop at Premium Outlets. 

| Hentian di Premium Outlets


After picked up Uncle, we thought of moving forward up north but he seemed wanted to explore around here.


It was a bright and beautiful day but became gloomy on the way to the high land nearby.


Went up to the peak, no one wanted to step down, even lunch we made our way to a Starbuck drive thru only.


Then, the nature calling for one of us, I realised that we must take a break. But dad still wanted to sit. Was worry a bit, coz he sat for so long and it could make his legs cramp. 


Sure he will soon, so we took a break for prayers and drinks. 


We had 3 tubs of Boost Juice

Uncle bought Mango something, 

Adik had Cookies Creams while

myself enjoyed the juice that had ginger, sorry I do not recalled the names and it's proper menu. 


Boost Juice are made of frozen fruits, vege, roots. Sipping with straw and tasted the crushed,  delicious snow ice, melt in mouth tiny flakes, all natural with no sugar added. It was really rejuvenating after a long journey.

Regret abit no nice video. 


Happy Monday ❣️


Hari tu nampak cerah dan indah tapi tiba-tiba menjadi malap dan redup semasa perjalanan ke tanah tinggi terdekat iaitu genting. 


Naik ke puncak, tiada sorang pula nak jejak keluar, hingga makan tengahari pun nak duduk di suap kat pandu lalu Starbuck. 


Setelah ada seorang yang dapat panggilan semulajadi ke tandas, barulah sedar kami semua perlu rehat dan rawat terutama buat bapa yang tak nak turun. Risau juga sebab takut kakinya kejang. 


Takpa pelan-pelan dia turun, jadi kami turun rehat dan rawat bersolat dan minum-minum. 


Kami beli Boost Juice 3 tub. 

Uncle beli yang ada Mango

Adik minum Cookies Creams manakala yang empunya blog hehe nikmati jus campuran halia, sedih dan maaf kerana tak dapat bagi menu yang sempurna. 


Jus Boost ni terdiri dari buah buahan, sayuran serta akar (halia) yang disejuk beku. Menyedut dengan straw terasalah pecahan halus ais berkecai, ala salju, cair dalam mulut. Tiada bahan tambahan atau gula. Sangat menyegarkan. Kecewa juga dan maaf sebab tiada pic atau video jus yang elok. 


Salam Isnin💖






December 5, 2021

Mix Rice Kampung Baru | Nasi campur Kampung Baru

Bahasa dan video seminit di bawah :)

English version and a minute video below :)

We picked up parents to KL City |

Kami ambil bapa emak ke Kuala Lumpur

We stopped at sibling's home | Kami singgah di rumah adik beradik


We were thinking to please everyone with our current situation. We had no idea what to do but settle a place for them. 


I would like to stay longer but dad didn't want to stay. So we picked up, had something and sent them back.


Ok lunch was bought for us. Consists of:


Salad (Ulam) with Jering

Fish Curry

Scramble egg

Fried Cat fish

Roasted fish

Stir Fry Spinach

Rice.

Chillies Paste but I hid it from parents because their tummy do not stand spicy, eventhough their tastebud want it badly. 


It was a good lunch, this is how we eat most of the time.  Sometimes upon arrival, I did my share and cooked something too here. 



Happy Sunday ❤️


Kami memikirkan untuk membahagiakan bapa dan emak dalam situasi semasa ini. Kami pun tak da fikiran bernas pun apa nak buat tapi nak pergi satu tempat dan duduk sekejap atau lama. 


Saya lebih suka lepak lama tapi bapa fikirkan hendak balik saja. Jadi kami ambil, buat sesuatu macam makan dan hantar balik. 


Ok makanan tengahari disediakan: Ia terdiri dari :-


Ulam termasuk Jering

Nasi

Kari Ikan

Telur Dadar

Bayam goreng

Ikan Keli

Ikan Bakar

Sambal dan air asam saya sembunyikan kerana perut mereka dah tak boleh tahan pedas, walaupun citarasa mereka tetap nak makan. 


Makanan tengahari yang sangat enak, beginilah makan tengahari kami sepatutnya dan selalu. 

Kadang saya sampai, dan tolong masak juga sikit. 


Salam Ahad ❤️


View from the condo






November 25, 2021

Fried Rice and Hokkien Mee Soup at Teh Tarik Place Cafe.

Nasi goreng dan Mee sup Hokkien kat Teh Tarik Place Cafe. 

Bahasa dan video seminit di bawah :)

English version and one minute video below :)

Fried rice was chosen |  Nasi Goreng yang dipilihnya

Felt like eating soup, so I got Hokkien Mee Soup | Rasa nak makan yang berkuah, jadi pesan Mee sup Hokkien


While still around the area, on the way home, I received a message to get urgent stuffs like telekung with few list and had to send immediately. We were at Mutiara Damansara. And the message came from Damansara. I was willingly to do it urgently. 


So I did not hesitate to settle the task at one stop shopping centre. Get the list checked; It was tiring as we walked around searching for reasonable price goods. To do the deed yet be calculative with the money flow. 


Walked towards the parking lot, I couldn't go on; Need to take a break at a cafe name Teh Tarik.  Leave to God at this time. 


It means Pulled Tea, hot milk tea, to cool it down by pouring to another cup and pour again to different cup for drinking. It became the recipe and everlasting famous Latte Tea with foam by pouring while pulling. (I heard the story when I was little). But now it is so popular over here and also have a cafe named after it hehe.. 


The price of the food at Teh Tarik Place are as below:


Fried Rice - RM8.80

Hokkien Mee Soup - RM12.50


Peace Thursday❤️


Semasa berada di sekitar lebuhraya menuju pulang ke rumah. Saya terima pesanan untuk membeli barang mustahak seperti telekung dan senarai barang lain termasuk Quran dan perlu dihantar hari yang sama. Berada di Mutiara Damansara dan pesanan dari Damansara, saya bebesar hati untuk buat segera.


Jadi saya tidak berlengah untuk selesai urusan dekat satu pasaraya. Senarai diperiksa tanda selesai, tapi terasa letih berjalan, pusing mencari harga berpatutan. Hendakkan berbakti sambil berkira baki.


Berjalan ke arah parkir kereta, macam tak mampu nak teruskan rasa macam nak duduk di kedai makan iaitu Teh Tarik Place, iaitu minuman kegemaran ramai. Bertawakkal masa ni. 


Teh susu panas ditarik dengan menuang ke dalam cawan yang lain untuk menyejukkan, di tuang tinggi biar teh melalui diudara dan berangin menyejukkan teh siap diminum. Terus menjadi resepi Teh susu berbuih akibat di    tuang tinggi menjadi terkenal.(masa saya kecik dengar cerita ni) Dijadikkan nama kedai pula sekarang hehe..


Harga makanan di teh tarik place seperti di bawah :


Nasi Goreng - RM8.80

Mee Sup Hokkien - RM12.50


Salam Khamis❤️


Golden Building View from Highway near Mutiara Damansara 

November 24, 2021

Fish and stir fry mix vege | Ikan dengan sayur goreng campur

Bahasa dan video seminit di bawah :) 

English version and one minute video below :) 

Limited time hits the breakfast prep turned to dinner | Kekangan masa terpaksa persediaan sarapan jadi makan malam

Still sauteed the shallots and garlic | Masih menumis bawang putih dan bawang merah


Lately the routine and the task were kind of hectic and urgent. Tried to manage time properly so that eating or praying will still be done at home. I dare not to do these activities at public places. 


Else, I adjusted the time later or earliest possible. Anyway, arrived and settled the obligations and prepared the dinner that prepared earlier for breakfast. 


It was mackerel dan were deboned before freezing. And the vege were not as fresh, since many mornings ago I've put it out for cooking but had to keep them in back due to time limitation. 


Grateful everything turned out fine and at the right place. Still eat like how I wanted too, slightly derailed a bit from track :) 


Peace Wednesday ❤️


Kebelakangan ini, rutin dan tugasan dah beralih ke sibuk dan cemas. Cuba mengurus masa dengan betul supaya masih dapat bersolat dan makan di rumah. Tak berani pula nak buat aktiviti tu menggunakan tempat awam. 


Jika tidak pun cuba juga uruskan awal  atau lambat. Apapun, sampai dan tunaikan tanggungjawab dan masak bahan sarapan tu ke makan malam. 


Ikan makerel yang dibuang tulang sebelum dibekukan.. Sayur pun dah tak berapa segar kerana beberapa pagi lalu, saya keluarkan untuk masak tapi terpaksa simpan balik sebab isu kesempitan masa. 


Syukur Alhamdulillah semuanya baik-baik saja. Masih makan macam yang telah dirancang, cuma lari sikit la dari kebiasaan :) 


Salam Rabu❤️


View from Jalan Kinabalu. 

November 21, 2021

Kuih Koci, Seri Muka & Apple Juice

Bahasa dan video seminit di bawah :)

English version and one minute video below :)

Desserts were from rice based (powder and glutinous). / kuih manisan berasaskan dari  beras (pulut dan tepung). 

The toppings and fillings are from coconut (milk and shredded). | Krim diatas atau isi dan inti berasaskan buah kelapa, santan dan isi). 


Since a lot of matters were settled outside, I managed to take a video from a highway, if I'm not mistaken it was from the MRR2 that connects northern Kuala Lumpur to Petaling Jaya side, via the LDP expressway. 


The weather looked greyish, but here in tropical climate is always humid. Usually, we will stop to get the coconut drink to quench our thirst. 


We still did, like we used to stop at the road side kiosk or hut to buy something to munch. When  I saw traditional sweet treats, I grabbed two kind each. Seri muka two pieces and kueh koci two packed. 


Had them half on the way. And half at home. Lil' effort of making the green apple juice. The green apple juice was sweet actually, slightly sour. (I didn't order apple juice with kesturi or something at the restaurant the other day) so made it at home which is good enough.


That's it out tea time meal. Grateful, a Great one :). 


Happy Sunday ❤️


Sejak berbagai perkara yang harus diselesaikan di luar, dapatlah ambil permandangan di highway, rasanya dari lebihraya MRR2. Ia menghubungi dari Kuala Lumpur Utara ke bahagian Petaling Jaya menerusi lebuhraya LDP. 


Cuaca nampak kelabu mendung tetapi biasalah iklim tropikal ni selalu masih lagi berbahang. Seperti yang pernah kami berhenti beli air kelapa untuk menghilangkan dahaga.


Kami masih suka berhenti di tepi jalan membeli makanan untuk mengunyah. Bila nampak kuih muih terus beli 2 jenis setiap satu. Seri muka dan kuih koci.


Dalam perjalanan nak sampai rumah dah telan dua jenis, tiba di rumah, nak 'feeling' makan di cafe. Usaha tangga menghilang tenaga, buat jus epal hijau. Epal hijau yang manis tu, sikit ja masam manis. (hari tu tak order air jus epal hijau asam boi di restoran, rajinla buat sendiri).


Itu jer minum petang kami. Alhamdulillah. Yang terbaik :) 


Salam Ahad ❤️




November 18, 2021

Caribbean Style Fish Fillet | Ikan Masak Caribbean

Bahasa dan video seminit di bawah :)

English version and one minute video below :)

Off to visit parents. | Terus keluar berjumpa ibubapa. 

Touching seeing they watched youtube instead of tv. | Terharu melihat insan tersayang tonton youtube bukan TV. 


Arrived a bit early for lunch. I would prefer earlier or later because I didn't want to cramp up the restaurant. At this time I almost thought of we were living in normal without pandemic or endemic. 


Without hesitation we brought them out for lunch. At the restaurant I was looking for desserts. Such craving that I had but I didn't order until the main meal Carribean finished, I ordered cheese tart. I ate more than half.


By the time lunch is over, one of us asked what's the program for the evening. The joy of outing is contagious. We simply made plan for next.


First dine was a reminder to stay home coz it is inappropriate to go out  as often. Next time will bring food and have it around their compound, I hope.


And while dad walked into the house, Alhamdulillah he reminded to send regards to their grandkids, abang and adik. 


Happy Thursday❤️



Tiba awal pada masa makan tengahari. Lebih selesa jika awal atau lambat dari waktu makan tengahari bila sampai di restoran. Sebab hendak mengelak meramaikan lagi jika tepat waktu "Lunch". Masa ni terasa biasa bagai tidak pernah lalui zaman pandemik pula.


Tanpa melengah kami bawa keluar mereka untuk makan di luar.  Di restoran saya mencari manisan pula. Terkempunan pula nak makan manis, tapi tak "order" hingga Ikan masak Karribean sampai dan habis. Ter"order" juga Tart Keju. Termakan lebih dari separuh.


Bila "lunch" dah selesai, ada yang bertanya apa program di petang hari pula. Keseronokan berada diluar terbawa-bawa perasaan. Rancang juga masa tu, tapi cakap hari lain pula.


Makan di luar pertama kali menjadi satu peringatan untuk duduk di rumah pula sebab terasa belum masa lagi untuk selalu keluar, ziarah masa depan inshaAllah nak bawa makanan dan makan di luar rumah. 


Masa bapa hendak masuk, sempat kirim salam kepada cucu-cucunya iaitu abang dan adik.


Salam Khamis❤️



November 7, 2021

Nasi Kandar / Mixed rice Picnic | Piknik Nasi Kandar

Bahasa dan video seminit di bawah :)

English version and one minute video below :)


Excited waiting food and watching robot waiter sending food. | Teruja menunggu makanan dan melihat pelayan robot menghantar makanan.


Searching a place by the football field for picnic spot. | Mencari tempat di tepi padang bola untuk berkelah. 


Suddenly we decided to have nasi, flat bread 'roti canai' from  Nasi Kandar shop. We went out straight to the shop, I used to call them to prepare and then they sent to the car when ready. I didn't make the call earler coz  I was enjoying the ride.


Arrived and called, waited for 15 mins or so then the food was ready. While waiting I saw the restaurant is using a robot waiter for sending food, wow! that's a step ahead to keep real human distancing. Impressive. 


Got the food and got the cut fruits from the opposite shop. To enlighten up the day, I ordered some orange juice, as the ones from the shop one are always yummy. 


We drove around the football field first, the footballers there are foreign people, looking at the beautiful scene one look was like we were in a different country. There are many universities and colleges around there, and a lot of international students which explained this phenomena. 


We ended up at the beautiful lake, saw a kingfisher, a flying crane, and some which I'm not sure the name. Adik finished eating first, so she ran behind us. 


It was an amazing evening filming the beautiful scenery but Adik said, "you missed capturing me while I'm flying like a butterfly" . 


Happy weekend🦋❤️


Tiba tiba buat keputusan nak makan nasi, roti canai dari restoran Nasi Kandar. Kami keluar terus ke kedai makan. Biasa saya akan telefon awal dan mereka sediakan, bila sampai mereka akan hantar bungkusan makanan ke kereta. Saya tak buat pula panggilan kali ini, kerana terlalu menikmati berada dalam perjalanan. 


Setibanya di kedai baru call, tunggu 15 minit lebih, makanan sampai. Sementara menunggu tu, ternampak pelayan robot menghantar makanan. Wah! Ini satu peningkatan menjaga jarak antara manusia. Menarik. 


Dapat makanan dan dapat buah potong dari kedai seberang. Untuk menceriakan hari, saya pesan jus buah oren, dari restoran biasanya lebih sedap kan. 


Pandu sekeliling padang bola dulu, pemain pun warga asing, permandangan indah, sekali pandang bagai di negara lain. Di tempat ini ada banyak universiti dan kolej, sebab tu ramai pelajar dari negara lain. 


Kami berakhir di tasik yang permai, nampak burung Raja Udang, Bangau terbang, ada beberapa yang lain tak tahu pulak namanya. Adik habis makan dulu, dan terus berlari di belakang kami. 


Memang petang yang indah dan menakjubkan SubhanAllah, sambil dapat ambil video permandangan tapi Adik cakap, "tertinggal tangkap gambar atau video dia tengah terbang macam rama-rama".


Selamat berhujung minggu🦋❤️



November 4, 2021

Apple Crumble Cheesecake in Vanlife feeling:) by the lake | Wildlife Watching

Bahasa dan video seminit di bawah :)

English version and one minute video below :) 


Went for a walk in conjunction of the National Sport day | Keluar menapak sempena Hari Sukan Negara. 



It was pouring rain | Hujan turun lebat


Eventhough it was pouring rain, we went through the drizzle and chose the canopy walk around here as abang's online participation of the National Sports day event. 


The canopy that has the roof all the way from building to building. I have taken the video while walking along the pedestrian cross over but not attached here yet. 


But what I have attached here is the video filmed about the lake after the walk and after the rain stopped. Perhaps will talk about the canopy walk around town for next time. 


After the walk, we got into the car and drove to a McDonald's drive thru, to get food for dinner. Yet, we had it late evening around 5pm at the lake. 


Since it was tea time hour, I was intrigued to have a tea treat and hot drink, so I had a cup of hot chocolate as I normally don't take caffeine in tea or coffee at the evening. As for food, I opted for a slice of Apple Crumble cheesecake. 


Upon arriving at the lake, we went out on the wet and damp land by the lake and saw a monitor lizard playing 'catch' with another from the same species. 


We gawked at watching the number of other wildlife spotted over there after the rain, including birds and tortoises. Then, everyone were soon tired of standing up, and because of long walk and straight went inside the car for our early dinner. 


I got an idea of vanlife style, having meal in the van. I saw vanlife vloggers on youtube living off in the van but making it nice n' pretty in everything they do, cooking or eating with style  upon the beautiful nature view backdrop landscape. 


So I had the green view, had food and drink, why not enjoy the sweet treat in the vehicle.  Surprised adik didn't even ask to taste it. My mood was not into sweet at sudden, so I ate half, brought home another half, thats the outcome when there's no company to share with. 


The cake was delicious with thick cheese, soft cut apple in the middle and crust at below.  Not so sweet yet tasty. The rest of us ate their usual burgers and drinks. 


That's it of our outing, walk for 5km, a slice of cake with other food, and wildlife watching as the reward, the best one.


Happy Thursday❤️



Walaupun hujan, kami redah juga untuk menapak dan memilih kanopy walk yang berdekatan di sini. Abang perlu menghabiskan jalanannya untuk penyertaannya untuk Hari Sukan Negara


Kanopy pejalan kaki yang beratap sepanjang kanopi yang berhubung dari bangunan ke bangunan lain. Ada video menapak tetapi tidak letak di sini. 


Tapi saya paparkan video perhentian kami di tasik selepas menapak dan setelah hujan berhenti. Mungkin boleh cerita tentang menapak melalui kanopi kemudian nanti.


Selepas menapak kami masuk kereta dan terus pandu ke McDonald's pandu lalu, beli makanan malam, walaupun baru pukul 5 petang.


Disebabkan waktu minum teh, saya teruja nak pekena kek dan minuman panas, jadi orderla koko panas sebab tak mau ambil kafein dari teh atau kopi di petang hari. Untuk makanan saya pilih kek keju Apple Crumble. 


Setiba di tasik, kami turun atas tanah yang  basah dan lembut. Menyaksi pula biawak air main kejar-kejar dengan rakan se spesisnya. 


Jakun jugak memerhati dan mencari kehidupan liar lain yang banyak lagi keluar lepas hujan, termasuk burung dan kura-kura hingga keletihan berdiri, kan baru menapak tadi, cepat betul masuk dalam kereta untuk makan. 


Saya dapat idea nak rasa gaya kehidupan bercaravan. Mereka yang tinggal dalam van, saya tonton vlogger dalam youtube biasanya mereka buat sesuatu penuh gaya. Jadi saya pun cubala makan dalam van, dah ada permandangan hijau dan makanan kan. Heran adik tak berebut kek pula, mood saya pun turun, makan separuh dan bawa balik lagi separuh. Memang tak berapa lalu lah makan bila tak  berkongsi. 


Sedap keknya, keju yang tebal, epal potong di tengah dan bawahnya tu pastri atau serbuk biskut tu sempurna. Yang lain makan burger dan minuman mereka yang biasa.


Itulah kisah lepak luar kami Alhamdulillah, menapak 5km, sepotong kek serta makanan lain dan menyaksikan haiwan liar sebagai ganjaran, bestkan. 


Salam Khamis❤️







October 26, 2021

Steamboat for Picnic

Bahasa dan video seminit di bawah :)

English version and one minute video below :)

Planning for steamboat by Subang Jaya Lake | Rancang berstim bot di tepi tasik Subang Jaya

Prepared pot, stove also soup, cut fish, mushrooms, edamame, chickens etc. 

Sediakan periuk dan dapur juga sup, potongan ikan, cendawan, edamame, ayam etc


By 11 am, everything was ready. Outside still drizzling. We got in the car and drove half way, it was pouring rain.  We saw the sky was bright at east side. We made an u-turn, on the way to  the bright side sky. Suddenly we had second thought, it was not worth to find non rainy spot as the rain is coming. We turned back to our residential area.


Still thinking of where to settle the stove and pot. Stop the car at the front gate, unloaded the items. There we were at the front yard. 


Lit the stove, placed the pot, pour the soup and let the kids chuck the delicious food. Let is soaked and boiled. We faced each other face view and enjoyed the sizzling food in drizzling weather.


The unhappened picnic by the lake but enjoyed almost like one as it was as it still outdoor air.  How did you spend your last weekend!? 


Beautiful Tuesday❤️


Dalam pukul 11 pagi, semua barang berkelah sudah siap. Hujan renyai-renyai di luar. Masuk ke dalam kereta dan bergerak ke barat, separuh jalan hujan turun dengan lebatnya. Nampak langit di belakang lebih cerah, kami buat pusingan-u, menghala ke arah langit yang lebih cerah. Tiba tiba terfikir pula, tak berbaloi mencari tempat tidak hujan sebab walaupun nampak terang tetapi tetap hari hujan. Kami pun pusing ke hala kawasan rumah. 


Masih memikir di manalah nak bentangkan periuk dapur pelbagai ni. Berhenti kereta di depan pagar, keluarkan semua barang berkelah. Ha sampailah kami di laman depan.


Nyalakan api dapur, letak periuk, tuang sup dan biarkan abang adik masukkan makanan sedap di dalam periuk. Biar terendam dan direbus masak. Berdepankan wajah-wajah yang kesayangan dan nikmati makanan panas-panas di dalam cuaca sejuk gedi. 


Itulah perkelahan di tepi tasik yang tidak jadi, tapi SubhanAllah masih nikmati angin luar yang segar. Sekian Terima kasih. 

Bagaimana kalian berhujung minggu? Cercriter :) 


Selasa yang indah.❤️


October 21, 2021

New Picnic Table by Taman Jaya Lake | Meja Berkelah Baru di tepi Tasik Taman Jaya

Bahasa dan video seminit di bawah :)

English version and one minute video below :)


Packed picnic bag and new folded table :)  Siap beg berkelah dan meja lipat baharu :)

More comfy with folded table| Lebih selesa dengan meja lipat


Earlier on I wanted to go for a walk to the shop and buy steak, wanted to teach kids how to grill meat. And teach them how to eat steak with real steak knives.


Holiday mood conquered laziness or vice versa. Stayed home til the last day we made our way to have lunch by the lake again.


We headed up towards the central Klang Valley. Stop and took exit before the arch of welcoming us to the Federal Territory that is our capital city, Kuala Lumpur.


Arrived there, saw few folks were fishing, families relaxing and finishing eating not sure eating or just sitting but saw kids played at the playground.


We opened the table, set infront of the lake by the city. Nature in the city we were. Love the sounds of manmade and the nature. Harmonily embrace the smell, sounds and the views, lively and alive.


Happy Thursday❤️


Pada mulanya saya berangan angan untuk berjalan kaki ke pasaraya untuk membeli daging stik. Mahu ajar abang dan adik macamana nak memasak stik, cara makan stik dan juga cara menggunakan pisau stik.


Hati perasaan percutian telah menakluki kemalasan ke terbalik kot. Hanya duduk dirumah sahaja hingga hari akhir barulah buat keputusan untuk ke tasik berdekatan untuk makan tengahari.


Kami menuju kearah pusat tengah Lembah Kelang. Berhenti lalu masuk laluan keluar sebelum jumpa dengan pintu gerbang yang menyambut datang ke Wilayah Persekutuan itu, iaitu laluan ke ibunegara, bandaraya Kuala Lumpur.


Sampai disana, ternampak ada beberapa orang yang sedang memancing, ada juga keluarga yang sedang berehat selepas habis makan tengahari, rasanya. Dari jauh juga nampak kanak kanak yang gembira bermain ditaman permainan.


Kami buka meja yang baru dibeli,  betul betul berhadapan tasik didalam kota itu. Keindahan alam semulajadi ditengah kota yang kami diami ini. Suka dengan bunyi bunyian dari ragam manusia serta dari alam semulajadi itu sendiri. Suasana harmoni yang mendakapi rasa, bunyi dan permandangan itu amat meriah dan hidup.


Salam Khamis ❤️

October 15, 2021

Fruit Bats in Tioman Island / Keluang di Pulau Tioman

Bahasa dan  video seminit di bawah :) 

English version and one minute video below:) 

From Pontian, a district in the southern state of Johore, which is near to our neighbouring country, Singapore.

Dari Pontian, sebuah daerah dari negeri selatan tanahair iaitu Johor, yang dekat dengan negara jiran iaitu Singapura

From the jetty we took a ferry ship to an island

Dari jeti tanah besar, ambil kapal feri ke pulau

Without booking of any hotel or resort, we tried our luck whether there was any room available.


The motor bike rider that commuted our bags and elderlies told and took us to a remote beach, the Idaman Beach Holiday resort at Kampung Genting. We agreed as all the beaches around Pulau Tioman are well known for being beautiful. Got the keys at a lobby which look like a cafe hut.  We walked to the unit and didn't realized that infront of the chalet  assigned was home of the fruit bats. 


The screeching sounds were going on and on, night and day non stop. Thought daytime is their sleep time, while at night they flew out from the tree, not as expected. We ignored it by going to the beach a bit further. When heading back to the chalet, we could hear the irritating nuisance sound from afar. 


It was a memorable experience going to an island without planning and booking.  Had a resort with sound of waves and  spooky creatures with clicks of chirping like and sound from  flapping of their wings. Island hopping and snorkeling activities still done deal. 


Happy blessed Friday❤️



Tanpa membuat tempahan di mama-mana hotel atau resort, kami cuba nasib kalau-kalau ada bilik chalet yang kosong. 


Penunggang motorbasikal yang mengangkut beg-beg kami juga warga emas memberitahu dan menunjuk kearah hotel terpencil, iaitu Idaman Beach Holiday resort di Kampung Genting. 


Setahu kami Pulau Tioman terkenal kerana dikelilingi oleh pantai pantai yang cantik, jadi kami tak kisah di mana pun untuk bermalam. Kami dapat kunci di lobi resort yang rupa seakan macam pondok cafe.


Bila kami jalan ke unit chalet, tak di sangka chalet yang diberi di depannya pantai yang indah, tetapi ada pokok pokok rhu yang menjadi rumah beratus ekor keluang di hadapannya. .


Bunyi keluang berbunyi nyaring, hingar bising, bertalu-talu tak habis-habis, ingatkan malam masa keluarnya, pun tidak, siang masa tidurnya pun tidak. 


Kami buat tak tahu hanya pegi ke pantai yang lebih jauh tetapi bila hala balik boleh dengar bunyi bising keluang dari jauh. 


Pengalaman yang manis ke pahit sebab suka juga hidupan liar, tapi suka juga bunyi ombak berderu ke pulau tanpa perancangan. 


Dapat resort berbunyi ombak dengan berdesing dari makhluk menakutkan, bunyi kibaran sayapnya yang meremang bulu roma. Alhamdulillah, aktiviti island hopping dan snorkeling tetap ada:) 

Salam Jumaat  penuh barakah❤️


 Throwback tales.. 




October 12, 2021

Picnic at Taman Bandaran Kelana Jaya

Bahasa dan video seminit di bawah :) 

English version and one minute video below :) 

Lunch time was approaching. Masa makan tengahari hampir tiba




 Thinking of where to have it since we able to go out (no more MCO but still under SOP). Fikir tentang di mana untuk menikmati makan tengahari dah boleh keluar jauhkan. 


Few lakes existed here. Breathtaking view. 

Berberapa tasik wujud di sini. Permandangan yang mempersonakan


As we are no longer on MCO, I have doubts on whether to have picinic out or to cook just infront of the house at least outside. Since we were lazy on a Saturday morning, I ordered food first then let others in our household to decide. Seems they were excited to have lunch outside. That's the excitements that I expected and hoped for. 


I thought I was the one  to make plan, set the items, like a lone ranger, but no; Not at all, everyone eagerly anticipated, even abang knew already and got ready earlier. 


Arrived at the park, around 12 noon, saw one or two people were fishing, a couple with a baby cart enjoying the scenery. 


We chose a place near the playground and in front of lake. It was cooler spot as it is near the water and surrounded by the bamboo plants. 


Loved the ambience. Looking forward to next picnic if time permits. How about camping next time.  How did you spent your weekend? 


Tacos Tuesday ❤️


Dah tak lagi MCO tapi masih SOP, saya sangsi samada nak masak depan rumah ke atau nak keluar berkelah di luar. Tapi nak juga bersantai bermalasan di pagi sabtu, saya buat pesanan makanan, sedia apa yang asas ja. Biar yang lain lah yang buat keputusan. Nampak semua teruja nak makan kat luar, keluar dalam ertikata bukan kat kedai atau restoran lagi, kat open air je dulu. Kegirangan yang saya bayangkan dan harapkan itu menjadi nyata. 


Ingatkan saya yang solo macam lone ranger yang duk buat plan bagai, tau tau setiap individu mengambil bahagian, abang yang terawal siap. 


Sampai di sana dalam pukul 12 tengahari macam tu, nampak satu atau dua orang sedang memancing, ada sepasang ibubapa duduk dengan baby dalam stroller menikmati keindahan alam.


Kami pilih tempat dekat dengan tasik dan berdekatan dengan taman permainan. Tempatnya sejuk sebab dekat dengan air dan bersebelahan dengan pokok pokok buluh.


Suka suasana kehijauan. Tak sabar nak berpiknik lagi, InshaAllah kalau ada masa dan tenaga. Mungkin berkhemah pula. Apa aktiviti hujung minggu kalian? Jom share. 


Hari Selasa rasa nak makan kari laksa :) ❤️





 


October 10, 2021

Silvered leaf Monkey at Melawati Hill | Monyet Lutung di Bukit Melawati

Bahasa dan video seminit di bawah... 

English version and one minute video below.. 


At twillight, adik asked to call the police to rescue the monkey. 

 Di senja, adik minta panggil polis untuk menyelamat monyet lutung



As always, we were asked to go out or wanted to go out. Even the verses recitation said stay home, we forced ourself, yet sometime excited float to explore.


We headed to the north west of the Selangor state. At late we arrived, managed to capture few monkeys photos. 


We encountered the species by the roadside, not just saw, but even dared to go near. What kind of energy was that, in the darkness and also with kids.


Twillight is the time for many 'beings' start roaming around at this hour, some call it zombie, some call it Adams family :0


Not sure I realised that, but was there to observed another monkey 'walking' on the electric line. Adik concerned with safety, said the monkey wanted to go down, get help from the police. (used to call firefighter to help a cat). 


When we were in the car adik acted weird, she went to back chair from the middle seat and stood there for so long. and we prayed for protection because twillight time is not suitable for kids or anyone to be outdoors due to many factors eg  tiredness. Grateful everything was fine a few minutes. 


So from there I determined not bring young kids to the place like that and stay home before the sun went down but rise before the sun.


Happy Ahad ❤️


Seperti biasa, kami diajak keluar ataupun mahu keluar. Walaupun kalimah berkumandang supaya duduk dirumah, kami paksakan diri, malah kami tetap teruja untuk menjelajah. 


Kami menuju ke barat laut negeri Selangor dan tiba agak lewat, dan sempat mengambil gambar monyet berkeliaran. 


Kami terserempak dengan spesies tersebut ditepi jalan. Bukan saja perhati malah berani pergi dekat dekat lagi. Tenaga apakah ini berani walaupun didalam gelap dan dengan kanak-kanak bersama. 


Waktu senjakala ni banyak 'mahluk' keluar bertandang. Ada yang orang panggil zombie, ada pulak yang namanya Adams family :0


Perasan atau tak, lalu terserempak pulak dengan seekor monyet yang berjalan atas kabel eletrik di depan masjid. Adik yang prihatin keselamatan monyet tu suruh panggil polis untuk minta bantuan. (biasa panggil bomba selematkan kucing) 


Dalam perjalanan pulang dikereta, adik buat perangai pelik. Dari duduk di tengah, dia pindah kebelakang sorang sorang dia dan buat hal. Kami jenuh baca ayat ayat suci sepanjang perjalanan pulang. Memang tak berapa sesuailah bawa kanak kanak atau sesiapapun berjalan waktu senja ni. Alhamdulillah semua kembali baik. Berbagai faktor la juga, lapar atau letih.


Lepas dari kejadian hari tu, saya berazam untuk tak bawak kanak kanak ketempat macam ni waktu senja; Duduk rumah sebelum matahari jatuh dan bangun lebih cepat darinya. 


Salam Ahad ❤️


Throwback Tails


October 9, 2021

Evening walk for Yummy Snacks |Menapak membeli Snek Sedap

Bahasa dan video seminit di bawah :) 

English version and one minute video below :) 

Planning to save energy for tomorrow's outing and also for Abang coz he has class at night

Cadangnya menjimat tenaga untuk beriadah esok dan untuk Abang jua sebab ada kelas pada waktu malam

Anyway, for the remaining evening, we  spent walking to the shop and got happy stuffs 

 Macamanapun, sisa petang yang ada, kami isi dengan menapak ke kedai dan beli snek yang sedap-sedap


Thinking about dinner for tonight, yet wanting to go for an evening walk. Food for tonight will be served, Godwills. So, we went out without any hesitation.


Stepping out slow for a moment, then speed up for another. Arrived at the shop, over spent time there. Abang wanted to buy Milo drink but only available was at room temp drink. Adik bought Oreo Icecream and Tropicana  drink. 


Items bought were

    1.Yoghurt 2

    2.Peel Fresh drink 2

    3.Milo 1

    4.Tropicana 1

    5.Oreo Icecream 1

    6.Lime Icecream 1

    7.Sardine 1

    8. Mr Potato chips


The shop's sales girl told us that next week, there will be 50% saving for Icecream. While next month there will also be 50% off for all items. I was allured by her message :) 


Felt fresh after walking. You guys went for a walk today? We were not just took evening air but took calorie home for tomorrow's energy oops🤭


Have a great weekend❤️


Memikirkan juadah makan malam tetapi nak juga mengambil angin petang. Makanan untuk malam pasti ada InshaAllah. Jadi kami tanpa berlengah terus keluar. 


Menapak perlahan kejap, laju kejap. Sampai kedai, terduduk lama pulak di situ. Si Abang hendak membeli air Milo tapi tiada yang sejuk, jadi ambil yang suhu aircond saja. Adik beli aiskrim Oreo dengan minuman Tropicana. 


Barang yang terbeli:

 1.Yoghurt 2

 2. Peel Fresh 2

3. Milo 1

4. Tropicana 1

5. Aiskrim Oreo 1

6. Aiskrim LIme 1

7. Sardin 1

8. Mr Potato chips


Jurujual beritahu minggu depan ada jimat 50%  untuk aiskrim sahaja. Bulan depan pulak jimat 50% untuk semua barang. Tergoda juga dengan pesanannya itu :)


Rasa segar lepas menapak. Kalian keluar ambil angin petang hari ini? Kami sekali harung ambil kalori buat tenaga esok. Oops🤭


Selamat berhujung minggu ❤️




October 7, 2021

Old Cable Ride from Genting Highlands

Bahasa dan video seminit di bawah :)

English version and one minute video below :)


Spectacular View | Permandangan menakjubkan


Amazing international gateway | Tempat peranginan antarabangsa


The highland that is high enough to have a cooler weather from the capital city. It's 51Km far away from the city yet easy to get up and down since the existence of the cable car service. 


Take another ride by bus, car or drive fom KL city, stop at the lower station, about 4km below the peak. Actually we could drive direct up to the peak. Off course, we wanted to experience the ride and enjoying the view. 


The old cable car operated from 1997 - 2016. The new one has better view. Need to check if I have the video on this. 

The old one was quite stiff that made it special. 


My kids were little back then, they never been to theme parks, I rather let them experience the real ride like this. Expedition to nature or city with different vehicle or transporation if any. 


Hope you enjoy the ride, it was short coz at the time, video was not in trend yet right hehe.. The snippet is good to pursue a trip with the new cable car with better filming. 


Cheers❤️



Tanah tinggi yang mempunyai cuaca sejuk tak jauh dari kota. 51km jauh dari KL tapi senang naik turun kerana adanya kereta kabel.


Naik kenderaan lain dulu dari KL dimana boleh menaiki bas atau kereta, memandu sendiri hingga sampai ke stesen bawah lebih kurang 4km jauhnya dari puncak. Sebenarnya boleh memandu hingga kepuncak, tetapi sudah tentu mahu kelainan dan alami menaiki kereta kabel serta menikmati pemandangan indah dan permai itu. 


Kereta kabel yang lama ini telah beroperasi dari 1997 hingga 2016, lalu ditamatkan khidmatnya apabila laluan kereta kanel yang baru mulai beroperasi     sejak 2016. Pemandangan dari kereta kabel yang baru itu lebih indah. Saya mungkin ada menyimpan rakaman video mengenainya.


Anak anak pun masih kecil semasa rakaman video diatas dibuat. Mereka tak pernah ke taman tema lagi. Alhamdulillah saya lebih suka mereka mengalami menaiki kenderaan sebenar seperti ini lagi. 


Pengembaraan ke alam semula jadi atau ke kota dengan menaiki kenderaan yang berlainan jika boleh.


Diharap semuanya menikmati video yang dipaparkan. Tak berapa panjang sebab zaman tu tak berapa trendy lagi kan..moga paparan ni dapat menaikkan semangat untuk merancang expidisi baru dengan kereta kabel baru dengan lebih baik pembikinannya. 


Salam Ceria ❤️


October 4, 2021

An evening at the park | Sepetang di taman

Bahasa dan seminit video di bawah :)

English version and one minute video below :)

Catch them and send to the Council will be paid by Adun

Buat tangkapan dan hantar ke Majlis akan di bayar oleh Adun


Encountered peeled dried fruits  on the grass full of insects

Terserempak kulit buah kering penuh dengan serangga

A man made an owl house | Sebuah rumah burung hantu buatan manusia

What sign this could be | Petanda apakah ini? 




Residential park just walking distance from home, only 10 steps away I would say. 


As we walked along the trail at the left side, there were people jogged from opposite right side from the same trail, I got nervous because they are sweaty wet. We were very careful to avoid a splash or even a drop.. 

 

We stopped and played with the peeled fruit like puppet. We also saw branches that fell down due to heavy rain or storm.  


After we finished a full circle, we saw an owl house installed on a tree in the park. Before, we have heard about a biological control system to have a pest free area by having the owls around. As a reference, one adult owl can hunt up to 3 to 6 rodents a night. Doing the math over here.. it will totaled up to 1095 to 2190 number of rodents a year for each bird optimistically. Just imagine if there are three or four birds around... hmm, that will not be a whole lot of rodents left around. 


I even learnt that the YB Adun  paid to whoever that brought the pest dead or alive down to the town council. On the lighter side, I'd say the owls would be the 'clear winner' here, if they can show the proof of the hunt, instead of eating them clean hehe.. 


Our past and current YB Adun (State Representative) have done a good job in our area. Young ladies from one another. 


Ok that's it, wrapping up care of our parks and neighbourhood :) 


Happy Monday❤️


Taman di kawasan perumahan tak jauh dari rumah, boleh kata 10 tapak jer dah sampai (depan rumah). 


Kami jalan sepanjang trek kat tepi belah kiri, ada beberapa orang berjogging melawan arus dari belah kanan, cemas juga bila pelari berpeluh mendekati. Elak setitik terpercik..


Kami main dengan kulit buah tu macam puppet. Nampak banyak dahan terjatuh fasal ribut atau hujan lebat. Bila dah abis pusing sepenuh taman, ternampak pula sebuah rumah burung hantu.


Sebelum ini kami dah tahu projek kawalan biologi untuk membenteras haiwan perosak dengan membela burung hantu. Sebagai rujukan, seekor burung hantu yang matang boleh memburu 3 hingga 6 ekor mangsa semalam. Bayangkan kalau setahun... Meh buat congak sikit, 1095 hingga 2190 ekor setahun, untuk seekor burung. Kalau ada 3 atau 4 ekor burung, memang tak ada banyak lah yang tinggal.


Kami juga dapat tahu yang YB Adun di kawasan kami ini juga membayar duit buat penduduk yang bawa makhluk perosak itu samada hidup atau mati. Saja nak melawak disini, saya rasa si burung hantu lah yang akan kaya raya, kalau boleh tunjuk bukti buruannya dan bukan dia bedal licin.. hehe


YB Adun kami yang dulu dan sekarang masing masing telah menjalankan tugas mereka dengan bagus dan terbaik.  Wanita muda dari satu yang lalu dan yang kini. 


Ok itu saja liputan tentang penjagaan taman kami :). 


Salam Isnin yang bahagia❤️


October 3, 2021

Brunch by the Lake | Sarapan tengahari di tepi Tasik

Bahasa dan video seminit di bawah :) 

English version and one minute video below :) 


Light drizzled morning | Gerimis di pagi hari


Mat on the grass, food on the mat :) | Tikar di atas rumput, makanan di atas tikar


Finding a different environment, ending up close to the water edge but not too near. As the drizzling rainfall stops and finally gave way. They looked kind of lil' beads of water sprayed evenly yet silently to the windscreen of the car as we patiently waited inside. Gradually, they diminished slowly all of the sudden. 


Happy with the sudden turn of event, we unpacked, spread the mat, cross legged seating, plates laid nicely and food served almost immediately. It's just I didn't get to arrange good seating to get a better view. I am not that good at imagining on how a better view looks like, anyway. 


The air out there was fresh after rain, the sunlight is brighter than inside the house. Cherish the simpler things like all in one, as we encountered. With black cranes flew passing us by, the aeroplanes flew quite frequently; that's why there is not much of high rise buildings on location, because of it's close proximity to the airport. 


It was easy to pick for some tips in future picnics:

  •     1. Picnic beg ready, as I have a              standard wicker picnic basket          bag. Get bags for kids if they              ever read to stuff in books and          magazines. 
  •     2. Fill up with cutlery and plates           for 6 pax at least
  •     3. Tissue paper for wipedown. 
  •     4. Cloth just in case
  •     5. Picnic mat of course
  •     6. Garbage bag


When ready to go, just grab the bag and mat, I also put a large plastic cloth in the bag so it can  also be use like a spare mat. 


So only thing left in the plan is with and when HE permits. And for food, it depends. Home cooked food prepared would be better, or choose from the restaurant that you missed and pick up from there.


Lastly, remember the wise men say: 'take nothing but pictures, leave nothing but footprints'. Let's keep our parks clean and safe. 


Happy Sunday❤️


Mencari persekitaran yang lain, berakhir dengan rapat di tebing air walaupun taklah begitu hampir. Dan hujan yang turun renyai mula beransur hilang. Air hujan yang tampak bagai butiran yang di sembur namun sepi jatuh di kaca depan kereta. Dengan sabar menanti didalamnya. Akhirnya, ia beransur perlahan lantas berhenti.


Gembira dengan ketentuan illahi yang menyebelahi kehendak, kami pun membawa turun barangan, bentang tikar, duduk bersila, mengatur pinggan dan mula menghidangkan makanan dengan kadar segera. Cuma saya rasa ralat tentang kedudukan kami untuk mendapat permandangan yang terbaik. Apapun, saya taklah begitu mahir dalam hal hal sebegini.


Udara kat luar ni amat segar, baru lepas hujan lah katakan. Cahaya surianya tentu lebih cerah dari duduk dalam rumah. Bersyukur kami kerana dapat menikmati perkara perkara asas ni sekali harung. Dengan beberapa ekor burung bangau hitam berterbangan dan juga pesawat pesawat pun sudah mula sibuk juga. Tak banyak bangunan tinggi dilokasi, mungkin sebab dekat sangat dengan lapangan terbang.


Tips mudah yang boleh diingati bila hendak berkelah di masa hadapan:


    1. Sedia satu bag, saya                              sememang    ada satu bag                  berkelah. Untuk anak-anak                yang membaca, boleh la sedia          satu bag utk bukudanmajalah.     

    2. Isilah set pinggan bercawan,              sudu bagai untuk 6 pax                      sekurangnya. 

    3. Tisu untuk mengelap. 

    4. Kain jika perlu. 

    5. Tikar untuk berkelah

    6. Plastik sampah


Bila sudah bersedia, capai saja bag dan tikar. Saya baru letak satu sapra plastik dalam bag itu boleh menjadi tikar extra. 


Jadi yang tinggal cuma rancangan yang ditentukan oleh Allah swt sahaja. Makanan pula bergantunglah; Jika makanan dari rumah lagi baik, jika ada makanan yang diidami dari kedai mana-mana, boleh urus pembelian dan ambil dari situ. 


Akhirnya, seperti ilmuan berkata: "ambil tiada satu benda pun kecuali gambar, tinggal tidak satu barang pun kecuali tapak kaki', Jadi biar taman kita bersih, indah dan selamat. 


Salam Ahad❤️


mama writin' memo...


LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin