Pages

Showing posts with label surau. Show all posts
Showing posts with label surau. Show all posts

February 8, 2016

peluang membina masjid di Spa Damansara Utama

Satu pagi, saya terima mesej dari kakak saya mengajak kami makan tengahari di luar. Agenda seterus mengajak saya seorang untuk ke spa, pilihan sendiri bermassage atau berfacial. Ini semua di pusat spa beliau sendiri. Sampai di sana kami berbual sambil menunggu pelanggan-pelanggan lain abis sesi mereka. 

ruang masjid
Kami bersiap sedia untuk menunaikan solat dahulu di ruang rehat di bahagian lain. Kakak saya bertanya bilik yang kami masuk ni nak dihias konsep apa untuk bilik yang ingin dijadikan bilik konsultasi minyak essential yang beliau sedang mempelajari produk alam sekarang ini.

koridor ke bahagian belakang dan depan
Lepas solat pun bincang lagi, sehingga  tercetus idea untuk bina bilik itu bilik solat kerana saya hulur RM20 sedekah bina masjid atas tanah wakaf abang ipar. Suami kakak ada tanah wakaf untuk bina masjid, saya sudah sedekah RM60 atas nama saya dan Fadya, saya rasa tak puashati bila saya kategori begitu, sebab tu bila jumpa kakak saya terus saya keluarkan duit yang ada dulu atas nama en hubby dan Faiq. Saya juga terangkan selepas ini apa-apa sedekah atas bagi pihak satu family. 

Bila saya lambat bangun mengubah perabut, kakak saya cakap, cepat, ini peluang saya membina masjid dengan keringat sendiri. Itu la ceritanya membina masjid, isu untuk dijelaskan pun ada antara diri sendiri ja. kakak berniat untuk kosongkan salah satu bilik di rumah untuk jadikan masjid. Saya juga memasang niat yang sama, tah la bilik mana tak pasti lagi. Bilik solat di pusat spa itu kecil sahaja (gambar di atas) tapi kakak saya kata ada masjid kecil di Makkah. Saya google memang ada Masjid Al-Baiat. InshaAllah ibadah kami di terimaNya.
Ruang depan



LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin