Pages

January 30, 2016

pokok bunga kertas | bougainvillea as candy garden

Pagi ni, saya bersiap untuk ikut sekali menghantar Faiq ke sekolah ada merentas desa tetapi untuk prasekolah, aktiviti lain diadakan.

Sekali harung breakfast kat luar. Habis makan, masa nak balik umah ternampak potongan pokok bunga kertas di tepi jalan depan kawasan belukar. Saya minta imamku pusing balik. Semperna hari raya cina, jiran membersih halaman rumah agaknya. Gembiranya dapat rezeki pokok bunga yang baru saya hajat untuk membeli. Balik rumah saya bersih satu pasu yang pokok tah ke apa apa, terus tanam di dalamnya. Pokoknya besar, terkeluar ranting tu saya potong cucuk di pasu lain. Sekarang bertawakkal pokok ditanam memberi keindahan candy di rumahku syurgaku ini. InshaAllah.

Nanti saya letak pokok yang di tanam. Ini pic ambil lepas breakfast dekat tempat parking kereta.

jalan hidup seseorang yang berjaya | tajuk buku yang sedang saya baca | Part 1

Seseorang tu adalah seorang saya kenali. Beliau menerbitkan buku tentang kisah hidupnya.

Umur Panjang bukan untuk Disia-siakan

Isnin, 25 Jun 2012. Saya tepat berusis 67 tahun. Saya memulakan hari dengan membasuh muka. Berwudhu dan menghadap Yang Kuasa. Subuh yang terasa agak syahdu kerana hari ini tepat 67 tahun saya bernafas di dunia. Saya larut dalan doa yang lama dan panjang.

Says bersyukur, Tuhan telah melimpahi saya bermacam anugerah melampaui harapan saya. Melalui perjalanan yang berliku, Alhamdulillah, saya memimpin kelompok perniagaan hartanah yang cukup besar, membangun ratusan rumah di Surabaya. Subuh ini, dengan air mata mengalir di pipi, saya masih tak percaya telah mampu melampaui lebih dari 40 tahun perjalanan bisnis dengan segala dinamiknya. Saya juga nyaris tak percaya, orang miskin  dari kampung ini dipercaya mengelola sebuah kilang "...." dan memimpin ....industrial estate, badan usaha negara di Surabaya.

Saya pantas tak percaya kerana sungguh saya merasa bukan siapa-siapa, saya bukan anak koperat bukan anak orang kerja pejabat. Ibu saya pembantu rumah tangga. Bapak hanya penjaga parkir motorsikal.


"Dalam bisnis 
membagi manfaat ke orang lain
adalah tujuab utama saya. Saya
merasa bahagia ketika melihat 
orang lain bahagia.
Sesimpel itu
saja hidup yang membahagiakan
bagi saya".

Dalam keadaan penuh haru ini  fikiran saya menerawang jauh, menembus pekat masa lalu. Seperti mesin waktu, pagi ini, saya berdampar pada kenangan masa kecil yang pahit, masa kecil yang berjelaga kemiskinan. Masa du mana saya yang ketika masih bayi hampir mati kelaparan jika tak diselamatkan seorang nenek yang melempar sepotong pisang. Juga masa di mana saya harus menggendong adik yang kecil yang terus-terusab menangis kerana kelaparan selama berjam-jam.

      Fikiran saya terdampar pada masa di mana Ibu merelakan satu-satunya kain sepra meha di rumah kami untuk jadi seragam sekolah saat SMU. Saya teringat bagaimana pedihnya hati ini saat diusir dari rumah majikan Ibu hanya kerana meminta segelas air putih. Saya mengenang bagaimana dengan TBC yang menyerang saya harus berjalan kaki lumayan jauh untuk dapat perubatan percuma kerana dapat bantuan dari seorang teman. ms 11.

Bersambung..

January 29, 2016

cheesy donut chocolate chips

Assalamualaikum wbt,

Lepas mandi baru OK

Pagi ni memang kalut sikit. Semalam saya baring atas carpet depan TV tu rasa hidung jadi tak selesa. Carpet tu memang nipis ja, senang basuh. Tapi ntah kenapa dengan hidung ni, takkan sebab hujan tiba-tibs. Saya cakap dengan Fadya, hidung mama tak selesa. Mama nak tido dulu. Kalau nak susu, minta papa buatkan, saya cakap dengan Faiq pun sama. Masuk tido pun tak ok ni. Pejam ja nak tido cepat. Susah sangat nak tido. Saya bangun mandi, sabun betul-betul tapi tak shampoo rambut pun sebab baru ja shampoo. Keluar tu baru rasa segar. Hidung rasa selesa seperti sedia kala, Alhamdulillah.

Donut bercheese menjadi penyelamat

Bangun pagi roti ada skit ja, cukup untuk Faiq, dia seorang ja yang menunggu di meja. Saya buat donut untuk kami semua. Donut dengan gula macam selalu pula. Saya letak cheese dengan chocolate chips. Masuk dalam oven 2 minit untuk cair dan lekat skit atas donut. Bekalkan untuk Fadya sebiji dengan biskut pocky nya.

January 28, 2016

sesi study

Setiap hari selepas sekolah, saya beri buku pendidikkan islam untuk Faiq buat latihan. Semasa berada di kedai buku, saya masih teragak-agak nak beli buku apa untuk Faiq belajar menulis dan membaca. Pilih punya pilih saya beli buku agama dan awal matematik berdasar standard prasekolah. 

Tempat study mereka ni saya cuma letak di kawasan TV ja. Saya letak dua buah meja, dua tiga kerusi. Suasana berlajar ni kurang, kerana TV pun tak tutup pun. Baru ni saya tak buka TV lagi, kira dalam minggu ni tv tak di pasang. Mereka pun main ja dalam bilik Faiq yang penuh dengan mainan.

Di atas meja tu saya letak buku, pensil dan pemadam. Sama ja atas meja Fadya. Perlahan saya suruh la duduk dan buat latihan. Berdekatan dengan meja tu ada papan hitam kecik yang Fadya lebih suka main di situ. Gambar/video semua tu minggu minggu lepas. Alhamdulillah, mereka mula menaruh minat.

January 27, 2016

sehari di aquaria klcc

Biasa bila jumpa mak tok dan tok wan, mak tok akan suggest tengok panda, aquaria, sunway lagoon. Dengan gap umur berbeza dalam group weekend kami. Mengambil masa mempertimbangkan setiap seorang punya keperluan. Seperti emak dan bapa tak boleh jalan jauh, manakala Fadya waktu tengahari dah nak tido sekejap sunnah tu, kalau ada stroller lebih selesa perjalanan. Jadi emak cadangkan zoo tu sebab boleh duduk atas train, bila dengar train saya pun rasa nak duduk juga. Perbincangan diawal pagi hingga ke masa mengisi perut. Sampai ke Aquaria, sebelum pintu masuk ada food court, emak bapa singgah makan dulu. Kami anak beranak teruskan rancangan. Suka dengan hiasan pintu masuk ada jerung hammer head shark.
Faiq dah biasa dengan hammer shark ni sebab dia pernah tengok jerung berbentuk pemukul ni di pasar. Bila dah masuk nak ambil gambar ja tapi tak bole la berflash, kalau nak buh flash, kena la pakai cermin mata hitam kat ikan-ikan tu dulu. Suka tengok ikan ikan berbagai spesies.  Permulaannya kebanyakkan ikan-ikan berada di aquarium, makin dalam ada cylinder tank.  Di sana ada disediakan standalator atau carosel yang bergerak tu dapatlah berdiri rehat kejap sambil menikmati ikan dari atas bila lalunya carosel dalam gua transparent. Dari awal selepas masuk tu ada sesi ~pet the fish~, boleh pegang starfish dan ikan-ikan lain. Masa berada di sana terkena waktu diver sedang memberi makan jerung-jerung yang active bergerak ke sana ke sini. Memang bagus bawak budak-budak ke sini, teruja ja dari mula hingga akhir. Di penghujungnya seperti biasa ada promosi dan pasaran produk baru seperti berinterak dengan dinosaur (virtual) dalam computer. Jika berminat ke sana, pastikan bawa mykad ke Aquaria ini, harga lebih rendah untuk penduduk Malaysia. Sangat menarik untuk  lawatan educative and fun.

langit menjadi kegemaran | nature lover

Faiq dengan awan
Sekarang ni saya memang bersyukur dengan cuaca yang cantik, langit yang biru, awan berkepol-kepol. Its a blessing from Him. Lapang ja pandang ke atas. Tak payah nak pergi jauh, ka rumah sendiri pun ada. Dulu saya baca buku cerita, seorang wanita yang mengadu kepada bapa nya yang beliau tidak suka tingga di  pendalaman dengan orang dayak red indian, kerana suami beliau terpaksa tinggal di sana. Bapa beliau beritahu beliau, pilihan ditangannya sendiri, bila buka tingkap nak lihat lecah(selut di bumi itu ke iaitu pandangan cetek) atau lihat langit yang biru luas pandangannya. Wanita itu berfikir balik untuk bergaul dengan ibu ibu red indian dan mempelajari kraftangan di mana dia belajar benda yang baru selepas itu. Post sebelumnya Faiq Fadya menerai baju luar jangkaan

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin