Pages

February 14, 2016

Menjelajah | Homeschooling

Sebelum berblog, saya menonton TV Al-Hijrah, rancangan  "Dengan basikal saya menjelajah", maaf tajuk kurang pasti tapi rasanya begitulah bunyinya. Melalui siaran itu, saya juga menaruh minat ingin menjelajah. Saya terus menyuara dengan penuh yakin kepada en suami. "Nak travel jugak, sekarang nak check bagaimana hendak train homeschooling untuk anak-anak terpaksa menjelajah bersama, bahan bacaan akan dapat selepas buat pendaftaran dan peperiksaan akan ditumpangkan di pusat pengajian di mana kita berada. Sekarang lebih mudah kerana pengurusan melalui online mungkin sudah ada kelas online juga. Saya tak check pun, ini pengalaman anak kawan kakak yang belayar. Tentang peperikssan tu saya google.

stop and stare at the lizard - pemerhatian yang dihayati menjadi satu explor
Tadi juga saya baca interview seorang bapa menjelajah dunia bersama isteri dan dua orang anak. Bila buka websitenya, posting terakhir tahun 2014. Membaca interviewnya pun rasa penat:) Dah rindu pokok bunga saya. En suami baru ja nak ubah pokok pokok saya nak buat kolam ikan tetapi ubah skit ja dia rancang.  Kena lah menaruh minat membela ikan pula, tetapi saya sekarang dilamun cinta dengan taman kecil (home garden) yang saya usahakan tu :)  Dah lewat sekarang ni, en suami macam ok masih tonton tv sundance. InshaAllah saya berblog pula nanti, semalam dah miss :)
life is a journey - setiap aktiviti adalah perjalanan hidup

February 11, 2016

Hari ini dalam entri 2009 - Zaman dulu dan sekarang

Alhamdulillah dapat menaip lagi hari ini, terbelek entri lama tahun 2009, ingin saya post kembali kenangan semasa silam di sini. Baru nak mula, Faiq masuk bilik mengadu yang dia letih. Pasti jawapan saya ha kena tidurla.. Tergendala sekejap tadi, terpaksa tidurkan Faiq. Ok dah selesai boleh la duduk kembali, patut la emak saya cakap, punggungnya ada spring atau dawai spring tu di punggungnya. Kami adik beradik hairan  kenapa ada spring, emak cakap sebab bila beliau duduk ja, ada ja kena ambil kadang terlupa sendiri, nak makan nasi ja, tengok tak da kicap, bangun pula, lepas tu bapa pula cakap kalau ada lada ka apa ka lebih sedap, bapa cuma bagitau ja, tapi dia terus toing pergi ambil :)

Saya terbaca entri lama teringin pula nak post balik untuk tatapan tahun ini.


Tajuk zaman batu - Flinstone time

Intro tu lari sikit, saya tulis juga la..

"Zaman dulu-dulu, di galaksi jauh di planet bumi, ada seorang puteri diculik...itu lah filem wayang yang tidak berwayar atau berpelakun, cuma kulit-kulit di lekat di sebatang kayu yang di potong berbentuk orang. Wayang yang digemari ramai semasa pesta  di masa lalu, itulah yang ditonton oleh saya bersama en suami. Sememangnya sukar untuk diceritakan, bahu boleh naik tinggi bila rasa malas!

Wayang kulit atau persembahan bayang-bayangan puppet ini pupular semasa waktu tak purba sangat tetapi waktu tiada elektrik belum di cipta. Surat khabar The Star lah yang membawa kami ke dewan teater di salah satu universiti berdekataan berganjak ke dunia dulu dulu ni kepada mahasiswa atau muda mudi era sekarang.
Sejak dah lama saya dan en hubby tak ke panggung wayang, oleh kerana tidak mencari masa untuk kesana atau perkahwinan terkeluar dari menontong wayang. Sekurangnya, pergi tonton teater ni dapatlah terkeluar dari era online yang di cipta oleh Alexander Graham Bell ni.

Kain putih kira sebagai screen atau alam semesta, lampu minyak kuning tu memberi cahaya.  Di depannya itu pencerita atau pemegang puppet kulit itu. Tak sangka pula dengan menonton wayang kulit, mengeluarkan kami dari dunia elektricity dari era pereka iaitu Thomas Alva Edison.

Betapa susahnya nak menarik minat muda mudi ke alam yang tidak ada line telefon dan api elektrik ni, zaman batu ke era yang serba canggih nampak  kelakar lah sebab zaman Bill Gates iaitu zaman sekarang ini lebih digemari. :Semasa lihat wayang kulit tu, terasa memang terpaksa mengikut peredaran zaman kerana sedia ada ini lebih sesuai. Tetapi jangan salah anggap, saya pun pernah lalui luka yang boleh diceritakan.  Masa internet dah ada pun, saya tak ada computer pula untuk menyambungkan era ini, terpaksa lah capai majalah untuk membaca. Line telefon kena potong, pergi la ke kedai mamak untuk bersemuka dengan kawan-kawan yang sememangnya ada di dalam mukabuku tu.
Kalau la luka lama berdarah kembali  seperti tak da itu ini di zaman moden ini, Berbalik la menjadi seperti kanak-kanak, ingin sesuatu, melangkah naik ke atas tanpa lihat sepenuh anak tangga pun macam berblog, main main seperti  dua beradik iaitu Wright Brothers yang main terbang-terbang, jatuh berkali, panjat bukit lagi, terbang untuk jatuh ja pun berakhir menjadi seorang pencipta kapat terbang, tak teruk kan :)

kerana mereka, dunia jadi kecil hanya di hujung jari dapat berhubung, dengan setapak ke airport dapat pergi  menjelajah. :) Ok nak tidor, moga bangun awal sambung beribadah.

February 10, 2016

Merindui seorang sahabat | Touching Memory

Syukur malam ni dapat duduk atas kerusi kayu jati, menaip computer riba terletak atas meja study fiber atau plywood tah la yang beli kena pasang kat rumah tu. Berlampu meja, cantik dibeli dari Romantika :)

Kalau awal skit, Fadya akan datang kat hujung meja ni seperti dalam gambar nak suruh itu ini dengan mainannya. Sekarang anak mama dah lena.

Sunyi malam ni, tiada kedengaran mercun cuma kedengaran bunyi  suara berdengkur haha...nyaman dari udara aircond.

Saya sedang membaca Tafsir Al-Quran Surah Al-An'am, tiada kaitan dengan surah ini dengan kawan saya yang saya fikirkan dan merinduinya.

Terngiang-ngiang di telinga atau di fikiran bahawa kawan saya yang baru memeluk Islam merayu (cerita lama), sebenarnya kami berdua la dalam kesedihan ke apa tah suka melayan diri sangat, jadi perbincangan kami ini berakhir bila saya menghantar kawan saya tu ke rumahnya, bila beliau hendak turun dari kereta, beliau berkata begini,

"Fair, saya memohon sangat buku yang di tulis oleh Allah diberi kepada saya so that saya boleh baca what is going on in my life sekarang dan selepas ini," Saya yang dengar ini pun jadi sayu, tak tahu la  H... Saya pun ingin tahu juga jalan hidup saya ini, kami macam menangis selamba saja.. tiada isu penting semasa itu tetapi tahu la kami hendak kan progres hidup lebih bermakna dan ada peningkatan dan perkembangan sebegitunya,..."  Saya lebih terharu kerana kawan saya yang mualaf itu lebih tertanya di dalam buku Qada dan Qadar.. Saya juga terangkan kepada beliau, berdoa dan berusaha boleh mengubah apa yang tertulis kecuali certain things are centain to be remain like that.

I miss her, she is my very best friend, sekarang pun berlinang airmata pula.. bila la boleh kami berjumpa lagi..masing-masing cuma sempat berwhatsapp saja sebab saya tak masuk FB lagi. InshaAllah semua baik-baik belaka.

Ok dah nak padamkan lampu ni :)

Permakanan anak-anak

Bila bercuti, pengambilan makanan tidak menentu terutama permakanan Fadya. Fadya makan roti atau donut, pankek tetapi bila hari tidak sekolah, ada yang ingin sarapan di luar, ada yang lapar lepas subuh. Roti tak terbeli, makan goreng-goreng, Fadya terpaksa ikut rentak keadaan. Makanan ringan Fadya ialah yang manis-manis, dulunya honey star, coco crunch, sekarang bila masuk kedai pasti di bawa keluar orea. Dah mood bercuti saya biarkan saja. Paling kecewa, dalam kereta tu bila toleh di tempat duduk belakang Fadya cuma makan krimnya saja, yang putih tu.

2 tahun lepas belum peminat oreo lagi
Emak saya ternampak yang sama, risau yang Faiq tak minum air manis, lebih risau Fadya makan banyak gula. Sebelum ini, emak saya ada bekalkan kitkat  dalam beg, bila budak-budak gelisah ke apa, emak ingin memberi kitkat. Saya akan melarang emak. Sekarang, bila Fadya makan krim yang manis tu lagi elok kitkat nampaknya. Semalam emak melarang saya beli oreo dan minta simpan yang dah beli.

Dalam perjalanan dirumah tadi, saya terfikir tentang Fadya suka sayur, kacang buncis, karot kecuali nasi tiada carbo dan terimbas kembali bagaimana Faiq makan nasi atau makanan ruji yang biasa. Baru teringat berbanyak berdoa sebab itu saya letak moto blog ini "kehidupan harian berlandaskan dengan berdoa" , living by doa everyday. Di sebabkan secara psikoloji menganggap budak-budak ini akan melalui fasanya sendiri dah terlupa berdoa spesifiknya.

tahun lepas masuk kedai candylicious, keluar kosong tak beli satu coklat pun, mama bersyukur.
Jadi hari ini saya berdoa sendiri dan meminta emak mendoakan untuk kebaikan Fadya dan permakanan yang baik. Emak saya cakap jangan risau kerana Fadya minum susu, makan cheese tu ada sufficient nutrisi. Berbawak juga cerita adik saya tak makan nasi juga, tetapi emak letak telur separuh masak dalam susu, emak juga cakap jangan ikut caranya walaupun gigi adik tak da lubang atau yang buruk set penuh hingga adik besar. Makan yang manis tu tetap la dulu gum kunyah ni popular, sugus pun. Syukur gigi adik saya elok. Berbalik ke cerita Fadya, InshaAllah Fadya suka makan nasi, teringat untuk berdoa pun dah rasa tenang. Alhamdulillah.

February 9, 2016

Happy Family kata anak-anak

Semasa saya ingin menaip entri untuk hari ini, Faiq Fadya asyik berlarian sana sini. Sebelumnya kami keluar sekejap, dalam kereta saya berbincang denbgan en hubby tentang sesuatu.

Kami berborak sakan jugak jadi bila Faiq cuba bercakap dengan saya, saya toleh kepadanya sambil berbunyi shhhh tunggu mama cakap dengan papa dulu. Tetapi Faiq cakap mama wait, excuse me, semua Faiq sebut dengan ayat yang sangat bermakna, "nak keluarga bahagia tak" you want us to be a happy family or not., kalau nak keluarga bahagia mesti kena bersembang bersama. Saya pun dah mulalah guna ayat itu bila dia lari lari dan saya tak dapat lari bersama. Faiq terasa juga bila terpaksa bertimbang rasa kepada adiknya dan papa mama juga.

Gambar hiasan Faiq Fadya, suka dengan pokok lama macam ni
Saya ingin memesan kepada diri sendiri juga ni, tidak mahu memegang telepon sangat. Ataupun membiar anak-anak dengan tv atau tablet tanpa duduk bersama mereka. Bila bersembang, bersembang bersama dengan anak-anak jua. InshaAllah

February 8, 2016

peluang membina masjid di Spa Damansara Utama

Satu pagi, saya terima mesej dari kakak saya mengajak kami makan tengahari di luar. Agenda seterus mengajak saya seorang untuk ke spa, pilihan sendiri bermassage atau berfacial. Ini semua di pusat spa beliau sendiri. Sampai di sana kami berbual sambil menunggu pelanggan-pelanggan lain abis sesi mereka. 

ruang masjid
Kami bersiap sedia untuk menunaikan solat dahulu di ruang rehat di bahagian lain. Kakak saya bertanya bilik yang kami masuk ni nak dihias konsep apa untuk bilik yang ingin dijadikan bilik konsultasi minyak essential yang beliau sedang mempelajari produk alam sekarang ini.

koridor ke bahagian belakang dan depan
Lepas solat pun bincang lagi, sehingga  tercetus idea untuk bina bilik itu bilik solat kerana saya hulur RM20 sedekah bina masjid atas tanah wakaf abang ipar. Suami kakak ada tanah wakaf untuk bina masjid, saya sudah sedekah RM60 atas nama saya dan Fadya, saya rasa tak puashati bila saya kategori begitu, sebab tu bila jumpa kakak saya terus saya keluarkan duit yang ada dulu atas nama en hubby dan Faiq. Saya juga terangkan selepas ini apa-apa sedekah atas bagi pihak satu family. 

Bila saya lambat bangun mengubah perabut, kakak saya cakap, cepat, ini peluang saya membina masjid dengan keringat sendiri. Itu la ceritanya membina masjid, isu untuk dijelaskan pun ada antara diri sendiri ja. kakak berniat untuk kosongkan salah satu bilik di rumah untuk jadikan masjid. Saya juga memasang niat yang sama, tah la bilik mana tak pasti lagi. Bilik solat di pusat spa itu kecil sahaja (gambar di atas) tapi kakak saya kata ada masjid kecil di Makkah. Saya google memang ada Masjid Al-Baiat. InshaAllah ibadah kami di terimaNya.
Ruang depan



LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin