Pages

January 31, 2016

tujuan berblog | purpose of bloggin

Assalamualaikum wbt, baru selesai melayan sarapan anak-anak. Saya terlantar di atas kerusi panjang ni kerana en suami sedang memperbaiki extension cod sambil berbual dengan beliau. Saya buka phone nak berblog, sambil mengeluarkan suara "kenapa saya berblog, en suami sambut dengan berkata kena ada banyak sebab. Saya sambung berblog ni sekurangnya untuk mengimbaskan nanti situasi atau ayat-ayat anak anak. Semalam Faiq nak mandi cepat selepas sekolah kerana mainannya sedang menunggu untuk bermain dengannya, Faiq mengadu. Itu perspektif dari minda kanak-kanak. Simpan dalam blog meringankan minda juga.

Ada juga sekali tu Faiq jumpa duit syiling bertaburan atas meja saya dan meminta duit tu sambil bertanya "duit mama kan ni". Saya jawab ye, terus Faiq berkata "kenapa tak simpan elok-elok, duit tu, dah lama kat atas meja". Dia cakap dalam english.

Sekarang ni budak bermain tak jauh dari tempat saya berada, di ruang tamu. Itu lah mama di pagi hari ahad, merehatkan selepas menyediakan dan memikirkan apa pula untuk di letakkan di atas meja.

January 30, 2016

Jalan hidup | tajuk buku yang saya sedang membaca Part 2

Sambungan dari Jalan Hidup - Part 1

        Bagi saya, mengingati masa lalu bukan bererti saya dibelenggu masa lalu. Dari masa lalu itulah, kita justeru berikhtiar memperbaiki masa depan. Semua kenangan itu membentuk peribadi saya menjadi lebih kebal cubaan. Dalam kepenatan hidup, saya lebih mudah menertawakan diri sendiri. Saya merasakan susah dan bahagia sebagai teman akrab. Yang namanya bahagia itu ya susah. Yang namanya susah itu ya bahagia. Susah dan senang adalah bagian dari kehidupan yang terus-menerus saling mengisi. Kita tidak akan pernah mendapatkan kebahagiaan, ketika kita tidak menggeluti kesusahan.

       Dalam rimbun tantangan itu, saya berkeras diri mewujudkan mimpi-mimpi. Agama mengajarkan, manusia adalah khalifah. Kehadiran manusia di muka bumi ini tentu bukan untuk bertamasya. Setiap manusia mengemban amanat yanv tak ringan. Agar taj biasa-biasa sajs, perjalanan waktu harus dumajnai sebagai kurun masa bajtu. Kerja keras adalah bukti tanggung jawab kita sebagai khalifah.

Perjalanan panjang nan berliku ini mengajarkan saya banyak hal. Dari sisi bisnis, kalau pun bisa diringkas, setidaknya ada tiga hal penting yang harus dicamkan. Pertama, jadi pengusaha itu harus berani. Kedua, selalu rawat jaringan. Perbanyak silaturahim. Agama benar ketika menyatakan bahawa silaturahim adalah pintu rezeki. Ketigs, peka terhadap perubahan. Bisnis itu selalu dinamik. Apa yang jadi trend pasar setahun lalu, belum tentu diminati pada tahun ini.

       Dalam hidup ini, saya merasa beruntung telah total dalam nempertaruhkan segalanya. Saya terjun dalam arus air yang menantang. Dalam hal ini saya beruntung menpunyai keluarga saling mengingatkan di saat bahagia agar tak terlena.

Bersambung...."Bahagiakan Emak, Hidup jadi Enak"

pokok bunga kertas | bougainvillea as candy garden

Pagi ni, saya bersiap untuk ikut sekali menghantar Faiq ke sekolah ada merentas desa tetapi untuk prasekolah, aktiviti lain diadakan.

Sekali harung breakfast kat luar. Habis makan, masa nak balik umah ternampak potongan pokok bunga kertas di tepi jalan depan kawasan belukar. Saya minta imamku pusing balik. Semperna hari raya cina, jiran membersih halaman rumah agaknya. Gembiranya dapat rezeki pokok bunga yang baru saya hajat untuk membeli. Balik rumah saya bersih satu pasu yang pokok tah ke apa apa, terus tanam di dalamnya. Pokoknya besar, terkeluar ranting tu saya potong cucuk di pasu lain. Sekarang bertawakkal pokok ditanam memberi keindahan candy di rumahku syurgaku ini. InshaAllah.

Nanti saya letak pokok yang di tanam. Ini pic ambil lepas breakfast dekat tempat parking kereta.

jalan hidup seseorang yang berjaya | tajuk buku yang sedang saya baca | Part 1

Seseorang tu adalah seorang saya kenali. Beliau menerbitkan buku tentang kisah hidupnya.

Umur Panjang bukan untuk Disia-siakan

Isnin, 25 Jun 2012. Saya tepat berusis 67 tahun. Saya memulakan hari dengan membasuh muka. Berwudhu dan menghadap Yang Kuasa. Subuh yang terasa agak syahdu kerana hari ini tepat 67 tahun saya bernafas di dunia. Saya larut dalan doa yang lama dan panjang.

Says bersyukur, Tuhan telah melimpahi saya bermacam anugerah melampaui harapan saya. Melalui perjalanan yang berliku, Alhamdulillah, saya memimpin kelompok perniagaan hartanah yang cukup besar, membangun ratusan rumah di Surabaya. Subuh ini, dengan air mata mengalir di pipi, saya masih tak percaya telah mampu melampaui lebih dari 40 tahun perjalanan bisnis dengan segala dinamiknya. Saya juga nyaris tak percaya, orang miskin  dari kampung ini dipercaya mengelola sebuah kilang "...." dan memimpin ....industrial estate, badan usaha negara di Surabaya.

Saya pantas tak percaya kerana sungguh saya merasa bukan siapa-siapa, saya bukan anak koperat bukan anak orang kerja pejabat. Ibu saya pembantu rumah tangga. Bapak hanya penjaga parkir motorsikal.


"Dalam bisnis 
membagi manfaat ke orang lain
adalah tujuab utama saya. Saya
merasa bahagia ketika melihat 
orang lain bahagia.
Sesimpel itu
saja hidup yang membahagiakan
bagi saya".

Dalam keadaan penuh haru ini  fikiran saya menerawang jauh, menembus pekat masa lalu. Seperti mesin waktu, pagi ini, saya berdampar pada kenangan masa kecil yang pahit, masa kecil yang berjelaga kemiskinan. Masa du mana saya yang ketika masih bayi hampir mati kelaparan jika tak diselamatkan seorang nenek yang melempar sepotong pisang. Juga masa di mana saya harus menggendong adik yang kecil yang terus-terusab menangis kerana kelaparan selama berjam-jam.

      Fikiran saya terdampar pada masa di mana Ibu merelakan satu-satunya kain sepra meha di rumah kami untuk jadi seragam sekolah saat SMU. Saya teringat bagaimana pedihnya hati ini saat diusir dari rumah majikan Ibu hanya kerana meminta segelas air putih. Saya mengenang bagaimana dengan TBC yang menyerang saya harus berjalan kaki lumayan jauh untuk dapat perubatan percuma kerana dapat bantuan dari seorang teman. ms 11.

Bersambung..

January 29, 2016

cheesy donut chocolate chips

Assalamualaikum wbt,

Lepas mandi baru OK

Pagi ni memang kalut sikit. Semalam saya baring atas carpet depan TV tu rasa hidung jadi tak selesa. Carpet tu memang nipis ja, senang basuh. Tapi ntah kenapa dengan hidung ni, takkan sebab hujan tiba-tibs. Saya cakap dengan Fadya, hidung mama tak selesa. Mama nak tido dulu. Kalau nak susu, minta papa buatkan, saya cakap dengan Faiq pun sama. Masuk tido pun tak ok ni. Pejam ja nak tido cepat. Susah sangat nak tido. Saya bangun mandi, sabun betul-betul tapi tak shampoo rambut pun sebab baru ja shampoo. Keluar tu baru rasa segar. Hidung rasa selesa seperti sedia kala, Alhamdulillah.

Donut bercheese menjadi penyelamat

Bangun pagi roti ada skit ja, cukup untuk Faiq, dia seorang ja yang menunggu di meja. Saya buat donut untuk kami semua. Donut dengan gula macam selalu pula. Saya letak cheese dengan chocolate chips. Masuk dalam oven 2 minit untuk cair dan lekat skit atas donut. Bekalkan untuk Fadya sebiji dengan biskut pocky nya.

January 28, 2016

sesi study

Setiap hari selepas sekolah, saya beri buku pendidikkan islam untuk Faiq buat latihan. Semasa berada di kedai buku, saya masih teragak-agak nak beli buku apa untuk Faiq belajar menulis dan membaca. Pilih punya pilih saya beli buku agama dan awal matematik berdasar standard prasekolah. 

Tempat study mereka ni saya cuma letak di kawasan TV ja. Saya letak dua buah meja, dua tiga kerusi. Suasana berlajar ni kurang, kerana TV pun tak tutup pun. Baru ni saya tak buka TV lagi, kira dalam minggu ni tv tak di pasang. Mereka pun main ja dalam bilik Faiq yang penuh dengan mainan.

Di atas meja tu saya letak buku, pensil dan pemadam. Sama ja atas meja Fadya. Perlahan saya suruh la duduk dan buat latihan. Berdekatan dengan meja tu ada papan hitam kecik yang Fadya lebih suka main di situ. Gambar/video semua tu minggu minggu lepas. Alhamdulillah, mereka mula menaruh minat.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin