Pages

October 6, 2021

WW: Air Filter | Penapis Udara


 

Steamed egg | Telur Kukus

Bahasa dan video seminit di bawah :) 

English version and one minute video below :) 


Pretty sky, almost like Autumn but there is coconut tree as spoiler | 

Langit redup bagai musim luruh tetapi ada pula pokok kelapa..tak mungkin ada negara empat musim. 


Expect the best and hope it's filling of taking two items this morning | Bersangka baik dan mengharap dua bahan ini akan mengenyangkan



Just to jot down that l prepared eggs differently. And only took two items for the morning. Was surprised that I felt full til lunch. I tried to monitor my feelings of anger or hunger, neither one appeared to feel. I assumed I will take eggs for breakfast at least two time in a week. This was first time and too early to say though hehe.. I wanted to add dessert but then I tried to experiment without it.  


Ceasar Salad Recipe with boiled eggs that I used to take has bread croutons, I could make them with the bread but it didn't crossed my mind. Should be better if I did. By the way,  I broke the eggs into  bowls and steamed in the cooker. 


Just sharing the recipe, it's okay to take anything, all in the state of mind, my mother used to say   that and the same words come from someone whom ate from a workplace's canteen and rrstaurant. So think healthy.


Have a nice day❤️



Nak catitkan cara berlainan yang telah saya sediakan telur untuk sarapan. Cuma ambil dua bahan pagi tu. Terkejut rasa kenyang hingga ke tengahari Alhamdulillah. Cuba juga pantau perasaan marah atau lapar mara di perut, tidak sama sekali. 


Saya andaikan saya akan ambil telur dua kali untuk sarapan dalam seminggu, tetapi terlalu awal untuk putuskan hehe.. Tercari-cari pencuci mulut tetapi nak uji ketahanan tanpanya masa ni. 


Resepi salad ceasar yang saya pernah makan ada ketulan kiub roti kering,  senang nak buat tapi tak terfikir pulak sebelum menjamah. Lagi kenyang kut kalau ada. Oh ya cara kukus, pecahkan telur  dalam mangkuk dan kukus dalam periuk cooker. 


Saja kongsi resepi, yang sebenar makan yang lain pun tak pa semuanya adalah di minda saja, emak biasa cakap begitu,  dan kata-kata itu juga keluar dari seorang yang makan dari juadah kantin masa kerjanya atau kedai. Jadi fikir yang baik-baik saja. 


Selamat sejahtera❤️


eat green




October 5, 2021

Terrarium with Adik

Bahasa dan video seminit di bawah :) 

English version and one minute video below :) 


Basics are small rocks, soil, mold and small plants. 

 keperluan asas ialah batu kecil, tanah dan lumut.


Glass bottle from empty jam bottles or plastic clear cookies containers | 
Botol kaca dari botol jam yang kosong atau  bekas plastik biskut


Adik was free in the morning, I asked her to join me to feed the birds. When we were outside I felt so fresh and heavy heart to go back inside the house. 


The ventilation in the house was
 not fresh as we closed all window except one or two. During physical school she would go out and school ventilation is way better. 


I got an idea to make terrarium as I think it is cute. A tiny garden in the a jar. The coway lady who came had ever bought out creation. 


Items needed
Empty Jam Jar or mayonaise Jar
Pebbles
Soil 
Mold
Small Plants


Tools small spoons will do. Mold can be found at top of the drain but can be replaced with sands to cover the soil. I have chosen one photo for you to see as some kept in the external harddisk.  In the video I used smaller jar. 


Hope you enjoy simple tiny gardening:) 


Peace always❤️


Adik ada masa lapang di waktu pagi, saya ajak dia turut keluar memberi makan burung. Bila dah berada di luar rasa sayang pula nak tinggal udara segar dingin di luar. 

Semasa di sekolah adik akan dapat pengudaraan yang lebih bagus. 

Perudaraan di dalam rumah kurang segar kerana satu atau dua tingkap saja di buka, kecik je pulak tu. Belum ada net lagi.

Saya dapat idea nak buat terarrium. Kami dah pernah buat sebelum ni. Bila adhoc ni macam kurang bahan. Comel taman kecil ni, bercucuk tanam tapi dalam bekas kecil. Pernah pekerja coway beli hasil kerja kami. Alhamdulillah.  Saya letak gambar satu untuk tatapan manakala yang dalam video guna botol lebih kecil. 

Bahan yang diperlukan
Botol jam yang kosong, atau botol mayonis. 
Batu kecil-kecil
Tanah
Lumut
Anak-anak pokok yang kecil

Alatan tu boleh je guna sudu yang tak digunakan lagi. Lumut boleh didapati di lereng parit ataupun letak pasir hanya untuk menutupi tanah. 

Harap kalian dapat manfaat dari bercucuk tanam skala kecilan :)

Salam tenang selalu❤️





October 4, 2021

Chicken Pattie Salad | Salad Burger Ayam

Bahasa dan video seminit di bawah :)

English version and one minute video below :)


Simple breakie 4 in 1 | Sarapan  mudah 4 dalam 1


Have desserts cut 45° cut for dessert no. 1 while waffle 60° cut dessert no. 2,   Salad filled almost half plate , what size for the protein? 

Pencuci mulut kuih bulan potong 45° .waffle potong 60  Salad hampir separuh pinggan, protin kali ni apakah saiznya?



Grateful  for the beautiful morning, I love the color of green on the plate. I have not much idea to make it delicious. Everyday consuming salad, I feel like cannot take it, somehow rice meet the tastebud even if taken often. 


If I could find the reason. But I'll first find the solution. Still I put green and protein because it filled the tummy and fueled the energy. 


We had mooncake but I ate it in 2 days the size was as mentioned, or in the photo. Same goes to waffle. Salad laid half the plate and half of chicken pattie was quite filling. 


I feel at ease eating salad almost everyday now. Salad has vitamin C with folate too, my body feel much lighter. I even did a makeover the outdoor setting, clean it up. Satisfying I must say. 


Hope it may reminded me to continue :) 


Love always❤️


Syukur pagi yang indah, suka rona hijau di atas pinggan. Dah tak banyak idea, nak buat sarapan yang enak. 


Setiap hari pengambilan salad menjadi tak larat tapi kalau nasi hari-hari bole je diisi. Kalaula tahu sebabnya, tapi usaha cari solusi dulu. Berbalik ulang letak salad, mesti dengan protin tu pasti. Mengenyangkan, membekal tenaga. 


Kami ada kuih bulan tapi makannya  dua hari dari sebiji. Saiz macam dalam gambar atau disebut iaitu potongan 45°. Sama untuk waffle.  Salad separuh pinggan manakala daging ayam burger separuh juga tak sangka lebih dari mencukupi. 


Rasa tenang selepas amalan makanan seperti ini Alhamdulillah. Mungkin kandungan vitamin C menenangkan, tubuh pun rasa lebih ringan. Hingga terbawa-bawa ubah sesuai kawasan luar, cuci mengemas. Puas boleh diluahkan. 


Harap ia mengingatkan untuk teruskan :) 


Sayang selalu❤️


healthy plates on my way



An evening at the park | Sepetang di taman

Bahasa dan seminit video di bawah :)

English version and one minute video below :)

Catch them and send to the Council will be paid by Adun

Buat tangkapan dan hantar ke Majlis akan di bayar oleh Adun


Encountered peeled dried fruits  on the grass full of insects

Terserempak kulit buah kering penuh dengan serangga

A man made an owl house | Sebuah rumah burung hantu buatan manusia

What sign this could be | Petanda apakah ini? 




Residential park just walking distance from home, only 10 steps away I would say. 


As we walked along the trail at the left side, there were people jogged from opposite right side from the same trail, I got nervous because they are sweaty wet. We were very careful to avoid a splash or even a drop.. 

 

We stopped and played with the peeled fruit like puppet. We also saw branches that fell down due to heavy rain or storm.  


After we finished a full circle, we saw an owl house installed on a tree in the park. Before, we have heard about a biological control system to have a pest free area by having the owls around. As a reference, one adult owl can hunt up to 3 to 6 rodents a night. Doing the math over here.. it will totaled up to 1095 to 2190 number of rodents a year for each bird optimistically. Just imagine if there are three or four birds around... hmm, that will not be a whole lot of rodents left around. 


I even learnt that the YB Adun  paid to whoever that brought the pest dead or alive down to the town council. On the lighter side, I'd say the owls would be the 'clear winner' here, if they can show the proof of the hunt, instead of eating them clean hehe.. 


Our past and current YB Adun (State Representative) have done a good job in our area. Young ladies from one another. 


Ok that's it, wrapping up care of our parks and neighbourhood :) 


Happy Monday❤️


Taman di kawasan perumahan tak jauh dari rumah, boleh kata 10 tapak jer dah sampai (depan rumah). 


Kami jalan sepanjang trek kat tepi belah kiri, ada beberapa orang berjogging melawan arus dari belah kanan, cemas juga bila pelari berpeluh mendekati. Elak setitik terpercik..


Kami main dengan kulit buah tu macam puppet. Nampak banyak dahan terjatuh fasal ribut atau hujan lebat. Bila dah abis pusing sepenuh taman, ternampak pula sebuah rumah burung hantu.


Sebelum ini kami dah tahu projek kawalan biologi untuk membenteras haiwan perosak dengan membela burung hantu. Sebagai rujukan, seekor burung hantu yang matang boleh memburu 3 hingga 6 ekor mangsa semalam. Bayangkan kalau setahun... Meh buat congak sikit, 1095 hingga 2190 ekor setahun, untuk seekor burung. Kalau ada 3 atau 4 ekor burung, memang tak ada banyak lah yang tinggal.


Kami juga dapat tahu yang YB Adun di kawasan kami ini juga membayar duit buat penduduk yang bawa makhluk perosak itu samada hidup atau mati. Saja nak melawak disini, saya rasa si burung hantu lah yang akan kaya raya, kalau boleh tunjuk bukti buruannya dan bukan dia bedal licin.. hehe


YB Adun kami yang dulu dan sekarang masing masing telah menjalankan tugas mereka dengan bagus dan terbaik.  Wanita muda dari satu yang lalu dan yang kini. 


Ok itu saja liputan tentang penjagaan taman kami :). 


Salam Isnin yang bahagia❤️


October 3, 2021

Singapore meehoon in Vietnamese Roll | Popia Vietnam berinti Mihun Singapura

Bahasa dan video seminit di bawah :) 

English version and one minute video below :) 


First time I did, I followed intuition| Pertama kali buat ikut naluri hati



After seeing YT, I put salad but diffrent fillings as based for hold or stability | 

Lepas tengok YT, letak salad dulu sebagai asasnya tapi isi  (saya tukar) untuk senang pegang menyicah


Previous roll I've made, I put somtam (thai salad) as fillings. It was watery and the mee was not enough  to make it full. After filling, it became soft too tender. The taste was delicious.  


It was yummy and still lingers on lips moved me to prepare fillings with Singapore Meehoon. The meehoon is not spicy but taste good. I like white meehoon. 


I didn't have butterhead Salad, soI used mixed salad. Fill it step by step.  Soak rice paper, lay, put first  salad then meehoon follow with prawns. 


Advance preps:

  • Fry meehoon earlier or night      before
  • Prawns boiled earlier (optional) 
  • Expected time 20 mins


I just put notes here, for next preps as I planned to have various way to eat vege whether in small or big portion.


It was good breakfast I ever had, I think. Less oil and more vege when decided to eat more green. I chose 1:1 ratio of each, salad and meehoon with orange prawn. 


Good breakfast to start a beautiful day. 


Happy Greetings❤️



Roll vietnam yang saya buat masa lalu, saya letak somtam sebagai inti. Ia berunsur basah dan mee pun kurang masa tu tak nampak penuh. Ia menjadi lembut dan lembik. Rasanya enak, citarasa thai tidak mengecewakan. 


Sangat sedap, masih terasa dibibir hehe.. tu yang mengerakkan hati untuk menyediakan inti mihun Singapura. Mihun berupa warna putih tidak pedas dan sedap. Saya suka mihun putih. 


Salad Butterhead tak ada pula, jadi saya guna salad campur. Mengisi inti pun ikut langkah kali ni, salad dulu, mihun, gulung baru udang. 


Persediaan awal:

  • Goreng Mihun terlebih awal. 
  • Juga rebus udang  dulu (ikut pilihan) 
  • Anggaran dalam 20 minit boleh selesai. 


Saja catit sini, sebab nak juga pelbagai dalam pengambilan sayur tak kiralah portion sikit atau banyak. 


Sarapan yang enak yang pernah saya buat hehe.  Kurang minyak, tidak manis sebab dah buat keputusan nak makan lebih hijau kan. Pilih nisbah 1:1 untuk permulaan. 


Sarapan baik, inshaAllah untuk mulakan hari yang indah.


Salam Ceria ❤️



LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin