Pages

August 12, 2021

Roti Jala - Rolled Crepe

Bahasa dan video seminit di bawah:) 

English version and one minute video below :) 

Melipatnya pun dalam belanga


Menjala sakan hehe.. 


Now we know the name of a tea time meal originated from fishing net. The inspiration flowed down to homecooking with flour for tea time known as Roti Jala. As for me it's also called Roti Surai, a pancake or crepe type ingredient but using a special apparatus to get a 'fish net' type of looks, like a piece of crepe or pancake with lots of holes. 

On 8th Agust 2021 in history was the day we made roti jala not for the first time, but many times which occured continuous improvements. We've bought the plastic cup with holed legs a.k.a roti jala mould, as before we just settled out for a plastic cup poked with handmade holes.

I'm sure some people out there with good cooking skills that could produce fine roti jala. They could convert their homecooking skills into professional and commercialized this home dish. We had tasted some outside, saw in an outlet of a shopping mall that sold roti jala dish at RM14++ per set.  Five rolls of roti jala with a bowl of chicken curry. As for us, we do not  implement this as yet, will have to wait till we master it.

Back to our own made roti jala on Sunday, we didn't finish and kept them in the fridge. On Wednesday, we heated up, the roti jala still tasted good. 

It was a challenge making roti jala because we're not sure that the batter was liquidified enough. The tool was in hand, the pancake looked like a meal turnout rough, like it was cooked by KL gangster. Alhamdulillah we were full after giving our effort to make the drean come true. Didn't remember to tell the kids about our home meal is better than pizza. Adik tried a bit needs time getting used to the taste. InshaAllah. 

Assalamualaikum ❤️


Rupanya roti jala ni dapat dari inspirasi nelayan yang menjala ikan dengan jala. Tentulah jala itu satu alats atau perkakas penting untuk kaum nelayan. 

Pada 8hb Ogos 2021 hari Isnin dalam sejarah kami buat roti jala hehe.. Kalau pandai buat dan sejukkan sebab lebihan roti kami simpan di dalam peti sejuk dan makan hari Rabu 10 Ogos. Panaskan, masih lembut dan rasa sedap tapi rupa parasnya tak lah sesuai untuk dijual, idea je ada, biar yang pandai buat roti untuk menjamu keluarga atau jadi peniaga. Roti jala berset memang menjadi permintaan sekarang. Restoran Nyonya ada keluarkan Set Roti Jala, kari ayamnya biar pekat berlemak, bukan ceroi.  Harga mahal di restoran dalam mall, anggaran RM14 ++ dapat 5 gulung roti jala dengan semangkuk kari ayam. 

Cubaan  kami membuat roti jala penuh cabaran, dengan bekas kaki berlubang tu untuk surai bancuhan tepung roti surai atau jala. Saya panggil roti surai. Tak halus seperti roti jala orang, nampak macam KL gangster yang masuk dapur je hehe.. Tapi kenyanglah haritu setelah memasak, Alhamdulillah, lupa nak cerita dekat abang adik yang makanan minum petang kita ni lebih enak dari pizza. Adik rasa sikit, dia suka. 

Salam sejahtera❤️







Birds - not Food |Bukan makanan kucing

Bahasa dan video seminit di bawah :) 

English version and one minute video below :) 

Burung belaan adik menjadi sasaran

Bukan halau, tapi memberi amaran ja


A year ago, adik dreamt of a petting zoo themed birthday.  For the first time we were excited but for the second idea we became sceptical. 

Having other animals means that a double up on all housechores. Coincidently a month before, a mother cat came for visit, that was during school holiday. During that time we even had a staycation at the A'famosa resort. Our prayer stop at the nearby surau outside had us encountered with a couple of kitties, the surau goers even told us to take the kittens as they are strays. We didn't take the advice since we were on the way to the destination and not going back home. To make a long story short, we came home and saw a few stray kittens that are hanging around the house. Definitely they are the first member of the petting zoo. A few weeks later approching the party  date, we thought of adding some more member in the fish tank. There we went to a local petshop and ended up with two rabbits as they were offered so cheap, and two lovebirds (parakeets). At the beginning, we intended to give the birds back once the party is over. Eversince then, day by day, came up with the lockdown & MCO , the original plan has remain just a plan. Thought about the condition of the shop, the environment there is not natural for the pet to call home. The birds are not as brave and indie as the free ones. So the birds are still here and thats the main reason the fluffy tailed stray cat we called Cookie came by to aim or to admire,. I saw one morning Cookie erupted with her hunting instincts, targeting the birds, I screamed and nagged at her explaining the birds are not her food, she looked and seem understand and walk away, didn't take it to her heart and did came back  and well behaved after that. 


Stay calm❤️


Setahun yang lepas, adik mengimpikan hari jadi bertemakan zoo yang boleh dibelai, sebelumnya sudah meraikan majlis begitu. Yang pertama ibubapa yang lebih teruja, kali kedua mula dah cuak. Mempunyai haiwan lain bermakna bergandalah kerja-kerja rumah. Majlis yang lebih ke tema ladang, farm life gitu. Majlis yang kedua ni lebih ke belai membelai haiwan ala petting zoo. Kebetulan sebulan dua sebelum hari jadi adik, ada ibu kucing datang bertandang, pada cuti sekolah pada masa tu. Beberapa hari kemudian, kami pergi bercuti di A'famosa resort, terkenang riang masa abang adik menunggang gajah. Di perhentian sebelum sampai ke situ, kami singgah di surau kat kawasan kampung berdekatan, ada beberapa ekor anak kucing yang comel-comel belaka, orang yang keluar masuk surau situ cakap, boleh ambil anak kucing tu, sebab tidak bertuan. Pendek cerita kami tak ambil sebab bukan hala balik rumah, dan dalam kereta pun dah sendat. 

Sesampai kami dirumah, ibu kucing yang pernah bertandang tu sudah melahirkan beberapa anak kucing, kelabu, jingga dan hitam jika tak silap. 

Itulah permulaannya, anggota-anggota ahli petting zoo yang sedia ada. Kira jadilah mengelolakan majlis bertema petting zoo, ikan dalam balang pun tersergam boleh diperagakan. Seminggu dua buat  persediaan, disebutkan nak tambah ikan dalam akuarium, sekurang kurangnya boleh membahagiakan kanak-kanak yang bakal hadir. Punca ke kedai pet tu la terjebak 'terbeli pulak' burung-burung parakeet, arnab 2 ekor sebab peniaga bagi harga murah sesangat, kami pun ingat mudah, bawa balik ahli ahli keluarga baru ni. Asalnya cadang nak pulangkan butung kepada kedai tapi tup tup PKP, pastu fikir balik, burung di kedai kurang alam semulajadinya. Jadi di sini, kami cuba letak dekat dengan pokok. Pernah terlepas, tetapi burung belaan tak begitu lincah macam burung liar. Jadi itulah kucing ekor gebu di beri nama Cookie ini datang mengacau burung suatu pagi, saya jerit dan berleterlah dekat dia. Dengar, tumpu ja ia bagai memahami, terus pergi tetapi kemudiannya kembali tanpa mengusik burung burung itu lagi. SubhanAllah. 


Bawa-bawa bertenang ❤️


Banana Crepe | Lempeng Pisang Kelapa

Banana Coconut  Crepe | Lempeng Pisang Kelapa

Bahasa dan video seminit di bawah :) 

English version and one minute video below :) 

  Lenyek dengan bawah cawan

Jika tambah kepingan kelapa muda lagi ummph, tersembur serbuk buk gula icing


Early on, wanted to order banana for small project. Once delivered a 1kg of banana  and I settled it at banana hanger. A day passed, bananas happily ripen by itself. The project was abandoned as on rainy days, the thirst for smoothies or normal juice fade away.

It's hanging there as if inviting small flies. Obviously I like to invite garden animals not insects like that hehe

Immediately, we made thick crepe mix with banana and coconut flakes. As the coconut flakes are close to the expiry date, I hurriedly devised a plan to make it into a good use of something delicious. 

Mashed two bananas, mix with 2 cup of water, half a cup of coconut milk and flakes. I wanted to make it authentic like how my arwah mak tok did, which wrapped the goodies with banana leaf. Readily, we can eat them just like that. If you like, sprinkle with powder sugar and cinnamon. 

Salam sayang ❤️

Mulanya, order pisang sebab ada projek kecil. Sekali ia datang, tuh dia... sesikat besar! Sehari ia tersadai di tempat gantung pisang (yang dibeli dari Daiso) rasa ada kehidupan kuning terang di situ. Projek tah ke mana pergi sebabnya hujan tiada lagi minat untuk nak buat smoothies atau jus biasa pun. Terkonteng-kontenglah ia di situ bagai menjemput bari-bari pula. Sah-sah saya suka menjemput haiwan ditaman bukannya bari-bari hehe..

Cepat cepat dibuat lempeng pisang, kelapa parut juga ditumpang sekaki, tak nak hampir luput baru terhegeh-hegeh nak buat sesuatu.

Caranya:

Lenyek 2 biji pisang dengan bawah cawan,  secawan air, setengah cawan santan, konon nak lempeng asli kan tak mudah melekat di belanga..sedikit gula..

Siap, makan begitu saja, atau buh gula icing, suka serbuk kayu manis tu taruh je. Mengimbau zaman arwah mak tok saya yang bakar dengan daun pisang. Alhamduillah.

Syukur selalu ❤️

August 11, 2021

Pandan Coconut Cookies

Bahasa dan video seminit di bawah:)

English version and one minute video below:) 


Warna pandan kuat 


Piping macam biskut samprit. 



Flashing back few months ago, I had to honour myself hehe for making raya cookies. 

Fasting at daytime, havingt terawikh and extra classes for kids and yet I've baked cookies. Since we have coconut flakes and  been seeing a lot of viral pandan cake gula melaka, I couldn't sit still but baked some not cake but cookies. 

How it turned out didn't bother me. What I cared the most was the mood and the aroma of coming hari raya that I could give at that moment. It cheered everybody up, inbthe distinguished month of Ramadan that they were in. That's what any parent could do right to bloom the atmosphere of winning  celebration ahead.

The aroma of pandan, coconut raised as well as coconut sugar, gave combination awsome fragrance. Loved and missed the moment. Cakey cookies have been the centre of attraction, the main focus to look forward to. It's yummy tastes that melted in your mouth.

Salam bahagia❤️


Imbas kembali beberapa bulan dahulu, saya rasa berbesar hati buat diri sendiri hehe.. kerana telah rajin mengadun tepung dan membakar biskut raya. 

Berpuasa di siang hari, malam berterawikh, juga ada kelas extra untuk budak-budak lepas solat sunat tu masih larat lagi untuk buat kuit ala tart.. Saya bersemangat kerana bahannya dah  sedia ada, iaitu flakes kelapa parut masih dalam simpanan. Lagi-lagi kerap lihat kek pandan gula melaka menular merata tertambat mengidam. Tak boleh jadi, duduk tengok saja mesti berganjak ke membakar biskut. 

Jadi tak jadi tu, belakang kira, kerana tepung telur masak sekejap dah boleh makan. Logiknya kerana telur separuh masak  diamal ramai. Yang penting, aroma dari mentega, pandan, bauan gula kabung, kelapa parut tu memukau hati. Itulah yang dapat saya memeriahkan keadaan di bulan ramadan. Ia menceriakan malam dari malam biasa menuju bulan Syawal. Ia menjadi tumpuan utama pada malam tu. Sebagai ibu, ini adalah salah satu cara untuk membangkitkan suasana  merayakan kemenangan yang bakal menjelma. Wangi pandan, mentega serta gula kabung menyelebungi udara malam tu. Rindu momen tu, semua menumpu perhatian di dapur sambil menunggu biskut masak untuk merasa biskut yang sedap dan yang cair dalam mulut. serta aroma biskut itu sendiri mengamit selera. SubhanAllah. 

Sesambil menaip mama menonton Fikrah TV1 berkenaan Tokoh Maal Hijrah 2021, teringat arwah Tok saudara yang mana adik arwah Mak Tok juga Tokoh Maal Hijrah nak kena search tahun apa. Al-Fatihah. 


Chilled Karipap

Bukan karipap frozen tapi sejuk sahaja. 

Bahasa dan video seminit di bawah :) 

English and one minute video below:) 

Karipap sejuk dibakar atau digoreng seeloknya? 

 tengok rupa karipap yang dikeluarkan dari peti sejuk dan yang dah dibakar


The season of karipap is in the house. It happened when I started learning to do it. Love the taste of the bite of karipap. Making it was not fast but furious. Sometimes I made it a lot for next time. That was when I could sit and eat the karipaps slowly. 

The chilled karipaps I've kept. I didn't freeze them yet. Doubt it to be as good after freezed them. Took them out that morning, placed them on the oven tray. I baked this time around. I was prudent with cooking oil at starts. BTW, didn't I mentioned that we got cooking oil and rice for Aidil Adha gift from surau nearby? When the karipaps were cooked, I pulled the tray and noticed that they were slightly darken but Alhamdulillah it turned out delicious and nutritious. 


Selamat sejahtera❤️


Musim karipap menjadi-jadi di rumah. Berlakunya stok karipap menaik setelah saya mula belajar buat karipap . Suka rasa pastri dan inti karipap tu. Membuatnya taklah cepat tapi penat. Kekadang saya buat lebih untuk simpan. Bila senang  segar badan cergas untuk duduk menikmatinya dengan perlahan. Karipap yang disimpan cuma disejukkan, rasa cuak pula nak sejukbeku takut nanti tak sesedap yang diharapkan hehe.. 

Ambil karipap sejuk dari peti sejuk. Letak di atas dulang ketuhar. Mulanya amalkan kurangkan minyak, jadi bakar dalam ketuhar. Sekarang ni tetiba aje ada minyak, beras, biskut pemberian dari pihak surau berdekatan sini sempena hari raya haji. Ghairah juga dapat menggoreng nanti sebab dapat minyak. Buka oven bila bunyi loceng sudah masak, tarik dulang tu nampak warna perang ketara tapi Alhamdulillah sedap dan sihat karipap tanpa minyak. Bolehlah cuba :)

Selamat sejahtera semua ❤️



August 10, 2021

Hainanese Chicken Chop Rice

Hainanese Chicken Rice

Bahasa dan video semint di bawah:) 

English version and one minute video beow :) 


Rindukan Old Town Hainanese


Struggle juga keluarkan tulang isi peha ayam

We sometime had Hainanese Chicken Rice when we went out. The different between chicken rice and hainanese rice is that the sauce is with mixed vege. The chicken meat is boneless. We struggled to debone the chicken thigh. Successfully, we made it through. Learnt it from you tube video though. We supposed to mix the fried potatoes in the gravy as well. When we saw the fried potatoes were soft inside and crispy outside, we reserved it for eating just like that. The deboned chicken thigh were so good and as for the keel chicken were cut thin but didn't separate. It was as good as well. Loved the servings and how it turned out. 

We followed the recipe from the internet, altering a bit to wharever available at home. The meal is good business product. 

Salam Maal Hijrah 1443 ❤️


Kami pernah juga makan Nasi ayam Hainanese bila keluar. Perbezaan di antara nasi ayam Hainanese dengan nasi ayam biasa ialah sosnya ada mix vege. Daging ayamya adalah bahagian peha dikeluarkan tulang. Susah nak keluarkan tulang tapi kami berjaya. Belajar pun dari youtube aje. Tungkus lumus juga, risa daging menjadi hancur. 

Tentang ubi kentang, lepas goreng, sedap sangat nampak hingga tak jadi campur dengan kuah. Lembut di dalam tapi rangup di luar. Goreng biasa tapi deep fry. Tiba tiba rasa nak makan begitu saja.

Isi peha yang juga dikeluarkan tulangnya sangat enak, bahagian dada juga dihiris nipis tapi tak putus juga sedap, lembut seakan bahagian peha. Suka masakan kali ni tak sangka terjadi lazat. Alhamdulillah. Ikut resepi tapj diolah sedikit sebanyak ikut apa yang ada dirumah. Masakkan begini senang  dibawa jual ;}

Salam Maal Hijrah 1443❤️


LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin